The Followers

Friday, May 17, 2013

Kejadian sedih depan mata

Salam Jumaat, hmm.. dah petang dah pun....

Tadi pagi, masa pegi sarapan pagi....err, biasanya aku terus brunch!
Sampai kat satu kedai makan tepi jalan...kedai di mana nasi goreng kampung nya lebih sedap dan harga lebih murah.Ehh..meleret!

Seperti biasa, mood pagi aku menyapa pekerja2 kedai itu...Keluar je dari keta, terus buat kecoh sikit.. "Nak makann..nak makann...."Okeh.dorang gelak aje,sambil basuh pinggan kot..nasib xde org sangat masa tu.Aku pun tengok la lauk pauk yang ada..heeee.Lapar kan.

Bommmmmmm!*eh, dasyat sgt bunyik nya

Gedebukkk* eh..ringan pulak

Prengggg! *apekah?

Hmm, lantak la cmne bunyik nya x leh aku nak buat sound effect di sini..yang pasti, bunyi itu mengejutkan dan menyebabkan aku menoleh ke arah jalan...

OMG!Kelihatan di situ, seekor kucing menggelupur.Terlompat kesakitan....lompat dan berguling...bygkan macam ayam yang baru disembelih.

Aku rasa nak terus berlari ke seberang dapatkan kucing tu...nak selamatkan dia ke tepi.Aku tak sanggup ia digilis kenderaan lain.Tapi.....banyak lori pulak dari arah bertentangan..Mata aku x alih pandang dari kucing tu..dengan penuh harapan agar dia 'terlompat' ke tepi jalan, atas rumput.

Kuasa Allah,harapan aku dimakbulkan..Tetiba kucing tu melompat kesakitan lagi dan terlompat ke tepi.Atas rumput, kaki goyang-goyang (ini bukan meronggeng ye).Akhirnya, pergerakan nya terhenti....Hmmm .. :'(

Sikap aku terus berubah..kalo tadi datang ceria je.Aku terdiam kaku...terkejut dengan kejadian itu.Ini baru kucing, kalo manusia camne tah?

Pekerja kedai yg nampak aku yg terdiam, tetiba tanya pulak....

"Ko takut ke tengok?"..

Err..aku bukan takut, aku terkejut dan kesian...Aku terus bagitahu kat dia...nanti ambik dan tanamkan kucing tu.Tak sedap hati tengok mcm tu kan....

"Ehh..ehhh..bukan kucing kami,kami dah takde kucing kat sini...semua dah mati...diorang mati semua kat jalan..."

Ye laa..kan kedai tu tepi jalan..Hmm, mungkin org seberang punya kucing kot, nanti kalau tuan dia cari bagitahu lah ye..cadang ku kepada nya.Pastu aku sempat cerita..

Aku dulu pernah berhentikan kereta, sebab nak alihkan kucing yang mati atas jalan  ke tepi.Aku alihkan ke atas rumput...Pernah jugak,  kucing yg mati atas jalan aku bawa balik ke rumah semata-mata nak tanam.Walaupun bukan kucing aku dan bukan aku yang langgar! Err..org tu diam je.

Emosi di situ...tapi pernah ada kejadian pelik aku alami.Tak jauh dari simpang rumah, ada bangkai kucing putih atas jalan.Bukan kucing aku.Hidung nya berdarah...dah mati.Aku alihkan dulu ke tepi, atas rumput..dengan rasa sebak dan sayu hati aku alihkan..Aku pandu keta dan parking kat rumah.Patah balik nak ambik dan tanam kucing tu..Ehh..kucing tu dah takda.....SubhaAllah..Aku blur....aku carik kat tepi-tepi..memang betul tempat tu.memang takda.Hurmm...

Aku rasa terluka bila nampak kucing mati kat jalan ye..dan aku paling pantang melihat keganasan terhadap binatang espcly kucing.Sayangi lah kucing....harap dapat bini yang tak takut/geli ngan kucing.Ehhh!

Layan video sedih ni...


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Berdiri semua, Selamat Pagi Cikgu!!Rindu ucapan tu...tiap pagi jadi leader untuk beri ucapan kepada cekgu..maklum lah, hampir tiap tahun jadi ketua kelas, pastu jadi pengawas.Hihi.

Wow.....16 Mei 2013 hari ni.Selamat Hari Guru kepada semua pendidik seluruh Malaysia terutamanya.
Pengalaman menjadi guru suatu ketika dulu cukup berharga.

Jadi, jangan sesekali kita lupa tanggungjawab dan jasa seorang guru itu untuk mendidik kita menjadi manusia yang berguna, selain daripada didikan ibu bapa yang tiada tolok bandingnya.Hormati guru di mana sahaja berada.Walaupun kedudukan kita ada yang lebih tinggi pada masa ini, jangan lupa didikan yang mereka curahkan adalah titik mula kehidupan kita sekarang.

Tahun 2013 ni, tema hari guru adalah Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Wednesday, May 15, 2013

Ady Budika buat aku sedih tau ....

