The Followers

Showing posts with label Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Chocolate. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Cappucino Mousse Sexy Cake

Assalamualaikum..

Salam hormat,hari ni monday blues yang teramat..terpaksa ambik nescafe O peng untuk segarkan mata.Errrr...untuk diminum ye, bukan dititis kat  mata.

Hmm..dah masuk bulan Julai dah pun kan.Tak lama lagi kita berpuasa, iklan kurma pun dah banyak, kalau jalan kat shopping mall sini dah mula nak deco raya.Kalau bahan-bahan untuk baking memang dah tersusun dah..Cuma sentap sikit nengok harga butter yang naik 'menjulang tinggi'.Contohnya butter golden churn yang biasa diguna untuk kek lapis, dulu-dulu rega bagi saiz 454g cuma RM9 hengget...naik RM10 hengget.... pastu tahun lepas RM12.50....lepas pulih dari isu halal, naik 14.50......dan terkini nampak reganya RM 17.50 !!Pengsannnn!!So, jangan heran kalau rega kek lapis atau biskut raya yang guna butter berkualiti pun akan naik harga ye.Boleh guna margerin atau lepa susu...tapi memang tak sesedap butter.

Okeh, lupakan dulu soal projek raya.Ni nak tayang kek dari resepi Mocha Mousse Sexy Cake oleh Mat Gebu....kalau nak tunggu bulan puasa baru nak tayang, takut rasa bersalah lak nanti.Layan kan aje...

Cappucino Mousse Sexy Cake 
 Ingat lagi tak, pertengahan bulan Jun hari tu aku gi jumpa pelakon teduha kasih? Klik Sini, ehhh.. sebenarnya entri tu kat bawah entri ni je.Scroll down kan aje...masa tu sifu mat hidangkan kek yang sangat sexyyy!So, aku pun try la buat jugak.Nak buat, tapi kejar masa ....ini lah kejadian nya...Kurang kemas...jaring coklat nampak cincai je,bertaburan umpama bunga rampai yang ditabur2 atas pelamin.Ehh!

Jaring coklat tak memuaskan ..
Stoberi tu pulak, gedabakkk besar.Malas pulak nak potong dua...kalau sifu mat guna mocha untuk mousse, aku taruk cappucino ye.Sebab takde stok mocha pulak.hehe..Kira adik beradik la cappucino dan mocha tu...Paling tak pun sepupu sebelah bapak.Kira olah sikit ja dari resepi asal.Haaa...

Sedappps...
Baeklah, nak kata soal rasa.....aku nak pejam mata lama-lama.. Ya Allah sedappppnyerrr!Kek ni kena letak dalam fridge, kalau letak kat luar lama-lama nanti mousse tu cair.Terima kasih sifu mat untuk resepi yang mabelesssss ini.

Cappucino Mousse Sexy Cake

Bahan-bahan kek:
  • 125g mentega
  • 2 camca besar penuh serbuk koko
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 camca teh mocha flavour **aku guna Cappucino Emulco, **wink2 kpd sifu mat
  • 2 biji telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus (cm kurangkan 2 camca besar) ** aku kurangkan jugak
  • 1.2 camca besar ovellete
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)

Bahan-bahan untuk mousse:
  • 140g coklat masakan
  • 1 camca besar halal gelatin
  • 100 ml air suam
  • 2 putih telur
  • 200g whipping cream (simpan dalam peti sejuk)
  • 40g gula kastor

Bahan untuk hiasan:
  • Buah strawberry segar secukupnya
  • Sedikit piping jelly
  • Parutan coklat secukupnya
  • Parutan coklat putih secukupnya**aku tak letak
  • Serbuk koko secukupnya
  • Roll Wafel**aku tambah je

Cara membuatnya:

