Salam...
Errr....Jangan nak gosok mata sangat tanda tak caya ek...
Aku sendiri pun pada mulanya tak pasti.Hari tu masa bersantai nonton tv kat rumah, ternampak iklan ujibakat AF 2013..Ingatkan la dorang buat telemovie pasal AF ke atau saja buat2 tayang.ehhh camna lak tu?
Klik untuk keterangan lanjut dan borang ujibakat
Rupanya betul-betul Astro nak buat balik Akademi Fantasia 2013...kalo hitung guna jari, ini yang ke 10 kan.Lorrrr...ape dah jadi?Kata dah hentikan AF, yang ke 9 adalah yang terakhir dan dimenangi oleh Hazama.Tetiba buat balik...adakah sebab rating penonton menurun dan jadikan AF sebagai penyelamat stesen tv siaran berulang?Jeng3....
Anda berminat ke?Pegi la ujibakat ek, berikut adalah tarikh dan lokasi ujibakat.........
1& 2 Jun 2013
(Hotel The Zon, Johor Bahru, Johor)
8 & 9 Jun 2013
(Hotel Vistana, Pulau Pinang)
15 & 16 Jun 2013
(Hotel Merdeka Palace, Kuching Sarawak)
22 & 23 Jun 2013
(Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah)
29 & 30 Jun 2013
(Shah Alam Convention Centre - SACC, Kuala Lumpur)
Selain lagu Menuju Puncak yang diubah sedikit,logo yang diperbaharui, konsep AF 2013 ni berbeza khabarnya ek..Nak tahu lebih lanjut sila klik Akademi Fantasia 2013.
Pasti berjaya di Akademi Fantasiaaaaaa.............
Salam..
Wow...dah 28 Mei tarikh hari ni...cepatnya masa berlalu, dah nak habis bulan 5 untuk tahun 2013 ni....tak lama lagi kita akan sambut bulan Ramadhan Al-mubarak pulak...Tak sabar rasanya kan, moga kesihatan kita baik-baik sahaja dan dipermudahkan segalanya.
Hari Guru yang lalu, ada jugak peluang ambik tempahan dari pelanggan untuk kek.Tapi yela, kek biasa2 boleh..kalau yang cantik sangat tu tak mampu lagi.Baik ukur dulu kemampuan kita,nnti terkial2 nak membuat.Tahun ni terbuka hati nak ambik order ni pun sebab tahun lepas dah pernah menolak kan.Hahahaa...
Kek Span biasa je....deco ngan fresh cream
Vanilla cupcake...deco ngan freshcream jugak...
Kek Hari Guru jugak...dah mcm kek kawen pulak.haha
Apam polkadot.
Wallaweyyh...banyak yang perlu diperbaiki lagi...tempahan sekitar kawasan Bekenu, ok lah kan.Haha...
Apa yang best nya, sejak ada chiller sendiri, senang sikit nak simpan bahan kek dan jugak kek yang dah siap bikin.
Selamat bersantai dilaman hijau..dah lunch ke?Harap sihat walafiat lah ye sebab entri hari ni mengenai kesihatan.Korang penah dengar ke buah Goji a.k.a 'Gou Zhi'?Aku pasti, ada yang baru pernah dengar dan terbaca mengenainya kan.Salah satu ubatan herba kering orang cina.Ehh, tak tak ...saya bukan racist!Haha...
Tengok ni tengok....
Goji Berry / 'Gou Zhi'
Perkenalan aku dengan buah goji ni bermula apabila terbaca entri masakan sifu Mat Gebu menerusi resipi Gojiberry Moist Butter Cake.Sifu Mat ada juga kaitkan khasiat goji ni sebagai antioksidan dan baik untuk mata.Kebetulan masa baca entri tu, aku sedang 'dalam pantang' selam 1 bulan setengah berikutan masalah kesihatan yang dialami bermula Februari lalu.Antaranya, doktor pakar menyarankan aku untuk ambil makanan yang mengandungi antioksidan seperti sayuran brokoli,bayam,kailan,bawang putih, anggur,stawberry,redberry,blueberry kecuali handpon Blackberry je aku tak telan lagi.Ok, yang tu overr.
