The Followers

Tuesday, December 24, 2013

Walimatul Urus Ady Budika & Sunah Sakura

Assalamualaikum...
Dah lama tak berjumpa rindu rasa hati....Tetibah.Yela, dah lama tak wat entri, hampir lupa terus password masuk sini. Hari nak wat entri tertunggak.(Sebenarnya banyak lagi yang tertunggak).Ini moment yang penting, wajib buat entri.

Stret to the dot,12-15hb Disember lepas, dari hari Khamis - Ahad berkampung di Bintulu, Sarawak sempena majlis walimatulurus sahabat blogger paling rapat ngan aku, Ady Budika bersama isterinya yang juga blogger masak, Sunah Sakura. Pertama kali i menjejakkan kaki ke bumi kenyalang memang teruja dengan budaya di sana.Ok, ayat ni propa.Abaikan.

Tengok gambar.

Sekali lafaz, Ady Budika sah bergelar suami Sunah Sakura.
Ambik berkat bergambar ngan diorang...
Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar..kedua pengantin nampak sangat berseri.Majlis bertambah meriah dengan kehadiran rakan FB,rakan zaman study, dan rakan2 blogger dari semenanjung, sabah, sarawak, brunei, indonesia dan australia kan.Selamat Pengantin Baru.

:)

Thursday, November 7, 2013

Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam hormat,
Setelah Kementerian Pelajaran & Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia digabungkan menjadi Kementerian Pendidikan Malaysia, inilah logo baharu yang dikeluarkan pada 6 November 2013.

Rekabentuk oleh : Prof. Dato' Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)


Logo baharu berketerangan sendiri:


Sumber dari laman web KPM: Logo Baru KPM

Monday, October 14, 2013

Kek Lapis Instagram versi II

Assalamualaikum.
Salam Aidiladha untuk semua ya.Walaupun Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah disambut esok, aku masih lagi kat opis.Hmm,aku pasti ramai juga yang camtu kann?Tak kurang juga yang dah siap ambik cuti nak sambut raya ni...ada juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing.Di desa kasihku tertumpah katanya.

Ada sesetengah rakan yang berada di Semenanjung kata, Aidiladha di sana lebih meriah dan hebat sambutannya berbanding Aidilfitri.Mungkin juga di sesetengah kawasan.

Berlainan kat negeri aku Sarawak, khususnya kat tempat aku,...Lepas sembahyang raya tu aktiviti berjalan seperti biasa.Kalau ada nak buat juadah pun untuk family ja.Jarang sekali buat open house, melainkan kalau ada ahli keluarga yang pegi tunaikan haji, adalah kenduri yang di anjurkan. Ibadah korban tetap ada di sana sini.Selebihnya,mungkin berehat dirumah,beriadah atau pegi bercuti ke tempat-tempat lain selain tido.Haha

Nak buat kek raya?...Jom.

Kek Lapis Instagram

Kek lapis Instagram ni sebenarnya dah pernah tayang sebelum ni.Klik Sini.
Dah banyak kali ulang buat kek ni...permintaan dari family dan rakan-rakan. Versi yang terdahulu, gunakan 250g butter.Tapi untuk versi yang ini dan yang sebelumnya, aku dah edit sikit, pakai loyang 8.5".

Versi II ni lebih lembut....

Kek Lapis Instagram (Saiz 8.5"x8.5")
by: Ryo ( ryoazhar.blogspot.com)

Bahan A:
  • 454g (16oz) mentega
  • 1 cawan gula halus 
  • 1 tbs ovallette
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 2 cawan tepung hong kong, diayak

Bahan B :
  • 1 tsb coklat emuco ATAU 1/2 cawan coklat masakan + coklat cip secukupnya *optional -warna coklat
  • 1 tbs pandan paste - warna hijau
  • 1 tbs strawberry paste/strawberry filling - warna merah
  • Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain
Caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 220'c,api atas bawah.(bergantung kepada jenis oven).Sediakan tin bersaiz 8.5"x8.5", sapu sedikit mentega dan alas dengan baking paper.
  2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
  4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1 cawan.Lebih kurang gitulah.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.)
  5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan kek menggunakan penekan khas.
  6. Tukar kepada api atas sahaja.
  7. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis.
  8. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan dinikmati.
P/s: Untuk rasa yang lebih nikmat, simpan semalaman dalam peti sejuk, keluarkan dan biarkan ikut suhu bilik.Potong dan hidangkan.

Selamat mencuba :)


Thursday, October 10, 2013

Produk Terlajak Laris Minggu Ini : Kasturi Syifa Car Perfume

Kasturi Syifa Car Perfume
Assalamualaikum & Salam sejahtera, 
Hari ni nak kongsikan entri berkenaan dengan pewangi kereta jenama Kasturi Syifa yang semakin menjadi pilihan. Sebelum ni pun Kasturi Syifa pernah mengeluarkan 4 jenis pewangi badan dan produk-produknya yang lain.

Begitu juga dengan Kasturi Syifa Car Perfume ni, terdapat 4 jenis haruman yang menarik dan mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran serta terapi doa-doa Rukyah. Pewangi ini diperbuat daripada pati minyak wangi bermutu tinggi dan boleh bertahan selama 30-35 hari bergantung kepada cara penggunaan.

Bukan sahaja untuk pewangi di dalam kereta, ia juga boleh dijadikan pewangi bagi ruang bilik atau almari. Boleh digantung atau diletak atas meja, pewangi Kasturi Syifa boleh didapati dalam 4 jenis antaranya;

 Purple-Lavender
Hijau- Apple Blossom
Biru-Sparkling Lemon 
Merah-Vanila

Harga Sabah/Sarawak : RM14.90

Setakat ini, aku sendiri telah menggunakan 3 jenis pewangi berbeza iaitu Biru-Sparkling Lemon untuk haruman di dalam kereta, Hijau -Apple Blossom untuk ruang pejabat, manakala Purple - Lavender untuk ruang bilik tidur.Alhamdulillah, wangian segar ini membuatkan ruang lebih selesa dan wangiannya lebih tahan lama berbanding yang biasa,

Kepada yang berminat, boleh inbox FB Ahmad Fauzi Yaakob .  Bagi kawasan Miri akan dihantar terus kepada Tuan/Puan, manakala luar kawasan Miri akan dihantar melalui pos (caj pengeposan akan dikenakan).

Keterangan lanjut di www.kasturisyifa.com

Friday, October 4, 2013

Sambal Petai Tumis

Assalamualaikum...
Salam Jumaat...moga sihat semuanya seperti biasa. Hari ni malas nak gosok baju melayu, pakai kemeja panjang biasa dengan lengan berlipat.I like!

