The Followers

Saturday, April 30, 2011

Siti Musliha kembali!

Haaaaa.....salam petang,,

Ini adalah siaran tertunda...

Maklum la,penat balik dr London attend royal wedding...Ntah apa2 je,last minit plak prince william nak aku wat cupcakes as a door gift diorang.tu laa...sape soh beliau x ushar blog aku ni awal-awal kan....(sah2 ler di soh buat last minit kan..mmg dia x kenal ler aku..haha)..

Pagi ni pulak x menyempat nak buat entry,aku g Bintulu...gi Bintulu tu lebih kurang g perak la kalo dr KL.ni pun baru je sampai umah ni.,

Sampai rumah je aku trus baca paper...ntah sape yg beli paper ni aku x tau.yang penting aku dah baca.ehehs..
Belek punya belek.....terjumpa keratan ni ha...


Siti Musliha la..

Aikkk..tertarik lak nak membacanya...
Sebelum ni aku siap carik lagu Hujan Air Mata nyanyian Siti ni...dapat donlod lak tuh.sebab aku suka dgr lagu tu..teringat zaman kecik2..

Tahun lepas tu aku terfikir apa cerita Siti Musliha ni sekarang....so,aku google je lah.
Bila google,kebanyakan info yang aku dapat semua kata "khabarnya dah meninggal"..so,aku percaya je lah sbb dulu mmg kesihatannya x brapa ok kan.Bila dah nampak foto terbarunya,masyaALLAH....berita sebelum ni salah rupanya,.MINTA MAAF ye...

Rupanya dia ada kat Selangor..mmg dah lama x dengar khabar nya...yang pasti beliau akan buat come back lg....ada show kat Melaka nanti...tahu takk.tahu tak??Sekaranng ni beliau dah berumur 28 Tahun!Haaa....alhamdulillah,panjang umur cik Siti...

Lagi satu,keluarganya berharap ada pihak yang boleh membantunya untuk menjalani pembedahan untuk kali ke -5.Masalahnya,dalam paper tu tak nyatakan camana nak membantu..sbb number akaun takda..Semoga beliau terus sukses dan tabah menjalani kehidupan..

Nak dgr lagu hujan airmata??Layan Youtube ni Hujan Air Mata.

:)

Friday, April 29, 2011

Puding Karamel

Ting!(bunyik oven)

Salam pagi semua...
Dah bfast ke?..hari ni aku masuk keja petang,so boleh la berfoya jap sebelah pagi ni...
Sepatut nya hr ni aku dah apply cuti..tapi mungkin aku g opis gak petang ni..

Haa...ni pagi2 ni aku jenjalan g blog2 org,saja nak exercise sket..dah lama x blogwalking sambil duk ushar2 awek2 cun,pastu singgah lak dapur geng masak2 sambil ceroboh lemari dapur diorang...

Bahan banyak lg weyh!x tau nak wat gapo..

Awal pagi ni nak ajak korang tgok desert la pulak..lantak la masa ni sesuai ke tak sesuai.haha..nak gak tayang...

Ni projek mlm td...pasal ni lah oven aku bunyik TING! malam tadi..aku buat puding karamel daaaa....ape kejadahnya buat puding karamel malam2 kan..


Puding Karamel

Dah lama x buat puding karamel ni...

Dulu...masa aku still practical kat hospital (thn 2007),aku duk umah sis Jia aku...pernah gak aku buat puding karamel ni ha..tapi resepi nya beza sket..siap taruk perahan lemon.kalau terlebih,akan jadik pahit!

Yang ni lagik sedap!x sia2 aku selongkar lemari dapur sis HaSue..
Hahaaa..balik2 g bw carik resepi,mesti melekat rumah akak sendiri kan...bukan la ayah aku x kasi jalan jejauh..saja je...sbb aku tau kalo resepi dr belog sis hasue ni mesti amik simple nyer dan aku mampu nak buat...kekadang tu ada gak aku cedok dr geng memasak nya yg laen taw!

Meh try test..

Puding Karamel
Source :HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sharing by : ryoazhar.bloggspot.com

Bahan2 :

  • 3 sudu besar gula pasir - untuk dibuat gula hangus/karamel
  • 1 tin susu(krimer) pekat manis(tin kecil)-atau 3/4 tin sederhana
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air
  • 1 sudu esen vanila*aku pakai vanila powder
  • 1 sudu teh tepung kastard*yang ni aku tak letak

Caranya :
  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya,tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan..nanti ia akan cair sepenuhnya..
  2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....adalah disyorkan puding tadi ditapis semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi
  4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2 dan saiz bekas..
  5. Puding sudah masak apabila permukaannya tidak bergoyang lagi..sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan lebih enak dihidangkan sejuk2.
Dari lemari sis HaSue > Puding Karamel

Siyesss!mmg x bau telur pun...lembut enak berkrim disukai ramai lak tuh..

Selamat mencuba!

:)

Thursday, April 28, 2011

Kasut Terbang?

Selamat malam...

Errr..ada pulak yang dh tdo nih...yang tertido sambil dodoi anak pun ada gak..
Yang tetido sambil drive,mungkin 'sedikit' bahaya' kan..bahaya ke?eh,taklah....

Agak lambat bersiaran kali ni....'LAMBAT' bukan bermakna aku LEMBAB ye..
Eh bukan bukan bukan......bukan sesekali aku sengaja untuk malas nak berblogging...tapi bz kot y hari sukan sekolah...suara pun berbaki 2 bar je lagi ni.agaknya kalo nak g karoks bawak lagu Jeritan batinku yg Lan nyanyi tu..mmg kelauttt le..

