The Followers

Tuesday, November 8, 2011

Udang Galah + Timun

Assalamualaikum...salam sejahtera semua.
Woww...tetiba rasa nak buat entri pagi ni.Bila rajin dah menyapa,elok la di sambut dengan sebaiknya kan.hihi..

Bekerja semula hari ni...aiseymen.Badan mcm lenguh2 pulak.Kaki je yang cergas lepas wat foot massage semalam.Mula2 risau jugak kot2 aku tendang tukang urut tu sbb geli...tapi lama2 sedap jugak diurut kaki kan...Next time nak try urutan badan pulak lah kalau ada masa.Kata orang, lepas urut badan rasa segar bugar sebab angin2 semua dikeluarkan...hihi.camna tuh!

Tapi takpe lah kan..lupakan je dulu nak urut2 tu..hari ni tayang masakan beberapa minggu lalu.(Nampak sangat dah lama tak masak,kena bongkar arkib kan..haha)

Jeng..jeng...jeng..

Udang Galah dengan Timun

Udang galah!Memang betul ler tuh...kali ni beli je.nak memancing belom sesuai lagi rasanya...Lagi2 sejak akhir2 ni kes buaya mengganas makin menjadi2 lak kan.Seram rasanya nak g memancing di sungai.Memancing kat pasar mungkin lebih selamat..Hihi

Yang penting,masak pedas3 gini memang sedapp!

Udang Galah dengan Timun
shared by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 1 kg udang galah
  • 1 biji timun,dikupas & dipotong
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1 inci halia*
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai*diketuk
  • 1 tsp belacan
  • 2 liter air
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Caranya
  1. Tumbuk dan tumis bahan bertanda *
  2. Masukkan udang,gaul sebati
  3. Bila udang dah nampak berubah warna,masukkan air
  4. Masukkan pula serai,timun,belacan,asam gelugor,belacan
  5. Tunggu hingga mendidih,padamkan api.
  6. Dah siap untuk dihidangkan....
Selamat mencuba!!!

4 comments:

Ida,Japan said...

singgah jap sini, wahhh..sedapnyer ryo, ada udang galah...nyummm2

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

fuhhh sedapnya tengok aje dah terliur blm cuba lg mesti sedapni

Ryo Azhar said...

@Ida,Japan
hehe...kebetulan jumpa udang ni kak ida.ahaks..

Ryo Azhar said...

@~~DAPUR KECIL KU~~
reneh pedas2..fuhhhhs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...