Dulu-dulu-dulu (sebut ikut style penyanyi Tegar ye...)..... Ehhh..ok lah dulu dah pernah post entri pasal sambal petai ni..klik sini. Baru-baru ni buat lagi sebab ada stok petai, abang aku beli masa dia travelling ke kawasan rumah panjang.Petai tu besar dan sihat-sihat belaka.....jadi aku boleh hiris-hiris ikut selera.

Sambal Petai Tumis Belacan ni memang ohsem!
Ehmm..kalau dah makan petai ni memang segala bau ada kan..bilik air pun bau petai.Hahaha....Sebenarnya banyak khasiat Petai yang kita tak tahu, rawatan mencegah strok,sembelit,anemia,berhenti merokok,depresi dan lain2 sampai kulit akar pun berguna untuk rawatan kencing manis!

Aku dapat info dari blog Dunia Kongsi ni dan korang boleh baca juga khasiatnya di sana k.

Nak resepi simple masak tumis petai style orang bujang KLIK SINI.

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu!

Friday, September 27, 2013

Bukan aku tak sudi nak gi kerja

Assalamuaikum....salam Jumaat, penghulu segala hari.

Aku baru bangun dari lena...ehhh, tak keja ke?hmmm....
Pagi tadi, aku bangun seperti biasa.Ok je xde sakit apapun..Tetiba masa mandi tu, badan sebelah kiri rasa sakit.Pastu kan, nak bersiap gi kerja pun agak lambat sebab rasa sakit tu membataskan pergerakan.Bersiap2 dan yang penting siap serta feeling hensem, aku turun dan rutin pagi2 bagi makan bebudak berbulu yang ramai tu.

Bayangkan..Nak masuk keta, auwwwwww!Nak tukar gear pun auwwwwwww.Badan tegak je.Kalau senget sikit, balancing keta pun lari.Silap2 terbabas ke tepi...mujur tak laju.Alhamdulillah sampai gak kat opis.
Masalah seterusnya nak keluar keta...ok yang ni malas nak cakap.

Masuk opis, punch card dan awal2 bagitau opismate aku rasa tak selesa dan rasa tak sihat.Baru aku perasan, kain samping yang aku pakai hari ni terbalik...haha.Ok, takde yang perasan.

Buat keja sikit dengan posisi badan tegak je...pastu aku masuk bilik fail dan rehat jap.Nafas aku mula sukar..bos panggil ada tugas utk minggu depan.Aku terima.Bos perasan aku nampak x selesa.Aku explain.

Next, aku wat printing...wat itu, wat ini dan makin tak selesa.Dada rasa sesak, aku rasa mual dan kepala rasa berat.Kekadang rasa macam ada beban atas bahu.Nak toleh kanan kiri memang sakit.

Aku shutdown Pc, kemas barang dan bagitau kat opismate aku tak jadi kerja hari ni.Ambik cuti..
Balik camana???Haaa...macamana aku datang, camtu jugak lah balik rumah.Sampai rumah telan painkiller dan aku tertido.So, bukan aku tak sudi nak bekerja hari ni....aku dah cuba untuk bertahan.

Kenapa tak gi klinik terus?Maaf, aku tak larat nak teruskan drive td.

InsyaAllah, ada jalannya...

:)



Thursday, September 26, 2013

Panas!! Video Isteri Mat Yo Mohon Maaf?

Peminat bolasepak Malaysia digemparkan dengan kes isteri Mat Yo yang bersikap kurang ajar terhadap seorang pengawal keselamatan kan.

Ape perasaan korang tengok video permohonan maaf ni?Boleh terima tak?

Sumber:YouTube

Hilang stress bekerja kejap.

Tapi, pendapat peribadi aku tentang kes yang sebenar lah kan..memang isteri Mat Yo sangat kurang ajar.Bukan sikit, tapi banyak!

Boleh dijadikan pengajaran kepada semua, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.Kan tak pasal-pasal kena sumpah seranah gara-gara perangai sendiri.Silap-silap, si suaminya pun boleh hilang peminat.Itu pun kalo ada lah kan..hikhik.

Hormatilah orang tua.Aku fully respect pakcik guard tu...dia menjalankan tugas dengan baik dan masih mampu bersabar dengan karenah insan malang itu.Go Pakcik Go!

:)

Lagu Retro - Mengulit Kenangan

Salam sekali lagi ...
Sebenarnya dari pagi terngiang-ngiang lirik lagu ni...
Akhirnya jumpa kat Youtube.Layan sambil2 wat keje....jangan nak heran, aku memang lebih minat lagu-lagu retro ni kalo nak compare ngan lagu baru.Hihi.

Kadang-kadang tergamit kenangan silam dan ada lirik yang menyentuh hati kerana ianya pengalaman sendiri =)

Layan ye..


MENGULIT KENANGAN - KUMPULAN DATA

Masih berbunga cintaku ini
Harum dalam kenangan
Biarpun telah engkau calarkan
Kuntum-kuntum rindu

Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Menyapalah derita...

Bukanku mengungkit kisah lama
Sekadar mengulit kenangan
Kasih sayang yang kita semai
Ketandusan...

Mengapa terjadi perpisahan
Di kala aku memerlukan
Secebis rindu menghias kamar
Kegelapan...

Rela aku begini dan terus begini
Merawati kelukaan...
Semoga suatu hari ada sinar sang suria
Menerangi..

Tiada guna ku tangis ratapi perpisahan
Yang berlalu biarkanlah...
Kerna aku percaya sebalik kedukaan
Ada bahagia...

Masih berdarah lukaku ini
Pedih menikam jiwa
Simpulan cinta terlucut kini
Menyapalah derita...

Laksa itu menggodaku!

Assalamualaikum..

Salam Khamis, berbatik-batik kita hari ni ye..
Hari ni opismate kata aku pakai baju batik baru.Hoh?Baru lah sangat.
Sebenarnya aku baru perasan ada baju ni dalam wardrobe....dah penah pakai tahun lepas pun.Haha...kekadang, kalo kita jarang pakai baju tu nampak baru lak kan.

Baeklah, pagi ni terbuka page sifu MAT GEBU.Alamakk!Bukan maen lagi laksa dia di sana...menggoda okeh.Itu baru laksa, belom lagi kalo jumpa tuan tu sendiri.Tabik!
Sesungguh nya rindu rasa nak ziarah ke sana lagi.Tak gitu Ady Budika?????