Kisah hari ni,lepas je habis sukan tuh...aku trus pecut nak g bank ambik gaji n bayar keta & utiliti yg laen.selagi x bayar,rasa berdosa besar lak rasanya...Haha...Eh,korang dah bayar ke belum nih?Maaflah,aku dah lepas da,kalo x bole jugak aku tolong byrkan sekali.huuu...

Lepas selesai bayar,ronda jap g shopping mall..

@LEA Centre,Imperial Mall

HAH!!!Clearance Sale ada lg rupanya..Kedai kasut.ini kali ke 3 aku pegi...seperti biasa,hati ni bila dah suka tengok kasut tuu,mmg ringan je rasanya nak bawak g kaunter...yeahh!ini kasut yang ke 3 aku bli dalam masa seminggu,dan merupakan kasut yang ke lima dalam bulan ni...huuu..insyaAllah,ni last la aku bli kasut.cukup la kan..


Padahal aku bukan jenis yg suka sgt pakai kasut pun,lebih selesa dengan selipar jepun quicksilver ja.Haha..

Lepas tu..lepas tu....'Terpesong' pulak ke kedai bakery haaa......ambik ambik dan ambik.....RM71.50 .. Tp tokey tu dah kenal aku,siap dia lak bg diskaun.padahal aku x mintak pun.hahahaa....Masuk kedai bakery ni mmg x leh tahan,macam2 je nak dibeli....nak buat nya pulak,bila???hohoho...

TING!(Eh,tetiba ovn aku bunyik...)
Baru teringat,aku baking sesuatu tadi...nak p tengok sat...

P/s : Dah try chicken chop KFC?senang je nak buat..g kfc,tunjuk je meal tu...bayar,SIAPPP!

Errrr..tajuk entri di atas hanya gimik semata-mata..maap yer.hahaha


Selamat mencuba...

:)

Wednesday, April 27, 2011

Banana Cheese Slice Cake (Kek Pisang Berkeju)

Bersiaran pertama kali untuk hari ni..

Yang ni projek malam tadi..namanya projek suka-suka.

Nampak ada buah bisang dua tiga kerat,tetiba ada idea...slice cheese pun masih lg berbaki..sambil2 nak mengosongkan ruangan dlm fridge,buat ler sesuatu..

Maka inilah kejadiannya..


Banana Cheese Slice Cake

Sesuai utk sarapan/minum petang jugak..

Bahan pun lebey kurang apam pisang je la...cuma x pakai minyak masak..hahaa..aku tukar kepada cara buat kek pandan cheese hari tu sikit...kira gabungan 2 cara ler nih kan..

Bahan2 :
  • 300 g pisang
  • 250 g tepung gandum*ejas ler ikut kesesuain
  • 200 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 6 keping cheese slice
  • 1 gelas gula
  • 1 tbs butter/marjerin
  • 1 ts soda bikarbonat

Caranya :
  1. Panaskan susu dan cheese sehingga cair,masukkan butter/marjerin
  2. Blend kan pisang,gula dan telur
  3. Kemudian masukkan susu yg telah dipanaskan bersama chese dan butter tuh
  4. Masukkan tepung dan soda bikarbonat.
  5. Gaul sebati,masukkan dlm loyang
  6. Bakar pada suhu 170'c selama 45 minit.
Selamat mencuba!

:)

Tuesday, April 26, 2011

Kuih Tradisional : Penyaram

Selamat petang..

Haaa...akhirnya aku bersiaran jugak kan,...hari pertama sukan dah lepas.ohohoyy..panas mmg panas kat padang tu.kalo letak cheese nak buat kek,kira x yah susah2 nak double boiler kan.huhu...

Ok lah.str8 to the dot lg..mesti korang jemu dah tgok aku tayang kek pandan slice cheese tu kan...Meh aku updatekan sikit...

Kali ni sedikit tradisional,xperlu oven pun ye...

Pernah tengok tak?..pernah tengok tak??Meh tengokkk...Cheq Ana pernah tayang kuih ni dlm fb dulu.huhuu....

Kuih Penyaram

Ni kira menjadi la kann...

Nak cuba ke??meh try meh...
  • 1 bungkus tepung beras
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1/2 kg gula pasir
  • 200 gm gula apong
  • 500 ml air sejuk
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya :

  1. Ayak tepung beras bersama tepung gandum
  2. Masukkan gula pasir dan gaul rata
  3. Masukkan gula apong yang sudah dibancuh dengan air dan tapis
  4. Gaul rata*boleh juga ditapis lagi..
  5. Biarkan semalaman
  6. Gunakan kuali kecil untuk menggoreng dengan minyak mengikut saiz yg dikehendaki.
  7. Gunakan api sederhana kecil,sendukkan adunan dan tuang perlahan di tengah-tengah.
  8. Terbalikkan dan biarkan masak.
Tips : 1-Tapis dua kali untuk hasil lebih lembut
2-Biarkan semalaman untuk hasil yg best
3-Kata org tua2,kuih ni kalau digoreng awal pagi,senang nak jadi.huuuu..

Kalau kat tempat aku biasanya kuih ni memang dipanggil kuih penyaram.Kuih ni dipacking bersama kelupis semasa Majlis Makan Tahun yang dianjurkan oleh setiap kampung. :)
Kalau tak silap ada juga yang panggil dengan nama 'cucur jawa'.

