The Followers

Tuesday, May 31, 2011

Blended Orange Cake

Selamat pagiii......

Dah lama jugak aku tak publish menu untuk tatapan kekorang ye..
Hari ni ntah dari mana angin rajin tetiba menerpa ke arah aku..sapa yang meniupnya??ehehe..

Kali ni aku mencuba resepi yang penah dikongsikan oleh sis HaSue dan kengkawannya.Tapi kemenjadian nya tak secantek yang diorang buat la.hahaaa...

Blended Orange Cake

Blended Orange Cake
Resepi:Kak Fida@myresipi.com
Shared By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

test try by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje *ryo pun guna 1 cawan jugek
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Selamat mencuba

:)

Monday, May 30, 2011

Ole-ole dari Labuan untuk semua!!

Salam Isnin buat semua...

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan aku ucapkan buat semua masyarakat khususnya di negeri Sabah yang merayakan Pesta Kaamatan.

Haaa..untuk entri ni siap bekelip2 lak tajuk entri ni ha....kemain lagi..

Dah lama tak bersiaran sambil bersiar-siar ke laman orang kan...Sejak balik dari Labuan ni penat pulak rasanya,mana tidak..lama Q menunggu feri dari daerah Temburong Brunei untuk ke Limbang Sarawak...apa yang menyakitkan hati....rakyat brunei tu sesuka hati je potong Q.Sebab tu la Q jadi panjang....

Pagi ni aku nak tayang sekali lagi cecoklat yang aku borong di pulau bebas cukai, Wilayah Persekutuan.(selain coklat,minuman keras dan rokok juga murah harganya di sana..)

Kira ni ole2 alam maya aku untuk korang ye...kalo sudi sila pilih mana anda suka n amik,serta copy & paste n tampal ke wall korang sebagai terima kasih dari aku sebab sudi menjenguk sekali dua.hehe... (ni kira saja2 nak buang masa la ni)


Assorted Chocs

Ferrero Rondnoir

Nougat

Ferrero Garden

Assorted Cadbury

Hersey's Nuggets

Kinder Bueno

Amacam??layan tak cecoklat buah tangan aku nih??

Kali ni aku tak tag nama,sebab nak beri kepada semua...

Hehehee.....

Friday, May 27, 2011

Labuan & chocolate????

Oppp..oppp..meh sini jap aku nak tunjuk kat kroang semua espcially sis HaSue aku...

Gamba yang 1st ni yg aku palingggggggggg nak tayang.Huahuahuahua


Ni baru sikit ni...hari ni aku nak lagi!!

The Chimney

War Memorial

Cantekk sgt tempat ni ...


Motipppp??????????

Dua tiga kerat gamba tempat yang aku pegi semalam...ada lagi banyak,tapi rush ni nak bersiap untuk keluar memburu bebarang lain lagi....ngeeeee

The Chimney tu adalah suatu binaan peninggalan yang sampai sekarang takda yang tahu tujuan pembinaannya...

Tak jauh dari The CHimney tu pulak ada sebuah Taman Burung Labuan..

Kemudian aku gi War memorial...ada banyakkk kubur serta tugu peringatan sempena perang dunia ke 2 kat sana..korang kena pegi tempat-tempat ni jugak taww...so berbaloi.

Ok nak keluar dah...

mungkin akan bersambung lagi...

Ok bye.

Hilang lagi??Kemana ntah!

Salam JUMAAT...

Hye semuaa...tak habis-habis lagi nak menghilang kan...

Lepas hilang tu mesti la aku mintak maaf spt biasa sebab x update pun semalam...patahkan tumbuh,yang hilang pastikan berganti....tapi hilang nya aku selama sehari dari dunia blog nih tak kemana pun,tetap pulang ke pangkal jalan....

Nak update semalam,tapi x sempat sebab excited menerokai pulau ni..Pulau apa ntah!??

Cer citer dulu...

Ni haa..sebenarnya aku amik cuti 2 hari,sebab nak menerbangkan diri ke Pulau Labuan a.k.a Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengadakan lawatan tidak rasmi..awal pagi lagi kena naek flight.ermmmm..