>_<

Wednesday, September 25, 2013

Kek Lapis Idola

Assalamualaikum...salam Rabu ye.
Hari ni 'berazam' untuk siapakan entri ni.....kalau terpublish, siap la maknanya tu.Ahaks

Semalam dah tayang kat Instagram dan FB...ramai lak yang tanya termasuk inbox nak resepi kek lapis Idola ni ha. Aku buat malam Isnin lepas, balik keja tengok ada bahan-bahan.Tetiba rajin nak buat.Itu pun ada banyak lagi baki bahan-bahan yang tak pakai lagi.Hmm..

Seperti biasa, aku kalau nak buat kek lapis ni nak yang simple je lah.Nak cantik memang tak.Layankan dulu gambarnya sebelum merangkak ke arah resepi.Jom..

Kek Lapis Idola

Kek Lapis Idola 
by: Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 16oz/454g mentega
  • 10 biji telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan gula
  • 1 paket serbuk santan
  • 1/2 susu pekat 
  • 1 tin kecil seri kaya
  • 1 sb ovellete
  • 2 1/2 cawan tepung hong kong
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 1 cawan serbuk milo
  • 1 sb serbuk koko
  • sedikit pewarna kuning *optional

Caranya:

  1. Sediakan loyang bersaiz 8x8,gris dengan mentega dan alaskan dengan kertas pembakat/kertas minyak pada dasarnya.
  2. Panaskan oven api atas bawah, suhu 220'c, bergantung kepada jenis oven.
  3. Pukul mentega,gula dan ovellette hingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan perlahan.Setelah habis,tambahkan kelajuan.
  5. Masukkan esen vanila,susu, dan seri kaya.Pukul hingga sebati.
  6. Seterusnya, masukkan pula serbuk santan,tepung dan serbuk horlick.Pukul lagi hingga sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.2 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning atau biarkan sahaja dengan warna asal.
  8. Bahagian yang selebihnya pula , masukkan serbuk milo,dan serbuk koko.Kalau nak lebih pekat lagi boleh tambahkan coklat emulco.*optional boleh ganti dengan coklat masakan.
  9. Lapiskan 1 bahagian warna asal dengan sukatan 1 cawan.Ratakan dalam loyang, bakar menggunakan api atas hingga masak (lebih kurang 5-7 minit).Sebelum melapis adunan seterusnya, tekan sedikit permukaan kek dengan penekan khas.Ulang kaedah hingga habis bahagian 1.
  10. Lapiskan pula dengan adunan berwarna coklat.Guna kaedah yang sama hingga habis
  11. Selepas adunan coklat habis,lapis lagi dengan bahagian warna asal.Ulang proses hingga habis.
  12. Setelah masak setiap lapisan, biarkan kek sejuk.Masukkan dalam peti sejuk atau potong dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba :)


#Edited: Serbuk milo tu boleh ganti dengan coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boiler.Guna 1 cawan pun boleh.Mula aku nak guna coklat, tapi terfikir nak wat benda lain pulak ngan coklat itu.Hihi.




Tuesday, September 17, 2013

5 Sebelum 5?

Assalamualaikum..
Moga sihat semuanya ya...seperti biasa, blog ni memang tenggelam timbul.Siaran on/off.Kalau langganan berbayar rasanya ramai yang dah terminate langganan dorang.

Salam hari Selasa ye, nyaris aku nak wish salam Isnin td sebenarnya.Maklum lah, semalam cuti umum kan.Hari Malaysia katanya..

2-6 September lepas, aku berada di Kuching untuk berkursus.Pastu demam,mungkin cuaca yang tak menentu.Bila demam n batuk dah ok, selsema pulak tak settle lagi...Ahad lepas, (15 Sept) sedang on air dalam konti pun masih selsema...Ughhh,sangat tak selesa tapi masih cuba perform dengan terbaik dan buat2 tak sengau.Haha....Tetiba badan rasa panas.Habis duty tu aku terus pecut balik, sampai rumah aku baring nak rest.

Lorrrr..demam semula rupanya!Badan sakit2,lemah nak genggam penumbuk pun tak dan.Memang tak daya la..Alhamdulillah, lepas akak tolong urut tangan dan kaki tambah beransur sihat.Malam memang tidur tak nyenyak sampai ke pagi..Ubat tetap makan, tapi semua tu nikmat yang Allah berikan...antara 5 perkara sebelum 5.... Sihat sebelum Sakit....masa kita sihat, macam-macam perkara kita boleh buat.Bila dah sakit, memang tak daya.Mungkin juga tak cukup rehat la kot no....tapikan, aku perasan, sejak kes sampai ambik blood test hari tu memang rasa cepat nak demam je.Apapun, syukur hari ni aku dah boleh bekerja walaupun belum sihat sepenuhnya.Nak makan yang sedap pun tak sedap.Camne tu?hehe

Tiap kali kita sakit atau kesulitan, motivasikan diri sendiri....sebenarnya ada lagi orang lain yang lebih hebat dugaan,kepayahan,kesulitan dan kesakitan yang diberi.

Ingat lah 5 Sebelum 5

*Sihat sebelum Sakit
*Muda sebelum Tua
*Kaya sebelum Miskin
*Lapang sebelum Sempit
*Hidup sebelum Mati

Tetiba ingat lagu Kumpulan Raihan ni.....

YouTube :Demi Masa by Raihan

Doakan saja kebaikan untuk kita semua...Moga yang berada dalam kesulitan diberikan kesenangan, yang berada dalam kesenangan diberikan kesejahteraan dan tidak lupa dirinya hanya makhluk kecil di muka bumi  :)

Sekian

Wednesday, July 24, 2013

Kek Lapis Instagram

Assalamualaikum...

Salam Ramadan ke-15 hari ni.Tak terasa dah separuh perjalanan kita dalam bulan ramadan kan?
Ikut pemerhatian aku, bazaar ramadhan pun dah mula sunyi.Tak lama lagi gaji, insyAllah akan meriah kejap.Pastu masing-masing akan sibuk buat persiapan nak sambut raya.

Korang dah apply cuti raya ke?Kalau yang dapat balik bercuti raya tu banyak kan bersabar ye, giliran orang lain pulak nampaknya tahun ni.Macam-macam jenis persiapan yang nak dibuat menjelang perayaan, ada yang beraya sakan tukar itu ini, ada yang lebih selesa untuk besederhana.Alhamdulillah, aku pilih untuk besederhana seperti biasa...dan apa yang pasti, baru je pagi tadi hantar kain kat tailor nak suh buat baju raya.Nasib tailor tu kenal aku.Dari awal tahun dah dia suruh hantar...tp tak hantar2 jugak..Ada masa nak gi tengok jugak baju2 ready made...takut tak siap lak nanti kan.Salah siapa?Tepuk dada, tanya selera...ehh!

