The Followers

Sunday, October 30, 2011

Hershey's Strawberry Syrup Panna Cotta

Salam hujung minggu buat semua...
Wah,apakah mimpi ni aganya ye..agak lama jugak aku main selam2 timbul,selam2 timbul kan...pastu wordless wednesday tak sudah2.haha..

Dalam dua tiga menjak ni aku jadi silent reader je...na mengentri cam kaku pulak jejari ni na mnaip ha...nak kuking n baking pun suam2 kuku je.Kekadang tu dah masak tp x mood nak ambik picnya.Malasss betul lah anak bujang ni kan.Haha...malas bukan sebarang malas....cuma akhir2 tahun gini agak sibuk.Selain tugas rasmi,ada gak beberapa yang tak rasmi.hadui......dah dua tiga kali aku pitam tengok menu2 yang best2 dari GMM yang lain......

Post ni pun aku tpaksa edit balik,semalam nak post..sedang enak aku menaip..lebih enak lagi aku tido.Sampai la awal pagi...baru sibuk nak packing barang.Fly pulak ke Kota Kinabalu awal pagi ni tadi.Maksudnya skang ni aku kat KK la..haha...Nak gomol2 dak Zhariff pun x puas..malam tadi aku lewat balik..semua org dah tido.hihi..

Oklah,at least nak masuk jugak Panna Cotta yang kurang santek ni...dah buat beberapa minggu lepas sebenarnya...

Strawberry Panna Cotta

Haha..kisahnya nak merasa sirap stroberi Heshey's yang hakak aku beli dari Labuan ari tu...nak telan gitu je,pelik pulak rasanya...manis.Nak petik buah stroberi pulak,penuh yakin aku takde tanam pun pokoknya kan.Buat panna cotta ikut resepi Kak Nor je lah...cuma perisa je tukar.Nak jugak rasanya aku rembat stoberi yang berderet kat atas kek Kak Ummi koantan tuh!Kat dalam tu aku letak filing stroberi..kat atasnya pulak letak sirap tu.hihi...sedap lah.ada rasa stroberiii............


Hershey's Syrup Panna Cotta
by: ryo@ryoahar.blogspot.com
diolah dari resepi asal panna cotta :Kak Nor & Gert

Bahan2:
  • 9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
  • 4 sudu besar air
  • 2 ½ cawan susu segar/fresh milk
  • 1/4 cawan gula
  • filing strawberry secukupnya
  • sirap hershey's perisa strawbery

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke gelas yg sesuai. Masukkan sedikit filing strawbery ke dalamnya.(1 tsp)
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan sirap strawbery hershey's keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

Selama mencuba!!

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday

Memang wordless dalam minggu ni .... kesian tak?




Apakah ini?huuu...huu..

Tuesday, October 25, 2011

Waa....The Asia-Pacific Blog Awards 2011

woww!!Macam best je ada nomination gini....tapi aku wal2 dah surrender..sebab ramaiiiiiiii lagi yang layak!.

Jom klik sini :

The Asia-Pacific Blog Awards 2011

Kursus di INTAN SABAH lagi ...

Assalamualaikum...

Wallawey,lama tak menaip ayat2 berbunga kat sini....tu dia,agak lama lah kan..dan panjang dah rumput dalam ni.Hihi...Masak2 pun kureng,masak2 ekspres pun x lalu nak amik gegamba dia.Hihi..takpe lah...

2,3 menjak ni aku rasa penat sangat!Sangattt la penat....xde masa sangat nak rehat santai2.Weekend aku memang xde santai langsung!.Sedih.. :( Kalau la ada cuti untuk tido, memang aku mintak untuk tido.... ada order cuppies dr Cekgu Zati pun belom terbuat2 gak ni.Hihi...siba baekkk dia jauh nun berpantang di semenanjung.Kalau dekat,mesti dia luku pala aku kan.Hihi (ampunnnn zati!!)Order cuppies untuk student2 dia kat sini la..sbb dia berpantang sampai cuti sekolah..So,x jumpa dah bebudaknya tahun depan sbb diorang tu form 5...Fuhh..fuhh... (ambik napas jap)

Dann tak dan ....
Jeng3...hujung minggu ni aku akan terbang lagi ke Kota Kinabalu,Sabah...kursus lagi di tempat yang sama macam hari tu....kat sini. INTAN Sabah..

