The Followers

Tuesday, February 19, 2013

Amah Indon dipenjara 20 Tahun!

Alhamdulillah, yang bersalah dah terima hukumannya...

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan kejadian pembantu rumah Indonesia yang bertindak kasar dan mendera anak majikan nya kan.Dilambung-lambung bagai bola, di lempar-lempar macam roti canai tanpa belas kasihan dan sifat keperimanusiaan.Mujur tuan rumah pasang CCTV dan bertindak dengan pantas.Nak tengok video tu memang sakit hati.

Kalau nak tengok jugak pasal video tu... Klik Sini
Berita online Klik Sini

Amah Indonesia mengaku bersalah dan dipenjara 20 tahun - Gambar dari FB Berita Harian
"KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Seksyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empan bulan, Jumaat lalu.

Untuk tuduhan pertama, dia di jatuhkan hukuman penjara 15 tahun manakala tuduhan kedua selama 5 thun.Bagaimanapun, hukuman berkenaan berjalan serentak. "- Sumber : FB Berita Harian.

Hmm....macam-macam benda yang tak diduga berlaku, kena hati-hati la kalau nak ambil amah/pembantu rumah lepas ni.Kepada agen-agen pembantu rumah jugak dinasihatkan agar memilih amah yang betul-betul sihat dari segi fizikal dan mental.

Sekian

Monday, February 18, 2013

Biskut Bom Citrawarna

Assalamualaikum,
Salam 1 Malaysia ..

Monday blues ke?
Gong Xi Fa Cai!! Wahh tetiba wish CNY pada hari ke 9 ni kan..takpe lah, masih valid lagi sampai Cap Go Meh.Kalo nak imbas balik cuti umum CNY yang lepas, aku tak merasa pun cuti tu sepenuhnya disebabkan on air pada setiap hari cuti tersebut.Cukup la nyibukkan diri soping masa sale CNY tu je.Ahaks.

Nak tau tak, entri kali ni sepatutnya publish bulan puasa tahun lepas lagi.Masa kita semua sibuk nak sambut raya kita tu.Tapi faham je la takde masa sangat nak blogging, disamping sibuk nak raya jugak.Mood tu takde pun.Ni kalau nak buat untuk CNY pun dah lepas, buat untuk Gawai Dayak nanti lah kot.Haha.

Tengok dulu bebola berwarna ni..

Biskut Bom Citrawarna (Makmur)

Tadi...belek2 la tablet yang dah nak full space memory dia.Nak delete mana-mana gambar yang tak perlu, jadi ternampak la gambar biskut yang aku buat neh.Usah ditanya, memang dah tinggal kenangan lah kan.Sebelum ni ramai yang request resepi ni ke dalam blog..Siapa lagi kalau bukan rakan-rakan sekerja dan juga teman-teman keluarga yang datang bertandang ke rumah masa raya yang lepas.

1..2..3...Bomm!

Raya tahun-tahun yang lepas, aku memang tak suka buat biskut ni.Sebabnya kalau jatuh ke atas kapet, habis laaa...berkecai menghasilkan corak-corak kehidupan yang kurang mendamaikan.Ehh...

Tapi, family members aku request nak biskut ni jugak untuk raya...aku turuti jua.Alhamdulillah, takde apa yang berlaku masa raya tu...selamat la kapet dan tikar rotan kan.Cara membuat dan bahannya sebijik macam biskut makmur, sebab ia memang biskut makmur pun kot?Cuma kitorang je yang dah biasa panggil biskut bom.Hasil yang terbaik seakan-akan melted dalam mulut gituu.Bukan melted macam coklat,tapi tepungnya!Bommm.Haha...

Kepada peminat biskut bom atau biskut makmur ni boleh la cuba k..

BISKUT BOM CITRAWARNA (MAKMUR)

Bahan-bahan :
  • 500 g tepung gandum, disangai dalam kuali tanpa minyak.
  • 1 tin minyak sapi QBB saiz sederhana (x sure berat bersih..nextime aku update.yg penting Halal okeh! (klik sini jap)
  • Gula halus secukupnya, sebaiknya gula kasar yang dikisar sendiri
  • Pewarna merah dan hijau secukupnya

Caranya :
  1. Panaskan oven pada suhu 170'c
  2. Tepung gandum hendaklah disangai dalam kuali tanpa minyak.Gaul hingga masak (warna keperangan dan bau tepung naik)
  3. Cairkan minyak sapi, tuang ke dalam bekas berasingan
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh dan boleh dibentuk.Berhati-hati kerana doh panas disebabkan minyak sapi tadi.
  5. Bahagikan doh dan warnakan.Bentuk kan bulat-bulat saiz syiling 20sen.
  6. Susun dalam dulang yg ditabur tepung/alas dengan 'baking paper'.
  7. Masukkan dalam oven, bakar hingga masak (20-25 Minit)
  8. Biarkan sejuk, kemudian golekkan di atas gula halus tadi dan sedia untuk dinikmati.Simpan satu persatu ke dalam cawan kertas untuk lebih kemas.
Selamat mencuba :)




Friday, February 15, 2013

10,000 lagi free seats AirAsia!

Assalamualaikum...Salam Jumaat wat semua...

Taraaaa!!! Tu diaaa... AirAsia offer 10,000 Free seats lagi katanya...

Klik Imej untuk ke laman web AirAsia

Bulan lepas pun diorang wat offer free seats jugak.... tapi kali ni untuk bulan April 2013.So kepada sesiapa yang bercadang nak jejalan ke SARAWAK boleh la ambik kesempatan jugak.Tempahan cuma boleh buat hari ni 15 Februari 2013, untuk jadual penerbangan April 2013 sahaja!heeee....

