The Followers

Monday, June 4, 2012

Mi Kolok Bujang Sarawak

Assalamualaikum...

Selamat pagi ... masih lagi mood public holiday hari ni.Esok mula bertugas lagi seperti biasa.Cuaca hari ni pun sporting juga, tak juga panas dan tak juga hujan... redup je.Alhamdulillah, sempat la golek-golek kejap atas katil ni kan.Walaupun bukan tilam Vono, tetap selesa nak menggulungkan diri umpama tenggiling.Aiyark!

Korang dah sarapan ke belom nih?Dah nak dekat tengahari dah werh....
Aku pulak rasa nak makan char kuey tiaw pulak pagi-pagi ni kan.....mana tak nya, 2 minggu lalu ada member khabar kan ada 2 lagi tempat best untuk makan char kuey tiaw kat Miri ni selain dari tempat yg kitorang pernah pegi dulu.Tapi sampai sekarang tak pegi2 jugak ke tempat baru tu...hahaha.....melencong ke piza hut atau mcd pulak!Takpe laa.....next time wajib pegi jugak.

Eh..tadi jenjalan kejap ke dapur sifu masak-masak yg dihormati, nampak sesuatu yang menyelerakan....meleleh nih!Klik Sini Cepat!!!!

Dah klik ke?okeh balik sini semula nengok apa yang ada.....hari ni nak tayang mi kolok.

Mi Kolok Bujang Sarawak
Kalo orang datang Sarawak biasanya mesti carik kek lapis,mi kolok, ikan terubuk, gambir! Kann.......huhu...Mi Kolok ni buat hari tu...kalau buat hari ni maaf mmg tak la... masih lepak bilik lagi ni..Mi Kolok Bujang Sarawak diberi nama ..... yer yer... saya masih bujang!Alamak tetiba...


Mi Kolok Bujang Sarawak
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1 gulung mi kolok kering
  • 150g isi ayam
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • 1 ulas bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • Sedikit garam
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • Air secukupnya
  • Daun sup, cili merah, daun bawang, bawang goreng secukupnya untuk ditabur

Caranya:
  1. Panaskan minya, tumis bawang hingga perang dan ketepikan
  2. Simpan minyak di dalam bekas lain
  3. Rebus isi ayam hingga masak,toskan.
  4. Celur mi di dalam air rebusan tadi, toskan juga.
  5. Didalam bekas lain, masukkan 2 sudu minyak gorengan bawang dan 2 sudu kicap manis, jika perlu tambah sedikit garam.
  6. Masukkan pula mi yang telah dicelur,gaul bersama isi ayam,serbuk pati ayam serta bawang yang telah digoreng tadi.
  7. Hiaskan dengan bahan tabur.

Selamat mencuba!





15 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

waaaaa.. nanti pergi Sarawak nak beli mi kolok kering tu banyak-banyak... 15 hari lagi.. huhuhu..

Ryo Azhar said...

hihi...Selamat dtg ke Sarawak yer..... Sarawak Awaits U...

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Ryo.. waduhh ni ler yang best.. bujang2 ler yang ringkas dan terbaik! mana nak cari mee kolok kering ni?? di kedai ada ke???

HomeKreation said...

Mee kolok ni kalau tak rasa tak tau kan Ryo... my son came back from Us, first thing nya carik mee kolok duluk...hehe

ibh_sue said...

Teringin nak mkn mee kolok. Tengok dalam tv ja hari tu dah teringin. Ni tengok Ryo punya mee kolok lg la buat teringat2 balik..

Mat Gebu said...

Arghh mencik tau....takpe, pcm ganti dgn mi megi nanti....

azian said...

Lama nya tak pergi Sarawak... memang masa pergi dulu ada pekena mee kolok sedaaaap akak suka!

sury_masury said...

salam ziarah org bjg..bjg senang kah..pndei masak ooo..heehh..untung sue ada adik pndei masak..:)

Rohah said...

pekena sarapan pagi dengan me kolok mcm ni sedap arr, tp tak jumpa mee kolok kat sini..

Ryo Azhar said...

@Shahriah Abdullah Novelis
wsalam kak.. kat sini ada ja jual mi kolok kat supermarket...buatan tempatan.seakan2 mi biasa tu tp mi kolok ni dia halus sikit

Ryo Azhar said...

@HomeKreation
benar ya sis.. tp kadang kalau makan kat kedai ada jenis mi kolok yg berbau...x sedap.hehe

Ryo Azhar said...

@ibh_sue
hihi..jommm dtg swk. :D

Ryo Azhar said...

@Mat Gebu
wowww pcm.. megi kolok.haha

Izz Nur said...

Boleh pos ke sini tak mee kolok tu ;-)

satu latan said...

1 gulung berapa.nak tempah byk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...