Kek : 
  1. Panaskan oven pada suhu 180'c, lenser tin bulat 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minya, lenser juga kertas tadi.Ketepikan.Satukan mentega, susu segar dan serbuk koko dalam periuk.Masak dengan api kecil sambil dikacau hingga mentega cair dan kesemua bahan larut.Tak perlu mendidih.Matikan api, masukkan perisa cappucino* kacau rata dan biar sejuk.
  2. Putar gula dan ovellete hingga rata, masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat seperti adunan kuih bahulu.Perlahankan kelajuan, masukkan bancuhan koko dan tepung secara berselang seli hingga habis, gaul rata.Tuang dalam tin dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Keluarkan kek dan biar sejuk atas jaringan.
Mousse : 
  1. Satukan gelatin halal dengan air suam, kacau rata dan  biarkan sekejap.Cairkan coklat secara double boiler, kacau rata dan masukkan bancuhan gelatin.Gaul hingga sebati, ketepikan dan biar sejuk.Putar telur putih hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar hingga kental (Meringue).Ketepikan.Kemudian putar pula whipping cream sejuk hingga kental dan jangan terlebih putar bagi elakkan ia cair.
  2. Satukan whipping cream dengan coklat, gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati.Masukkan pula meringue dan gaul hingga sebati.Bahagi kepada 2 bahagian sama banya.Ketepikan
Cappucino Mousse Sexy Cake:
  1. Kek dipotong kepada 2 kepingan.Sediakan cake ring berukuran 8 inci.Letak atas cakeboard.Ambil sekeping cake dan alas ke dasar acuan, tuang 1 bahgaian mousse ke atasnya, ratakan. Berhati-hati lapiskan dengan sekeping lagi kek dan tuang baki mousse tadi.Ratakan dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
  2. Panaskan pisau nipis, kemudian sisipkan pada sekeliling kek, berhati-hati tanggalkan kek ring tadi.Tabur serbuk koko di atasnya.Kemudian hias dengan parutan coklat,strawberry sgar yang terlebih dahulu disapu piping jelly untuk mendapatkan kesan berkilat dan segar.Simpan kembali dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.


Terima kasihhh kepada sifu Mat Gebu untuk resepi yang owsemmm ini.

Selamat mencuba, salam hormat!


Friday, May 4, 2012

Super Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua, selamat menjalani kehidupan seperti biasa. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bercuti rehat hari ini ... ada perkara perlu diselesaikan sebelah petang nanti, beberapa urusan peribadi.

 Yesszaaa.. jangan shutdown atau close tab dulu skrin anda.. ye la, memang betul aku update belog ni.Eh eh.. macam tak caya je kan, baru semalam update, hari ni update lagi.Ahaks..
Kalau semalam dah upload ciskek yang simple... hari ni dah tentu resepinya simple juga....

Jom tengok dulu... jangan malu dan jangan sengan.

Super Moist Chocolate Cake

Wallah!Cantik nama sesedap rasanya jugak..... sebelum ni pun ada beberapa kali aku buat kek ni, dengan resepi yang sama..sebabnya, ia sangat mudah disediakan selain bahan pun tak banyak.

Lembap sangattt...rasa coklat yang enak!

Semalam, balik je dari tempat kerja tu terfikir la nak buat sejenis kek yang simple, sekadar untuk habiskan stok bahan-bahan yang ada.Cuma ambil masa 15 minit untuk sediakan adunan, dan 45 minit untuk tunggu kek ni masak.Memang berbaloi kan....kalau nak decorates, kena tunggu ia sejuk.Jadi aku biarkan ia semalaman...

Memandangkan hari ni aku cuti, kesempatan yang baik untuk bersarapan dengan kek ni... haha...yela, ingatkan nak tidur lama sikit, tapi dah terbangun seperti biasa.Alhamdulillah, boleh la berkerja di rumah sikit kan... basuh baju, kemas bilik serta meluangkan masa bersama anak-anak.....kuceng.

Yummilicious ...

Mana tahu sempena hari ibu yang akan datang, ada anak yang nak buatkan kek untuk ibu mereka, begitu juga suami atau bapa yang nak beri kejutan pada si isteri... jangan malu-malu nak berkarya di dapur..hehe...