Sis HaSue pun ada gak buat kuih ni.....resepi dari sis HaSue > KLIK INI

Selamat mencuba!

:)

Monday, April 25, 2011

Pandan Slice Cheese Cake

Yehaaaaa!akhirnya raptai dah habis.dah kembali semula ke dalam opis dengan nyaman serta dingin berbanding bahang padas di tengah padang.Dengan suhu 16'c,terasa diri ini menghirup udara segar di Genting Highland!*errrrr....xper,biar aku tampar muka sendiri...

PAPPPP!adeh sakit!*okey,aku dah sedar balik

Hasil dari raptai tadi,ada sedikit ayat2 yang perlu aku edit...*xpe,itu biar aku yg buat.korang x perlu susah2 k.

Yeayyyy!
2 hari aku x update blog,mmg banyak benda dalam kepala ni...nafsu nak on9 mmg berkobar,tapi line broadband kat rumah tak berapa nak merangsang.*Opssss!

Disamping beberapa agenda peribadi yang tak dapat nak dielakkan...

Dahh dah...meh tengok apa yang terjadi!!!
Ni hasil penyelongkaran lemari sis HaSue ni...Ini diaaa..baru je nak 'menguak' pintu lemari dari Courts nya,tetiba resepi ni surrender di depan mata.

Hahaaaaa......jom layan,hati bila memandang...kalau terliur,seperti biasa la...my advice,tadah buat yogurt je.huhu...


Pandan Slice Cheese Cake


Lembut & gebus!

Nak cuba???

Pandan Slice Cheese Cake
Sumber : sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
  • 1 sk pes pandan

Caranya :

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.*ryo x hias pun..
Paling best masa buat meringue tu!lembut jee....rasa nak sapu2 kat muka ni ha...nak kulit licin halus balik macam baby Zhariff.Boleh tak?Hahaaaa....

Kek yg aku buat tu tak la cantek macam sis HaSue buat,tapi sedap jugak rasanya...mcm nak buat lagi dan lagi..

Nak tengok > http://sue-hasue.blogspot.com/2009/06/pandan-slice-cheese-cake.html

Korang patut cuba sebelum menyesal ditengah jalan.Hahaha...

Selamat mencuba!

:)

Entri Ekspress ...

Morning..

Maaf laa, 2 hari aku x update kan..bz kottt...

Hari ni pun sempat jenguk2 sambil malu2 je..x menyempat2 nak BW..insya Allah petang nanti lah..
Hari sabtu sibuk g soping ngan abg aku.*perghhh,belum payday lg dah g soping kan
Saja nak perabis stok $ *ada ke?

Hari ni PAYDAY!Muahahaha..rasa bernyawa kembali..haha
Hari ni jugak la raptai untuk sukan tahunan sekolah.Errr....fungsi aku pulak masih lg macam tahun lepas,jadi emcee!Tapi gandingan aku pulak berbeza kali ni.huuuu..

Minggu ni minggu sukan sekolah...walaupun keja MC duk bawah khemah,tetap rasa bahang panas tu....lepas sukan habis nanti,nampak kehitam hitaman lah aku ala2 Apam Gula Hangus!

Takpe2...entri ni nak mintak sori je kat korang..hahaha..nanti aku update kan balik ye...

:)

Friday, April 22, 2011

Tempahan : Cupcakes (Happy Birthday Nana & Udin)

Selamat petang Jumaat pulak..

Anda sukses hr ni??haha....amacam tayangan amal aku pg td?nampak sedap tak..kalo namanya udang galah ni,masak camna pun ttp sedap gak wooo..

Dalam kesabaran ngan karenah BB yg kejap ok kejap tak ok ni,geram pulak jadinya...agaknya BB celcom lg laju dari Digi ni kan..sgalanya brpunca dari pencurik kabel TM la.kalo la diorang tak curik kabel tu..dah lama aku berdezuppp guna streamyx.Dah xde keja laen,mencurikkkkk je.Cuba la try cooking n baking,ada gak pekdahnya.haha..*emo x tentu pasal

Takpe lah,jom mencuci mata jap....cupcakes lagi..

Ada huruf..

Ehh..ala2 big bird ada gak..
yg kanan tu bunga Kak Rosaliza,yg kiri tu bunga sis HaSue


close up...

Haaa..yang ni kebun bunga sis HaSue..

lagi..dan lagi...

Heheee..dah cuci mata dah kan..
Sebenarnya motif buat cupcakes ni utk tempahan dr Pn.Ayu ..*nama manja gituh!smpena bufday anaknya yg dikasihi...

Walaupun nampak simple,atau tak secantik yg org lain buat.....*mode : rendah diri.tp penat werhh buat nih.Topping ni pakai buttercream je spt yg direquest...Kalau topping pakai fondant,lagiiii rumit kot.

Prasan takkk,aku tak letak dlm cupcakes box yg ada lobang-lobang tuuu..Dah cariii,Tak ADA!!!terpaksa la pakai kotak kek & papannya sekali,sbb g kedai bakery cari cupcakes box tu dah habis stok ler pulak....lpas ni kena ambik stok banyak2 la tokeyyy....aku tengok kt kedai bakery tu semakin dibanjiri oleh warganegara Brunei.huhu...Hebat kau!laku kedai mu....huhu

Lagi satuu,kalo masuk kdai bakery nih aku x boleh lama2,mmg banyakkk yg aku nak beli nanti..Nak2 hujung bulan camni,kalo soping sampai x sedar diri,nayaaa...