Ramai yang dah mula buat biskut, kek dan hamper raya.....tak kurang jugak yang cari resepi-resepi kek atau biskut yang baru kat gugel.Hiks..kalau anda salah sorang dari pencari itu, terima kasih kerana tersinggah kat sini.Jom, aku kongsi resepi baru untuk kek lapis....tengok gambar ni.

Kek Lapis Instagram
Yesszza....Kek Lapis Instagram namanya..Boleh je lah ye.Gara-gara suka sangat nak belek2 gambar kat Instagram (IG) kan.Hari-hari nampak logo IG tu, timbul pulak idea nak hasilkan kek dengan warna camtu.

Logo Instagram
Hmm, bahan-bahan asas kek seperti biasa.Cuma tambah sikit-sikit untuk pelbagaikan rasa, imaginasi ja.Maaf lapis tak berapa nak kemas.Haha..

Kek Lapis Instagram (Saiz 8"x8")

Bahan A:
  • 250 mentega
  • 1 cawan gula halus *boleh juga kurangkan kpd 3/4
  • 1 tbs ovallette
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 1 1/2 cawan tepung hong kong 
Bahan B :
  • 1/2 tbs coklat emulco -warna coklat
  • 1/2 tsp pandan paste - warna hijau
  • 1/2 tsp strawberry paste - warna merah
  • Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain
Caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 200'c,api atas.Sediakan tin bersaiz 8"x8", sapu sedikit mentega dan alas dengan baking paper.
  2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
  4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1 cawan.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.)
  5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan kek menggunakan penekan khas.
  6. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis.
  7. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan dinikmati.
Selamat mencuba, salam hormat!



Thursday, July 18, 2013

Masih ingat lagi...puasa masa kecik2 dulu

Salam Ramadhan yang ke 9..

Alhamdulillah puasa masih diteruskan lagi...malam tadi hujan lebat dan angin kuat..Lena je tidur.
Siang hari ni pulak cuaca berbeza..panas membahang.Kalau bebudak, mesti muka pun dah monyo menghitung waktu untuk berbuka..hehe..tapi ada jugak yang masih bertenaga.Syukur la..

Ingat lagi..masa kecik-kecik dulu....menunggu waktu berbuka hingga ke petang memang terasa lama....nak keluar bermain pun tak larat.Penat.

Pernah jugak berpuasa setengah hari,itu perkara biasa bagi yang baru nak belajar puasa kan....
Baring-baring depan tv je.Tengok jam...hmm, lama lagi.Kalau cuaca pana sangat,alamatnya gi dapur bukak peti ais.Peti ais dulu-dulu, siap ada ais-ais yang lembut kat dalamnya....Apelagi, aku kikis la ais-ais tu, sapu kat muka....pernah jugak masukkan kepala dalam freezer atas...kira parah dah tu kan..nak ambik sejuk.haha.Duduk depan peti sejuk terbuka pun pernah.Hmm, itu lah namanya bebudak...

Rumah dulu mana ada aircond.......Ehh!Baru aku perasan, rumah sekarang pun takde aircond jugak rupanya!!!!Hahaha..

Hah!Korang mesti ade gak yang pernah wat camtu kan?

:)

Tuesday, July 16, 2013

Sardin Tumis Indah Lelapku...sardin cap ayam pon bolehhh?

Salam Ramadhan ke 7..

Ehem..harap terus cergas ye, kalau ada yang dah longlai tu perkara biasa la...cuaca pun agak panas kat sini.
Nak masak apa untuk juadah berbuka petang ni agaknya?Kalau yang duk umah tu, memang seronok la memasak juadah kan...kalau yang bekerja di pejabat, sambil buat keja tu pasti teringat2 periuk belanga kat rumah....sesekali singgah jugak ke blog2 masakan kan.Ahaks.

Kalau nak senang, singgah bazaar ramadhan je la...senang tak senang jugak sebenarnya...Nak cari parking dan bersesak...itu belum lagi melawan nafsu dan kawal diri nak beli itu ini.Elakkan pembaziran...perhati dan pilih.Apa yang penting aspek kebersihan....makanan yang bersih, menjamin kesihatan.Kadang kat bazaar ni, rupa makanan yang dijual tu bukan main nampak sedap, tapi rasa??????

Semalam, fikir memang nak masak menu sendiri...dah terbayang nak grilled ayam.Sampai rumah, tengok ayam keras pulak dalam freezer...Hmmm, masuk bilik jap...terlelappppp!!Ini antara lauk yang sempat.....main campak-campak....sayur-sayur dan ikan rebus akak dah masak awal.Hihi....

Sardin Tumis Indah Lelapku..mampu?
Salam hormat!

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan, selamat berpuasa

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa...
Tumpang lalu ye ahkak dan ahbang serta ahdik2...hari ni tiada juadah tersedia..Kalau orang sibuk penuhkan stok makanan untuk berbuka dan bersahur dalam esbok, aku pulak nak kosong kan laa esbok.Nak bagi ruang untuk stok kuih raya.Bila nak buat, tak tahu lagi

Alhamdulillah, esok umat Islam dah mula berpuasa bagi tahun 1434 Hijrah ni.Semalam dah skodeng2 anak bulan kan...tengah sibuk mak bulan nak pasangkan lampin...so anaknya tak nampak.Maka dikira2 berdasarkan rukyah dan hisab, maka 1 Ramadhan 1434 H jatuh pada hari Rabu lah ye..bukan hari ni.

Tahun ni cepat je rasanya kita dah sambut bulan Ramadhan kan...pastu pejam celik dah nak raya....nak digempakkan cerita, balang kuih raya taun lepas pun tak kering lagi.Hahaha.Itu melampao.

Baeklah, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan FB,rakan IG, rakan blogger, rakan dekat rakan rapat, ahli keluar dan sanak saudara...Moga Ramadhan kali ini terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.Buat yang berniaga di bazaar, berniaga lah seikhlas hati..jangan pikir nak untung je tapi terapkan nilai bersedekah juga ya.

Sekian,salam hormat!

Thursday, July 4, 2013

Sebenarnya aku bukan siapa-siapa....

Salam Khamis,

Lewat sikit masuk entri.Ambik masa lunch hour jap tadi...
Rasa kekok pulak hari ni....Tengok cincin, ada.Tengok jam tangan, ada jugak.Cuba hidu badan sendiri (ehh, camne tu cuba bayangkan ye)Ok, memang pakai perfume seperti biasa.Hmmm...ape yer yang buat aku kekok?

