The Followers

Showing posts with label Dari Dapur. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

Kek Hari Malaysia

Assalamualaikum....
Oh, ini adalah entri pertama aku untuk tahun ni.....Ahahahaha.kunci masuk dah berkarat, sawang pun dah tebal.

Ini adalah projek cuti Hari Malaysia semalam.Simple dan comot, ada aku kesah?

16 September buttercream frosting cake
So, Selamat Hari Malaysia!

Monday, October 14, 2013

Kek Lapis Instagram versi II

Assalamualaikum.
Salam Aidiladha untuk semua ya.Walaupun Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah disambut esok, aku masih lagi kat opis.Hmm,aku pasti ramai juga yang camtu kann?Tak kurang juga yang dah siap ambik cuti nak sambut raya ni...ada juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing.Di desa kasihku tertumpah katanya.

Ada sesetengah rakan yang berada di Semenanjung kata, Aidiladha di sana lebih meriah dan hebat sambutannya berbanding Aidilfitri.Mungkin juga di sesetengah kawasan.

Berlainan kat negeri aku Sarawak, khususnya kat tempat aku,...Lepas sembahyang raya tu aktiviti berjalan seperti biasa.Kalau ada nak buat juadah pun untuk family ja.Jarang sekali buat open house, melainkan kalau ada ahli keluarga yang pegi tunaikan haji, adalah kenduri yang di anjurkan. Ibadah korban tetap ada di sana sini.Selebihnya,mungkin berehat dirumah,beriadah atau pegi bercuti ke tempat-tempat lain selain tido.Haha

Nak buat kek raya?...Jom.

Kek Lapis Instagram

Kek lapis Instagram ni sebenarnya dah pernah tayang sebelum ni.Klik Sini.
Dah banyak kali ulang buat kek ni...permintaan dari family dan rakan-rakan. Versi yang terdahulu, gunakan 250g butter.Tapi untuk versi yang ini dan yang sebelumnya, aku dah edit sikit, pakai loyang 8.5".

Versi II ni lebih lembut....

Kek Lapis Instagram (Saiz 8.5"x8.5")
by: Ryo ( ryoazhar.blogspot.com)

Bahan A:
  • 454g (16oz) mentega
  • 1 cawan gula halus 
  • 1 tbs ovallette
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 2 cawan tepung hong kong, diayak

Bahan B :
  • 1 tsb coklat emuco ATAU 1/2 cawan coklat masakan + coklat cip secukupnya *optional -warna coklat
  • 1 tbs pandan paste - warna hijau
  • 1 tbs strawberry paste/strawberry filling - warna merah
  • Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain
Caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 220'c,api atas bawah.(bergantung kepada jenis oven).Sediakan tin bersaiz 8.5"x8.5", sapu sedikit mentega dan alas dengan baking paper.
  2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
  4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1 cawan.Lebih kurang gitulah.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.)
  5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan kek menggunakan penekan khas.
  6. Tukar kepada api atas sahaja.
  7. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis.
  8. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan dinikmati.
P/s: Untuk rasa yang lebih nikmat, simpan semalaman dalam peti sejuk, keluarkan dan biarkan ikut suhu bilik.Potong dan hidangkan.

Selamat mencuba :)


Friday, October 4, 2013

Sambal Petai Tumis

Assalamualaikum...
Salam Jumaat...moga sihat semuanya seperti biasa. Hari ni malas nak gosok baju melayu, pakai kemeja panjang biasa dengan lengan berlipat.I like!

Dulu-dulu-dulu (sebut ikut style penyanyi Tegar ye...)..... Ehhh..ok lah dulu dah pernah post entri pasal sambal petai ni..klik sini. Baru-baru ni buat lagi sebab ada stok petai, abang aku beli masa dia travelling ke kawasan rumah panjang.Petai tu besar dan sihat-sihat belaka.....jadi aku boleh hiris-hiris ikut selera.

Sambal Petai Tumis Belacan ni memang ohsem!
Ehmm..kalau dah makan petai ni memang segala bau ada kan..bilik air pun bau petai.Hahaha....Sebenarnya banyak khasiat Petai yang kita tak tahu, rawatan mencegah strok,sembelit,anemia,berhenti merokok,depresi dan lain2 sampai kulit akar pun berguna untuk rawatan kencing manis!

Aku dapat info dari blog Dunia Kongsi ni dan korang boleh baca juga khasiatnya di sana k.

Nak resepi simple masak tumis petai style orang bujang KLIK SINI.

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu!

Wednesday, September 25, 2013

Kek Lapis Idola

Assalamualaikum...salam Rabu ye.
Hari ni 'berazam' untuk siapakan entri ni.....kalau terpublish, siap la maknanya tu.Ahaks

Semalam dah tayang kat Instagram dan FB...ramai lak yang tanya termasuk inbox nak resepi kek lapis Idola ni ha. Aku buat malam Isnin lepas, balik keja tengok ada bahan-bahan.Tetiba rajin nak buat.Itu pun ada banyak lagi baki bahan-bahan yang tak pakai lagi.Hmm..

Seperti biasa, aku kalau nak buat kek lapis ni nak yang simple je lah.Nak cantik memang tak.Layankan dulu gambarnya sebelum merangkak ke arah resepi.Jom..