Woraittt..free delivery dah dibuat,now nak rest pulak....

Senyum sokmo!

:)

Udang bersama Timun..sedapppp!

Assalamualaikum..salam hari Jumaat buat semua...

Selamat pagi...tak lupa jugak nak wish selamat bercuti pada yg bercuti hr ni..(Good Friday) kan..eh,semua negeri je PH hari ni??

Hahaaa...x kesah la,yang penting aku cuti je..ekekek.Hari jumaat nih kalo jalan ke pasar,mmg banyak pilihan sket..ternampak la kelibat udang galah ni..mentang2 blom ada masa nak g memancing udang,aku pun beli je laa udang tuh.nak amkan punya pasal,x kesah ler harga brapa...

Tapi,aku belum nampak lagi kelibat durian a.k.a raja segala buah tu....nak sgt makan@ buat cekodok durian spt yg sis Hasue baut ni > Cekodok durian.

Ahaaa.tengok nih...

Udang + timun

Inilah yang dinama udang galah masak bersama timun,menu turun temurun seperti yang sis Hasue tayang ari tuh > tengok udang pulak.

Maberlesssss...

Disebabkan aku kena siapkan cupcake hari ni,x sempat lak nak senaraikan bahan..haha..tunggu je lah aku updatekan lg...wallahhh!

Selamat mencuba!

:)

Thursday, April 21, 2011

Aku menerima ...

Ngeh...ngeh..ngeh...*duk tersengih ni..

Tahu tak kenapa dan kenapa??..Sebelum tu,nak ucapkan terima kasih bebanyak buat pengirim...

Cer tengok ni...

I like ...

Hahaaa..balik keje tetiba dapat bungkusan ni ha...

Ape yg korang nampak tu la yg aku dapat...Perfume CK Truth!!
Sememangnya CK truth ni mmg febret aku sejak dulu...gilerr x seronok dapat perfume free & ori lagi.haha...

TQ wat sorang member yg sudi bg aku menda nih.. :)

Lepas ni sila hantar kopok lekor ke,budu cap ketereh ke,cek 5000 ke,pakej bercuti ke..segalanya aku terima.hahaha

...ahakkss...

Super Moist Chocolate Cake...Wallahh!

Gebushhhhh!aku menempa masuk lagi ke blog ni,nak tempek satu menu best..

Korang apacer?makan minum sudah?..

Wah wahh..geng masak2 bukan maen lagi duk tayang menu memasing kan..Sis Hasue & Kak Rosaliza pun tidak ketinggalan ambil bahagian..siap tanya apa menu aku hari ni..jeng..jeng ..jeng..

Meh aku tayang sket,korang tengok je k..

Super Moist Chocolate Cake

Yummyy!

Hambikkk korang!!mesti meleleh je air liur tengok kan???Kalo banyak sgt meleleh,jgn lupa tadah,nanti leh bikin yogurt.muahahahaha.

Resepi ni sebenarnya aku cedok dari sis HaSue,sejak beliau tayang2 hari tu mmg kepala aku duk teringat ngan stok serbuk koko yg ada kat umah.Kebetulan ada kelapangan,aku pun buat la ikut resepi yg beliau kongsikan...



Nak aku suap tak??

Mmg sedappp!moisttttt sgt seperti yg diwar2kan...tang prop serta coklat gulung tu yang aku suka..Masa hiris choc tu nak dibuat ganache,rasa macam cantek je choc tu bergulung...sbb tu yg aku letak skali jd hiasan tuh.

Korang pun kena test try gak nih...

Super Moist Chocolate Cake
Sumber : HaSue
Sharing by : ryo azhar


Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.*guna chocolate rice pun ok gak

Penyediaan chocolate ganache:

Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
Ngeee..itu je la aku nak tunjuk..kalo nak rasa,mcm biasa la kena try buat sendiri..baru puas hati.Hahaha....

Kalau nak tengok apa yg aku tengok dr lemari sis HaSue ,
klik sini > Nak tengok kek chocolate moist sis HaSue pulak!

Selamat mencuba!

:)

Wow!Aku follower bertuah

Salam pagi...

Pagi ni nak wat entry pendek jap.

Bangun pagi-pagi,*mode lam selimut lg nih..aku ternampak ler inbox dalam fb aku.katanya nak soh aku tgok entry utk aku..errr..terus aku tengok...ngeeee..tersenyum pulak bila tengok ada blogger yg menghargai aku sebagai folower bertuah beliau yg ke 444.Thanks encik Nadh.

Bila aku masuk blog beliau,segar je mata ni..hijau sehijau blog aku jugak....No wonder laa dia duk puji2 blog hijau aku ni kan...haha :)

Mana tau korang pulak akan jadi follower bertuah yang ke 555 lepas nih...sila jenguk blognya http://frameandlenses.blogspot.com

TQ so much yer bro!

Wednesday, April 20, 2011

Banana Muffin with Raisins (Mafin Pisang & Kismis)

Salam pagi ...

TQ kat u yang jenguk blog i pagi2...i like u.Haha...*motifff?

Ini suatu kisah...ceritera di suatu malam...
Dalam diam,aku duk pandang2 sambil menjeling2 serta menyusurr (bw ler..).aku tersinggah ler kat teratak kak IzahDaut.Tujuan bukan nak buat direct selling,jauh sekali untuk mengurat...tapi aku duk ushar ler muffin2 beliau yang 'ramai' tuu....