Bangun kejap, nak ambik file kat rak tepi.Lorrrr.alamak, alamak..aku terlupa pakai belt!Tali pinggang la...hahaha.Nasib baik hari ni Khamis, pakai batik.So tak nampak lah kan.Jangan ada yang selak dah la...memang rasa tak lengkap kalau takde belt ni.Rimas, maklum laa badan sixpack!Haha... (Ini menidakkan kenyataan kalau tak pakai belt, seluar terlondeh ye!)

Dan ini pulak aku print screen ptg semalam...........Errrrr......diam-diam ada stalker.Motipppp???
Pastu tetiba teringan komen mesra dari pcm tempoh hari.Pak Cik Matttttttttttttt!!!!!! (sinsing lengan)

Keywords bikin gelak..
Haaaa...hari tu ada komen dari sifu Mat pasal tunang2 ni...mungkin dari situ la bermula pencarian itu melalui google.Kalau cari pun tak jumpa dik, aku bukan siapa-siapa.Ko ingat aku retisss?Taip-taip terus keluar gamba??Sentapp!

Aku sendiri nak carik calon guna cik gugel pun tak jumpa.Bila dah jumpa yang berkenan, diambil orang lak...lagi sentap! Hahahaha..Ok abaikan.

Terima kasih lah kepada pcm, tak pasal-pasal ada stalker nak carik siapa tunang aku.Err..

Sebenarnya saya masih single... *kbye!

Salam hormat!

Monday, July 1, 2013

Cappucino Mousse Sexy Cake

Assalamualaikum..

Salam hormat,hari ni monday blues yang teramat..terpaksa ambik nescafe O peng untuk segarkan mata.Errrr...untuk diminum ye, bukan dititis kat  mata.

Hmm..dah masuk bulan Julai dah pun kan.Tak lama lagi kita berpuasa, iklan kurma pun dah banyak, kalau jalan kat shopping mall sini dah mula nak deco raya.Kalau bahan-bahan untuk baking memang dah tersusun dah..Cuma sentap sikit nengok harga butter yang naik 'menjulang tinggi'.Contohnya butter golden churn yang biasa diguna untuk kek lapis, dulu-dulu rega bagi saiz 454g cuma RM9 hengget...naik RM10 hengget.... pastu tahun lepas RM12.50....lepas pulih dari isu halal, naik 14.50......dan terkini nampak reganya RM 17.50 !!Pengsannnn!!So, jangan heran kalau rega kek lapis atau biskut raya yang guna butter berkualiti pun akan naik harga ye.Boleh guna margerin atau lepa susu...tapi memang tak sesedap butter.

Okeh, lupakan dulu soal projek raya.Ni nak tayang kek dari resepi Mocha Mousse Sexy Cake oleh Mat Gebu....kalau nak tunggu bulan puasa baru nak tayang, takut rasa bersalah lak nanti.Layan kan aje...

Cappucino Mousse Sexy Cake 
 Ingat lagi tak, pertengahan bulan Jun hari tu aku gi jumpa pelakon teduha kasih? Klik Sini, ehhh.. sebenarnya entri tu kat bawah entri ni je.Scroll down kan aje...masa tu sifu mat hidangkan kek yang sangat sexyyy!So, aku pun try la buat jugak.Nak buat, tapi kejar masa ....ini lah kejadian nya...Kurang kemas...jaring coklat nampak cincai je,bertaburan umpama bunga rampai yang ditabur2 atas pelamin.Ehh!

Jaring coklat tak memuaskan ..
Stoberi tu pulak, gedabakkk besar.Malas pulak nak potong dua...kalau sifu mat guna mocha untuk mousse, aku taruk cappucino ye.Sebab takde stok mocha pulak.hehe..Kira adik beradik la cappucino dan mocha tu...Paling tak pun sepupu sebelah bapak.Kira olah sikit ja dari resepi asal.Haaa...

Sedappps...
Baeklah, nak kata soal rasa.....aku nak pejam mata lama-lama.. Ya Allah sedappppnyerrr!Kek ni kena letak dalam fridge, kalau letak kat luar lama-lama nanti mousse tu cair.Terima kasih sifu mat untuk resepi yang mabelesssss ini.

Cappucino Mousse Sexy Cake

Bahan-bahan kek:
  • 125g mentega
  • 2 camca besar penuh serbuk koko
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 camca teh mocha flavour **aku guna Cappucino Emulco, **wink2 kpd sifu mat
  • 2 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus (cm kurangkan 2 camca besar) ** aku kurangkan jugak
  • 1.2 camca besar ovellete
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)

Bahan-bahan untuk mousse:
  • 140g coklat masakan
  • 1 camca besar halal gelatin
  • 100 ml air suam
  • 2 putih telur
  • 200g whipping cream (simpan dalam peti sejuk)
  • 40g gula kastor

Bahan untuk hiasan:
  • Buah strawberry segar secukupnya
  • Sedikit piping jelly
  • Parutan coklat secukupnya
  • Parutan coklat putih secukupnya**aku tak letak
  • Serbuk koko secukupnya
  • Roll Wafel**aku tambah je

Cara membuatnya:

Kek : 
  1. Panaskan oven pada suhu 180'c, lenser tin bulat 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minya, lenser juga kertas tadi.Ketepikan.Satukan mentega, susu segar dan serbuk koko dalam periuk.Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga mentega cair dan kesemua bahan larut.Tak perlu mendidih.Matikan api, masukkan perisa cappucino* kacau rata dan biar sejuk.
  2. Putar gula dan ovellete hingga rata, masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat seperti adunan kuih bahulu.Perlahankan kelajuan, masukkan bancuhan koko dan tepung secara berselang seli hingga habis, gaul rata.Tuang dalam tin dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Keluarkan kek dan biar sejuk atas jaringan.
Mousse : 
  1. Satukan gelatin halal dengan air suam, kacau rata dan  biarkan sekejap.Cairkan coklat secara double boiler, kacau rata dan masukkan bancuhan gelatin.Gaul hingga sebati, ketepikan dan biar sejuk.Putar telur putih hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar hingga kental (Meringue).Ketepikan.Kemudian putar pula whipping cream sejuk hingga kental dan jangan terlebih putar bagi elakkan ia cair.
  2. Satukan whipping cream dengan coklat, gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati.Masukkan pula meringue dan gaul hingga sebati.Bahagi kepada 2 bahagian sama banya.Ketepikan
Cappucino Mousse Sexy Cake:
  1. Kek dipotong kepada 2 kepingan.Sediakan cake ring berukuran 8 inci.Letak atas cakeboard.Ambil sekeping cake dan alas ke dasar acuan, tuang 1 bahgaian mousse ke atasnya, ratakan. Berhati-hati lapiskan dengan sekeping lagi kek dan tuang baki mousse tadi.Ratakan dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
  2. Panaskan pisau nipis, kemudian sisipkan pada sekeliling kek, berhati-hati tanggalkan kek ring tadi.Tabur serbuk koko di atasnya.Kemudian hias dengan parutan coklat,strawberry sgar yang terlebih dahulu disapu piping jelly untuk mendapatkan kesan berkilat dan segar.Simpan kembali dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


Terima kasihhh kepada sifu Mat Gebu untuk resepi yang owsemmm ini.