Kek Lapis Idola

Kek Lapis Idola 
by: Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 16oz/454g mentega
  • 10 biji telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan gula
  • 1 paket serbuk santan
  • 1/2 susu pekat 
  • 1 tin kecil seri kaya
  • 1 sb ovellete
  • 2 1/2 cawan tepung hong kong
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 1 cawan serbuk milo
  • 1 sb serbuk koko
  • sedikit pewarna kuning *optional

Caranya:

  1. Sediakan loyang bersaiz 8x8,gris dengan mentega dan alaskan dengan kertas pembakat/kertas minyak pada dasarnya.
  2. Panaskan oven api atas bawah, suhu 220'c, bergantung kepada jenis oven.
  3. Pukul mentega,gula dan ovellette hingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan perlahan.Setelah habis,tambahkan kelajuan.
  5. Masukkan esen vanila,susu, dan seri kaya.Pukul hingga sebati.
  6. Seterusnya, masukkan pula serbuk santan,tepung dan serbuk horlick.Pukul lagi hingga sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.2 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning atau biarkan sahaja dengan warna asal.
  8. Bahagian yang selebihnya pula , masukkan serbuk milo,dan serbuk koko.Kalau nak lebih pekat lagi boleh tambahkan coklat emulco.*optional boleh ganti dengan coklat masakan.
  9. Lapiskan 1 bahagian warna asal dengan sukatan 1 cawan.Ratakan dalam loyang, bakar menggunakan api atas hingga masak (lebih kurang 5-7 minit).Sebelum melapis adunan seterusnya, tekan sedikit permukaan kek dengan penekan khas.Ulang kaedah hingga habis bahagian 1.
  10. Lapiskan pula dengan adunan berwarna coklat.Guna kaedah yang sama hingga habis
  11. Selepas adunan coklat habis,lapis lagi dengan bahagian warna asal.Ulang proses hingga habis.
  12. Setelah masak setiap lapisan, biarkan kek sejuk.Masukkan dalam peti sejuk atau potong dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba :)


#Edited: Serbuk milo tu boleh ganti dengan coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boiler.Guna 1 cawan pun boleh.Mula aku nak guna coklat, tapi terfikir nak wat benda lain pulak ngan coklat itu.Hihi.




Wednesday, July 24, 2013

Kek Lapis Instagram

Assalamualaikum...

Salam Ramadan ke-15 hari ni.Tak terasa dah separuh perjalanan kita dalam bulan ramadan kan?
Ikut pemerhatian aku, bazaar ramadhan pun dah mula sunyi.Tak lama lagi gaji, insyAllah akan meriah kejap.Pastu masing-masing akan sibuk buat persiapan nak sambut raya.

Korang dah apply cuti raya ke?Kalau yang dapat balik bercuti raya tu banyak kan bersabar ye, giliran orang lain pulak nampaknya tahun ni.Macam-macam jenis persiapan yang nak dibuat menjelang perayaan, ada yang beraya sakan tukar itu ini, ada yang lebih selesa untuk besederhana.Alhamdulillah, aku pilih untuk besederhana seperti biasa...dan apa yang pasti, baru je pagi tadi hantar kain kat tailor nak suh buat baju raya.Nasib tailor tu kenal aku.Dari awal tahun dah dia suruh hantar...tp tak hantar2 jugak..Ada masa nak gi tengok jugak baju2 ready made...takut tak siap lak nanti kan.Salah siapa?Tepuk dada, tanya selera...ehh!

Ramai yang dah mula buat biskut, kek dan hamper raya.....tak kurang jugak yang cari resepi-resepi kek atau biskut yang baru kat gugel.Hiks..kalau anda salah sorang dari pencari itu, terima kasih kerana tersinggah kat sini.Jom, aku kongsi resepi baru untuk kek lapis....tengok gambar ni.

Kek Lapis Instagram
Yesszza....Kek Lapis Instagram namanya..Boleh je lah ye.Gara-gara suka sangat nak belek2 gambar kat Instagram (IG) kan.Hari-hari nampak logo IG tu, timbul pulak idea nak hasilkan kek dengan warna camtu.

Logo Instagram
Hmm, bahan-bahan asas kek seperti biasa.Cuma tambah sikit-sikit untuk pelbagaikan rasa, imaginasi ja.Maaf lapis tak berapa nak kemas.Haha..

Kek Lapis Instagram (Saiz 8"x8")

Bahan A:
  • 250 mentega
  • 1 cawan gula halus *boleh juga kurangkan kpd 3/4
  • 1 tbs ovallette
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 1 1/2 cawan tepung hong kong 
Bahan B :
  • 1/2 tbs coklat emulco -warna coklat
  • 1/2 tsp pandan paste - warna hijau
  • 1/2 tsp strawberry paste - warna merah
  • Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain
Caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 200'c,api atas.Sediakan tin bersaiz 8"x8", sapu sedikit mentega dan alas dengan baking paper.
  2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
  4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1 cawan.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.)
  5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan kek menggunakan penekan khas.
  6. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis.
  7. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan dinikmati.
Selamat mencuba, salam hormat!



Tuesday, July 16, 2013

Sardin Tumis Indah Lelapku...sardin cap ayam pon bolehhh?

Salam Ramadhan ke 7..

Ehem..harap terus cergas ye, kalau ada yang dah longlai tu perkara biasa la...cuaca pun agak panas kat sini.
Nak masak apa untuk juadah berbuka petang ni agaknya?Kalau yang duk umah tu, memang seronok la memasak juadah kan...kalau yang bekerja di pejabat, sambil buat keja tu pasti teringat2 periuk belanga kat rumah....sesekali singgah jugak ke blog2 masakan kan.Ahaks.

Kalau nak senang, singgah bazaar ramadhan je la...senang tak senang jugak sebenarnya...Nak cari parking dan bersesak...itu belum lagi melawan nafsu dan kawal diri nak beli itu ini.Elakkan pembaziran...perhati dan pilih.Apa yang penting aspek kebersihan....makanan yang bersih, menjamin kesihatan.Kadang kat bazaar ni, rupa makanan yang dijual tu bukan main nampak sedap, tapi rasa??????

Semalam, fikir memang nak masak menu sendiri...dah terbayang nak grilled ayam.Sampai rumah, tengok ayam keras pulak dalam freezer...Hmmm, masuk bilik jap...terlelappppp!!Ini antara lauk yang sempat.....main campak-campak....sayur-sayur dan ikan rebus akak dah masak awal.Hihi....

Sardin Tumis Indah Lelapku..mampu?
Salam hormat!

Monday, July 1, 2013

Cappucino Mousse Sexy Cake

Assalamualaikum..

