The Followers

Wednesday, June 19, 2013

Pelajar 15 Tahun beli pistol RM2K?

Yessza..

Tadi terbaca berita online kat myMetro. Kejadian kat negeri Perak, pelajar yang berumur 15 Tahun kumpul koleksi pistol tiruan.Harga ribu-ribu ....abang pun tak mampu dik!

Memang kena pandang serius benda ni, takut kemudian hari kejadian yang tak diingini pulak yang berlaku.

Ipoh: Usianya baru mencecah 15 tahun, namun seorang pelajar sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memiliki koleksi senjata dan senapang tiruan berbahaya model M16; pistol Glock; Colt 45 automatik dan Air Rifle MP 5 untuk koleksi peribadi.
Senjata tiruan yang seakan senjata api tulen itu dipercayai ditempah khas melalui sebuah laman web yang beroperasi di luar negara termasuk Amerika Syarikat, China dan Taiwan.
Bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa, remaja berkenaan menempah senjata itu melalui Internet sebelum senjata itu dihantar ke negara ini menerusi khidmat pos.
Bagaimanapun, usaha licik remaja itu berakhir apabila anggota Unit Kastam Pos, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Cawangan Ipoh mengesan senjata tiruan itu menerusi mesin pengimbas di Pejabat Pos Ipoh, tengah hari Sabtu lalu.
Pengarah Kastam negeri Datuk Mohd Nasir Said berkata, pihaknya menahan remaja berasal dari Kuala Kangsar terbabit pada hari sama rampasan dibuat bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 116 Akta Kastam 1967 sebelum dilepaskan dengan jaminan.
Beliau berkata, siasatan mendapati, remaja berkenaan mengaku membuat pesanan senjata tiruan itu dengan melaburkan wang RM2,000.
“Selain senjata api, kami turut merampas kelopak dan bebola getah serta tembaga dipercayai peluru pistol berkenaan selain beberapa komponen dan peralatan berkaitan senjata api tiruan itu.
“Lima senjata api yang dirampas itu sebahagian daripada 10 unit senjata yang dirampas pasukan penguatkuasaan kastam negeri bagi tempoh Januari hingga Jun termasuk dua unit dirampas di Kompleks Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, manakala tiga unit lain dikesan di pejabat pos negeri,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, pihaknya memandang serius pengimportan tanpa permit senjata api tiruan berkenaan kerana ia bukan saja mampu mengancam keselamatan negara sebaliknya boleh disalah guna untuk tujuan jenayah.
Mohd Nasir berkata, senjata tiruan model Air Rifle MP 5 itu sendiri boleh digunakan untuk mencederakan binatang dan manusia, malah boleh membawa maut sekiranya diubah suai.
Menurutnya, senjata api itu turut menggunakan bateri yang perlu dicas dan gas untuk berfungsi.
“Kami bimbang jika ia jatuh ke tangan individu tidak bertanggungjawab, ia mungkin digunakan sebagai senjata api untuk tujuan samun, rompakan dan pembunuhan.
“Pada masa sama, kami turut meminta ibu bapa supaya memantau kegiatan anak masing-masing terutama dalam penggunaan internet bagi mengelak salah guna kemudahan itu untuk tujuan membeli dan mengedar senjata api serta barang-barang terlarang lain,” katanya.
Katanya, pengimportan semua jenis senjata termasuk senjata tiruan perlu mematuhi Butiran No 46, Jadual 3, Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 di mana pengimportan perlu disertai dengan permit import yang diluluskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sumber : MyMetro, Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

2 comments:

shahrilhakime said...

sebelum tu.... mane budak ni dapat duit banyak2 camtu??? ..takakn mak bapak dia tak tau kot?? RM2k ....budak 15 tahun...... mane lagi sumber kalo tak PAMA....

shahrilhakime said...

sebelum tu.... mane budak ni dapat duit banyak2 camtu??? ..takakn mak bapak dia tak tau kot?? RM2k ....budak 15 tahun...... mane lagi sumber kalo tak PAMA....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...