The Followers

Wednesday, February 8, 2012

Roti Jala

Assalamualaikum..

Salam hari Rabu buat semua...sihat tak hari ni?Cuaca ok tak?.. kat sini hujan rintik2 ...kena rambut sket..nasik baek pacak lagi..opss...lupa lak nak bagitau kan, sempena Maal Hijrah ari tu kan aku trim rambut jadi botak.wahahah....dah macam dak zhariff rambut masa tu...Nak nunggu tumbuh balik tu lama...dah tu 2 minggu sekali gi kedai trim sket2 supaya lebih kemas.Alhamdulillah, sekarang ni dah boleh pacak semula!!Hee..

Erm, ni pepagi online ni takde keja ke??saje lah tu nak mengula kan...sama lah kita.Dah bfast dah ke?Tak lapar??Aku pun tak bfast lagi..heheh.Pagi ni nak ajak korang pegi menjala.......No no no!! Bukan menjala udang galah ye...itu aku tak reti.Ahaks...

Tengok ni ..

Roti Jala ...

Yesszaa...betul sangat la.. Roti jala namanya..ramai dah buat roti jala ni kan.Dulu buat roti jala ni guna acuan biasa je.. Kali ni buat guna acuan botol tu.Hihi...

Cicah ngan kari ayam je..

Order acuan dari blogger...

Puas cari botol tu sebenarnya, tak jumpa2..Nasib baek ternampak entri KJEE kita tu taun lepas..apalagi,sambar terus la kan...Aku terus contact Kak Jee sebab nak order acuan ni...Kak Jee dah kata awal2 stok belum ada, tapi aku tunggu je la...tak menjadi masalah sebab Kak Jee dah bagitau awal2 kan..Tak la lama sangat pun ..tup2 dah sampai acuan aku ni, tahun lepas jugak... lama terperam kat umah baru aku merasmikan acuan ni.haha..

Kalau korang nak contact KJEE leh je jenguk blognya, Dunia Dari Dapur Kak Jee atau emelkan melalui fauziah.samad@gmail.com atau kedai@fauziahsamad.com .Sekarang ni Kak Jee sekeluarga gigih membantu golongan yang sakit dengan produk TF dan banyak lagi produk 4life...Nak tahu lebih lanjut, sila2 lah berkenalan ngan kak Jee ye.Moga Kak Jee terus sukses!


Resepi Roti Jala
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 tbs serbuk santan*optional
  • 2 cawan air
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • secubit serbuk kunyit* optional
  • sedikit pewarna kuning
Caranya :
  1. Gaul semua bahan hingga sebati..guna handwhisk je
  2. Tapis semua adunan
  3. Masukkan ke dalam botol acuan roti jala
  4. Panaskan non-stick pan...kemudian boleh la mula menjala..
  5. Hidang bersama kuah kari ayam/daging atau susu.

Selamat mencuba!

Tuesday, February 7, 2012

Udang Galah lagi ...

Assalamualaikum..

Salam Maulidur Rasul buat semua ya..terlambat 2 hari nak wish..baru balik semalam...Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali nampaknya....Selamat hari Thaipusam juga bagi penganut agama hindu...Aktiviti jenjalan hujung minggu ke Kuala Lumpur baru2 ni, pengisian simple je.gi karaoke,movie dan makan2 di food republic PV tu!Alamakk..haha..

Sambil tu ingatkan nak join geng2 club keta untuk family day kat Desa waterpark.. tapi disebabkan aku sampai jam 2 pagi...rasa malas pulak disamping x nak ganggu kengkawan yg sibuk prepare untuk family day tu.So, ambik keputusan check-in hotel & tido...Tengahari baru bangkit,gi karaoke ...puass hati.Malam nya pulak, melepak kat pavillion sampai tengah malam, gi nonton midnite movie - Chronicle... Siyes, citer tu tak best langsung!Pening ada la...Sekali sekali buang2 masa bersantai kan...erm.

Oklah,cukup situ je la story ringkas.Jommm nengok menu nak ditayang ni.

Udang galah lagi ...

Hasil memancing setengah hari ...

Baru-baru ni musim memancing udang galah kembali lagi....lama rasanya nak tunggu weekend.. Haha..sekadar suka2, kadang tu hasil lumayan, kekadang tu kurang la...lumrah lah kan.Bergantung pada kualiti air sungai juga kan...

Klik sini
untuk resepi .

Selamat mencuba...