Yeay!gi kursus lagi..

Dup dap dup dap .. ingat lagi kisah ini?..haaa..beberapa kejadian berlaku...Harap kali ni semuanya berjalan lancar la sbb 2 hari je pun.Hihi.

Sekarang ni aku duk BW je lah ke laman2 kekorang ye...teruskan menyokong belog hijau taw.Hihi..

:)

Wednesday, October 19, 2011

Chocolate Oreo Jelly

Salam pagi,
Kembali lagi kan.....dah lunch ke belum ni?

1st,aku tergamam la sambil nak ucapkan jutaan tahniah kepada my sis HaSue kerana kecemerlangan talian sehingga membolehkannya membuat banyak entry dalam masa kurang 24 jam!Amazing............ahaks.(Lari dulu...)

Wallawey,kali ni aku nak tayang jelly lagi.haishh...tak habis2 ngan desert kan....yela,menda2 yang simple ni seronok buat taw.Ahaks...

Chocolate Oreo Jelly

Sebelum ni nampak jelly di kat ruang dapur Kak Ummi,lepas tu ada jugak jelly ni berlegar kat DTS....Keberhasilannnya kurang menjadi macam kak ummi buat.Tak tahu lah kenapa ye....hasil yang aku dapat ni lebih kurang macam jelly CMG...serbuk koko tu tak turun bawah pun...yang penting,tetap sedap lah kan.Lebih2 lagi kalau dimakan sejuk,memang terangkat!haha...

memang sedap...

Part bahan ada derhaka sikit je,......nak pakai susu segar,tapi rupanya 2 kotak susu segar dah expired!Haha..Pasal lama sangat duk dalam esbok,tapi tak pakai2 jugak.hihi..(yelah,aku kalau beli stok,suka nak mendua2 kan mereka)kekadang benda yang belum nak pakai pun beli...(jangan amalkan ye..)...Bila susu dah x boleh pakai,aku bancuh serbuk krimer coffee mate seperti sukatan susu segar tu jugak.Hasilnya...lemak2 berkrim!hihi

rasa coklat yang hebat!

Meh jenguk jelly Kak Ummi di sini, dan jugak jelly yang dibuat oleh CMG di sana . Sampai kat sana nanti sampaikan salam kat mereka ya.hihi....

p/s :maaf la..x sempat nak beli sudu emas ala2 CMG..*larikkkkkkkkk......................

Jom cuba resepi nya..TQ ya kak ummi & kak ros,cnp disini.

CHOCOLATE OREO JELLY
Resepi: Ros @ Jintan Manis
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home
Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Dikongsi oleh : Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )

  • 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar) )(*akak tukarkan dengan serbuk konyaku jelly)*ryo pakai 10 gram serbuk jenama layang2
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan) (*akak letak 1o keping...hehe)*ryo letak 10 keping jugak
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)*ryo ganti dengan bancuhan krimer coffemate
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:-
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut. (*akak masak dulu serbuk jelly dengan air hingga mendidih dan masukkan gula, kacau hingga larut)*ryo masak dulu serbuk bersama air hingga larut
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak.

Aku xda anak2..jadi seperti biasa,bawak gi opis..memang laris.hahahaha...

Selamat mencuba!!

Five Hot & Cold Dish

Salaamm!!!
Selamat pagi!Halooooo Malaysiaa!!!!!(kunun bersemangat ni)

Haha..dah lama kekorang mengadap jelly orange tu kan.hihi...meh aku tukar panorama lain pulak...suspen je tgok thumbnail tu kan..ye ye je macam aku yang masak semua tu.hak hak..Saja nak share aktiviti malam Isnin yang lalu.....aku join Majlis Makan Malam Persatuan Pengetua....teruja jugak sebab ada sesetengah cecekgu yang hadir malam tu bekas cecekgu aku zaman sekolah dulu.Bila duduk se-majlis,rasa diri ni semakin meningkat dewasa.Wahhh!!aku bukan bebudak sekolah lagi.haha...yang penting,aku tetap salah sorang daripada 10 penyanyi karaoke malam tu.Hihi...

Jom layan antara menu yang dihidangkan...

Five Hot & Cold Dish Combination

Appetizer kat atas ni aku suka ...

Fish Lips Soup with Crab Meat

Sup kat atas ni aku suka jugak....