Muffin ni aku x pernah buat lagi,tapi kebetulan rajin nak baking membaking nih...nak ler try ..hasil dari penyelongkaran tu..maka terjadilah ....


Banana Muffin with Raisins

Kak izahdaut,maaf ler...aku ambik resepi banana muffin ko tuh,tp aku x masuk semua benda ler...aku derhaka skett...salah satunya,takde stok yogurt pun...kedua,chocolate chip tu aku ganti ngan kismis...

Nanti bosan pulak nengok choc chip bertaburan kat page ni..haha...


Pisang pun nak enterframe taw..

Nak try jugak ke??Cer cuba..cer cuba..

Bahan2 :
  • 1 cawan pisang,dilenyek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 ts soda bicarbonat
  • 1 ts baking powder
  • 1 biji telur gred A
  • 3/4 minyak sayur/butter cair
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan kismis *optional

Caranya :
  1. Masukkan tepung,soda bicarbonat,baking powder,gula,& kismis dalam satu bekas
  2. Gaulkan semua bahan tu..
  3. Masukkan pisang lenyek
  4. Didalam cawan berisi minyak/butter cair tu,masukkan telur
  5. Pukul je telur tu berserta minyak dlm cawan**pukul2 manja je...
  6. Tuang ke dalam bekas td,sebatikan semua bahan
  7. Masukkan dlm pappercup/muffin tray
  8. Bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 25 minit
  9. Dah siappp..

Wakakaka,simple kan...

Nak cuba resepi2 yang lg best,boleh ler jenguk rumah kak Izahdaut .Anda akan disambut oleh muffin beliau yang pelbagai...TQ kak izah..

Selamat mencuba!

:)

Tuesday, April 19, 2011

Sambal Tumis Belimbing Buluh

Selamat petang wahai geng2 blogger serta viewer sekalian...*skema x?

Agak dah lama gak x hidangkan menu kat korang kan...manis dah,pahit dah,kali ni,aku nak share menu yg agak masam sikit.

Mungkin ada yg pernah rasa,mungkin ada yg pernah tengok je,mungkin ada yang pernah masak sendiri...Belimbing Buluh nama diberi..aku pun dah lama x jumpa menda nih...hari ahad lepas jenjalan kat pasar,nampak ler buah belimbing ni.Selonggok tu harganya RM1,ada lah dlm 30 biji...selain di masak tumis cam ni boleh juga dicampur dalam masakan sebagai asam menggantikan asam keping/asam jawa...cerr tengok bawah hasilnya.


Sambal Tumis Belimbing Buluh


Hiris je...

Penyediaan memang mudah,sama seperti sambal tumis yang laen...

Bahan2 :
  • 30 biji belimbing buluh,dihiris
  • 50 g ikan bilis,dikopek
  • 1 inci belacan*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1 ulas bawang merah*
  • sedikit garam & serbuk perasa
Caranya :
  1. Tumbuk bahan bertanda,kemudian tumis bersama ikan bilis hingga naik bau
  2. Masukkan hirisan belimbing buluh td
  3. Perasakan dengan garam & serbuk perasa
  4. Kacau seketika
  5. Dah siapp..

* Jangan biarkan terlalu lama,belimbing akan menjadi terlalu lembik dan kurang enak

Makkkk aih,bila bab masam2 nih tekak pun rasa laen dah.....selera werhhh!

Selamat Mencuba :)

Wah!Ada kukis??

Wallaweyy..

Tengok ni..tengok ni...
Masih ingat tak projek buat kukis yang aku pernah tayangkan tak lama dulu?Haa,,ni hasil dari perkongsian ler ni...

lepas aku bawak kukis g opis....

Taraaa!Opismate aku juga terkena infeksi baking membaking nih..hasil dari Puan Jura...dia guna butter..*ni je yg sempat aku snap.



Gud try!!!santekk!sempat gak aku merasa..Thanks kak Ju!

Kalo nak ushar entri aku pasal kukis ni,klik sini > Nak tengok Cookies!


:)

Silicon wiper

Halluuu!!Salam pagi..

Yeahh..hari ni hari Selasa,rasa tak sabar nak tunggu hari Jumaat pulak..public holiday kan.Cutii..je keja nya.Kalau cuti,kena ada aktiviti...bila ada aktiviti,baru la seronok..

Aku pulak belum ada apa perancangan nak dibuat.Pesta kaul di Mukah???rasa malas pulak nak drive...g karoks ke Kota Kinabalu??Tiket mahal!...melepak bersama kengkawan di KL?Lagi lah mahal!Melepak di rumah??kan ke aku kata perlu ada aktiviti??.........

Takpe2,lupakan sejenak..tengok pic kat bawah ni..
Amenda???Ni la namanya Silicon Wiper . Bukan baking mould je ada silicon2 nih..bukan jugak Pamela Anderson je mampu nak pakai silicon2...ni ha,untuk kereta dan bukan untuk motosikal!

Sah2 dan nama wiper,bukan juga tayar mahupun stereng.*merapuu...


Silicon wiper

Jenjalan sambil cuti mata hr ahad lepas,ternampak pulak ngan menda ni..RM25 sajok!Gilerrr murah...sebelum ni aku ushar gak silicon wiper ni kat Miri..tapi takda yg murah gini...harga ratus2 je.

