The Followers

Saturday, November 26, 2011

Malas nak ke dapur ...

Salam semua..

Apa khabar kekorang semua??harap sihat sentiasa lah ye.Seperti biasa,maaf lah entri kurang dikemaskini beberapa hari ni.Bila takda menu nak kongsi,rasa serba salah nak buat entri kosong.Hari ni malas nak ke dapur,tapi rajin pulak aku gi tapau nasik kat kedai td.hahaha..Lebih2 lagi SPM pun x habis lagi kan....hujung tahun mcm ni mmg banyak keja lain nak dibuat.Ada peluang rehat ni,gunakanlah sbb ptg nanti nak on air plak.

Takpela,hari ni nak kongsi je salah satu aktiviti yg membuatkan aku kurang masa nak berblogging ni.Tengok dulu pic ni...

Yesszaa........baru2 ni aku jadi juruacara untuk Regatta Sibuti 2011 selama 3 hari berturut2(18-20 November lalu).Mula2 tu ingatkan jadi emcee seperti biasa,duk bawah pentas utama kan..Tup2 bila briefing pagi tu organizer nak emcee masuk sungai....nak bot & buat ulasan tentang perlumbaan.Gulpp!new experience...(nyesal x bawak kail,kalo x leh jugak aku pancing udang)....Alhamdulillah,feedback positif diterima dan aku dapat jugak jalankan tugas berkenaan.heheee.......

Selingan, pic aku dan my bro Azeri....ni gambar hari ke-3.Sunburned!

Salah satu adegan semasa bertugas...kepanasan sambil buat laporan,nasib baik ada rakan seperahu dr lembaga sungai baik hati payungkan aku.haha..

'Emcee (MC) Sungai' nama gelaran sepanjang bertugas ni.hahaha....
InsyAllah,nanti ada masa aku tolong uploadkan gegamba regatta tu ye..mana tau ad ayang masih kurang jelas apakah itu regatta.Selamat beristirehat diucapkan kepada semua.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi peluang dan kepercayaan kepada aku dalam menjalankan tugas dari masa ke semasa.Never stop to learn.

:)

Wednesday, November 16, 2011

Semak Prestasi Anak dengan SAPS

Yessza...

Salam lagi...selamat petang.
Kali ni nak kongsi info ..mungkin ada yang tahu,ada yang tak tahu...ada jugak yang baru nak tahu.....hahaa

Kali ni nak kongsi dengan ibubapa kat luar sana,cara untuk semak prestasi anak2 di dalam kelas melalui kaedah online.Yerlah,mesti ibubapa masing2 bz dan kekadang x sempat nak jenguk prestasi anak-anak.Apa kata cuba cara online ni...sambil2 ibu bapa update FB,update blog serta jenguk akhbar online,singgah sebentar ke ruangan khas ibubapa,laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).


Caranya mudah saja, cuma masukkan nombor kad pengenalan/no.sijil lahir anak > pilih jenis sekolah rendah/menengah > semak > pilih jenis peperiksaan .

Dah hujung2 tahun begini anak2 pun dah nak mula bercuti kan.Semak lah prestasi mereka sebagai persediaan anda mendidiknya ke arah yang lebih cemerlang.

Keputusan yang dipapar bergantung kepada pihak sekolah anak-anak tuan puan yer,kalau pihak sekolah belum key in data,jadi keputusan tu tak keluar la.Kalau dah di key in ke dalam sistem,insyaAllah nampak la keputusan anak2 anda.

**P/S : Pastikan anda menggunakan aplikasi Internet Explorer (IE) untuk melayari laman tersebut.

Selamat mencuba yer...

Mihun Goreng

Salam hari rabu buat semua...
Apa cerita hari ni?Haha...
Aku lak bz edit2 slide cecekgu untuk bebudak SPM ni.Moga cemerlang la bebudak ni yer.
Dah tu pulak,minggu ni bz dengan Regatta Sibuti 2011..Acara lumba perahu yang diadakan kat kawasan aku ni ha...Bermula 18 hingga 20 November nanti,tak ketinggalan jugak aku terlibat jadi ahli jawatankuasa,seperti biasa btugas sebagai juruacara bersama rakan yang lain.Hihi.