Braised Lamb with Herbs

Errr..kambing?Memang nampak sedap....tapi aku mmg x makan kambing.....aku cuba makan yang kuih pau yang tepi tu..........bau kambing jugak..ayo...
Nampak member sebelah makan,aku nak try makan kambing lah.....sebelum ni penah aku try..tp telan trus.haha...kali ni nak cuba lagi,ok,aku sudukan sikit...alamak!!alamak!!x boleh..kunyah cepat2 sambil minum air oren.hahahahahahhaa........

Chef's Specialty Homemade Jelly

Dessert......jelly buah naga dan ginseng.erkk!!pahittt taw....mungkin ginseng ni untuk neutralizekan suhu badan lepas kita makan kambing kan?.Tapi tak sedap......dan aku perasan,macam ada cili.....my sis HaSue pernah jugak jumpa menda ni.Klik Sini

Antara geng2 semeja...memang riuh!
(meja lain cool je.haha....
)

Okeh..cuba teka mana satu aku?hahahah..(apa punya soklan la..)

Team yang best bergambar bersama mantan pengerusi persatuan,
(no 5 dari kiri)

TQ for your time,enjoy your day k..

Monday, October 17, 2011

Jelly Buah Oren

Selamat pagi..

Salam hari Isnin,apa khabar semua?hihi...
Maaf la,hujung minggu aku malas pulak nak ngapdate,cuma jenjalan dari belog ke belog je untuk meninjau kawasan...eheee..

Sabtu, gi nonton movie Real Steel..mmg best!..Hari ahad lak saja nak memalaskan diri..ada jugak niat nak buat kek karamel yang femesss sgt tu.Hampir tiap belog yang aku singgah ada tayang kek tuh.Tengok fridge,ada buah oren..terus la nak wat jelly oren ni ha.

Jelly Buah Oren

Macam betul je kan...

Hahaa..tak berapa nak kemas pulak potongan jelly ni kan.Maklum la,pertama kali mencobanya.Cukup la untuk dibawa ke opis ni ha...mmg sedap

yummy!

manis....sedap...dan Gebu!**ehhh???

Resepi asal ni sebenarnya dari kak Yani.Bagi merealisasikan impian dan harapan aku untuk sediakan jelly ni,diam2 menyelinap ke perpustakaan Kak Nor dan jugak dari lemari insan gebu CMG.Haa..dari sana lah aku mendapat ilham itew.TQ ye ...mintak izin dikongsi bersama,untuk tatapan cucu aku di masa hadapan.

Jom semak resepi ..

Jelly Buah Oren

Resipi: Fruit Jelly by Yani MyR
Sumber : Kak Nor (SGN67) & CMG (DTS)
Shared by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
Caranya :
  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
* kalau nak tengok step by step yg Yani buat boleh tengok kat SINI ya..


** k.nor ada edit sket bahan2 tu:
k.nor buat 2 adunan jd bahan yg digunakan kena la di ejjas sket kan dan gula lak spt biasa k.nor mmg kurangkan sbb kurang suka manis2

*dan aku pun ikut la resepi yang kak nor dah edit

Bahan2:
  • 5 biji limau- large size
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1000ml air + jus limau
  • 7 sudu besar gula *aku guna 2 senduk
  • secubit garam
  • 2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)
*aku ikut sebijik cara ni ...

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

Cara nak keluarkan isi oren tu aku ikut cara Kak Nor , Klik Sini

Bagi memudahkan cara nak masukkan adunan tu dalam oren, aku ikut cara CMG, letak kulit oren tu atas kotak telur.

Selamat mencuba ye ..

Friday, October 14, 2011

Bread Roll Sushi

Selemat pagi,

Salam jumaat buat semua ye...malam tadi beradu lebih awal dari sebelumnya.Mungkin penat..haha..

Dah sarapan ke belum ni??
Kalau belum..leh cuba menda ni k..sesuai untuk wat bekal/sarapan...

Bread Roll Sushi

Hari tu nengok kak Tun Telani tayang sushi kan...comell nye dengan nasi bagai....teringat la kak bread roll sushi yang aku selalu beli kat kedai bakery..Kedai tu gulung pakai bread biasa tu je...rasanya sedap jugak.Baekkkk punya imaginasi,menjadi la macam kat kedai bakery tu ha...