Comel tak kak ton?
Salam..ok sedih ni...sedih.

Tadi terbaca entri Ady Budika pasal hari ibu beberapa hari lalu.Hmm, tersentuh hati nurani sang jejaka.

Aku rindu mak! Rindu!
Pernah gak buat entri hari ibu dulu...ada wajah mak aku kat SINI.
Sebenarnya, alah bisa tegal biasa....gitchew..biasa melalui kehidupan tanpa seorang ibu...nak menoleh kebelakang, memang perit nak ditelan kan.Terima kasih kepada ayah dan kakak serta beradik yang lain membesarkan aku jadi insan berguna.

Kenapa aku rasa berguna??

Alhamdulillah, di atas bakat yang ada dalam diri yang masih serba kekurangan ni memang ada khidmatnya utk org lain.Kalau tak berguna, orang wat tak tahu je kan.Ok, itu bukan riak!

Pemergian mak masa aku baru nak masuk darjah 1 tau, mak cuma sempat hantar aku masuk Pra Sekolah.Adik aku pulak baru umur 3 tahun masa tu.Sedih..

Ayah kerja JKR.Apa-apa aktiviti sekolah, sendiri-sendiri ja...org lain, masing2 mak dorang datang.Aku cuma bangga, org bercerita kebaikan arwah mak.Ramai orang suka dia.Mak memang tak suka ngata orang.Kalau orang bawak cerita,memang pantang mak nak panjangkan hal orang lain.Kalau dengar cerita dari beradik yang lain,memang mak seorang yang tabah.Patut lah Allah jemput dia dulu.Al-fatihah.

Banyak kisah yang terjadi dalam perjalanan hidup masing-masing kan.Ada suka, ada duka...

Now days, Alhamdulillah.Aku bersyukur apa yang aku ada.Apa yang family aku ada.Tak perlu kaya, cukup sekadar besederhana.Tapi..pernah satu hari, masa tengah on air dan kendalikan segmen Warkah, aku terbaca kiriman pendengar yang menyentuh soal ibunya...Pastu aku mainkan lagu kak melah yang bawah ni.Tu diaaa...bercucuran air mata aku jatuh.Hilang macho kejap,tapi rasa ikhlas ye.Nasib baek dlm konti.huuu

Selamat Hari Ibu kepada semua.. Layan....

Zapin Yang Tinggal by Ramlah Ram

Sakit kepala den!

Salam Rabu,

Tetiba ngular masuk ke blog...eceli tengah sakit kepala, sejak semalam la.Yer, sejak semalam.
Balik keja, mandi manda pastu terus rehat je dalam bilik...sambil we chat,whatsapp,layan instagram,fb,pou dan candy crash.....sekurangnya badan rehat lah kan, tapi cari pasal ngan candy crush.Jahat coklat tu!huh.ok,tutup.. masih sakit.Tengok sebelah,ehh mana bini aku???Baru nk suruh picit kepala..ok, bini memang takda..c

Hmm..rehat rehat dan rehat lagi...tak boleh tido.Pejam mata jugak...tido cepat!Tak boleh lagi...
Pastu aku tak sedar bila aku tetido.Pagi pulak, masih berbaki sakitnya...Pain killer????Takmo.takmo...
Until now berdenyut2...sabar je lah.

Ehh...sis HaSue dah terupdate blog beliau...ehhh..biar betikkk????

Sekian.



Monday, May 13, 2013

Borneo Hornbill Festival 2013! Jom tolong VOTE!!!

Salam...

Hehe...petang ni baru habis meeting....duduk jap sambil buat entri ni.Buat2 lupa je la blog ni dah lama tak update.Terus sahaja kepada entri pertama bulan Mei ini.

Aku nak entrikan pasal Borneo Hornbill Festival 2013( BHF 2013) yang akan diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia,Kuala Lumpur pada 5-7 Julai 2013 nanti.Biasa la, di Borneo terutamanya Sabah dan Sarawak menjadikan pertengahan tahun ni sebagai pesta menuai.Kalau di Sabah ada Pesta Kaamatan, di Sarawak pula ada Hari Gawai Dayak.

Kedua-dua perayaan ni masing-masing pasti diserikan dengan pertandingan Unduk Ngadau dan Kumang/Keling Gawai...Ok, no idea nak citer panjang pasal ni.Straight to the dot!

Margaretha Remang




Jom tolong VOTE untuk member aku yang bertanding bagi "Sarawak Ethnic' bagi kategori Miss Ethnic Sarawak,Iban (Kumang) pada BHF 2013 itu nanti, Cik Margaretha Remang namanya.

Klik SINI atau klik pada imej......pastu klik 'LIKE' dan'CONFIRM LIKE'.

Terima kasih atas kerjasama anda... >_<
Tahun 2012 yang lalu, member ni dinobatkan Kumang Gawai 2012 bagi bahagian Miri...Tetiba nak #throwback dan belek album lama........

Klik Sini utk petikan video : http://www.youtube.com/watch?v=T0naSASDnh4





Thank You!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...