Salam hormat,hari ni monday blues yang teramat..terpaksa ambik nescafe O peng untuk segarkan mata.Errrr...untuk diminum ye, bukan dititis kat  mata.

Hmm..dah masuk bulan Julai dah pun kan.Tak lama lagi kita berpuasa, iklan kurma pun dah banyak, kalau jalan kat shopping mall sini dah mula nak deco raya.Kalau bahan-bahan untuk baking memang dah tersusun dah..Cuma sentap sikit nengok harga butter yang naik 'menjulang tinggi'.Contohnya butter golden churn yang biasa diguna untuk kek lapis, dulu-dulu rega bagi saiz 454g cuma RM9 hengget...naik RM10 hengget.... pastu tahun lepas RM12.50....lepas pulih dari isu halal, naik 14.50......dan terkini nampak reganya RM 17.50 !!Pengsannnn!!So, jangan heran kalau rega kek lapis atau biskut raya yang guna butter berkualiti pun akan naik harga ye.Boleh guna margerin atau lepa susu...tapi memang tak sesedap butter.

Okeh, lupakan dulu soal projek raya.Ni nak tayang kek dari resepi Mocha Mousse Sexy Cake oleh Mat Gebu....kalau nak tunggu bulan puasa baru nak tayang, takut rasa bersalah lak nanti.Layan kan aje...

Cappucino Mousse Sexy Cake 
 Ingat lagi tak, pertengahan bulan Jun hari tu aku gi jumpa pelakon teduha kasih? Klik Sini, ehhh.. sebenarnya entri tu kat bawah entri ni je.Scroll down kan aje...masa tu sifu mat hidangkan kek yang sangat sexyyy!So, aku pun try la buat jugak.Nak buat, tapi kejar masa ....ini lah kejadian nya...Kurang kemas...jaring coklat nampak cincai je,bertaburan umpama bunga rampai yang ditabur2 atas pelamin.Ehh!

Jaring coklat tak memuaskan ..
Stoberi tu pulak, gedabakkk besar.Malas pulak nak potong dua...kalau sifu mat guna mocha untuk mousse, aku taruk cappucino ye.Sebab takde stok mocha pulak.hehe..Kira adik beradik la cappucino dan mocha tu...Paling tak pun sepupu sebelah bapak.Kira olah sikit ja dari resepi asal.Haaa...

Sedappps...
Baeklah, nak kata soal rasa.....aku nak pejam mata lama-lama.. Ya Allah sedappppnyerrr!Kek ni kena letak dalam fridge, kalau letak kat luar lama-lama nanti mousse tu cair.Terima kasih sifu mat untuk resepi yang mabelesssss ini.

Cappucino Mousse Sexy Cake

Bahan-bahan kek:
  • 125g mentega
  • 2 camca besar penuh serbuk koko
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 camca teh mocha flavour **aku guna Cappucino Emulco, **wink2 kpd sifu mat
  • 2 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus (cm kurangkan 2 camca besar) ** aku kurangkan jugak
  • 1.2 camca besar ovellete
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)

Bahan-bahan untuk mousse:
  • 140g coklat masakan
  • 1 camca besar halal gelatin
  • 100 ml air suam
  • 2 putih telur
  • 200g whipping cream (simpan dalam peti sejuk)
  • 40g gula kastor

Bahan untuk hiasan:
  • Buah strawberry segar secukupnya
  • Sedikit piping jelly
  • Parutan coklat secukupnya
  • Parutan coklat putih secukupnya**aku tak letak
  • Serbuk koko secukupnya
  • Roll Wafel**aku tambah je

Cara membuatnya:

Kek : 
  1. Panaskan oven pada suhu 180'c, lenser tin bulat 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minya, lenser juga kertas tadi.Ketepikan.Satukan mentega, susu segar dan serbuk koko dalam periuk.Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga mentega cair dan kesemua bahan larut.Tak perlu mendidih.Matikan api, masukkan perisa cappucino* kacau rata dan biar sejuk.
  2. Putar gula dan ovellete hingga rata, masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat seperti adunan kuih bahulu.Perlahankan kelajuan, masukkan bancuhan koko dan tepung secara berselang seli hingga habis, gaul rata.Tuang dalam tin dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Keluarkan kek dan biar sejuk atas jaringan.
Mousse : 
  1. Satukan gelatin halal dengan air suam, kacau rata dan  biarkan sekejap.Cairkan coklat secara double boiler, kacau rata dan masukkan bancuhan gelatin.Gaul hingga sebati, ketepikan dan biar sejuk.Putar telur putih hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar hingga kental (Meringue).Ketepikan.Kemudian putar pula whipping cream sejuk hingga kental dan jangan terlebih putar bagi elakkan ia cair.
  2. Satukan whipping cream dengan coklat, gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati.Masukkan pula meringue dan gaul hingga sebati.Bahagi kepada 2 bahagian sama banya.Ketepikan
Cappucino Mousse Sexy Cake:
  1. Kek dipotong kepada 2 kepingan.Sediakan cake ring berukuran 8 inci.Letak atas cakeboard.Ambil sekeping cake dan alas ke dasar acuan, tuang 1 bahgaian mousse ke atasnya, ratakan. Berhati-hati lapiskan dengan sekeping lagi kek dan tuang baki mousse tadi.Ratakan dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
  2. Panaskan pisau nipis, kemudian sisipkan pada sekeliling kek, berhati-hati tanggalkan kek ring tadi.Tabur serbuk koko di atasnya.Kemudian hias dengan parutan coklat,strawberry sgar yang terlebih dahulu disapu piping jelly untuk mendapatkan kesan berkilat dan segar.Simpan kembali dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


Terima kasihhh kepada sifu Mat Gebu untuk resepi yang owsemmm ini.

Selamat mencuba, salam hormat!


Monday, June 10, 2013

Monday Blues vs Blueberry Cakes

Salam 1 Syaaban untuk semua,

Alhamdulillah semakin hampir kita menyambut Ramadhan kan....Hari ni sangat monday blues.Penat sangat.Hujung minggu selama 2 hari yang sibuk dengan shooting dan aktiviti bersama rakan-rakan di TVi hingga malam.Mengantuk disamping belum sembuh sepenuhnya seperti biasa.Rasanya kalau disorong bantal, lelap terus ni.