Boarding Pass!

Kalo dari Miri nak ke Labuan ni ada beberapa cara...pertama,naik flight.Dulu ada la boeing,tapi skang ni maswing je yang disediakan....Pastu kalo nak guna kereta boleh jugak...tapi kena naek feri la dari jeti Menumbok,Sabah.selain tu,inisiatif lainnya,berenang...terpulang la anda nak berirama ataupun kuak lentang....ekekekke.

Naik MASWING je...

Aku pilih naek flight,balik Miri pulak aku akan naik speedboat dengan harga RM27 ke Sipitang,Sabah..Kat sana nanti ada sepupu tunggu dan aku join beliau untuk balik sekali ke Miri..Hahahahaa...nak balik Miri tu bukan la selamba je,kena lalui beberapa pos imegresen.Kena ada pasport,sebab akan melalui negara Brunei Darussalam...then baru la leh sampai ke Miri.

Hayooo!hand massager versi katak!
Link
Hohoho..gamba katak kat atas ni aku tujukan wat sis HaSue....sah2 ko tau sapa punya kann...hahahaaa

akan bersambung...

:)

Wednesday, May 25, 2011

Jenjalan ke Gua Niah, Sarawak(Niah Caves in Sarawak)

Salam..

Sekian detik tenggelam dek kerana sibuk,hari ni aku muncul..bukan membawa sajian resepi serta hidangan bertatahkan udang mahupun bertaburkan chocolate chip..tapi...gambar2 keindahan alam untuk cucian mata...

Kali ni baru betul2 punya cerita..cerita apa??alaaa,,cerita kisah gi gua niah aritu la…

Meh aku cerita meh..program nak pegi ni sebenarnya spontan je pun,sebab dah busan melepak kat shopping mall..haa,skali sekala kita jenjalan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.ngeeee…

Kebetulan opismate nak sangat gi Gua Niah,Sarawak..sebenarnya gua ni tak lah jauh mana pun…kalo speed elok je dalam 30 minit tu sampai la kat Taman Negara tuh…paling koman pun 45 minit..Kekorang mesti pernah dengar pasal sejarah Gua Niah di zaman sekolah dulu kan..tapi kalo korang jenis yang acuh tak acuh je subjek sejarah..memang ke laut laaa kan….


Pintu masuk ke Taman Negara Niah, Sarawak

Ok set!Sabtu,21 Mei 2011 tu kitorang pegi dengan 2 buah keta. .lebih kurang 29.9 minit..sampai la kat Taman Negara Niah iaitu pintu masuk untuk ke trek menuju Gua Niah…Sampai kat sana jangan terus meluru ke gua ye…sudah tentu kena beli tiket masuk..alahai,tak mahal pun derr..beli je lah!Selain tu nak informkan jugak,kereta tu parkir je kat situ..jangan lak berangan nak memandu hingga ke pintu gua dan disambut oleh paluan kompang dari sang kelawar…wakakaaa..

Tiket dah ada,then boleh la korang mula mencuba aksi2 berjalan kaki atau mencuba catwalk seperti memodel buat sebelum nih…yelah kan,korang nak catwalk kat opis,kat rumah nanti orang gelak pulak..kalo kat sana,tak sapa nak larang sebab anda berpeluang berjalan kaki sejauh lebih kurang 4 Kilometer.ehehehe…tu baru pegi…kalau rasa nak balik lagi ke tempat asal,kena lah melalui 4 Kilometer lagi..maksudnya sehari tu..kaki berjalan sejauh 8 kilometer.Hebat!Errr..sis HaSue masih nak bawak zhariff??