Regatta Sibuti kali terakhir dianjurkan pada tahun 2001.Bila dah lama tak dianjurkan,pastinya ia dinantikan oleh seluruh masyarakat setempat kan.Semalam aku buat survey pun dan berpuluh gerai mula beroperasi,dari gerai makanan,pakaian serta keperluan lain.Dijangka 400 lebih gerai akan beroperasi nanti...InsyaAllah,kitorang pun nak berniaga jugak.Peluang tu...sambil suka2 kan.hehe...

Jom layan mihun goreng ...

Mihun Goreng

Hihi...alamak,mcm malas lak nak menulis resepi....ramai yang dah pandai goreng mihun....tengok gamba jelah dulu.ahaks..

:)

Monday, November 14, 2011

Hot & Spicy Alaskan Fish

Assalamualaikum ...

Salam pagi buat semua...apa khabar ye??Moga sihat2 semuanya...alhamdulillah,demam dah reda..tapi selesema belum lagi berakhir...ubat dah makan,mungkin jugak sbb kurang rehat..tu yang lambat nak 'selesai'.Ye la,bila kesihatan terjejas ni,mmg kurang feel nak baking & cooking tau.Hihi...Selamat maju jaya diucapkan kepada calon2 SPM yang mula menduduki peperiksaan hari ni ye..

Geng dapur yang lain apa cerita??Bukan mane cemerlang lagi korang ye.haha...kiranya kalau ada buku prestasi...dapat banyak bintang lip lap lip lap dah tu..kalau belog aku ni,tanda merah je kot ye sebab selalu ponteng.hahaha.Pasti ramai yang semakin bersemangat kan.lelebih lagi musim sukan SEA sekarang ni..pasti yang berbasikal tu makin laju kayuhan nya.haha...

Okeylah,kebetulan aku masuk ni, nak tampal satu menu ringkas.Memang ringkas sgt...main campak2 je.Sedap la buat dinner malam tadi...

Hot & Spicy Alaskan Fish

Alaskan fish?Ikan Alaska lah kot dalam bahasa melayu nya...aku tengok label tulis camtu.aku ikut je....sebenarnya dijual dalam bentuk isi/fillet ikan.......sebungkus ada 2 keping..beli minggu lepas,malam tadi terniat nak try masak ikan ni.Tapi tak tau nak masak apa..nampak ada tepung goreng ayam hot & spicy,ini lah kejadiannya.Capsicum tu..hahaha....gelak jap.Hahahaha.....(okey,sambung bawah pulak..)

Hahahaha...eh,ni masih lagi sambungan gelak pasal capsicum td taw.Aku gelak sebab beli menda ni sebelum g kursus hari tu...cadang nak wat pizza.(bukan main tinggi angan2 kan..)Tengok2 malam tadi capsicum dah makin kurus dah.haha....sib baik masih ada isi.boleh la pakai.....yang lain,main campak dan campak.tak sampai 10 minit dah siap.Betul!


Hot & Spicy Alaskan Fish
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 1 keping alaskan fish fillet,dipotong
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung gorengan ayam Hot & Spicy
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato,dibelah
  • 1 cawan capsicum merah/hijau,didadu
  • 1 labu bawang besar,dihiris halus
  • secubit garam & serbuk perasa
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • sedikit minyak untuk menggoreng/menumis

Caranya :
  1. Potong ikan kepada bentuk yang kecil
  2. Celup ke dalam telur,dan salut dengan tepung
  3. Goreng di dalam minyak yang panas,hingga nampak perang keemasan.(Jgn lupa balik2 kan)Sambil2 tunggu ikan tu,boleh la hiris2 bahan yg lain.Bila dah masak,angkat dan toskan..
  4. Bawang putih tu ryo tak kupas,tekan je guna pisau.Keluarkan dan hiris sikit.Tumis dengan sedikit minyak,kemudian masukkan capsicum & bawang besar.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa,gaul sebati
  6. Masukkan pula alaskan fish yang dah siap digoreng tadi,taburkan serbuk lada hitam.
  7. Akhir sekali,masukkan tomato..gaulkan sekejap dan padamkan api..
  8. Dah siap!
Haha..biasanya goreng ikan ni pakai tepung tempra je kan.Kali ni tukar pulak guna tepung hot & spicy.Mudah je...cer bayangkan ..tung tang tung tang masak kali ni...Takde masa nak slow motion k.Nak senyum kat kucing pun x sempat2.Hihi....