Selamat mencuba, salam hormat!


Thursday, June 20, 2013

Bertemu pelakon Teduhan Kasih?

Salam semua,

Makk aih..dah seminggu berlalu.Pejam celik pejam celik tak terasa.
Ramai yang nonton drama Teduhan Kasih di TV3, aku tak pernah tengok pun...adakah entri ini berkaitan?Sila baca....

Minggu lalu, aku bercuti dari 12-16 June.Kemana dan buat apa?Alahai, domestic flight sahaja.
Yessza, kali pertama aku buat penerbangan dari Miri (MYY) ke destinasi Johor Bahru (JHB) dengan AirAsia pada Rabu lepas.Yerr!Aku memang  bukan PILOT!

Sampai JB, aku disambut dengan tarian kuda kepang oleh rakan blogger, Ady Budika.Sebelum ni, kali pertama ke Johor transit terminal Larkin je masa balik dari Singapore.Kali ni berpeluang la jenjalan kejap.Sempat berjumpa rakan blogger sorang lagi, Sunah Sakura dan rakannya Kak Ila.Terima kasih sebab bawak gi makan kacang pool yang femes serta jenjalan tengok 'ikan' kat Pasar Borong Pandan dan cuci mata ke Danga Bay.

Kacang Pool Haji, Johor
with Ady Budika @ Danga Bay
Siang hari, ada rancangan dah.Nak gi jumpa member keja polis kat Nusajaya.Call, rupanya dia off duty hari tu...takde kat balai.Tak leh nak wat surprise!Sorang lagi keja bomba, kat Johor gak..Keduanya tak sempat nak jumpa.Destinasi diteruskan ke Legoland!Yeayy, dah sampaii 'tengok' Legoland.Nak stay situ lama-lama memang tak la...panassss sangat kot!

Depan Legoland >_<
Hidup kena diteruskan...Eh!Agenda utama adalah nak gi serang rumah sifu masak-masak dan pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan , Mat Gebu a.k.a Adnan Ibrahim.Sedenak...yup!Itulah destinasinya, sebelum ni tau nama tempat ja.Kali ni berkesempatan pergi sendiri..indah permainya suasana, rasa balik kampung berhari raya.Sampai je rumah beliau, disambut pula dengan tarian piring dan keramahan nya sekeluarga.Nak cerita panjang lebar, takut korang tak tidur malam nanti...tengok apa yang tersedia.

Terima Kasih pcm untuk hidangan yang sangat sedapp (nak lagi)
Tiffin biru tu, ramai dah yang nak kidnap...so takyah nak verangan.Nanti kena sunat!Gossip punya gossip, 3 jam berada di situ. Dari cara buat 'chocolate net' hinggalah cara kempiskan pipi diperturunkan ilmu.Silapnya xde Sis Lin, kalau ada mungkin tutorial itu lebih menjadi.Haha..

Mohon maaf kepada korang..pasti ada yang dah meleleh nengok pic kat atas tu kan...semuanya sedap, tengokla siapa yang masak!Jom kita cuba sama-sama...satu-satu entri telah keluar di blog DTS beserta resepi.Klik bawah ni.

Mocha Mousse Sexy Cake *

Baru-baru ni jugak, blog DTS menampilkan resepi Kacang Pool nya sendiri.....klik ja Kacang Pool .

Aha.. yang bertanda tu memang hot item aku nak try buat sendiri!Sedap uols!!
Rasa nak pergi lagi Johor Bahru pada masa yang akan datang.Boleh merayap ke Singapura kan.Terima kasih kepada Che Mat Gebu sekeluarga, Sunah dan kawannya,Ady Budika dan Epul.Jasa kalian amat dihargai.Itu baru kisah di JB,next....

Sekian dulu,Jeng3!

Salam hormat

Wednesday, June 19, 2013

Pelajar 15 Tahun beli pistol RM2K?

Yessza..

Tadi terbaca berita online kat myMetro. Kejadian kat negeri Perak, pelajar yang berumur 15 Tahun kumpul koleksi pistol tiruan.Harga ribu-ribu ....abang pun tak mampu dik!

Memang kena pandang serius benda ni, takut kemudian hari kejadian yang tak diingini pulak yang berlaku.

Ipoh: Usianya baru mencecah 15 tahun, namun seorang pelajar sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memiliki koleksi senjata dan senapang tiruan berbahaya model M16; pistol Glock; Colt 45 automatik dan Air Rifle MP 5 untuk koleksi peribadi.
Senjata tiruan yang seakan senjata api tulen itu dipercayai ditempah khas melalui sebuah laman web yang beroperasi di luar negara termasuk Amerika Syarikat, China dan Taiwan.
Bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa, remaja berkenaan menempah senjata itu melalui Internet sebelum senjata itu dihantar ke negara ini menerusi khidmat pos.
Bagaimanapun, usaha licik remaja itu berakhir apabila anggota Unit Kastam Pos, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Cawangan Ipoh mengesan senjata tiruan itu menerusi mesin pengimbas di Pejabat Pos Ipoh, tengah hari Sabtu lalu.
Pengarah Kastam negeri Datuk Mohd Nasir Said berkata, pihaknya menahan remaja berasal dari Kuala Kangsar terbabit pada hari sama rampasan dibuat bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 116 Akta Kastam 1967 sebelum dilepaskan dengan jaminan.
Beliau berkata, siasatan mendapati, remaja berkenaan mengaku membuat pesanan senjata tiruan itu dengan melaburkan wang RM2,000.
“Selain senjata api, kami turut merampas kelopak dan bebola getah serta tembaga dipercayai peluru pistol berkenaan selain beberapa komponen dan peralatan berkaitan senjata api tiruan itu.
“Lima senjata api yang dirampas itu sebahagian daripada 10 unit senjata yang dirampas pasukan penguatkuasaan kastam negeri bagi tempoh Januari hingga Jun termasuk dua unit dirampas di Kompleks Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, manakala tiga unit lain dikesan di pejabat pos negeri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, pihaknya memandang serius pengimportan tanpa permit senjata api tiruan berkenaan kerana ia bukan saja mampu mengancam keselamatan negara sebaliknya boleh disalah guna untuk tujuan jenayah.
Mohd Nasir berkata, senjata tiruan model Air Rifle MP 5 itu sendiri boleh digunakan untuk mencederakan binatang dan manusia, malah boleh membawa maut sekiranya diubah suai.
Menurutnya, senjata api itu turut menggunakan bateri yang perlu dicas dan gas untuk berfungsi.
“Kami bimbang jika ia jatuh ke tangan individu tidak bertanggungjawab, ia mungkin digunakan sebagai senjata api untuk tujuan samun, rompakan dan pembunuhan.
“Pada masa sama, kami turut meminta ibu bapa supaya memantau kegiatan anak masing-masing terutama dalam penggunaan internet bagi mengelak salah guna kemudahan itu untuk tujuan membeli dan mengedar senjata api serta barang-barang terlarang lain,” katanya.
Katanya, pengimportan semua jenis senjata termasuk senjata tiruan perlu mematuhi Butiran No 46, Jadual 3, Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 di mana pengimportan perlu disertai dengan permit import yang diluluskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sumber : MyMetro, Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