Alhamdulillah, semakin positif kesannya...Harap-harap, lepas cuba Goji Berry ni nanti semakin sehat lah....
Cuma RM16 untuk 500g
Kebetulan hari tu lalu depan kedai ubatan cina, aku pun masuk la dan tanya pasal 'Goji-goji' ni.Memang banyak khasiat, antara yang disebut untuk hati dan mata.Menarik!
Boleh dijadikan masakan, minuman atau dimakan begitu sahaja....mmphh!
Belum ada kesempatan nak masak menu-menu menarik menggunakan bahan Goji Berry ni....selain dibuat sajian makanan, boleh juga dibancuh untuk dijadikan teh atau dikisar untuk dijadikan jus.Tapi buat masa ni, aku kunyah begitu sahaja.InsyaAllah,dengan izin Allah kita harapkan kesihatan yang baik.
Aku kongsikan di sini, khasiat-khasiat yang ada pada buah Goji Berry a.k.a 'Gou Zhi'.Sumber dari SSP2u.
Mengandungi Protein. Mengandungi asid lemak utama, yang diperlukan untuk Produksi Hormon Tubuh dan untuk kecerdasan Minda serta Sistem Saraf.
Sumber terbesar Vitamin A. tidak mengejutkan kerana warnanya benar-benar merah.
Mengandungi Vitamin B Komplex (B1, B2, dan B6) yang diperlukan untuk mengubah makanan menjadi energi.
Mengandungi Vitamin C pada tahap yang lebih tinggi berbanding buah oren.
Mengandungi Vitamin E (sangat jarang ditemukan dalam buah, hanya dalam biji-bijian atau kekacang.
Untuk Amalan Seisi Keluarga
Membekal tenaga dan stamina
Merawat Diabetes (kencing manis), Darah Tinggi. Hipetitis B. Gout
Menghindari risiko penyakit jantung dan Luekimia
Untuk kelancaran fungsi otak (minda), Merawat masalah Saraf
Mengurangi rasa tidak Nyaman ketika Haid
Meningkatkan sistem Reproduktif wanita
Merawat Fabroid (sengugut dan penyakit Luekhoria (Keputihan)
Membantutkan sel Kanser, Merawat Kanser Servik, Kanser Payudara dan kanser Prostat
Melambatkan proses Menopause dan Andropause
Mengekal kesihatan mata dan penglihatan yang baik serta mencantikkan kulit
Meningkatkan sistem Imunisasi Badan melawan penyakit
Meningkatkan kemampuan seksual dan kesuburan
Merembes Hormon Tumbesaran dan Awet muda
Mengatasi masalah Contipatien (sembelit)
Mengawal Stress dan Emosi
Anti kuman dan Bakteria
Kaya dengan Vitamin A. B komplex, vitamin C dan vitamin E.
Tadi pagi, masa pegi sarapan pagi....err, biasanya aku terus brunch!
Sampai kat satu kedai makan tepi jalan...kedai di mana nasi goreng kampung nya lebih sedap dan harga lebih murah.Ehh..meleret!
Seperti biasa, mood pagi aku menyapa pekerja2 kedai itu...Keluar je dari keta, terus buat kecoh sikit.. "Nak makann..nak makann...."Okeh.dorang gelak aje,sambil basuh pinggan kot..nasib xde org sangat masa tu.Aku pun tengok la lauk pauk yang ada..heeee.Lapar kan.
Bommmmmmm!*eh, dasyat sgt bunyik nya
Gedebukkk* eh..ringan pulak
Prengggg! *apekah?
Hmm, lantak la cmne bunyik nya x leh aku nak buat sound effect di sini..yang pasti, bunyi itu mengejutkan dan menyebabkan aku menoleh ke arah jalan...
OMG!Kelihatan di situ, seekor kucing menggelupur.Terlompat kesakitan....lompat dan berguling...bygkan macam ayam yang baru disembelih.