Masa nak gi keja,pagi2 wat sushi bread ni dengan express!!!!Zaassss,,sebab tu sememehhh je ropa dia.haha....tapi,bawak gi opis..lajuuuuuuuu je habis.

Korang pun leh try buat k ...


Bread Roll Sushi
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 8 keping bread,potong sisinya
  • 8 keping seaweed
  • 4 btg sosej,dibelah 2
  • 4 btg crabstick, dibelah 2
  • 1 biji telur,didadar & bhg 4.
  • mayonis secukupnya

Caranya :
  1. Celur sosej & crabstick (celur kejap je)
  2. Sediakan bread atas penggulung sushi*kalo xde penggulung ni pun xpe.
  3. Susun seaweed diatasnya,kemudian telur dadar
  4. Susun crabstick & sosej dihujungnya,picitkan mayonis.
  5. Gulung dengan berhati2,potong kepada 2 bahagian
  6. Dah siap!

Sebenarnya sosej & crabstick tu kalau x celur pun x pe...sushi kan biasanya x perlu masak.Lagipun frozen food mcm tu dah sterilized.Tp ryo celur la jugak kejap.haha....

p/s : nanti kekorang gulung kemas la sikit ye ... hihi


Selamat mencuba!!

Thursday, October 13, 2011

Kek Hujan Panas

Assalamualaikum...

Salam pagi hari khamis ye...
Pasti ramai berbaju batik ke tempat kerja kan.suri rumah pulak,mungkin tetap vogue berkain batik,atau baju kelebar batik ye...abg2 pakcik2 apa kurang nya dengan pelikat..hihi.

Maaf ye,petang semalam tak boleh nak online.ada beberapa keja nak dibuat...awal pagi bru lah ushar alam maya ni...nasib dedaun dalam laman ni tetap hijau dan segar,berkat dari lawatan anda yang menjenguknya....umpama embun yang duk menyiram lah kan..*tuu dia ayat KOMSAS.

Hari ni nak tayang kek kukus hujan panas lagi,tapi sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada pemilik dapur yang tanpa sempadan, siapa tak kenal blogger masak2 terkenal Cik Mat Gebu (CMG) kan.Jenguk dari tingkap tadi nampak ada resepi baru,seperti biasa aku masuk la ke rumahnya dan klik2.Ehh,tak sangka pulak CMG link kan ke belog hijau yg serba kekurangan dan baru nak bernapas ni.Terharu lak rasanya bila beliau turut menjadi follower.Blog belia jugak merupakan antara blog masak2 yang selalu ku intai2.Nak komen banyak segan sebab kita ni insan kerdil je di kalangan blogger.hihi..Syukur,nampak nya semakin ramai blogger masak2 yang hebat menyertai ryo ... kan.Terima kasih atas sokongan kalian semua,berilah tunjuk ajar kepada 'adik single' ni ye.Ehem.Terima kasih sekali lagi dan lagi...

Balik lagi ke dapur ..mari tengok warna.

Kelapa parut yang diwarnakan...

Ini warna apa?ye betul,merah,hijau,kuning...(eh,macam traffic light pulak kan).

Kek Hujan Panas

Sebelum ni aku dah pernah terbitkan resepi ni.Klik Sini. Ada blogger yang telah mencuba, antaranyakak Ummi Zaihadi & kak Azlita Aziz .Klik ye..Nak buat kek hujan panas ni memang pakai kelapa parut.Yang ni aku pakai kelapa kering,semasa mewarnakan tu,titik sedikit air,kelapa akan jadi lembab sikit.

Gaulkan kelapa yang kalerful tu ...

peroi .... sesuai untuk sarapan/minum petang..
err..nak telan sebelum tidur leh gak kot.hihi

Di sini, diterbitkan lagi resepinya ya ..

Kek Hujan Panas
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :

* 325 g butter/margerin
* 1 1/2 gelas gula
* 2 1/2 gelas tepung gandum
* 5 biji telur *kali ni pakai gred A.hihi
* 150 g seri kaya
* 50 g susu pekat manis
* 300 g kelapa parut
* sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.

Caranya :

1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
2. Pukul butter bersama gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan serikaya,susu & tepung
5. Pukul lagi hingga adunan sebati,ketepikan
6. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu
7. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan,gaul sebati
8. Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan,tutup dengan aluminium foil
9. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.
10.Potong apabila kek dah sejuk.