Cemburu makan diri, jangan nak jeles sangat!

Salam semua,

Moga sihat semuanya ya.Hari ni takde wordless wednesday pulak.Haha

Sumber : Google Images sajorrk
Setuju ke, cemburu tu tandanya sayang?Mungkin ada betulnya, tapi kalau sifat cemburu yang melampau boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Semalam, dalam perjalanan ke pusat bandar aku layan Radio Malaysia Klasik NasionalFM.Sebuah radio RTM yang memainkan muzik-muzik retro dan klasik khususnya.Kebetulan, segmen "Aku Dia dan Lagu (ADILA) sedang keudara.Kalau yang betul-betul menghayati kisah-kisah yang dikongsikan pendengar, pipi boleh basah ok!

Ada kiriman dari Pak Engku dibaca oleh juruhebah bertugas.Rupanya, beliau adalah ayah kepada bekas penyanyi kumpulan Spoon, Arwah Along.Kisah yang dikongsikan adalah berkaitan kehilangan dan kematian penyanyi itu yang berlaku 14 tahun yang lalu dan lagu-lagu yang dimainkan juga dari kumpulan itu sendiri.Arwah telah dibunuh gara-gara cemburu.Aku pun sebak mendengarnya.

Kalau ada yang tak tahu kisah tu, sila KLIK SINI atau baca dari BLOG INI.Tak perlu aku nak ulas lanjut.Apapun, moga keluarga mangsa sentiasa tabah dan kita doakan kesejahteraan arwah di sana.AlFatihah.

Kerana cemburu, manusia boleh hilang pertimbangan kan.Baru-baru ni, ada juga rakan yang berkongsi kisah sendiri.Ada yang sanggup menutup periuk nasik keluarganya dengan khidmat khurafat dan syirik.Ada juga yg terima ugutan simbah asid dan sebagainya.Yakinlah Allah bersama kita, undang-undang pun ada.

Masa study dulu, ada juga yang cemburu bila aku senang untuk berkawan dengan pelajar-pelajar wanita.Ada yang tak kisah bila aweknya lepak ngan rakan-rakan dan pelajar lelaki lain, tapi bila adanya aku dia panas hati.Eh, lu apehal?Syukur, tiada apa yang buruk berlaku.Niat kita nak berkawan sahaja.Jangan nak jeles sangat!

Pernah juga tahun 2006, aku baru masuk IPTA.Terima 'sms' berunsur seks dari pelajar pompuan yang tak dikenali.Kita pun takut nak melayan.Mungkin cemburu sbb tak dilayan,sudahnya dia pakai cara lain..Tetiba tak sedap badan, dekat 2 minggu terbaring, makan tak lalu, badan pun susut,hampir sebulan skip kuliah.Mujur PA (Penasihat Akademik) beri cuti disamping cuti dari doktor.Alhamdulillah, dengan rawatan tradisional serta pertolongan dan izin Allah aku kembali sihat,mampu habiskan study.Tetiba ingat balik, seraammmmm.

Kena ingat, tak semua orang suka kita.Kena ingat juga, di mana-mana kita berada..ada sahaja 'duri dalam daging', 'gunting dalam lipatan'.Kalau tak puas hati ngan orang, bawak mengucaplah.Ingat dosa pahala, Ingat syurga neraka.Nauzubillah.

Salam hormat!



Monday, June 10, 2013

Monday Blues vs Blueberry Cakes

Salam 1 Syaaban untuk semua,

Alhamdulillah semakin hampir kita menyambut Ramadhan kan....Hari ni sangat monday blues.Penat sangat.Hujung minggu selama 2 hari yang sibuk dengan shooting dan aktiviti bersama rakan-rakan di TVi hingga malam.Mengantuk disamping belum sembuh sepenuhnya seperti biasa.Rasanya kalau disorong bantal, lelap terus ni.

Hari ni nak tayang kek yang aku buat Jumaat lepas la.Buat saja untuk suka-suka sambil belajar jugak.
Kek span je,pastu sapu ngan fresh cream dan blueberry filling.Dah jadi kan.

Blueberry Cakes
Aku cuba nak buat cantik macam blogger masak lain buat.Tapi teknik aku masih terlalu kurang kalau nak dibandingkan hasil daripada mereka.Rupanya gitu la, kurang kemas dan picit nozzle pun ada angin!Practice make perfect...cuba dan cuba lagi.Haha....

Yummyyyyy sangat!
Untuk kek ni guna kek span biasa je.Bila kek dah sejuk,aku potong nak cuba dpt 4 layer.Ye aku dapat!Aku deco guna fresh cream non-dairy + blueberry filling di setiap layer.Topping nya sapu FC jugak dan picit blueberry filling jugak.Dah siap.Mudah je bunyiknya.

Amboi, bukan main malas lagi bila dah monday blues ni ha...nak tepek resepi pun malas dah kat sini.How?

Ok bai.




Wednesday, June 5, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Akademi Fantasia (AF) kembali?

Salam...
Errr....Jangan nak gosok mata sangat tanda tak caya ek...
Aku sendiri pun pada mulanya tak pasti.Hari tu masa bersantai nonton tv kat rumah, ternampak iklan ujibakat AF 2013..Ingatkan la dorang buat telemovie pasal AF ke atau saja buat2 tayang.ehhh camna lak tu?
Klik untuk keterangan lanjut dan borang ujibakat
Rupanya betul-betul Astro nak buat balik Akademi Fantasia 2013...kalo hitung guna jari, ini yang ke 10 kan.Lorrrr...ape dah jadi?Kata dah hentikan AF, yang ke 9 adalah yang terakhir dan dimenangi oleh Hazama.Tetiba buat balik...adakah sebab rating penonton menurun dan jadikan AF sebagai penyelamat stesen tv siaran berulang?Jeng3....