Aku rasa nak terus berlari ke seberang dapatkan kucing tu...nak selamatkan dia ke tepi.Aku tak sanggup ia digilis kenderaan lain.Tapi.....banyak lori pulak dari arah bertentangan..Mata aku x alih pandang dari kucing tu..dengan penuh harapan agar dia 'terlompat' ke tepi jalan, atas rumput.
Kuasa Allah,harapan aku dimakbulkan..Tetiba kucing tu melompat kesakitan lagi dan terlompat ke tepi.Atas rumput, kaki goyang-goyang (ini bukan meronggeng ye).Akhirnya, pergerakan nya terhenti....Hmmm .. :'(
Sikap aku terus berubah..kalo tadi datang ceria je.Aku terdiam kaku...terkejut dengan kejadian itu.Ini baru kucing, kalo manusia camne tah?
Pekerja kedai yg nampak aku yg terdiam, tetiba tanya pulak....
"Ko takut ke tengok?"..
Err..aku bukan takut, aku terkejut dan kesian...Aku terus bagitahu kat dia...nanti ambik dan tanamkan kucing tu.Tak sedap hati tengok mcm tu kan....
"Ehh..ehhh..bukan kucing kami,kami dah takde kucing kat sini...semua dah mati...diorang mati semua kat jalan..."
Ye laa..kan kedai tu tepi jalan..Hmm, mungkin org seberang punya kucing kot, nanti kalau tuan dia cari bagitahu lah ye..cadang ku kepada nya.Pastu aku sempat cerita..
Aku dulu pernah berhentikan kereta, sebab nak alihkan kucing yang mati atas jalan ke tepi.Aku alihkan ke atas rumput...Pernah jugak, kucing yg mati atas jalan aku bawa balik ke rumah semata-mata nak tanam.Walaupun bukan kucing aku dan bukan aku yang langgar! Err..org tu diam je.
Emosi di situ...tapi pernah ada kejadian pelik aku alami.Tak jauh dari simpang rumah, ada bangkai kucing putih atas jalan.Bukan kucing aku.Hidung nya berdarah...dah mati.Aku alihkan dulu ke tepi, atas rumput..dengan rasa sebak dan sayu hati aku alihkan..Aku pandu keta dan parking kat rumah.Patah balik nak ambik dan tanam kucing tu..Ehh..kucing tu dah takda.....SubhaAllah..Aku blur....aku carik kat tepi-tepi..memang betul tempat tu.memang takda.Hurmm...
Aku rasa terluka bila nampak kucing mati kat jalan ye..dan aku paling pantang melihat keganasan terhadap binatang espcly kucing.Sayangi lah kucing....harap dapat bini yang tak takut/geli ngan kucing.Ehhh!
Berdiri semua, Selamat Pagi Cikgu!!Rindu ucapan tu...tiap pagi jadi leader untuk beri ucapan kepada cekgu..maklum lah, hampir tiap tahun jadi ketua kelas, pastu jadi pengawas.Hihi.
Wow.....16 Mei 2013 hari ni.Selamat Hari Guru kepada semua pendidik seluruh Malaysia terutamanya.
Pengalaman menjadi guru suatu ketika dulu cukup berharga.
Jadi, jangan sesekali kita lupa tanggungjawab dan jasa seorang guru itu untuk mendidik kita menjadi manusia yang berguna, selain daripada didikan ibu bapa yang tiada tolok bandingnya.Hormati guru di mana sahaja berada.Walaupun kedudukan kita ada yang lebih tinggi pada masa ini, jangan lupa didikan yang mereka curahkan adalah titik mula kehidupan kita sekarang.
Tahun 2013 ni, tema hari guru adalah Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
Tadi terbaca entri Ady Budika pasal hari ibu beberapa hari lalu.Hmm, tersentuh hati nurani sang jejaka.
Aku rindu mak! Rindu!
Pernah gak buat entri hari ibu dulu...ada wajah mak aku kat SINI.
Sebenarnya, alah bisa tegal biasa....gitchew..biasa melalui kehidupan tanpa seorang ibu...nak menoleh kebelakang, memang perit nak ditelan kan.Terima kasih kepada ayah dan kakak serta beradik yang lain membesarkan aku jadi insan berguna.