P/s : kalau malas nak carik kelapa tua,pi kedai beli kelapa parut yang dah kering tu pun boleh,cuma rasanya sedikit berbeza ler.

Sambung sikit citer, petang semalam kena pegi ke RTM untuk buat VO (Voice Over) dan jingle untuk segmen.Tak sabar nak dengar...ada jugak pakai suara kanak2 untuk jingle macam ni ... "Teruskan bersama DJ Ryo, dalam Rileks Santai di mirifmmmmmm.."(haaa..cerr cuba...cam upin ipin lak suara dak kecik tu).TQ juga wat mereka..seronok pengalaman jadi partime ni.hihi…disebabkan takut kekurangan masa,semalam aku terpaksa tolak tempahan dengan baik,ada sekolah yang tempah 200 bijik kuih.Tak salah kita menolak jika takde masa nak buat kan.senang diorang order kat tempat lain.Lagipun order tu macam last minit.Bahan x beli lagi..naknya pulak hari ni..aku kerja opis hours….kalo x tido kang mata cam panda lak.Bila partime itu ini,takut lak menjejas prestasi kerja yang utama kan..dalam hal itu,terpulang pada diri kita untuk pertimbangkan,ikut kemampuan.Tak gitu??

Selamat mencuba..

Wednesday, October 12, 2011

Talam Nangka

Salam rabu...selamat pagi.
Nasib baek hari ni tak wordless.haha..

Ramalan cuaca hari ni akan turun hujan dengan lebatnya...Gelapnyer!memang gelap.....nerves dah..gelabah..sejurus aku tekan remote keta,hujan terus turun dengan lebatnya.Senyum lak,eh...ada power lak remote keta aku kan.(Penafian:bukan niat nak main2 kuasa tuhan ye)..Yessza,terus meluncur menuju ke opis,dengan 'kelambatan' 60-80km sejam je...yelaa,hujan lebat kan.Nak gak aku selamat sampai..hihi

Jom tonton menu pagi ni...

Talam Nangka

Nak berpantun jap ...ehem

"Enak sungguh si panna cotta
Makan megi bertatah udang
Harum sungguh si talam nangka
Buat sajian pagi dan petang"

Yeahh!betul la tu....talam nangka namanya..
Kisahnya,hari ahad yang lepas terhidu lak bau buah nangka yang harum sekali...intai2 rupanya nangka tepi rumah dah masak.Terus wat pemeriksaan rapi,sah dah masak.Terus petik.Pastu gi selongkar banglo kak Nor.Jumpa la resepi talam nangka ni ha..

so delicious ..

Sedap dan lembut je talam ni.Kalau ada buah nangka atau nak cuba wat talam nangka ni boleh la try resepi ni.Simple je...Terima kasih kak Nor ye,izin tampal resepi kat sini k.

Lepastu tetiba terfikir...kalau 'mereka-mereka' yang duk rumah tinggi2 (contohnya level 17),atau perumahan kat bandar tu mesti x leh nak tanam pokok nangka tepi rumah kan.Hihi....*larikkkkk

posing gini pulak ..

Dapat banyak la jugak hasilnya...siap boleh jamu kengkawan kat opis...harum semerbak bau nangka ni dalam pantry.Sekali sekala si buah nangka nak enterframe dalam belog kan.haha...

Sekali lagi terima kasih kepada Kak Nor,berkat aku selongkar banglo beliau..dapat lah resepi yang best ni...Terima kasih pada Kak Yatie & Kak Azlita jugak ye.

Jom tengok resepinya ...

TALAM NANGKA
resipi : Yatie
sumber : Azlita & K.Nor
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-Bahan:

Lapisan bawah
  1. 1 cawan nangka- di cincang
  2. 1 cawan tepung beras
  3. 3 s/b tepung jagung
  4. 3/4 cawan gula pasir
  5. 3 cawan santan cair
  6. 2 helai daun pandan
  7. sedikit garam

Cara menyediakan lapisan bawah.
  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tpng beras, tpng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.

Lapisan Atas -
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 s/b tpng jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2)
Cara menyediakan lapisan atas
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Tuesday, October 11, 2011

Tetiba layan Cinta Elysa,Edisi Khas, Jiwa & Lara ........

Salam..