Jalan menuju ke Gua Niah,Sarawak

Separuh perjalanan menghirup udara segar….fuhhh..memang segar,dengan kicauan burung lak tuh….jangan terkejut jika anda disapa…Itu memang manusia laaa..sebab,ada satu pondok menjual kraftangan disana.Boleh la singgah beli kraftangan atau air minuman untuk melegakan rasa haus..Lepas jumpa pondok,jalan terus untuk ke Gua atau masuk simpang kiri untuk melihat rumah panjang masyarakat Iban…

Pondok cenderamata

Sesambil berjalan kat atas trek tu..kekadang kitorang berenti la jugak amik gegamba sket sambil jakun tengok hehaiwan pelik..err,ulat gonggok tu pelik ke??huuu..

Ulat gonggok yang ditangkap khalwat

Mula2 tu sampai kat Gua Dagang..haaaa..kat sini akan Nampak la rangka-rangka rumah penghuni gua yang menjaga sesarang burung kat situ…dah lama dah pun rangka rumah tu…pastu jalan sikit lagi,baru lah jumpa gua yang bebetul dinamakan Gua Niah tu…memula akan nampak tapak arkeology..kat situ la diorang jumpa tengkorak2 purba dulu..


Gua Dagang

Pastu kalo target nak sampai ke Painting Cave (Gua Lukisan) tu pulak kena melalui jalan dalam gua tu..apa yang perlu,kena ada torchlight/headlamp.Baru senang nak jalan…lain la kalo korang suka jenjalan dalam gelap gelita sambil meraba2 nenajis burung lelayang serta kelawar,xyah bawak suma tu pun takper…

Jalan keluar menuju ke Gua Lukisan..

Dalam gua tu korang akan Nampak kelawar yang tido serta burung laying-layang yang banyak..kalo nasib anda baik,mungkin leh tengok kelawar keluar dari gua..(ehh,ni bukan kat Gua Mulu ke??)hahaa…Lagi satu,dalam gua nih kalo korang suluh ke atas bumbung gua,anda akan nampak tiang yang buluh yang digunakan untuk mengambil sarang burung tuh…

Lukisan purba...


Batu-batuan yang cantik sekitar gua

Perghhhh..nak cita semua memang banyak..sesekali anda keluar dari kesibukan kota,memang menyeronokkan dengan pemandangan hutan asli yang sangat indah....korang kena pegi sendiri woo…

Antara kelengkapan yang perlu:

1.Kasut tapak getah (bukan kasut tumit tinggi ye..)
2.Lampu suluh atau headlamp
3. Sarung tangan lateks.
4.Minuman/makanan secukupnya.
Dan lain-lain keperluan yang tidak memudaratkan..

I loveeeeeeeee natures.....Enjoy your trip!

Monday, May 23, 2011

Kek Asam Manis

Salam petang..salam hari isnin.

Apa khabar ye?dah lama x menyapu dan lap tingkap rumah nih kan...ada yang duk ketuk2 pintu,tak bersahut oleh tuannya...

Last entri siap kata aku mamai kan...mesti korang ingat sampai skang ni pun aku still nyenyak tido..Jangan Overrrrr boleh tak?sapa nak tido sampai 2 hari hah!aekekeke...

Tadi sempat walk in ke dapur sis HaSue...yang tinggal cuma tulang temulang je....dah tu,tulang tu plak siap ada nametag...sampai ati tak tinggal tuk aku sket kan ikan-ikanan tuh..sib baek bukan ikan tembakul...huhu..sedey nih sedey..

Aritu aku janji nak tunjuk gambar gua niah tu sket kan,tp x leh pulak..sbb gegamba tuh ada kat rumah..tak terbawak lak ke opis ari ni...tapi kan,ada menda lain aku nak tunjuk..kikiki..
ni ha...kek hawflakes...Kita panggil asam manis je pun biasanya...lagi2 kukus je kan........sejak Cheq Anna dah ada oven nih..semangat baking aku lak yang pudarrr..ahahahahhaa...


Kek Asam Manis (Hawflakes)


Sesuai untuk minum2 teh ...

Resepi nya??mudah je.guna resepi mcm kek ari tu jugak...cuma kali ni..aku x letak warna..tapi kalo nak kaler2,apa salahnya...ikut suka la.hihi....

Tambahan yang aku buat ialah letak sedikit perisa pisang + asam manis.sah2 korang pun pernah jugek wat gini kan....