Tadi nengok jugak, penerbangan dari Miri (MYY) ke Kuala Lumpur (KL) pergi balik RM26.00, include tax semua cuma RM153.00!!!! Ada jugak yang total RM55 je..Itu kira sangat murah okeh!

Hmmm...beli tiket jangan terlalu mengikut nafsu....ehhh!

Enjoy you trip!

Thursday, February 14, 2013

Pesanan dari keluarga arwah

Assalamualaikum,

Merasakan tanggungjawab sebagai seorang blogger yang terbaca entri blog shakiddo.com , maka aku panjangkan PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI (Pemilik Blog TERATAKARMO.COM) :
SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH. (mohon sebarkan kepada semua Rakan Blogger dan Facebook)

Takziah kepada Isteri Arwah, Pn Mazliana Othman dan 4 orang anak Arwah dan keluarga Allahyarham Bro Jejai semuga tabah menghadapi ujian.
Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan silakan : Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (Mazliana Othman )
Terima Kasih

AlFatihah ... takziah atas pemergian mereka

Assalamualaikum...

Erm..tajuk pun sedih kan.Sebetulnya aku tak tahu pun pemergiannya sebelum ni.
Siapa?
Allahyarham adalah saudara Azli Paat,salah seorang usahawan teknologi negara.Ramai blogger yang dah siarkan berita pemergiannya.Aku ternampak entri dari satu blog Wanista pasal berita kematian tu.Terima kasih.

Mungkin juga ada yang tak kenal siapa arwah.Ini dia ..

Allahyarham Azli Paat- Foto Ehsan Google

Beberapa tahun yang lalu, pertama kali aku melihat arwah sebagai panel undangan dalam salah satu program TV RTM atau TV3.Itu aku lupa...yang pasti, arwah muncul dalam siaran bual bicara pagi, antara Selamat Pagi Malaysia (TV1) atau Malaysia Hari Ini (TV3).

Masa tu arwah baru memperkenalkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) 32728 (DAPAT) kepada orang ramai.Sehingga hari ini, aku sendiri menggunakan khidmat ini sebagai bahan interaktif ketika bersiaran di konti.Kami menerima SMS dari pendengar MIRIfm yang dihantar melalui DAPAT.

Walaupun tidak mengenalinya secara peribadi, arwah dilihat sebagai seorang yang petah berkata-kata,ceria dan bersemangat memperkenalkan teknologi terbaru.

Sumber BERNAMA menyatakan beliau  (Allahyarham) merupakan pengasas DAPAT SMS yang telah mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi antara satu sama lain serta merupakan pemenang Anugerah Perdana Menteri ‘Best of The Best’ APICTA 2012. Selain itu, arwah juga merupakan pencetus idea yang telah mewujudkan RakanCop di mana orang awam dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah kegiatan jenayah di negara ini.
Baca lebih lanjut profail > Klik Sini

Takziah juga buat seluruh ahli keluarga blogger www.terakarmo.com, Allahyarham Azhar bin Ramli yang telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 12 Februari yang lalu. Rupanya arwah adalah abang kepada Dj Nana , rakan penyampai di RTM Sarawak dan aku sendiri pernah menjadi pembaca blog arwah dulu.
Semoga roh mereka yang telah pergi ini terus dilimpahi kesejahteraan dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

 AlFatihah, salam takziah sekali lagi.

Wednesday, February 6, 2013

Blog kena hacked!

Assalamualaikum...

Grrrr....geram nih.
Baru je nak memanjakan blog hijau ni semula, tapi aku terkejut bila blog ni tidak ditemui (Blog not found katanya)...Walaupun blog biasa, tapi rasa sedih bila dia suruh 'create new blog' tau!
Alamakkkk!!Blog aku hilang ke??huhh....

Google detect ada cubaan penggodam sebelum ni ....

Siapa lah penyangak yang takde keja lain nak buat tu kan...
Sebelum ni ada gak Google remind aku,tapi ingatkan benda tu spam biasa.Rupanya bebetul ada yang cuba nak hack account.So, uols pun kena hati-memilih pasangan okeh!Ehh..

Alhamdulillah lepas, verify semula dan set password yang baru...blog hijau muncul semula.Harap-harap tak jadi lagi laaa...penat tau nak tukar password banyak kali.

Hurmm..... :( 

Friday, February 1, 2013

Cakkk....salam hujung bulan!

Assalamualaikum..
Wallaweyh...bukan main semak lagi eh.Berbulan-bulan tak ngapdate blog....nak wat camner, aku bukan la blogger femes....so, takyah nak risau kalau takde entri pun.hahaha.Apa pun, nak wish Happy New Year 2013! (sepatutnya aku update awal tahun kan)haha...
"Berat bebanku...meninggalkanmu,separuh nafas jiwaku..sirna...
Kisah kita berakhir di Januari....." wowww..lagu Januari dari Glenn Fredly siap shortcut terus!
Alamak..alamak.dah penghujung bulan Januari dah rupanya kan.Entri ni kira pembuka dan terus tutup bulan Januari punya entri lah kan!Haha..sekadar menukar thumbnail gitewwww.

Sejak dua tiga menjak ni...kurang bernafsu lak nak berblog,nak maen masak-masak atau pun jogging dan blogwalking.Adakah ia salah satu trend masa kini?Mungkin tidakkk..
Ehhh jap...tadi cuci baju kat sungai Samsung,nak jenguk kot2 dah siap cuci..nite.

P/s:welcome to February @ bulan 2!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...