Hari ni nak tayang kek yang aku buat Jumaat lepas la.Buat saja untuk suka-suka sambil belajar jugak.
Kek span je,pastu sapu ngan fresh cream dan blueberry filling.Dah jadi kan.

Blueberry Cakes
Aku cuba nak buat cantik macam blogger masak lain buat.Tapi teknik aku masih terlalu kurang kalau nak dibandingkan hasil daripada mereka.Rupanya gitu la, kurang kemas dan picit nozzle pun ada angin!Practice make perfect...cuba dan cuba lagi.Haha....

Yummyyyyy sangat!
Untuk kek ni guna kek span biasa je.Bila kek dah sejuk,aku potong nak cuba dpt 4 layer.Ye aku dapat!Aku deco guna fresh cream non-dairy + blueberry filling di setiap layer.Topping nya sapu FC jugak dan picit blueberry filling jugak.Dah siap.Mudah je bunyiknya.

Amboi, bukan main malas lagi bila dah monday blues ni ha...nak tepek resepi pun malas dah kat sini.How?

Ok bai.




Tuesday, May 28, 2013

Tempahan sempena hari guru tempohari ...

Salam..
Wow...dah 28 Mei tarikh hari ni...cepatnya masa berlalu, dah nak habis bulan 5 untuk tahun 2013 ni....tak lama lagi kita akan sambut bulan Ramadhan Al-mubarak pulak...Tak sabar rasanya kan, moga kesihatan kita baik-baik sahaja dan dipermudahkan segalanya.

Hari Guru yang lalu, ada jugak peluang ambik tempahan dari pelanggan untuk kek.Tapi yela, kek biasa2 boleh..kalau yang cantik sangat tu tak mampu lagi.Baik ukur dulu kemampuan kita,nnti terkial2 nak membuat.Tahun ni terbuka hati nak ambik order ni pun sebab tahun lepas dah pernah menolak kan.Hahahaa...

Kek Span biasa je....deco ngan fresh cream

Vanilla cupcake...deco ngan freshcream jugak...

Kek Hari Guru jugak...dah mcm kek kawen pulak.haha
Apam polkadot.
Wallaweyyh...banyak yang perlu diperbaiki lagi...tempahan sekitar kawasan Bekenu, ok lah kan.Haha...
Apa yang best nya, sejak ada chiller sendiri, senang sikit nak simpan bahan kek dan jugak kek yang dah siap bikin.

Sekian.terima kasih.
:-)

Monday, April 15, 2013

Jeruk Mempelam/Mangga Muda

Assalamualaikum.....
Salam 4 JamadilAkhir 1434H buat semua,moga ceria-ceria je hari ni.Dan tengahari kan,jangan nak monday blues sangat....Awan mendung berarak kelabu, aku rindu awan biru yang makin menjauh...Eh!.Kebetulan rajin nak buat entri hari ni...aku update kan dengan jeruk.Haa..mula nak kecur liur la tu kan....buat jeruk ni untuk suka-suka makan sendiri je...tapi tershow off kat instagram n FB,ramai lak yang inbox nak resepi jeruk.Ehh!Tak sangka jeruk pun dapat sambutan.hehee...Boleh la share resepi kan...Kalau sudi, sila cuba.Tapi mungkin resepi aku berbeza dengan jeruk-jeruk sedap yang lain...yelaaa, aku dengar ada yang bubuh kapur sireh, cuka dan sebagainya....

Lain padang lain belalang..jeruk ni aku guna buah mempelam, tapi ada juga yang panggil buah mempelam ni buah mangga, walaupun ia berbeza.cer try.....

Jeruk Mangga/Mempelam Muda
Jeruk Mangga/Mempelam
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan A :
  •  1 kg buah asam mempelam muda (guna mangga pun boleh)
  •  1 cawan garam
  •  2 liter air
Bahan B :
  •  2 cawan gula
  •  2 liter air  
Caranya :
  1. Masak air garam sehingga larut dan mendidih.Biarkan hingga sejuk.
  2. Kupas buah dan bersihkan.Kalau tak nak kupas pun boleh, cuma bersihkan kulitnya.
  3. Belah/Potong kepada beberapa bahagian mengikut saiz buah. (4/6/8 hiris utk sebiji)
  4. Toskan buah yang telah dibersihkan.
  5. Masukkan buah ke dalam bekas/botol kedap udara.
  6. Tuang air garam ke dalamnya hingga menutupi permukaan buah.Biarkan sehingga 2-3 hari/malam.
  7. Jika perlu, gaul buah dalam bekas dengan sudu yang bersih dan kering.
  8. Setelah genap  hari/malam yang ke-3, masak bahan B dan biarkan sejuk.
  9. Buang air garam, elakkan buah dari tercemar atau terkena air.
  10. Masukkan pula air gula, biarkan sehingga 2-3 hari/malam mengikut citarasa sendiri.
  11. Toskan buah,masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
  12. Sedia untuk dinikmati.

*Sekiranya kandungan air jeruk terlalu berbuih, ia bermakna jeruk sudah terlalu masak.Tos air untuk mengelakkan jeruk rosak.

Selamat mencuba :)


Monday, February 18, 2013

Biskut Bom Citrawarna

Assalamualaikum,
Salam 1 Malaysia ..

Monday blues ke?
Gong Xi Fa Cai!! Wahh tetiba wish CNY pada hari ke 9 ni kan..takpe lah, masih valid lagi sampai Cap Go Meh.Kalo nak imbas balik cuti umum CNY yang lepas, aku tak merasa pun cuti tu sepenuhnya disebabkan on air pada setiap hari cuti tersebut.Cukup la nyibukkan diri soping masa sale CNY tu je.Ahaks.