Aku siap mintak tolong ngan member PPEOC,saudara Amir untuk carik menda ni kt KL yang cuma RM30 dan hantar by post kat aku.Hahaha..

:)


Monday, April 18, 2011

Rindu baby Zhariff!

Tok..tok..tok..

Assalamualaikummm...*baeknyer aku ari ni..siap bg salam lg kan..

Perasan tak,aku lom update blog lg kan...siyess!dari pg aku tahan nafsu yg berkobar-kobar nak online...sampai pukul 3 petang je aku mampu.hahaha

Pg td aku mmg berazam tak mo online,sbb nak fokus kerja aku dulu..tetttt!akhirnya keja aku siap,sebab tu leh berlegar2 kat fb dan belog nih....mana belog yg sempat aku jenguk,aku sergahhh je terus...

Entri ni special sikit..heheh..tengok ni..tengok ni

TARAAAAA!!

Baby Zharifff!

Sempena kepulangan sis HaSue sekeluarga ke Miri hari tu,sempat la jugak aku beramah mesra ngan dak zhariff nih...

Siyesss!comel dak nih cam uncle nya jugak *ehh,perlu ke ayat ujung tuh...
Geram lak aku....x puas nih nak maen2 ngan dia...
Rinduunyer kat bebudak nih weyyh...

Ni gelak sebab si kakaknya duk agah beliau di tgh2 pasaraya

Haaaa..sis HaSue,bila lagi korang nak balik sini hah!singkat sgt masa nak jumpa korang & bebudak tuh...


Jambunyerr baby zhariff bila naek stroller pink kan...heeee

Seronok aku dukung & agah dak zhariff nih...hahahaha....nanti bila balik sini lg mesti dak zhariff nih dah reti bawak keta babahnyer kan..erkk!melampau tuu..

Last saturday,aku sempat g bakery shop ngan sis HaSue...Ahhh sudah,bila dua beradik nih masuk sana..mmg rambang mata ler...nak itu..nak ini....mcm2 idea timbul bila tengok brg2 tuh...thanks yer sis sempat luangkan masa gi bakery shop...haha.Jumaat ni public holiday weyh...tak balik keee??

Ok..try ushar pic bawah ni pulak..

Ole2 :Daun sup ..

Haha..sis HaSue x balik dengan tangan kosong selain dari 4 org askar beliau...ni ha,siap bawak lg daun sup hasil di kebun kecilnya tu...tidak ketinggalan buah tomato yang besor2 tuh...kalau aku buat Blended Tomatoes Cake boleh tak??

Wallahhh!

Sekian update utk kali ni..

Selamat mencuba!

:)

Saturday, April 16, 2011

Panass ..o Panass..!

Chakkkk!

Ahahaa...mohon maaf hari ni agak lewat bersiaran..ini adalah disebabkan,x leh nak masuk sbb line tgh panas ngan pilihanraya di Sarawak nih.*walaupun xde kaitan kan...haaaa

Betul laa..pagi tadi aku x sempat nak masukkan entri..nak kena gi tunaikan tanggungjawab sebagai pemilih...haa,,maknanya aku dah cukup umur dah pun ye!

Nak baking & cooking??Jauh sekali...sempat 'flying kissed' je kat Mr.Oven td..*erkk..oven aku laki rupanya.haha...

Lepas je balik dr mengundi td,duk melepak jap kat rumah..layan baby Zhariff anak sis HaSue aku..comeyynyerrr dier..saling x tumpah mcm aku zaman kecik2 dulu *pulakkk dahh

Hasilnya,keseluruhan BN tetap menang majoriti...ermm..ermm..(no comment)
So,sila tunaikan janji2 yang ditabur kepada rakyat2 yang telah dikaburi matanya sebelum hari mengundi...*hishh..kan aku malas nak komenn....

Apa yang mencuri sedikit perhatian aku,kali ini Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Dr.George Chan gagal mempertahankan kerusi nya bagi konstituensi N.63 Piasau sebab berjaya dikalahkan oleh calon berusia 28 tahun dari DAP.*juga no comment.

mahu lebih detail???sila gugell ..x pun beli je paper esok ea.hahaha...

Takat ni dulu..coret carut...

:)

Friday, April 15, 2011

Sup Sayur Tumis Udang

Selamat petang wahai bloggers..

Di petang yang indah ini,..ermm..ermmm..ok lah..xde menda pun.

Next,str8 to the dot!

Nak tunjuk sup sayur yang terlebih tumis nih ha..kenapa aku cakap terlebih tumis??terlebih minyak laa.....tapi takpe,tetap sedap..aiseymen..

Ada yg berkenan,ada yg x berkenan..tapi cara memasing kan..haaa.Mcm biasa la,walaupun simple,tetap nak selitkan jugak kan kan kan...

Sup sayur tumis udang

Yummy...slurrppp..slurpp

Sup Sayur Tumis Udang
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 200 gram udang *ryo guna udang harimau
  • 100 gram cendawan tiram*dikoyak
  • 1 biji lada benggala merah& hijau (capsicum)*dihiris
  • 1 ulas bawang merah*dihiris
  • 2 ulas bawang putih*dihiris
  • 500 ml air
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • sedikit serbuk lada hitam kasar
  • Daun sup/bawang goreng untuk lebih perisa*ni kalau suka je
Caranya :
  1. Tumis bawang sehingga naik bau
  2. Masukkan udang,kacau sekejap
  3. Masukkan air,perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  4. Tunggu sehingga mendidih,masukkan capsicum & cendawan tiram
  5. Biarkan sekejap,padamkan api
  6. Masukkan serbuk lada hitam & boleh dihidangkan.
Bagi aku,sup yang ditumis terlebih dahulu lebih enak...hehe..Sup2 nih sah2 la sedap dimakan semasa ia panas...