Tadi kan,tetiba aku layan drama kat tv3.wallawey..pesal tetiba lak nonton drama tu ye..lepas nengok berita tadi,saja la melekat depan tv tu.dimainkan pulak citer Cinta Elysa....sekali tengok pelakon wanita nya tu bukan la febret aku,jauh sekali nak ku minati...tapi nak jugak aku tau kisah nya tadi...sampai habis wa cakap lu!(err..tapi dia kata nak sambung lagi..)


Next,Edisi Khas pulak...gelak ringan2 je...x tau napa.cuba korang try gelak ringan2...haaaaa camtu la aku rasa tadi sesambil duk gosok baju.wahh!



next, Jiwa & Lara.............citer apa plak ni...tetiba Aaron Aziz bawak watak jahat semacam....konpius lak sebab sebelum ni tertengok stanza cinta......pun sampai habis cita tu tadi..(eh,tak habis jugak la...dia kata nak sambung)

Konklusi nya untuk malam ni...aku tak tau kenapa leh nonton citer2 nih,dan semua citer ni aku tak tau pun pasal apa.wahahahahah...tup2 berbagai adengan dah berlaku,maknanya aku jarang layan drama lah kan.Hihi....so,boleh tido je lah.

Ok bye.

Ayam Goreng Thai

Wallawey.........

Nak salam tengahari/petang pulak...dah makan ke belum ni?
Kalau malas,meh cuba goreng ayam pulak ye...balik keja semalam cecepat gi tangkap ayam kat supermarket.Kali ni nak mencuba cara baru menggoreng ayam pulak,dengan menggunakan serbuk nasi goreng thai.Macamana tu,rempah nasi goreng tapi buat nak goreng ayam pulak kan.hihi...

Ayam Goreng Thai

Pandai2 je aku letak nama kan.haha...yelah,aku guna serbuk nasi goreng thai,biar ada kaitan sikit bunyiknya.Tapi maaf lah yer..masa ni x sabar nak merasa,api tu terkuat pulak.Tu yang huduh sikit ayam ni....tapi rasanya memang sedap.Manis2 pulak tu...tak pedas..padahal aku cuma tambah tepung sikit je...mungkin serbuk tu memang manis kan.hihi...

Nanti kalau korang nak mencuba,kawal sikit api tu seperti biasa supaya tak hitam sangat.Makan cicah sos thai,bertambah sedap.Makan gitu pun santaiii je...

Ayam Goreng Thai
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 500 g ayam (5 ketul kepak)
  • 1 paket serbuk nasi goreng thai
  • 1 tbs tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya :
  1. Gaul ayam bersama tepung dan serbuk nasi goreng thai
  2. Perap selama 30 minit
  3. Goreng dengan api sederhana,hingga masak

Selamat mencuba!

Al-Fatihah, Datuk Ahmad Jais dalam kenangan ...

Assalamualaikum,Al-fatihah....

Sambil buat2 bz td,ternampak lah dari tingkap Isteri Encik Bard, tentang berita kehilangan seorang lagi seniman tanah air,Datuk Ahmad Jais.Allahyarham ni cukup sinonim dengan lagu raya Selamat Hari Raya yang cukup menimbulkan suasana raya kita setiap tahun kan,selain lagu Budi Segunung Setahun Intan,duet bersama Kartina Dahari.

Dalam kenangan...
Datuk Ahmad Jais (1936-2011)