Kek Asam Manis
by:Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 325 g butter/margerin
  • 1 1/2 gelas gula
  • 2 1/2 gelas tepung gandum
  • 5 biji telur *kali ni pakai gred A.hihi
  • 1 tsp perisa pisang
  • 2 cawan asam manis (hawflakes) - di ramas dan hancurkan sikit
Caranya :
  1. Sediakan pengukus
  2. Pukul butter bersama gula hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu
  4. Masukkan tepung dan perisa pisang dan hawflakes
  5. Pukul lagi hingga adunan sebati
  6. Masukkan adunan ke dalam bekas 8"x8" yang sudah di griskan
  7. Bila pengukus dah mndidih,kukus selama 1 jam.

Selamat mencuba!

:)

Saturday, May 21, 2011

Tengah mamai ni ..

haduihh..penat tak hilang lagi..

Yehaaa..salam petang (tgok jam,still awal nih)..

Pagi tadi aku hilang kejap...x sesempat nak blog walking..nak tampal entri baru??tosah cakap ler..awal pagi aku dah blah dah tadi...mana sempat..

Bila kurang blog walking,xda entri baru,..lemau ler bebeloger sekalian nak masuk kan...hik3..ptg ni td sempat gak aku blogwalking ke halaman orang....tapi hanya sekadar jadi silent reader..siyes,aku ngantuk.ni pun rasa mamai2 lagi ni...tapi lapar pulak....ade kang aku makan bantal nih.....

Hari ni aku xde masak2..xde shopping2..tapi aku g Gua Niah..bukan nak g kenduri taw.tapi saja nak jenjalan exercise sket.siyesly!aku seronok bila berpeluh nih!rasa seksi habesss.....*oppsssss...

InsyaAllah,aku akan story lebih panjang lebar pasal aktiviti hari ni ye...Jaga diri semua.Muahhhs

Selamat malam...

:)

Friday, May 20, 2011

Pucuk Ubi Masak Tumis

Salam petang..

Selepas berkongsi 'kecekodokan pisang' pagi tadi,petang ini kita beralih kepada menu yang menggunakan kaedah tumis menumis pulak..menumis ni pulak dah tentulah menggunakan sedikit minyak je,kalo banyak minyak tu namanya menggoreng...kalo pakai air pulak namanya merebus...kalau celup2 dalam air panas tu pulak namanya mencelur....sekian kalinya aku minta maaf,apa yang korang baca tadi hanyalah untuk memanjangkan entri ni je.ahakss...

Atleast dah dapat beberapa baris kan....kalau dalam karangan bahasa melayu atau membuat rumusan..sesi menokok tambah ni memang jadi febret aku la..itu masa zaman skolah dulu la..hasilnya,aku tetap dapat markah walaupun ianya hasil tokok tambah..baris ni pun untuk tambah ayat jugak.

Ok dah dah....meh kita berbalik kepada gambar yang menanti dibawah ni..

Bukan daun getah,bukan juga daun betik...bukan juga daun terup..ini lah pucuk daun ubi kayu..tapi kan,yang special nya,ni pucuk daun ubi kayu merah yang biasa ditunjukkan,mahupun dijadikan ilustrasi didalam buku teks sekolah anak2 anda...(Haaaa...sis HaSue dah gi belek2 buku skolah Zhariff dah tu....eh silap lah,buku skolah bang long laaa.)

Tengok gamba jap..

Pucuk Ubi Masak Tumis

Ok,sambung balik..