Selamat mencuba!


:)

Puding Roti + Sos Strawberry

Salam Jumaat semua ...

Harap semua yg duk baca ni serta follower yang ada berada dlm keadaan yang sihat dan cemerlang!Perghh...pejam celik dan pejam pejam,dah genap 100 dah aku nyer follower..alhamdulillah,suatu peningkatan yang agak baik . Teruskan niat murni korang 'memfollow' aku yer..ahakss

Pagi Jumaat nih cukup tenang rasanya, aku menulis sambil mendengar alunan lagu Edcoustic-Muhasabah Cinta..lite-lite je muziknya....*mode : lentok kepala atas lappy.

Okeh!str8 to the dot!haha...

Yeahhhh!apa ni?apa ni?..
konon semalam feeling2 nak buat puding roti yang guna roti keping2 tu la..tapi aku suka2 je letak cheese!Tapi..mmg sedap.

Apa yg best nya,secara spontan aku letak sos stroberi tuh!..

Cer layan jap....


Puding Roti & Sos Strawbery

Susun roti,then curahkan adunan ke atasnya

TINGGG!!dah masak ..

Nak makan tanpa sos boleh juga ...


Nak rasa??jom buat....

Bahan2 :
  • 10 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 4 biji telur
  • 3 sb gula
  • 1 sb butter
  • 3 keping slice cheese*optional
  • 1 cawan kismis
Caranya :
  1. Susun roti ke dalam bekas
  2. Pukul susu,2 sb gula,dan telur di tempat berasingan
  3. Tuang ke atas susunan roti,biar terendam.
  4. Taburkan baki butter,1sb gula,kismis dan slice cheese di atasnya
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 30-25 minit.
  6. Siapp...
Okeh..lepas tu aku tetiba teringat ngan filling strawberry yang masih ada dalam fridge (x habis2 lagiii yer)....terus aku buat sos nya pula..

Bahan2 :
  • 1 cawan air
  • 1 sb filling strawberry
Caranya :
  1. Panaskan air,kemudian masukkan filling td
  2. Kacau hingga sebati,tuang ke atas puding roti tu..
  3. Dah siap.
Bergantung kepada citarasa memasing nak kurangkan/tambah bahan...nak manis atau kurang manis.....

Selamat mencuba!

:)

p/s Maaf lagi kepada Cheq Anna, mungkin ko x leh bikin menu nih selagi ko x mintak Cheq Abey beli OVEN baru...*larikkkk

Thursday, April 14, 2011

Black Pepper Beef with Bitter Gourd (Daging Masak Lada Hitam & Sayur Peria)

Wallaweyyyyyyy....selamat petang.

Kali ni bukan nak sajikan minuman petang..tapi masakan yg x semua orang suka/boleh makan.

Sayur peria!!haha..memang la rasanya pahit..tapi kalo pandai pilih buah,x pahit pun..sedap lak tuh.

Kalo ikut cara aku memilih peria,pilih buah yang besar dan jarak gelembung2 coraknya tuh tidak rapat.Maknanya,kalo tengok coraknya rapatttt je tuh,pahit la.

Pastuu..ada gak petua,rendam peria tuh ngan sikit air garam..korang pernah cuba tak??


Blackpepper Beef with Bitter gourd


Bahan :
  • 150 g daging
  • 50 g sayur peria *dihiris(ryo pakai sebelah je)
  • 1 sb sos lada hitam
  • 1 sk air asam jawa
  • 2 ulas bawang putih*dihiris
  • sedikit serbuk lada hitam kasar
  • sedikit garam & serbuk perasa

Caranya :
  1. Tumiskan bawang putih,masukkan daging
  2. Masukkan air asam, & sos lada hitam..kacau sebati
  3. Perasakan dengan garam & serbuk perasa
  4. Masukkan sayur peria.
  5. Bila dah masak,taburkan serbuk lada hitam kasar.

Selamat mencuba!

:)

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

BEN ASHAARI GEGAR LAGI???


Jommmm JOIN gegarrr....

Blended Green Apple Cake (Kek Epal Hijau)

Salammm pagi!!

okeh..ni kerja rumah mlm tadi..petang semalam b4 balik keja aku sempat belek resepi sis HaSue yang dasyat...siap blend buah limau!

Pastu tetiba aku teringat ngan 2 biji buah epal hijau yg aku beli hr tuh,ada dlm fridge dlm pantry kat opis...dah xde yg makan,baek aku wat eksprimen..

Mintak maap kat sis HaSue,kali ni aku menderhaka!...Hahaha..aku amik resepi beliau,tapi sbb xde buah limau,aku tukar kepada buah epal.hahaha...inovatif namanya tu...

Idea nih aku ambik dari resepi sis HaSue yang ni : KLIK

Blended Green Apple Cake

Ala2 makanan organic pulak...

Aku x pernah jumpa lg kek dibuat dari epal hijau nih.Haha...rasanya ok jugek la..tp kalo lebih banyak epal lebih sedap ni..