p/s: Nampaknya my sis HaSue masih 'terpaksa' lagi gigih bercuti belogging....ada musibah menimpa.Hanya satu penyebab,iaitu broadband.Tapi kali ini lebih serius...para pengikutnya harap bersabar ye.hihi...

Selamat mencuba!

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday : Pes Laksa Sarawak

Salam..



Maaf lah yer,hari ni tengok gamba je...siyesly aku kurang mood pulak nak menulis...Semalam selsema, hari ni demam pulak dah..Huwaaa..... :) :(

Tuesday, November 8, 2011

Udang Galah + Timun

Assalamualaikum...salam sejahtera semua.
Woww...tetiba rasa nak buat entri pagi ni.Bila rajin dah menyapa,elok la di sambut dengan sebaiknya kan.hihi..

Bekerja semula hari ni...aiseymen.Badan mcm lenguh2 pulak.Kaki je yang cergas lepas wat foot massage semalam.Mula2 risau jugak kot2 aku tendang tukang urut tu sbb geli...tapi lama2 sedap jugak diurut kaki kan...Next time nak try urutan badan pulak lah kalau ada masa.Kata orang, lepas urut badan rasa segar bugar sebab angin2 semua dikeluarkan...hihi.camna tuh!

Tapi takpe lah kan..lupakan je dulu nak urut2 tu..hari ni tayang masakan beberapa minggu lalu.(Nampak sangat dah lama tak masak,kena bongkar arkib kan..haha)

Jeng..jeng...jeng..

Udang Galah dengan Timun

Udang galah!Memang betul ler tuh...kali ni beli je.nak memancing belom sesuai lagi rasanya...Lagi2 sejak akhir2 ni kes buaya mengganas makin menjadi2 lak kan.Seram rasanya nak g memancing di sungai.Memancing kat pasar mungkin lebih selamat..Hihi

Yang penting,masak pedas3 gini memang sedapp!

Udang Galah dengan Timun
shared by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 1 kg udang galah
  • 1 biji timun,dikupas & dipotong
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1 inci halia*
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai*diketuk
  • 1 tsp belacan
  • 2 liter air
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Caranya
  1. Tumbuk dan tumis bahan bertanda *
  2. Masukkan udang,gaul sebati
  3. Bila udang dah nampak berubah warna,masukkan air
  4. Masukkan pula serai,timun,belacan,asam gelugor,belacan
  5. Tunggu hingga mendidih,padamkan api.
  6. Dah siap untuk dihidangkan....
Selamat mencuba!!!

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 1432 H

Assalamualaikum semua..

Apa khabar ye?Moga sihat semuanya...
Maaflah sbb belog hijau dah lama tidak bersiaran.Walaupun telah habis berkursus,tugas2 lain tetap ada untuk dijalankan.Sebab tu lah kurang masa untuk menjalankan aktiviti dapur.hihi..Tapi tetap gigih aku menyusuri laman2 belog lain,sekadar membaca.Banyak cerita ingin dikongsi,cuma masa kurang sesuai untuk menulis..

InsyAllah bila dah bersedia nanti,belog hijau akan tayang balik menu2 yang best bukan sahaja dari dapur sendiri,tapi juga resepi2 geng2 yang lain ye.

Mujur dah terpacak depan lappy ni,tuan punya belog ni pun nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua ya...Maaf zahir & batin ...Kalau ada yang terima daging korban,jangan lupa kongsi resepi memasaknya pulak ye ..hihi

" daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang kepada Mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah sebelum dia jatuh kebumi ( yakni pahalanya disegerakan Allah ). Maka dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri " .

( Hadis Riwayat Tirmizi )

Sekali lagi,salam aidiladha buat semua...petang ni masuk konti 6-9 PM [Dengar]

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...