Salam..
Sekian detik tenggelam dek kerana sibuk,hari ni aku muncul..bukan membawa sajian resepi serta hidangan bertatahkan udang mahupun bertaburkan chocolate chip..tapi...gambar2 keindahan alam untuk cucian mata...
Kali ni baru betul2 punya cerita..cerita apa??alaaa,,cerita kisah gi gua niah aritu la…
Meh aku cerita meh..program nak pegi ni sebenarnya spontan je pun,sebab dah busan melepak kat shopping mall..haa,skali sekala kita jenjalan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.ngeeee…
Kebetulan opismate nak sangat gi Gua Niah,Sarawak..sebenarnya gua ni tak lah jauh mana pun…kalo speed elok je dalam 30 minit tu sampai la kat Taman Negara tuh…paling koman pun 45 minit..Kekorang mesti pernah dengar pasal sejarah Gua Niah di zaman sekolah dulu kan..tapi kalo korang jenis yang acuh tak acuh je subjek sejarah..memang ke laut laaa kan….
Pintu masuk ke Taman Negara Niah, Sarawak Ok set!Sabtu,21 Mei 2011 tu kitorang pegi dengan 2 buah keta. .lebih kurang 29.9 minit..sampai la kat Taman Negara Niah iaitu pintu masuk untuk ke trek menuju Gua Niah…Sampai kat sana jangan terus meluru ke gua ye…sudah tentu kena beli tiket masuk..alahai,tak mahal pun derr..beli je lah!Selain tu nak informkan jugak,kereta tu parkir je kat situ..jangan lak berangan nak memandu hingga ke pintu gua dan disambut oleh paluan kompang dari sang kelawar…wakakaaa..
Tiket dah ada,then boleh la korang mula mencuba aksi2 berjalan kaki atau mencuba catwalk seperti memodel buat sebelum nih…yelah kan,korang nak catwalk kat opis,kat rumah nanti orang gelak pulak..kalo kat sana,tak sapa nak larang sebab anda berpeluang berjalan kaki sejauh lebih kurang 4 Kilometer.ehehehe…tu baru pegi…kalau rasa nak balik lagi ke tempat asal,kena lah melalui 4 Kilometer lagi..maksudnya sehari tu..kaki berjalan sejauh 8 kilometer.Hebat!Errr..sis HaSue masih nak bawak zhariff??
Jalan menuju ke Gua Niah,Sarawak
Separuh perjalanan menghirup udara segar….fuhhh..memang segar,dengan kicauan burung lak tuh….jangan terkejut jika anda disapa…Itu memang manusia laaa..sebab,ada satu pondok menjual kraftangan disana.Boleh la singgah beli kraftangan atau air minuman untuk melegakan rasa haus..Lepas jumpa pondok,jalan terus untuk ke Gua atau masuk simpang kiri untuk melihat rumah panjang masyarakat Iban…
Pondok cenderamata Sesambil berjalan kat atas trek tu..kekadang kitorang berenti la jugak amik gegamba sket sambil jakun tengok hehaiwan pelik..err,ulat gonggok tu pelik ke??huuu..
Ulat gonggok yang ditangkap khalwat
Mula2 tu sampai kat Gua Dagang..haaaa..kat sini akan Nampak la rangka-rangka rumah penghuni gua yang menjaga sesarang burung kat situ…dah lama dah pun rangka rumah tu…pastu jalan sikit lagi,baru lah jumpa gua yang bebetul dinamakan Gua Niah tu…memula akan nampak tapak arkeology..kat situ la diorang jumpa tengkorak2 purba dulu..
Gua Dagang Pastu kalo target nak sampai ke Painting Cave (Gua Lukisan) tu pulak kena melalui jalan dalam gua tu..apa yang perlu,kena ada torchlight/headlamp.Baru senang nak jalan…lain la kalo korang suka jenjalan dalam gelap gelita sambil meraba2 nenajis burung lelayang serta kelawar,xyah bawak suma tu pun takper…
Jalan keluar menuju ke Gua Lukisan.. Dalam gua tu korang akan Nampak kelawar yang tido serta burung laying-layang yang banyak..kalo nasib anda baik,mungkin leh tengok kelawar keluar dari gua..(ehh,ni bukan kat Gua Mulu ke??)hahaa…Lagi satu,dalam gua nih kalo korang suluh ke atas bumbung gua,anda akan nampak tiang yang buluh yang digunakan untuk mengambil sarang burung tuh…
Lukisan purba...
Batu-batuan yang cantik sekitar gua Perghhhh..nak cita semua memang banyak..sesekali anda keluar dari kesibukan kota,memang menyeronokkan dengan pemandangan hutan asli yang sangat indah....korang kena pegi sendiri woo…
Antara kelengkapan yang perlu:
1.Kasut tapak getah (bukan kasut tumit tinggi ye..)
2.Lampu suluh atau headlamp
3. Sarung tangan lateks.
4.Minuman/makanan secukupnya.
Dan lain-lain keperluan yang tidak memudaratkan..
I loveeeeeeeee natures.....Enjoy your trip!