Pucuk ubi ni,tangkai serta urat2nya berwarna putih..Kalau bahasa tempatan,dipanggil pucuk ubi jepun.Tak sempat pulak nak tanya sejarahnya..mungkin zaman perang dulu,bebudak jepun tu bawak bekalan ubi kayu dari jepun..pastu tertanam pulak kat tepi perigi tempat anak2 dara mencuci pinggan mangkuk..(err..mcm xde motif je cerita ni)

Cara memasak begini lebih menjadi febret aku,mungkin sebab dicampur dengan rasa ayam serta halia...Kalau dilihat dan dikaji dari sudut 3 Dimensi setengah,ianya lebih kurang macam menu Manok(Ayam) Pansoh,suatu menu tradisional orang iban.Cuma kaedahnya berbeza,manok pansoh dimasak didalam buluh,tapi yang cara moden...tumis didalam kuali cap Helang.Tapi memang sedappp...(maaf ye,belum mampu nak beli kuali jenama TEFAL..kena tunggu nuffnang bagi rezeki lebih la..ahaks)

Cuba toleh kiri dan kanan rumah anda,kot2 lah ada pucuk ubi (x kesah la jenis pucuk ubi apa pun)...lepas tu bukak fridge,andainya ada sekerat dua ayam,boleh la cecuba masak.Kalau yang duk area kampung sket tu,kalo ternampak ayam yang sedang berpesta atau tengah ejas posisi nak berkokok di atas tunggul (pengaruh ilustrasi katun kampung boy,channel 611)..Apelagi..tangkap dan ZASSSSS!!

Jom tengok bahan..

Pucuk Ubi Tumis (dengan ayam tauu)
Shared by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 3 ketul kepak ayam(potong kecil,1:4)
  • 300 gram pucuk ubi (digumas & dicarik)
  • 1 inci halia*
  • 2 tangkai cili merah -nak pedas,tambah cilipadi*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • garam dan serbuk perasa

Caranya :
  1. Tumbuk lumat bahan yang bertanda
  2. Tumis hingga naik bau
  3. Masukkan ayam,kacau sebati dan biar sekejap
  4. Bila ayam dah masak,masukkan pucuk ubi
  5. Kacau sebati...kalo perlu tambah sikit air je.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  7. Dah siap..padam kan api

Perghhhh!kalau makan ngan nasi panas dengan ikan masin sekali..memang sedap.

Selamat mencuba!

:)

Cekodok Pisang..lagi

Salam pagiii...

Salam Jumaat...hari ni malas nak cakap banyak..sebab nak simpan air liur nih nak berkhutbah sket kat masjid nanti.aekeke...kalo nak citer memang banyak menda sebenarnya..tapi aku kadang lebih suka bercakap dari menulis nih..maaf ye,pagi ni lemau sket nak menggerakkan jejari nih atas kibod.

Tadi ternampak laa update dari Pn.Sihzmah yang order cupcakes aku hari tu..gegambar anaknya menikmati cecuppies..TQ ye puan..

Ehemm,hari ni aku share cekodok lagi...sebab memang nak kena habiskan stok pisang...itu la yang beriya buat.


Cekodok Pisang

Proses menggoreng 'berirama'..

aku mmg suka isinya yang gini...

Amboihh..mesti korang jemu je tengok pepisang berselerak kat rumah aku nih kan...ye la,nak wat camana..orang bujang nih kalo boleh nak yang ekspress je..buat cekodok ni memang cepat.
nak dijadikan cerita,kaki sebelah dah masuk dalam kereta pun boleh sempat lagi 2-3 bijik.ekekeke...

Nak tengok resepi cekodok sebelum nih boleh KLIK

Selamat mencuba!

:)

Thursday, May 19, 2011

Tempahan : Cupcakes Hari Guru

Salam pagii..

Apa khabar anda hari ni??dah bangun sepenuhnya atau maseh mamai lagi nih?haaa..
Dah sarapan ke belum??jom g sarapan sesama...rasa nak makan maggie goreng je pagi ni.haha...dapur korang ada yang spesel ke hari ni?kalo ada,,hantar2 ler kemari yer.....

Alhamdullillah,hari tu ada tempahan cuppies lagi..kali ni tempahan dari Puan Salmah,Tq bebanyak.Beliau order cuppies ni buat jadikan hadiah hari guru dari anak2nya kepada cecekgu diorang..ngeee...ni nak share lg nih..harap korang tak jemu lah menonton tayangan amal aku ni yer....

