The Followers

Wednesday, June 27, 2012

Asamboi Buah Pir

Assalamualaikum...

Selamat pagi, Alhamdulillah, hari ni genap 3 tahun perkhidmatan di sektor awam.Ada gak yg confuse aku keja apa....nextime kita share, kuli2 saja.Ngada2 nak ngentri hari ni,akhirnya bertukar jugak thumbnail blog hijau ni di cecelah tetingkap korang kan.Pisang yang di tayang sebelum ni pun dah busuk dah!Haha...

Apa khabar?....harap semuanya baik-baik belaka kan...Terima kasih kepada pengunjung blog hijau ni juga, walaupun tuan rumah takde..korang tetap dtg tolong siramkan pokok yang ada...2 minggu tak balik 'rumah' ni, pokok serai pun dah hampir sama tinggi ngan pokok kelapa.Maklum la, xde maintainance ye tak??*ngarut.Banyak sangat story api x sempat nak di update kan..kalo nak letak macam tak syok kan, sumer dah backdated. :( .. tapi takpe la.. hidup kena diteruskan jugak..amboi, serious bunyik nyer kan...Tahniah kepada rakan2 yang cemerlang dalam kehidupan masing2 dari masa ke semasa...

Ada la beberapa menu yang belum ditayangkan lagi...ada jugak menu yg dah buat jadi header blog tu...cuma xde entri mengenainya.Maklum la, masuk blog aku ni korang akan akan nampak benda2 simple je... pasal yang complicated tu memang tak dan la nak buat.....nak yang rumit cuba jenguk blogger2 expert...ada ramai sangat, diorang la jugak sebagai panduan aku.Sepanjang hidup kita kena sentiasa mencari ilmu serta mengemaskini ilmu yang sedia ada.kemaskiniiii katanya.haha.

Asamboi Buah Pir (Pear)

Yayyy....lagi2 benda simple yang aku tayang... godek2 dari folder....share dulu benda ni.Sebelum ni pernah jugak aku buat buah ni......maklum la, simple kottt!


Asamboi Buah Pir
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 3 biji buah pir
  • 6 biji asamboi merah
  • sedikit garam, jika perlu
Caranya:
  1. Kupas buah pir, kemudian potong kecil
  2. Sediakan bekas yang bersih, masukkan buah pir dan asamboi dan gaul sebati.Kalau asamboi yang diguna tu kurang masin, boleh tambah garam.
  3. Sejukkan sebelum dinikmati.

#Aku guna samboi yang cukup rasa, jadi tak perlu tambah garam dah.... kalau nak tambah kismis pun boleh juga.Biasanya aku biarkan juga semalaman dlm fridge, sedap juga rasanya. :)

Selamat mencuba!

Wednesday, June 6, 2012

Pisang Goreng Berkeju

Assalamualaikum...

Salam hari Rabu buat semua...wahh!cam tak caya hari ni tak wordless, cuma lambat sikit nak update blog ni kan.

Pagi tadi sempat post kat fb, awal pagi dah ditimpa musibah.Kaki melangkah keluar dari bilik,terpijak pula paku tekan (thumb teck) kat atas karpet....masa nak turun ke tempat kerja pulak, tayar kereta pancet (bocor).Alahaii......nasib baik sempat bawak ke bengkel dan tak perlu bukak pasang tayar spare.Sampai kat bengkel semua tu mekanik yang buat.Alhamdulillah dah ok...

Oh ya...aku turut bersimpati atas musibah yang menimpa keluarga rakan blog dan FB, saudara Ady Budika baru-baru ini.Semoga mereka tabah menghadapinya kerana pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian yang ditakdirkan Allah swt kan.

Okeh, hari ni aku nak tayang menu ringkas pisang ....

Pisang Goreng Berkeju

Hidangkan semasa panas ...