Antara lagu2 allahyarham ....
  1. Berilah Jawapan
  2. Berpisah Jauh
  3. Budi Setahun Segunung Intan (duet Kartina Dahari)
  4. Bukti Jadi Sejarah
  5. Dewi Rindu
  6. Dikau Sumber Ilhamku
  7. Doa Ikhlas Mereda Tangisan
  8. Hujan Semalam
  9. Jauh-jauh
  10. Jumpa Mesra (duet S. Effendi)
  11. Kau Pergi Tanpa Relaku
  12. Keagungan Tuhan (S. Effendi)
  13. Kembali Untukku
  14. Khayal Penyair (S. Effendi)
  15. Lagu Rindu
  16. Lambaian Terakhir
  17. Menanti Di Esok Hari
  18. Mungkin Bersama
  19. Nikmat Hujan
  20. Potong Padi
  21. Rayuan Hasratku
  22. Rindulah Rindu
  23. Si Baju Merah
  24. Si Buyung
  25. Sumpah Setia
  26. Tak Ku Sangka
  27. Tari Inang Pulau Kampai
  28. Untuk Bunga Mu
  29. Waspada
  30. Tiada maaf bagimu
  31. Jangan ditanya bila ku berdua
  32. Mengharap sinar menalan kabus
  33. Kucupan azimat
  34. Gelisah
  35. Azizah
  36. Bahtera Merdeka
  37. Berpisah Jauh
  38. Budi Setahun Segunung Intan (Duet dengan Kartina Dahari).
  39. Bungaku Puja Dipetik Orang
  40. Di Ambang Sore
  41. Gelisah
  42. Juwitaku Sayang (Duet dengan Allahyarham Datin Rafeah Buang)
  43. Ke Mana Di Mana.
  44. Kucupan Azimat
  45. Lembaran Terakhir
  46. Mengharap Sinar Menelan Kabus
  47. Selamat Tinggal Bungaku
  48. Takwa Iman.
  49. Umpan Jinak Di Air Tenang
  50. Mata Duitan
Anugerah yang diperolehi ...
  1. Juara lagu asli 1959 & 1960
  2. Juara lagu pop 1961
  3. Juara lagu asli 1962
  4. Anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita 2002
  5. Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Biduan Veteran daripada Berita Harian menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002.
  6. Dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 3 Jun 2006.
Sumber : wiki/gugel
Salam takziah buat ahli keluarga beliau.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Al-Fatihah.

Kuih Lapis Tradisi

Selamat pagi ..(eh,masih pagi lagi kan..)

Salam semuanya..harap betul2 dah bangun lah ni ye....haha...bersiaran dari opis,mencuri sedikit masa untuk menghapdet edisi Selasa,11 Oktober 2011.Waahh,siap bertarikh kan....

Jap,nak wish happy birthday kepada sesiapa yang celebrate his/her birthday hari ni.Aku hadiahkan senyuman 'rasa yang menawan' ala2 keropok moni lah ye.Tahniah diucapkan,melangkau lagi satu angka usia anda kan.

Ringkasnya,kali ni xde la makanan yang berat2 sangat..Kuih lapis je,dan bukan kek lapis ye.hihi...sesuai sangat la untuk bersarapan atau minum petang.Kos pun jimat,lagipun ianya kuih tradisional melayu...cuma bahan nya diubahsuai.

Layan dulu gambarnya....

Kuih Lapis Tradisional

Sebelum ni pernah jugak cuba buat kuih lapis ni guna resepi tepung beras,....tapi kali ni aku pakai tepung gandum,rasanya pun sedap juga.

Tetap sedap,tetap lembut ..

Adunan ni untuk sebiji loyang saiz 9x9.Kalau nak cuba untuk portion yang kecil,kurangkan adunan ye.Ehehe...minta maaf lah ye,andai kuih ni kurang berseri,bukan apa,nak buat lapisan yang lebih kecil rasa malas pulak nak melapis banyak2....hehe.

Nak rasa kuih lapis versi tepung gandum,cuba la resepi ni ye.

Kuih Lapis Tradisi
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan :
  • 800 g tepung gandum
  • 2 paket serbuk santan
  • 1 tbs garam
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 liter air
  • 1 tbs perisa sirap ros
  • pewarna merah jambu secukupnya *optional
Caranya :
  1. Panaskan kukusan hingga mendidih
  2. Satukan kesemua bahan,gaul sebati menggunakan handwhisk.
  3. Tapiskan adunan dalam bekas berlainan.Bahagikan kepada 2 bahagian
  4. Warnakan satu bahagian dengan pewarna merah jambu dan perisakan dengan sirap rose.
  5. Biarkan sebahagian adunan dengan warna asal *optional
  6. Gliskan loyang dengan minyak masak
  7. Lapiskan adunan berwarna putih dengan senduk,*ryo guna 4 senduk untuk 1 warna
  8. Kukus sebentar,bila adunan putih dah masak,tuang pula adunan merah jambu.
  9. Ulang teknik melapis hingga adunan habis (satu adunan lebih kurang 5 minit).Biarkan hingga masak (lebih kurang 35 minit)
  10. Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dipotong.

*Jika terdapat air bertakung di permukaan kuih,buang dengan menggunakan senduk ye.

Selamat mencuba!

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...