Layan jap,











Cuppies ni perisa coklat,kat atas tu pun disadur ngan coklat....pastu barulah deco2 guna buttercream sket.munger2 kecik,dahtu tulis nenama cecekgu tuh spt yg direquest..Simple je kan...

Terima kasih di atas tempahan ye..

The End..

:)

Wednesday, May 18, 2011

Serimuka Mangga

Taraaaa!!!..

Ada entri lagi...kali ni kuih muih ala2 tradisional ler pulak...g jenjalan kat supermaket ari tuh ternampak ler pulak buah mangga...sebijik je dah RM 5.65...hahaaa..

Sampai rumah aku pun terus buat projek 'menyeri muka' kan mangga nih..biasanya memang ada hidangan pulut ngan mangga kan...tapi kali ni combine terus jadi seri muka.wakaka...

Serimuka Mangga

3 ketul je nih..

Buah mangga ni pun kena pilih yang manis,baru lah sedap..kalau yang masam tu lain lak rasanya nanti..jangan sesekali ambik mangga kunci pulak ye...

Bahan2:

*Lapisan bawah
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • secubit garam
Caranya :
  1. Rendam beras pulut selama 30 minit,toskan
  2. Masukkan beras dalam bekas yang digliskan dengan sedikit minyak
  3. Tuangkan santan pekat,kemudian taburkan garam
  4. Kukus hingga beras pulut tu nampak lembut.(lebih kurang 15 minit)
sambil tu..buat lapis atas pulak...

Serimuka Mangga
by:Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bhn2 :
  • 1 biji buah mangga yg masak (saiz sederhana)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan air
  • 1 sb gula
  • sedikit pewarna kuning
Caranya :
  1. Kupas buah mangga,hiris dan masukkan dalam blender bersama semua bahan
  2. Kisar sampai sebati
  3. Kemudian,tuang ke atas beras pulut..
  4. Kukus lagi selama 15 minit/hingga masak.

Selamat mencuba!

:)

Tempahan : Kek Marble

Salam selamat pagi...

Fuh!!lepas bercuti semalam,feeling2 pulak hari ni adalah hari Isnin kan..semalam aku tayang cuppies,kak Rosaliza mintak tiupkan kerajinan tu sket kat dia...dah tu kerajinan aku pun payah bebeno aku nak dapat,camna nak bantu akk ni?haha...

Jeng jeng..tengok teratak berembun kak Rosaliza pagi tadi...pergghhhh!ada kek lapis Sarawak!Lega sikit bila tengok tajuk entri tuh,alhamdulillah dah rajin dah siap melapis lapis kek Sarawak serta bersisik ikan bagai....hebat akk yer....

Jenguk rumah sis HaSue,tayang Laksa Sarawak ler pulakkk.Kechurrr liur je melihat aksi2 udang yang berselerakkan tuh...tunggu je lah nanti ko balik cuti hujung bulan nih aku dera soh buat laksa tuh ye..huhuhu...

Close up sikit,hari ni nk tayang Kek Marble...Ingatkan nk publish malam tadi,tp zZzzZZzz lak jadinya..penat mandi manda kat laut semalam.(sunburn lg la nampaknya..)


Marble Kek

Kuning+Coklat

Kek marble ni request dari Puan Maslin hari tu,tempah nak buat hidangan untuk Pegawai Pelajaran yang melawat sekolah anaknya...tentatif majlis tu aku tak tau lah ye...so,xyah tanya.ekekek..

Alahai...ni kek simple je..guna resepi kek biasa tu je,cuba ia dimarblekan dengan adunan coklat.

Terima kasih atas tempahan..

:)

Tuesday, May 17, 2011

Tempahan : Cupcakes lagi...

Salam petang semua...
Selamat bercuti hari wesak diucapkan..
hari ni petang sikit baru masuk gelanggang kan..maap ler,pepagi lagi dah g family day pulak..nak online tru BB,xde coverage la pulak ditepi pantai yang indah...air jernih giler...seronot la family day gini memasing bawak family.ahakkks..