Bahan2 :

*ryo guna loyang 8"x8"
  • 2 biji epal hijau
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
  • sedikit pewarna hijau epal

Caranya :

1. Cuci buah epal,potong dadu bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender
bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil
dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170'c selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Hasilnya mmg cun ler....tapi,kalau aku taruk sikit buah epat yg didadu kecil2..mesti lebih gempak..sebab bila potong,epal tu sedikit mencair...*alaaa,,mcm apple pie tuu..

Opsss..nak bawak g opis,tertinggal pulak td kat rumah...x merasa la kengkawan kat opis ni ha.

Apepun,enjoy je kan...kalau masukkan nenas jadi kek nenas,masuk labu jadi kek labu..ahaks.

Nak blend buah limau??ikut resepi ni KLIK .

Selamat mencuba!

:)

Wednesday, April 13, 2011

Banana Super Vanilla

Selamat petang pulakk...

haaaa,dah view ke menu yg aku tunjuk pagi td??
Kononnya pedas la kan..sampai ada yg melecur lidah werh..takpe2..meh sejukan diri ngan desert ala kadar dari patik..aku namakan Banana Super Vanila...sbb ape??sbb ada pisang ngan ada eskrem vanila.hahaha.....

System kt opis down,so rajin godek lappy..tjumpa la menu untuk sejukkan tekak nih.Juga hasil 'kerajinan' hari sabtu lepas...
tengok..tengok..dah berapa menu aku wat hari sabtu??rajin tak..rajin tak...
Ituuu pun xde yg nak jadi bini aku ke?Meh abg wat untuk ayg meh.wakakakaka*terlebih ler pulak

Bukan setakat system yg down,tp aku pun down jugek..down down down..tetiba hari ni jiwa aku sentimental,ingat kat si dia..aku rindu kamoooo...kamoo yg dtg dr kisah lalu.erkk!*OFF topic!

Takpe.kita telan eskrem byk2...leh cool down sket.
Taraaa!!ape ni?ape ni?ni eskrem ngan pisang je pun..haha..kan dah cakap td

Yummmy!!!Banana Super Vanilla

Pisang embun

Satukan mereka dengan jalinan yg abadi

Bahan :
  • 500 ml ais krim perisa vanilla *nak pakai eskrem buatan sendiri boleh jugak.
  • 2 biji pisang embun
  • 1 sudu besar whipping cream
  • Sedikit filing perisa strawberry*perisa apa pun boleh.
  • Gula/coklat hiasan
Caranya :
  1. Masukkan aiskrim ke dalam bekas
  2. Potongkan pisang dengan saiz yg kecil
  3. Gaulkan bersama aiskrim dan whipping krim,
  4. Masukkan kembali ke dlm bekas asal
  5. Dah siap dah
  6. Nak hidang terus boleh jugak,nak letak dlm fridge pun boleh.
    'Scoop' kan aiskim ke dlm piring/mangkuk,paipkan filing strawbery diatasnya,hiaskan dgn gula atau coklat hiasan.
*aroma pisang tu mmg semerbak je bila bekas dibuka

Nak buat gula hiasan???????senang ja..


Proses buat gula hiasan...

Bahan :
  • 2 gelas gula pasir
  • 2 gelas air
Caranya :
  1. Panaskan air dan gula didalam periuk,
  2. Biarkan dan dacau sehingga pekat/perang
  3. Sediakan loyang/bekas yg diisi sedikit air sejuk
  4. Bila gula dah pekat/perang,sudukan ke dalam bekas yg berisi air sejuk tu
*tuang gula sambil gerakan sudu tu ikut kreativiti.haha....
*Jgn gunakan piping bag,panassss tuuu
*hasilnya,gula akan mengeras...bila dh mengeras,angkat dan biarkan d tmpt kering,atau pacakkan terus.
*Jgn biarkan lama dlm air,nanti gula akan cair semula

Leh 'tangkap' x ape aku bgtau neh...sbb aku main taip je nih.ekekeke.....

Kalau malas,bedal je eskrem tu sampai habis.wakaka...xyah letak pisang..

Selamat mencuba!

:)

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Salam..

Meh tayang menda ni pulak ...ayam masak lemak cili padi...tercetusnya idea masak gini sebab teringat masa g Jakarta hari tu aku makan kat sebuah restoran minang,ada menu ayam camni.pedas & sedap.

Selera sgt makan ngan nasik suam2 panas.perghh!


Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan2 untuk ditumis...

Ayam tanpa identiti ...

Nak share jugak leh??aku wat lebih simple dari korang agaknya ...tapi,citarasa sorang2 mmg beza..aku lebih suka bahan ditumbuk,lebih feel nak masak2 nih.hahaa....sbb tu kbnyakan tumbuk,x main blend2 nih.haha....layan je lah.

p/s : tumbuk2 mmg best.wakakkaa

Bahan :
  • 500 g ayam
  • 2 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 10 tangkai cili padi*
  • Kunyit hidup secukupnya*
  • 1 btg serai
  • 1 keping asam gelugur
  • 250ml santan pekat
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
Caranya :
  1. Tumbuk bahan bertanda sampai lumat
  2. Panaskan minyak,tumis beserta serai yg diketuk hingga naik bau
  3. Masukkan ayam dengan ikhlas hati
  4. Biarkan kejap,jika perlu tambah sikit air
  5. Pastu masukkan asam keping & santan pekat.
  6. Perasakan dgn garam & serbuk perasa.
  7. Biarkan hingga masak.
Lain2 cara terpulang pada citarasa masing ye.nak guna asam jawa extra pun leh gak...

Selamat mencuba...

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...