The Followers

Friday, September 30, 2011

Sambal Petai Tumis Belacan

Salam Jumaat,
..Penghulu segala hari.Moga kita semua mendapat keberkatanNya ya.

Bersiaran sebelah petang sikit hari ni.Sebelah pagi tadi ada beberapa benda nak dikerjakan.Jap lagi balik ke opis nak wat surat berkenaan bil perkhidmatan internet sekolah yang tak sampai2..Lepas balik keja petang nanti pulak nak pecut ke RTM,ambik duty roster bagi bulan Oktober...Aiseyy

Dah lunch ke belom?Malas nak masak ke??pegi tangkap ayam kat KFC je lah ye.

Petai, itu la menu nak tayang kali ni.
Ada yang x pandai makan petai,ada jugak yang ngengada cakap x pandai makan petai tapi kat rumah hari2 dia makan petai kan.Nasib la petai ni aku masih boleh telan lagi,ikan keli...huhu..tolak tepi sikit ye. (Sian keli,x pasal2 aku heret masuk dalam ceritera petang ni kan)

Sambal Petai Tumis Belacan

Petai ni sedap buat sambal.
Tak kisah la sambal udang ke,sambal tempoyak ke.Tapi kali ni sambal tumis ngan belacan dan ikan bilis.Bagi pesakit resdung,x yah la letak belacan ye.gatal lak hidung tu nanti.huhu..
Susah nak dapat petai??x yah susah2 nak panjat..beli je.haha....

Kalau sebelum ni,petai ni aku kupas dulu sebiji2,pastu baru aku kopek kulit putih nya kat dalam tu.Tapi kali ni nak cepat je.Terus belah 2,dan keluarkan isinya.Itulah cara nak bukak petai paling senang....hahaha.Tumbuk dan tumis sambal,dan siap..senang je kan.Jom buat sama2...

Sambal Petai Tumis Belacan
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2:
  • 5 papan petai,setiap biji dibelah 2 dan keluarkan isinya.
  • 1 tbs belacan*
  • 1 genggam ikan bilis*
  • 2 tangkai cili merah*
  • secubit garam dan serbuk perasa,jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis

Caranya :
  1. Tumbuk bahan bertanda hingga lumat,tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan petai,kacau sebati
  3. Tambah sedikit garam dan serbuk perasa jika perlu. (Ryo letak secubit je sebab ikan bilis & belacan tu dah ada rasa masin2 sikit kan.)
  4. Kacau sebati dalam 3 minit.
  5. Dah siap,padamkan api.
Hidangkan dengan nasi, selamat menjamu selera.

Selamat mencuba!

:)

21 comments:

Mas said...

walaupun mas tak makan petai..
terliurnya nengok sambal petai tumis belacan tu..
kutip ikan bilis jerk la..he3

Sheila Shafeareen said...

sdp ni...dulu mmkn lex megaku mkn ..pada hal mmg x mkn pu..tp lah ni dah pekena sekali mcm nak aje wakakk sdp ni pekena pulak nasi panas pehhh x hingat...org lalu belakan buat dek aje heeh perli cuba tq sharing resepi

Ryo Azhar Rahza said...

@Mas
hahaha...sudah lah kak mas....masa serve sambal petai ni nak letak signboard 'dilarang kutip ikan bilis sahaja'...hahaha

Ryo Azhar Rahza said...

@Sheila Shafeareen
haha..kan dah terkena kan x ngaku nak makan petai...hehe...sambal ni kalau makan ngan nasi je pun dh sedap dah ni :)

L@dyKichiMachiko said...

alamakkkkk....terliurr la pulak.lama dah tak mkn petai.teringinnyaaa.

Ryo Azhar Rahza said...

@L@dyKichiMachiko
jemput la makan yer lady :)

ch000tz axoera said...

nak sambal ajer without petai boleh..? heehweeee

Cheq Ana said...

aarrgghhhh..PETAI..huh memang tak laa

ibuintan said...

petai okey tapi tak untuk belacan

Acik Erna said...

Assalam rio..kagum acik..anak muda macam rio pandai masak.datang dari blog norsecubit garam..

Ewan said...

~perggghh... sedap nih.. nk sruh mak masak la.. :)

Ryo Azhar Rahza said...

@ch000tz axoera
boleh juga,kesian kat si petai tu...

Ryo Azhar Rahza said...

@Cheq Ana
mana jeruk aku??huhuhu

Ryo Azhar Rahza said...

@ibuintan
hihi..next time ryo publish kek belacan pulak.pasti sedap!

Ryo Azhar Rahza said...

@Acik Erna
Tq atas kunjungan acik y..alahai.xde la pandai,reti masak sikit2 je lah...sambil2 belajar kan. :)

Ryo Azhar Rahza said...

@Ewan
malam dah ni..jgn panjat petai tau..kesian nanti mak awak kena masak sambal petai tgh2 malam.haha

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum...nampak sedaplah Ryo..nnt akak nak try jugak lah..

Ryo Azhar said...

@Rabiatun Adawyah
silakan try kak...hihi.tq

SARINA SANGKALA said...

Salam Ryo..terliur pulak sambal petai nie..tengah tunggu org janji nak masakkan ..huhu

Ryo Azhar said...

@SARINA SANGKALA

wah..siap ada yg janji nak masakkan sambal petai ye...

Bryant said...

nak sambal ajer without petai boleh..? heehweeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...