Nak tau tak, entri kali ni sepatutnya publish bulan puasa tahun lepas lagi.Masa kita semua sibuk nak sambut raya kita tu.Tapi faham je la takde masa sangat nak blogging, disamping sibuk nak raya jugak.Mood tu takde pun.Ni kalau nak buat untuk CNY pun dah lepas, buat untuk Gawai Dayak nanti lah kot.Haha.

Tengok dulu bebola berwarna ni..

Biskut Bom Citrawarna (Makmur)

Tadi...belek2 la tablet yang dah nak full space memory dia.Nak delete mana-mana gambar yang tak perlu, jadi ternampak la gambar biskut yang aku buat neh.Usah ditanya, memang dah tinggal kenangan lah kan.Sebelum ni ramai yang request resepi ni ke dalam blog..Siapa lagi kalau bukan rakan-rakan sekerja dan juga teman-teman keluarga yang datang bertandang ke rumah masa raya yang lepas.

1..2..3...Bomm!

Raya tahun-tahun yang lepas, aku memang tak suka buat biskut ni.Sebabnya kalau jatuh ke atas kapet, habis laaa...berkecai menghasilkan corak-corak kehidupan yang kurang mendamaikan.Ehh...

Tapi, family members aku request nak biskut ni jugak untuk raya...aku turuti jua.Alhamdulillah, takde apa yang berlaku masa raya tu...selamat la kapet dan tikar rotan kan.Cara membuat dan bahannya sebijik macam biskut makmur, sebab ia memang biskut makmur pun kot?Cuma kitorang je yang dah biasa panggil biskut bom.Hasil yang terbaik seakan-akan melted dalam mulut gituu.Bukan melted macam coklat,tapi tepungnya!Bommm.Haha...

Kepada peminat biskut bom atau biskut makmur ni boleh la cuba k..

BISKUT BOM CITRAWARNA (MAKMUR)

Bahan-bahan :
  • 500 g tepung gandum, disangai dalam kuali tanpa minyak.
  • 1 tin minyak sapi QBB saiz sederhana (x sure berat bersih..nextime aku update.yg penting Halal okeh! (klik sini jap)
  • Gula halus secukupnya, sebaiknya gula kasar yang dikisar sendiri
  • Pewarna merah dan hijau secukupnya

Caranya :
  1. Panaskan oven pada suhu 170'c
  2. Tepung gandum hendaklah disangai dalam kuali tanpa minyak.Gaul hingga masak (warna keperangan dan bau tepung naik)
  3. Cairkan minyak sapi, tuang ke dalam bekas berasingan
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh dan boleh dibentuk.Berhati-hati kerana doh panas disebabkan minyak sapi tadi.
  5. Bahagikan doh dan warnakan.Bentuk kan bulat-bulat saiz syiling 20sen.
  6. Susun dalam dulang yg ditabur tepung/alas dengan 'baking paper'.
  7. Masukkan dalam oven, bakar hingga masak (20-25 Minit)
  8. Biarkan sejuk, kemudian golekkan di atas gula halus tadi dan sedia untuk dinikmati.Simpan satu persatu ke dalam cawan kertas untuk lebih kemas.
Selamat mencuba :)




Wednesday, November 21, 2012

Durian Crepes & Resepi

Assalamualaikum.........

Salam tahun baru 1434 Hijrah ...
Wahhhh!!Tak sangka kembali ke blog hijau (alah, jap lagi hilang lagi lah kan.?.. hihi)
Apa khabar semua??Harap sehat ya.Sebenarnya 5 hari lepas lagi nak masuk sini... tapi asyik 'error on page' aje.Mungkin blog ni hampir terlupa siapa tuan nya.

Diam-diam rupanya hampir 2 bulan dah menyepi kan..Dah macam excused gi mengerjakan haji pulak.Maaf tak update!Terima kasih buat semua pengunjung yang tetap ziarah ke sini.InsyaAllah akan ku cuba kekalkan hayat blog hijau nih.

Kali ni nak update kan pasal 'Durian Crepes atau Crepes Durian ' (mana2 lah kan...)..Khabarnya sangat femes skarang ye?Maklum laa, musim buah durian.Sana sini duk tayang pasal Crepe ni sampaikan aku bertanya pada cik puan kakak aku HaSue yang duk kat Mukah tu.Aku tanya la kat dia, apa sebenarnya Durian Crepe dan bagaimana rasa dan teksturrnya?Alhamdulillah, selepas nampak kat blog kak Izah, hujung minggu yang lepas terjawab persoalan.Jomm layan...

 Durian Crepes/ Crepe Durian

...Godaan demi godaan, sebab tu nekad buat ni..

Mulanya nerves jugak nak buat dan disebabkan pengalaman pertama, aku ikut je resepi dan langkah yang ditunjukkan....Mental kena stabil....kena teliti jugak.. Masa duk layan crepe tu atas non stick pan x boleh nak  lalai...kalo cuai, contohnya sibuk layan sms...maka crepe tu pun kehangusan la.hahahaha....ye laa, mula2 buat memang hangus kat tepi.hihi.


Mabelessss.......

Terima kasih sekali lagi kepada kak Izah Daut, kak Fiza Nordin dan kak HaSue di atas panduan yang telah dikongsikan.Alhamdulillah merasa jugak aku buat dan makan Crepe Durian ni..Ada yang berani nak cuba resepi durian crepe?hehe...Jommm.


DURIAN CREPE
Sumber :  Izah Daut 
Resepi asal : kak Fiza Nordin

A)Bahan Crepe:
  • 3 sdt gula halus
  • 3 sdt tepung ubi
  • *izah campurkan sedikit tepung jagung
  • 1/2 sdt tepung gandum
  • 1/2 sdt butter - dicairkan
  • 4 bj telur - dipukul sikit
  • 95 ml air
  • 1 st vanila esen
B) Bahan Filing
  •      250 ml whipped cream (kali ni aku pakai Value Pride) - putar sampai kental
  •      Isi durian secukupnya (aku pakai durian biasa, sebab xde durian D24)
Caranya :
1) Satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) Masukkan butter yang dicairkan.
3) Pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) Masukkan air.
5) Panaskan non-stik pan.*(pastikan guna api kecil je)
6) Tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.
7) Biarkan crepe sejuk dahulu, kemudian letak cream,isi durian dan cream lagi.
8) Lipat kemas, sedia untuk dinikmati. (Digalakkan sejukkan dulu dalam fridge, lagiiii sedap)

Selamat mencuba!

