The Followers

Wednesday, June 8, 2011

Kek Hujan Panas ... tak perlu payung pun!

Tumpang lalu ye..

Selingan tengahari ni nak tayang kek lagi....sape nak jawab nih???macam bermusim pulak entri aku kan.sekali buat kek,berderet je kek ni ha..dah tu kukus pulak...nak kata sebab tariff letrik naek ke?belog aku bukan sekadar mencarut,sambil mencarut tu kita maen masak2..bila dah kenyang kita duk diam2 tido je.haha...

Tapi takpe...lagipun aku lebih prefer kek kukus ni lebih sedap sebenarnya..lembut aww aww je rasanya..manis-manis sayang la kot ye ...kalau yang dah lama memfolow blog aku ni,memang dah x heran dah tayangan amal camni..ye tak?

Back to the titik mula,memang kena ngan cuaca skang ni..hujan panas hujan panas dan tak hujan-hujan je...ekekeke...

Kek Hujan Panas

Titik-titik warna harus nampak ye..

Cer cuba jenguk bahan2 kat dapur..kalau ada elok la..kalo takde,sila ada2 kan lah ye..
Nak buat kek ni kena ada basic jugak,selain tu..anda seharusnya tidak buta warna...kalo buta warna,kang kek jadi kelabuuu jee..

Kek Hujan Panas
by:Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :

* 325 g butter/margerin
* 1 1/2 gelas gula
* 2 1/2 gelas tepung gandum
* 5 biji telur *kali ni pakai gred A.hihi
* 150 g seri kaya
* 50 g susu pekat manis
* 300 g kelapa parut
* sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.

Caranya :

1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
2. Pukul butter bersama gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan serikaya,susu & tepung
5. Pukul lagi hingga adunan sebati,ketepikan
6. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu
7. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan,gaul sebati
8. Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan,tutup dengan aluminium foil
9. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.
10.Potong apabila kek dah sejuk.

P/s : kalau malas nak carik kelapa tua,pi kedai beli kelapa parut yang dah kering tu pun boleh,cuma rasanya sedikit berbeza ler.

Selamat mencuba..

8 comments:

farahin nasir said...

assalamualaikum.. baeklah.. nnti ceq try.. :)

Ryo Azhar Rahza said...

@farahin nasir
slmt mencuba ye..nnti kalo dah buat jgn lupa hantar sini..hehe

Norasikin said...

Meriahnya warna warni kek tu. Maunya hujan lebat kat rumah saya malam ni

Ryo Azhar Rahza said...

@Norasikin
harus cuba ni yer sis.tq

ady said...

as-salam
cantik kek ni berwarna- warni..nnti blh cuba resepi ni...

CT Delima said...

As'salam Ryo

salam kenal dari Kak ct, suka pada header Ryo tu cantik sejuk mata menandang.

Nak komen kek hujan panas tu, sedap juga bila dipandang, tapi kena cuba gak lah kalau nak rasakan, mintak izin amibil resipi juga ya. mintak dihalalkan semuanya :D

Ryo Azhar Rahza said...

@CT Delima
hahh..kak ct dah test try ke belum?hehe..tq kak

Davisvgjg said...

@ CT Delima hahh..kak ct dah test try ke belum?hehe..tq kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...