Pisang Goreng Berkeju
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 3 biji pisang emas/pisang susu yang masak
  • 1 tbs mentega
  • Keju cheddar/mozarella secukupnya
  • 1 tbs gula pasir, jika perlu
Caranya:
  1. Panaskan non stick frying pan
  2. Cairkan mentega, jika perlu tambah sedikit gula (kalau pisang kurang masak)
  3. Masukkan pisang, goreng hingga keperangan
  4. Parutkan keju cheddar dan mozarella di atasnya semasa pisang masih panas.
Pisang goreng ni pernah jugak buat dulu ... klik sini

Selamat mencuba!

Monday, June 4, 2012

Mi Kolok Bujang Sarawak

Assalamualaikum...

Selamat pagi ... masih lagi mood public holiday hari ni.Esok mula bertugas lagi seperti biasa.Cuaca hari ni pun sporting juga, tak juga panas dan tak juga hujan... redup je.Alhamdulillah, sempat la golek-golek kejap atas katil ni kan.Walaupun bukan tilam Vono, tetap selesa nak menggulungkan diri umpama tenggiling.Aiyark!

Korang dah sarapan ke belom nih?Dah nak dekat tengahari dah werh....
Aku pulak rasa nak makan char kuey tiaw pulak pagi-pagi ni kan.....mana tak nya, 2 minggu lalu ada member khabar kan ada 2 lagi tempat best untuk makan char kuey tiaw kat Miri ni selain dari tempat yg kitorang pernah pegi dulu.Tapi sampai sekarang tak pegi2 jugak ke tempat baru tu...hahaha.....melencong ke piza hut atau mcd pulak!Takpe laa.....next time wajib pegi jugak.

Eh..tadi jenjalan kejap ke dapur sifu masak-masak yg dihormati, nampak sesuatu yang menyelerakan....meleleh nih!Klik Sini Cepat!!!!

Dah klik ke?okeh balik sini semula nengok apa yang ada.....hari ni nak tayang mi kolok.

Mi Kolok Bujang Sarawak
Kalo orang datang Sarawak biasanya mesti carik kek lapis,mi kolok, ikan terubuk, gambir! Kann.......huhu...Mi Kolok ni buat hari tu...kalau buat hari ni maaf mmg tak la... masih lepak bilik lagi ni..Mi Kolok Bujang Sarawak diberi nama ..... yer yer... saya masih bujang!Alamak tetiba...


Mi Kolok Bujang Sarawak
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1 gulung mi kolok kering
  • 150g isi ayam
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • 1 ulas bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • Sedikit garam
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • Air secukupnya
  • Daun sup, cili merah, daun bawang, bawang goreng secukupnya untuk ditabur

Caranya:
  1. Panaskan minya, tumis bawang hingga perang dan ketepikan
  2. Simpan minyak di dalam bekas lain
  3. Rebus isi ayam hingga masak,toskan.
  4. Celur mi di dalam air rebusan tadi, toskan juga.
  5. Didalam bekas lain, masukkan 2 sudu minyak gorengan bawang dan 2 sudu kicap manis, jika perlu tambah sedikit garam.
  6. Masukkan pula mi yang telah dicelur,gaul bersama isi ayam,serbuk pati ayam serta bawang yang telah digoreng tadi.
  7. Hiaskan dengan bahan tabur.

Selamat mencuba!





Friday, June 1, 2012

AL FATIHAH buat Adik Pipah

Assalamualaikum ..

 AL FATIHAH buat adik Nurul Afifah binti Maderom @ adek Pipah yang telah meninggal dunia beberapa jam yang lalu.Adik Pipah sebelum ini terlantar dan dan tidak sedarkan diri sejak Selasa yang lalu selepas terkena tembakan senapang angin secara tidak sengaja oleh abangnya ketika bermain. Aku mendapat berita kematian dari panggilan telefon oleh rakan sepejabat setelah beliau sendiri dimaklumkan sendiri oleh ibu kanak-kanak ini.


Salam takziah juga di ucapkan kepada keluarganya, sesungguhnya Allah swt lebih menyayanginya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...