Saturday, August 4, 2012

Ayam MOBW ...

Assalamualaikum semua...

Salam Ramadhan yang ke 15 ....... Alamakkk!alamakk.......... dah hari ke 15 berpuasa baru muncul kembali kan..Maaf sangat2...Terima kasih kepada yang sudi singgah, terima kasih juga pada yang add di FB dan PM bertanyakan entri baru.Apa khabar rakan2 blogger sekalian?Harap sehat dan terus berkarya.Jgn jadi spt blog saya ....... >_< ehh?

Yesszaaaa... dah masuk hari ke 15 ni kiranya kita berada di pertengahan bulan yang penuh keberkata lah kan?Dah banyak buat amal ibadat tak?Kalau rasa masih kurang, hantar2 la biskut raya ke mari, insyaAllah ada jugak tambahan pahala.Ehehe.Macamana pulak persiapan nak nyambut raya tahun ni?Sederhana cukup la kan... :)

Okey lah, disebabkan sebelum ni tayang dessert je.Kali ni nak tayang ayam.Makanan berat sikit, sedap untuk diratah-ratah tanpa cicah dengan sos!Sangat sedap....

Ayam MOBW

Hari Ahad aritu jenjalan ke pasaraya beli bahan sikit2 untuk berbuka dan buat kek raya nanti...Masa hujung minggu tengah banyak sale, ofcoz mata melilau je nengok popcard yang bergantung sana sini.Kita ni takde isteri,kena la soping sendiri ye tak.....syukur ada kengkawan.1 troli kongsi 3 orang, bayar asing2!Orang bujang...haha.Biasa nya kalo sorong troli kat pasaraya ni mana boleh speed laju sgt mcm tekan minyak keta.Jalan slo, ala2 orang tolak wheelchair sambil mata peratiiii je barang2 kat tepi.Masa lalu kat area Cajun Kak Nor, ternampak la paket 45g McCormick Originals Buffalo Wing Seasoning berharga RM 7++.Nampak macam sedap,berjaya jugak dia terjun ke troli.Hehe...

Ayam MOBW

by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan::
  • 10 ketul kepak ayam
  • 20 g serbuk perasa McCormick Originals Buffalo Wing
  • Daun parsley *optional

Caranya :

  1. Perap ayam dengan serbuk perasa MOBW selama lebih kurang 15-30 minit
  2. Panaskan oven pada suhu 200'c.
  3. Susun ayam di atas dulang pembakar dan masukkan dlm oven hingga masak.Lebih kurang 25-30 minit.Kalau suka, taburkan daun parsley.
  4. Bila ayam nampak kering, tuang jus ayam yang ada di dalam dulang ke atasnya.Biarkan lagi hingga masak.
Lepas balik kerja hari Isnin tu sempat la buat.Tapi x banyak masa,cuma perap dalam 8 minit je...Kalau lebih lama lagii sedap kan.Lepas bakar terus bakar dalam 30 minit.Hasilnya, sangatttt sedap diratah begitu saja... ala2 ayam smokey kat pizza hut la pulak!Sangat sesuai bagi orang bujang atau x banyak masa nak memasak.X perlu tambah apa2 perasa lagi dah.Cuma perap je.

Selamat mencuba ~

Thursday, July 19, 2012

Puding Jagung Harum Manis .... ranum tak?

Assalamualaikum..

Salam hormat buat semua.Apa khabar ye?harap sihat walafiat la hendaknya.Al maklum lah, cuaca sekarang ni tak menentu sangat.Kejap hujan lebat.. kejap hujan ringan2...kejap hujan manja2 je...... pastu kalau dah panas tu terikkk je.Nak terkeluar biji mata.hakhak.Dah tu part hujan lebat tu yg buat mata pun lemau jeee...nak tido kan.hihi.

Beberapa hari jelagi kita nak sambut bulan Ramadhan....InsyaAllah. Tahun ni masih lagi berpuasa dan beraya ngan family...Belum nampak lagi tangan mertua.Ahaks.

Bulan puasa ni agak2 laa kalo nak letak entry masakan kan... jangan nak guda sangat.hihi...Meleleh lak nanti....Tapi mesti meriah blog masak2 sebab masing2 tayang juadah berbuka dan biskut raya lepas ni.Tu haaa.. dah ada biskut raya sana sini.Hari tu dlm sibuk2 sempat gak siapkan kek lapis, order dr sorang cekgu nak bawak balik KL katanya.Masa duk melapis tu.. wallawey harum semerbak dah ala2 nak raya kan.hihi.

Nak tayang puding jagung je ni ha

Puding Jagung Harum Manis

Resepi membuatnya lebih kurang buat puding jagung yang biasa tu la.. cuma ku tambah pes minuman jenama TAMIN, menambahkan harum dan perisa jagung...sedappp!
Eh!mcm malas pulak menaip entri kali ni ha...hihi.

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua ....

:)

Wednesday, July 4, 2012

Puding Oreoreo

Assalamualaikum, selamat petang.

Sedang apa dan dimana?wahhh!giler layan habis lagu tu.ahaks
Apa khabar semuanya?harap sehat je lah ye.Saja nak ambik masa sikit nak update blog ni haa...Nak tayang dessert je.Alah, yang mudah-mudah je kan.

Sebelum ni dah pernah buat puding oreo ni,namanya chocolate oreo jelly resepi asal kak Ros Jintan Manis.Tapi hasil yang ku buat kurang menjadi seperti yang ditunjukkan oleh tuan resepi.Kalau ikut rasa, ok xde masalah pun.Saja je nak try ikut yg asal..tengok sini. Aku ngan PCM pemilik DTS pun pernah hampir putus asa akan "ketakberapamenjadian nya yang tidak memihal kepada kaum adam...tapi PCM terus cekal dan tetap mencuba lagi.Kali ni nak try lagi guna oreo jugak.huhu...