Kenapa aku rasa berguna??
Alhamdulillah, di atas bakat yang ada dalam diri yang masih serba kekurangan ni memang ada khidmatnya utk org lain.Kalau tak berguna, orang wat tak tahu je kan.Ok, itu bukan riak!
Pemergian mak masa aku baru nak masuk darjah 1 tau, mak cuma sempat hantar aku masuk Pra Sekolah.Adik aku pulak baru umur 3 tahun masa tu.Sedih..
Ayah kerja JKR.Apa-apa aktiviti sekolah, sendiri-sendiri ja...org lain, masing2 mak dorang datang.Aku cuma bangga, org bercerita kebaikan arwah mak.Ramai orang suka dia.Mak memang tak suka ngata orang.Kalau orang bawak cerita,memang pantang mak nak panjangkan hal orang lain.Kalau dengar cerita dari beradik yang lain,memang mak seorang yang tabah.Patut lah Allah jemput dia dulu.Al-fatihah.
Banyak kisah yang terjadi dalam perjalanan hidup masing-masing kan.Ada suka, ada duka...
Now days, Alhamdulillah.Aku bersyukur apa yang aku ada.Apa yang family aku ada.Tak perlu kaya, cukup sekadar besederhana.Tapi..pernah satu hari, masa tengah on air dan kendalikan segmen Warkah, aku terbaca kiriman pendengar yang menyentuh soal ibunya...Pastu aku mainkan lagu kak melah yang bawah ni.Tu diaaa...bercucuran air mata aku jatuh.Hilang macho kejap,tapi rasa ikhlas ye.Nasib baek dlm konti.huuu
Tetiba ngular masuk ke blog...eceli tengah sakit kepala, sejak semalam la.Yer, sejak semalam.
Balik keja, mandi manda pastu terus rehat je dalam bilik...sambil we chat,whatsapp,layan instagram,fb,pou dan candy crash.....sekurangnya badan rehat lah kan, tapi cari pasal ngan candy crush.Jahat coklat tu!huh.ok,tutup.. masih sakit.Tengok sebelah,ehh mana bini aku???Baru nk suruh picit kepala..ok, bini memang takda..c
Hmm..rehat rehat dan rehat lagi...tak boleh tido.Pejam mata jugak...tido cepat!Tak boleh lagi...
Pastu aku tak sedar bila aku tetido.Pagi pulak, masih berbaki sakitnya...Pain killer????Takmo.takmo...
Until now berdenyut2...sabar je lah.
Ehh...sis HaSue dah terupdate blog beliau...ehhh..biar betikkk????
Hehe...petang ni baru habis meeting....duduk jap sambil buat entri ni.Buat2 lupa je la blog ni dah lama tak update.Terus sahaja kepada entri pertama bulan Mei ini.
Aku nak entrikan pasal Borneo Hornbill Festival 2013( BHF 2013) yang akan diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia,Kuala Lumpur pada 5-7 Julai 2013 nanti.Biasa la, di Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak menjadikan pertengahan tahun ni sebagai pesta menuai.Kalau di Sabah ada Pesta Kaamatan, di Sarawak pula ada Hari Gawai Dayak.
Kedua-dua perayaan ni masing-masing pasti diserikan dengan pertandingan Unduk Ngadau dan Kumang/Keling Gawai...Ok, no idea nak citer panjang pasal ni.Straight to the dot!
Jom tolong VOTE untuk member aku yang bertanding bagi "Sarawak Ethnic' bagi kategori Miss Ethnic Sarawak,Iban (Kumang) pada BHF 2013 itu nanti, Cik Margaretha Remang namanya.
Klik SINI atau klik pada imej......pastu klik 'LIKE' dan'CONFIRM LIKE'.
Terima kasih atas kerjasama anda... >_<
Tahun 2012 yang lalu, member ni dinobatkan Kumang Gawai 2012 bagi bahagian Miri...Tetiba nak #throwback dan belek album lama........