Friday, February 3, 2012

Masa untuk terbang ..... lagi

Assalamualaikum ..

Salam Jumaat buat semua..maaf lambat bersiaran..
Semalam x sempat nak baking.....agak penat sket.Lepas settle beberapa urusan .. balik la rumah then urus diri.Ingatkan nak online lama sket...tetiba mata berat lalu tetido.Haha..

Hari ni...keja hampir settle dah, submit and prepare buat keja yg seterusnya.....lalalala.Tapi lepas ni mungkin x online dulu la kan.Aku nak fly kejap....destinasinya KL.Beli tiket ari tu sebab weekend ni ada family day rakan2 club kereta kat Desa Waterpark...aku tak sure pegi sana ke tak..mungkin jugak menghala ke utara atau ke selatan.Silap2,lepak central je la gi karoks kat redbox.Hihi.

Airasia ..

Pegi naek Airasia, balik nanti naek MAS....Adil kan?Haha.Sedang berfikir jugak apa aktiviti nak buat kat sana nanti...kalo bawak keta leh jugak aku merempit ke banglo2 geng masak2 kan!!!haha...Nampak gayanya cuti hujung minggu ni x leh nak gi memancing udang galah lah ye..InsyAllah aku akan balik ke Miri hari Isnin....

Ramai yang tanya, bila nak buat international trip lagi???Hahaha..gelak jap,nampaknya belum ada rezeki lagi nak melancong....dalam negara pun x habis pegi lagi kan.Kalau rezeki lebih, tak salah kalo fly sana fly sini lagi kan.hehe...

Oklah!entri ni saja nak tambah destinasi ...walaupun trip2 sebelum ni tak upload pon!!!!haahahahahaha....

Thursday, February 2, 2012

Bingka Labu Berkismis

Assalamualaikum ..

Entri pagi ini..sebelum tu,jom kita WAHHHHH sama2 nak??Mana tak nya...pejam celik pejam celik ari ni dah masuk bulan Februari kan....tak terasa pulak masa berjalan dengan pantas..Masih berpinar lagi mata ni dek cahaya bunga api sambutan tahun baru hari tu kan.Dah tutup bulan dan mula bulan yg seterusnya pulak.

Okeh!Kali ni nak share bingka labu kuning ni je lah...buat malam tadi, sambil2 nak tunggu washing machine siapkan cucian, aku pulak siapkan bingka ni.Kebetulan nampak ada separuh buah labu kat rumah, baik buat sesuatu.Biasanya kalo di biar, busuk gitu je buah ni...Nak buat donut labu atau bingka ye?Pikir2, kalau buat donut tu nanti nak membentuk nya lagi....elok mudah buat bingka je lah kan...

Bingka Labu Berkismis

Wallaweyy...tengok tu.siap letak kismis!x penah2 aku letak kismis kan..tengok permukaan atas macam kosong je...nampak biasa.Nak letak bijan, xde stok la pulak...nampak je kismis,terus la gatal tangan nak tabur.Hasil nya begini la....bila maka tu pula terasa skali kismis nya.

Sedap taw ..

Macam biasa la.. kalau dah buat ni tak kan la nak makan sorang2 kan??Jadi aku gi pack dalam tupperware yg ada dan bawak bekal ke opis utk kengkawan..Sampai opis je alhamdulillah, laris bingka ni.

Tekstur bingka ni lembutttt je... i like ...
Sebelum ni pernah jugak buat bingka labu ni kan.resepi nya sama ja cuma kali ni tabur kismis tu je la...

Bingka Labu Berkismis
by : ryoazhar@blogspot.com

Bahan2 :
  • 500g labu kuning
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu margerin/butter
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • secubit garam
  • kismis secukupnya
Caranya :
  1. Panaskan oven15 minit (180')
  2. Rebus labu sehingga lembut (10 Minit).Tmasukkan sikit garam kalau perlu,toskan.
  3. Lenyek labu di dalam bekas bersama margerin*akan cair sbb labu masih panas
  4. Pukul telur didalam bekas lain, kemudian tuang ke dalam adunan labu.
  5. Masukkan santan,gula,tepung gandum..pukul lagi menggunakan hand whisker hingga sebati
  6. Tuang adunan ke dalam loyang 8"x8"/9"x9" yg telah disapu sedikit minyak masak.
  7. Tabur kismis secukupnya
  8. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah (180'c)
  9. Dah siap.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...