Cuaca panas2 memang sedap je tekak kalo telan yg sejuk2 kan.Ni nak kongsi puding resepi main letak je.Guna teknik asas, cuma tambah oreo je la.Tapi memang banyak versi dh oreo ni diperlakukan.ahaks

Puding Oreoreo

Nampak pokok kelapa belakang tuh teringat pulak petang ni nak mencari2 buah kelapa lah pulak...mana lah tau boleh di manfaatkan ye tak.Nak panjat kelapa maaf je la, kan aku kata mencari-cari je.Haha...

Puding Oreoreo
Linkby: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahanya:
  • 1 paket (10g) serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 150 ml susu cair
  • 1 sudu butter
  • 1 liter air
  • 1 paket biskut oreo, diambil intinya.

Caranya:

  1. Hancurkan biskut oreo,masukkan di dalam acuan.Tekan sikit, ketepikan.
  2. Panaskan air,gula dan butter dan kacau hingga cair
  3. Masukkan serbuk agar-agar, susu cair dan inti oreo tadi, kacau lagi
  4. Biarkan hingga mendidih,padamkan api.
  5. Biarkan sejuk sikit,tuang perlahan-lahan ke atas bekas yang telah disediakan.
  6. Sejukkan dahulu sebelum hidang.

#nampak sangat x nak membazir kan.... inti tu pun aku leburkan sekali.syg pulak nak buang.Kalau masuk dalam kek pun ok gak tuh.hahaha.....

Selamat mencuba.

Wednesday, June 27, 2012

Asamboi Buah Pir

Assalamualaikum...

Selamat pagi, Alhamdulillah, hari ni genap 3 tahun perkhidmatan di sektor awam.Ada gak yg confuse aku keja apa....nextime kita share, kuli2 saja.Ngada2 nak ngentri hari ni,akhirnya bertukar jugak thumbnail blog hijau ni di cecelah tetingkap korang kan.Pisang yang di tayang sebelum ni pun dah busuk dah!Haha...

Apa khabar?....harap semuanya baik-baik belaka kan...Terima kasih kepada pengunjung blog hijau ni juga, walaupun tuan rumah takde..korang tetap dtg tolong siramkan pokok yang ada...2 minggu tak balik 'rumah' ni, pokok serai pun dah hampir sama tinggi ngan pokok kelapa.Maklum la, xde maintainance ye tak??*ngarut.Banyak sangat story api x sempat nak di update kan..kalo nak letak macam tak syok kan, sumer dah backdated. :( .. tapi takpe la.. hidup kena diteruskan jugak..amboi, serious bunyik nyer kan...Tahniah kepada rakan2 yang cemerlang dalam kehidupan masing2 dari masa ke semasa...

Ada la beberapa menu yang belum ditayangkan lagi...ada jugak menu yg dah buat jadi header blog tu...cuma xde entri mengenainya.Maklum la, masuk blog aku ni korang akan akan nampak benda2 simple je... pasal yang complicated tu memang tak dan la nak buat.....nak yang rumit cuba jenguk blogger2 expert...ada ramai sangat, diorang la jugak sebagai panduan aku.Sepanjang hidup kita kena sentiasa mencari ilmu serta mengemaskini ilmu yang sedia ada.kemaskiniiii katanya.haha.

Asamboi Buah Pir (Pear)

Yayyy....lagi2 benda simple yang aku tayang... godek2 dari folder....share dulu benda ni.Sebelum ni pernah jugak aku buat buah ni......maklum la, simple kottt!


Asamboi Buah Pir
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 3 biji buah pir
  • 6 biji asamboi merah
  • sedikit garam, jika perlu
Caranya:
  1. Kupas buah pir, kemudian potong kecil
  2. Sediakan bekas yang bersih, masukkan buah pir dan asamboi dan gaul sebati.Kalau asamboi yang diguna tu kurang masin, boleh tambah garam.
  3. Sejukkan sebelum dinikmati.

#Aku guna samboi yang cukup rasa, jadi tak perlu tambah garam dah.... kalau nak tambah kismis pun boleh juga.Biasanya aku biarkan juga semalaman dlm fridge, sedap juga rasanya. :)

Selamat mencuba!

Wednesday, June 6, 2012

Pisang Goreng Berkeju

Assalamualaikum...

Salam hari Rabu buat semua...wahh!cam tak caya hari ni tak wordless, cuma lambat sikit nak update blog ni kan.

Pagi tadi sempat post kat fb, awal pagi dah ditimpa musibah.Kaki melangkah keluar dari bilik,terpijak pula paku tekan (thumb teck) kat atas karpet....masa nak turun ke tempat kerja pulak, tayar kereta pancet (bocor).Alahaii......nasib baik sempat bawak ke bengkel dan tak perlu bukak pasang tayar spare.Sampai kat bengkel semua tu mekanik yang buat.Alhamdulillah dah ok...

Oh ya...aku turut bersimpati atas musibah yang menimpa keluarga rakan blog dan FB, saudara Ady Budika baru-baru ini.Semoga mereka tabah menghadapinya kerana pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian yang ditakdirkan Allah swt kan.

Okeh, hari ni aku nak tayang menu ringkas pisang ....

Pisang Goreng Berkeju

Hidangkan semasa panas ...

Pisang Goreng Berkeju
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 3 biji pisang emas/pisang susu yang masak
  • 1 tbs mentega
  • Keju cheddar/mozarella secukupnya
  • 1 tbs gula pasir, jika perlu
Caranya:
  1. Panaskan non stick frying pan
  2. Cairkan mentega, jika perlu tambah sedikit gula (kalau pisang kurang masak)
  3. Masukkan pisang, goreng hingga keperangan
  4. Parutkan keju cheddar dan mozarella di atasnya semasa pisang masih panas.
Pisang goreng ni pernah jugak buat dulu ... klik sini

Selamat mencuba!