Anda berminat ke?Pegi la ujibakat ek, berikut adalah tarikh dan lokasi ujibakat.........

1& 2 Jun 2013 
(Hotel The Zon, Johor Bahru, Johor)

8 & 9 Jun 2013 
(Hotel Vistana, Pulau Pinang)

15 & 16 Jun 2013
(Hotel Merdeka Palace, Kuching Sarawak)

22 & 23 Jun 2013
(Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah)

29 & 30 Jun 2013
(Shah Alam Convention Centre - SACC, Kuala Lumpur)

Selain lagu Menuju Puncak yang diubah sedikit,logo yang diperbaharui, konsep AF 2013 ni berbeza khabarnya ek..Nak tahu lebih lanjut sila klik Akademi Fantasia 2013.

Pasti berjaya di Akademi Fantasiaaaaaa.............

*Nak terminate account astro!Hahaha....

Tuesday, May 28, 2013

Tempahan sempena hari guru tempohari ...

Salam..
Wow...dah 28 Mei tarikh hari ni...cepatnya masa berlalu, dah nak habis bulan 5 untuk tahun 2013 ni....tak lama lagi kita akan sambut bulan Ramadhan Al-mubarak pulak...Tak sabar rasanya kan, moga kesihatan kita baik-baik sahaja dan dipermudahkan segalanya.

Hari Guru yang lalu, ada jugak peluang ambik tempahan dari pelanggan untuk kek.Tapi yela, kek biasa2 boleh..kalau yang cantik sangat tu tak mampu lagi.Baik ukur dulu kemampuan kita,nnti terkial2 nak membuat.Tahun ni terbuka hati nak ambik order ni pun sebab tahun lepas dah pernah menolak kan.Hahahaa...

Kek Span biasa je....deco ngan fresh cream

Vanilla cupcake...deco ngan freshcream jugak...

Kek Hari Guru jugak...dah mcm kek kawen pulak.haha
Apam polkadot.
Wallaweyyh...banyak yang perlu diperbaiki lagi...tempahan sekitar kawasan Bekenu, ok lah kan.Haha...
Apa yang best nya, sejak ada chiller sendiri, senang sikit nak simpan bahan kek dan jugak kek yang dah siap bikin.

Sekian.terima kasih.
:-)

Tuesday, May 21, 2013

Goji Berry dan khasiatnya....

Salam semua....
Selamat bersantai dilaman hijau..dah lunch ke?Harap sihat walafiat lah ye sebab entri hari ni mengenai kesihatan.Korang penah dengar ke buah Goji a.k.a 'Gou Zhi'?Aku pasti, ada yang baru pernah dengar dan terbaca mengenainya kan.Salah satu ubatan herba kering orang cina.Ehh, tak tak ...saya bukan racist!Haha...

Tengok ni tengok....

Goji Berry / 'Gou Zhi'
Perkenalan aku dengan buah goji ni bermula apabila terbaca entri masakan sifu Mat Gebu menerusi resipi Gojiberry Moist Butter Cake. Sifu Mat ada juga kaitkan khasiat goji ni sebagai antioksidan dan baik untuk mata.Kebetulan masa baca entri tu, aku sedang 'dalam pantang' selam 1 bulan setengah berikutan masalah kesihatan yang dialami bermula Februari lalu.Antaranya, doktor pakar menyarankan aku untuk ambil makanan yang mengandungi antioksidan seperti sayuran brokoli,bayam,kailan,bawang putih, anggur,stawberry,redberry,blueberry kecuali handpon Blackberry je aku tak telan lagi.Ok, yang tu overr.
Alhamdulillah, semakin positif kesannya...Harap-harap, lepas cuba Goji Berry ni nanti semakin sehat lah....


Cuma RM16 untuk 500g

 Kebetulan hari tu lalu depan kedai ubatan cina, aku pun masuk la dan tanya pasal 'Goji-goji' ni.Memang banyak khasiat, antara yang disebut untuk hati dan mata.Menarik!

Boleh dijadikan masakan, minuman atau dimakan begitu sahaja....mmphh!
Belum ada kesempatan nak masak menu-menu menarik menggunakan bahan Goji Berry ni....selain dibuat sajian makanan, boleh juga dibancuh untuk dijadikan teh atau dikisar untuk dijadikan jus.Tapi buat masa ni, aku kunyah begitu sahaja.InsyaAllah,dengan izin Allah kita harapkan kesihatan yang baik.

Aku kongsikan di sini, khasiat-khasiat yang ada pada buah Goji Berry a.k.a 'Gou Zhi'.Sumber dari SSP2u.
  1. Mengandungi Protein. Mengandungi asid lemak utama, yang diperlukan untuk Produksi Hormon Tubuh dan untuk kecerdasan Minda serta Sistem Saraf.
  2. Sumber terbesar Vitamin A. tidak mengejutkan kerana warnanya benar-benar merah.
  3. Mengandungi Vitamin B Komplex (B1, B2, dan B6) yang diperlukan untuk mengubah makanan menjadi energi.
  4. Mengandungi Vitamin C pada tahap yang lebih tinggi berbanding buah oren.
  5. Mengandungi Vitamin E (sangat jarang ditemukan dalam buah, hanya dalam biji-bijian atau kekacang.
  6. Untuk Amalan Seisi Keluarga
  7. Membekal tenaga dan stamina
  8. Merawat Diabetes (kencing manis), Darah Tinggi. Hipetitis B. Gout
  9. Menghindari risiko penyakit jantung dan Luekimia
  10. Untuk kelancaran fungsi otak (minda), Merawat masalah Saraf
  11. Mengurangi rasa tidak Nyaman ketika Haid
  12. Meningkatkan sistem Reproduktif wanita
  13. Merawat Fabroid (sengugut dan penyakit Luekhoria (Keputihan)
  14. Membantutkan sel Kanser, Merawat Kanser Servik, Kanser Payudara dan kanser Prostat
  15. Melambatkan proses Menopause dan Andropause
  16. Mengekal kesihatan mata dan penglihatan yang baik serta mencantikkan kulit
  17. Meningkatkan sistem Imunisasi Badan melawan penyakit
  18. Meningkatkan kemampuan seksual dan kesuburan
  19. Merembes Hormon Tumbesaran dan Awet muda
  20. Mengatasi masalah Contipatien (sembelit)
  21. Mengawal Stress dan Emosi
  22. Anti kuman dan Bakteria
  23. Kaya dengan Vitamin A. B komplex, vitamin C dan vitamin E.
  24. Boleh dibuat jus
Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...