Oklah,ni merajinkan diri online jap takut banyak sangat himpunan arkib yang belum terpublish.haha..

Petang ni biar kita santai2 sket,tonton tayangan amal je k..
Ni nak tunjuk cupcakes lagi....kali ni tempahan dari Puan Sihzmah..beliau ni wife kepada cekgu Mohtar.dah dah,aku citer pepanjang pun korang x kenal gak...hehe.Apapun,terima kasih di atas tempahan ni.

Layan je..

so colourful...

Pink karerrr?

Ada yang senyum,ada yang blur..

Muka monster bermata ni macam familiar je kan...ekekeke...buttercream warna kuning tuh aku letak flavour durian.huhu...

Setakat ni kek yang aku baut vanilla/coklat je..mungkin lepas ni muncul jugak strawberry ke,kopi ke,cili api ke...ayoo.

Selamat mencuba!

:)

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Salammm~~
PAPP!(menamporrr muka sendiri japp)

Erkkk!Betul ke dah boleh log in??Sori la geng,lama dah x tampal entri kat belog hijau aku nih.Ni semua sebab aku merajuk ngan blogger.com r...ntah ape2 je kan x kasi aku menerpa masuk ke dalam belog sendiri....hakak2 yang len tuh kekadang lajuuuu je jejari menaip entri..diam bukan beerti tidor taww..banyak aksi2 yang aku lakukan dalam masa 2 hari ni termasuk benda2 di luar rutin hidup aku.Ahaks

Senyap2 aku ni pun sebenarnya bederet lg q nak masuk entri.haha...tunggu je lah k.Weekend aku memang penat la,macam aku cakap tadi perkara yang bukan rutin hidup...aku g memukat ikan kat laut bersama ngan abang aku.Ekekeke..saja suka-suka nak merasa jadi nelayan.Hasil memang lumayan,tapi penat jugak.Moral of the experience,kalau beli ikan daripada nelayan...jangan lah lebih2 nam menawar.Tapi kalo beli ngan pemborong,tawar je selagi boleh.wakakakaka...sebab apa,memang penat jadi nelayan yer..(psttt:kuku aku rosak!)tapi takpe,kuku boleh tumbuh sendiri...tapi pengalaman macam ni kita kena cari sendiri...ye takkk?


Ni laa hasil tangkapan...mcm2 spesies ada

Ok dah...citer hari ni pulak..
Sebelum terlupa aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di seluruh dunia khususnya Malaysia nih...termasuk guru2 & pensyarah yg pernah ngajar aku dulu..pastu kengkawan staf di SK Kg.Bungai serta SK Batu Niah,Subis....ermmm,pengalaman kat 2 buah sekolah rendah ni dulu memang best!...Dah tu,nak wish jugak kat guru-guru SMK Bekenu nih....dan tak lupa happy bufday buat bos.Ekekeke...

Bersempena hari guru nih,memang kenyang la perut nih menjamu selera dari kelas ke kelas......Bebudak bawak macam2 hidangan wo...Kebetulan aku salah seorang juri yang menilai kelas2 nih melalui beberapa kriteria...dah namanya penilai ni,memang wajib la jenguk2 menu,hiasan serta rasa masakan2 yang diorang bawak tuh...aku sempat ambik sekerat dua je pic juadah2 yang ada..

Kelas yang jadi febret aku tadi Kelas 5B!Diorang ni so kreatif,food presentation very attractive...Then diorang jadikan kelas tu ala2 candle light dinner,tapi music lak rNb techno!i likee..hakhak...meh tengok tengok..

Udang Galah weyyhh...- Kelas 4B

Tembikai

Ada kek,puding,cis kek..

Sambal ulam dalam buluh? - Kelas 5B

Sponge Ciskek..

Mee Goreng

Ayam masak kunyit, dlm buluh jugak?

Ni kreativiti seorang pelajar lelaki kelas 5B,ada potensi jadi chef

Haaa..dah tengok dah??ada sikit lagi ni..aku uploadkan kemudian lah ye....huhu...

Selamat Hari Guru!

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...