Monday, June 4, 2012

Mi Kolok Bujang Sarawak

Assalamualaikum...

Selamat pagi ... masih lagi mood public holiday hari ni.Esok mula bertugas lagi seperti biasa.Cuaca hari ni pun sporting juga, tak juga panas dan tak juga hujan... redup je.Alhamdulillah, sempat la golek-golek kejap atas katil ni kan.Walaupun bukan tilam Vono, tetap selesa nak menggulungkan diri umpama tenggiling.Aiyark!

Korang dah sarapan ke belom nih?Dah nak dekat tengahari dah werh....
Aku pulak rasa nak makan char kuey tiaw pulak pagi-pagi ni kan.....mana tak nya, 2 minggu lalu ada member khabar kan ada 2 lagi tempat best untuk makan char kuey tiaw kat Miri ni selain dari tempat yg kitorang pernah pegi dulu.Tapi sampai sekarang tak pegi2 jugak ke tempat baru tu...hahaha.....melencong ke piza hut atau mcd pulak!Takpe laa.....next time wajib pegi jugak.

Eh..tadi jenjalan kejap ke dapur sifu masak-masak yg dihormati, nampak sesuatu yang menyelerakan....meleleh nih!Klik Sini Cepat!!!!

Dah klik ke?okeh balik sini semula nengok apa yang ada.....hari ni nak tayang mi kolok.

Mi Kolok Bujang Sarawak
Kalo orang datang Sarawak biasanya mesti carik kek lapis,mi kolok, ikan terubuk, gambir! Kann.......huhu...Mi Kolok ni buat hari tu...kalau buat hari ni maaf mmg tak la... masih lepak bilik lagi ni..Mi Kolok Bujang Sarawak diberi nama ..... yer yer... saya masih bujang!Alamak tetiba...


Mi Kolok Bujang Sarawak
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1 gulung mi kolok kering
  • 150g isi ayam
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • 1 ulas bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • Sedikit garam
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • Air secukupnya
  • Daun sup, cili merah, daun bawang, bawang goreng secukupnya untuk ditabur

Caranya:
  1. Panaskan minya, tumis bawang hingga perang dan ketepikan
  2. Simpan minyak di dalam bekas lain
  3. Rebus isi ayam hingga masak,toskan.
  4. Celur mi di dalam air rebusan tadi, toskan juga.
  5. Didalam bekas lain, masukkan 2 sudu minyak gorengan bawang dan 2 sudu kicap manis, jika perlu tambah sedikit garam.
  6. Masukkan pula mi yang telah dicelur,gaul bersama isi ayam,serbuk pati ayam serta bawang yang telah digoreng tadi.
  7. Hiaskan dengan bahan tabur.

Selamat mencuba!





Friday, May 25, 2012

Vanilla Cupcakes

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah 'terpublish' jua akhirnya ....ambik berkat hari Jumaat. Macam terkena badi, nampaknya blog ni kekal di update seminggu sekali je...haha.ada sikit masa nak update, hal lain pula nak dikerja...Tapi sebelum  terlupa, salam Rejab untuk anda ya ...

Terima kasih kepada rakan2 yang sudi jenguk blog hijau ni....sekurang-kurangnya ada jugak yang tolong siramkan pokok2 durian di halaman ni kan.Jejiran tetangga apa cerita?Macam2 menu yang ada nampaknya.

Okeh,hari ni nak tayang cupcake je.... simple2 macam sebelumnya...dah pernah buat jugak kan...

Vanilla Cupcakes

Terlebih dahulu, aku minta maaf sangat2 kepada pelanggan yang nak tempah cupcake untuk hari guru hari tu. Ramai yang minta buatkan macam taun lepas, pelanggan baru pun ada.......tapi terus terang, kali ni x larat nak buat.Malam sebelum hari guru tu kerja malam di konti....Masa pun tak cukup nak membuatnya.

Baik surrender awal kan....Maaf sangat2...kata orang, kalau tamak selalu rugi..... kalau buat banyak kerja dalam masa, tapi tak cukup tenaga dan tumpuan tak seimbang, hasilnya nanti tak memuaskan ... Ye tak?Terima kasih kepada anda semua ... :)

Buat cupcake ni pun saja suka2 nak panaskan oven tu ha.. kalau x diguna nanti berkarat pulak kan.......ada sebijik lagi oven belom di rasmi tuh.... ada masa nanti kita rasmikan sama2 ye...hihi.

Buttercream di atasnya ...

Pejam celik pejam celik nampaknya cuti sekolah dah nak mula ...mesti korang banyak perancangan untuk luangkan masa ngan family kan... best nyer!

Apa pun perancangan yang dibuat, ke mana dan di mana saja anda berada, pastikan jaga keselamatan diri dan keluarga.

Mai secawan?

Vanilla Cupcakes
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 250 g butter
  • 1 1/2 gelas gula kastor
  • 3 biji telur
  • 2 gls tepung gandum
  • 1 tbs serbuk vanilla
  • 1 tbs baking powder
  • 150ml susu segar
Caranya :
  1. Panaskan oven
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu,pukul lagi
  4. Masukkan tepung,serbuk vanila,serbuk penaik dan susu
  5. Gaul adunan hingga rata,kemudian masukkan dalam piping bag.
  6. Picit adunan ke dalam bekas kek (cawan kek),guna sudu pun boleh,separuh bekas atau 3/4 cawan/
  7. Bakar  pada suhu 180'c selama 25-30 minit.
  8. Dah sejuk,boleh la hias dengan buttercream/choc ganache.
Nak buat buttercream,
  • 100g butter
  • 75g shortening/cremello
  • 125 gula aising
  1. Pukul butter dan shortening/cremello
  2. Ayak gula ke dalamnya dan pukul lagi hingga kembang
  3. Masukkan dalam piping bag dan hias ikut krativiti anda.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...