 TQ kepada Chef Zubaidah, sis Along Roz & sis Hasue untuk resepi mudah ni...
Bagi kengkawan yang nak cuba buat.. boleh ikut resepi ni...


Moist Chocolate Cake
(Kek Coklat Lembap)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
Sumber: HaSueAlongroz@myresipi.com
Sharing by:Ryo @ ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1 st Baking Powder

Cara membuatnya :

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:

Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
Selamat mencuba ...

**Takziah juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Bob Kuman, atau nama sebenarnya Husni bin Mohd Rawi yang telah kembali kerahmatullah semalam.Umum dah tahu, arwah ada masalah kesihatan sebelum ini. Al Fatihah.

Wednesday, October 19, 2011

Chocolate Oreo Jelly

Salam pagi,
Kembali lagi kan.....dah lunch ke belum ni?

1st,aku tergamam la sambil nak ucapkan jutaan tahniah kepada my sis HaSue kerana kecemerlangan talian sehingga membolehkannya membuat banyak entry dalam masa kurang 24 jam!Amazing............ahaks.(Lari dulu...)

Wallawey,kali ni aku nak tayang jelly lagi.haishh...tak habis2 ngan desert kan....yela,menda2 yang simple ni seronok buat taw.Ahaks...

Chocolate Oreo Jelly

Sebelum ni nampak jelly di kat ruang dapur Kak Ummi,lepas tu ada jugak jelly ni berlegar kat DTS....Keberhasilannnya kurang menjadi macam kak ummi buat.Tak tahu lah kenapa ye....hasil yang aku dapat ni lebih kurang macam jelly CMG...serbuk koko tu tak turun bawah pun...yang penting,tetap sedap lah kan.Lebih2 lagi kalau dimakan sejuk,memang terangkat!haha...

memang sedap...

Part bahan ada derhaka sikit je,......nak pakai susu segar,tapi rupanya 2 kotak susu segar dah expired!Haha..Pasal lama sangat duk dalam esbok,tapi tak pakai2 jugak.hihi..(yelah,aku kalau beli stok,suka nak mendua2 kan mereka)kekadang benda yang belum nak pakai pun beli...(jangan amalkan ye..)...Bila susu dah x boleh pakai,aku bancuh serbuk krimer coffee mate seperti sukatan susu segar tu jugak.Hasilnya...lemak2 berkrim!hihi

rasa coklat yang hebat!

Meh jenguk jelly Kak Ummi di sini, dan jugak jelly yang dibuat oleh CMG di sana . Sampai kat sana nanti sampaikan salam kat mereka ya.hihi....

p/s :maaf la..x sempat nak beli sudu emas ala2 CMG..*larikkkkkkkkk......................

Jom cuba resepi nya..TQ ya kak ummi & kak ros,cnp disini.

CHOCOLATE OREO JELLY
Resepi: Ros @ Jintan Manis
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home
Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Dikongsi oleh : Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )

  • 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar) )(*akak tukarkan dengan serbuk konyaku jelly)*ryo pakai 10 gram serbuk jenama layang2
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan) (*akak letak 1o keping...hehe)*ryo letak 10 keping jugak
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)*ryo ganti dengan bancuhan krimer coffemate
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:-
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut. (*akak masak dulu serbuk jelly dengan air hingga mendidih dan masukkan gula, kacau hingga larut)*ryo masak dulu serbuk bersama air hingga larut
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak.

Aku xda anak2..jadi seperti biasa,bawak gi opis..memang laris.hahahaha...

Selamat mencuba!!

Monday, October 10, 2011

Kek Coklat Lembap

Assalamualaikum ...

Halloww.....pe khabar kengkawan blogger???
Moga sihat semuanya,agak lama jugak blog ni menyepi tanpa menu terbaru kan.
Hari ni tetiba rajin nak mengentri,cuma malas menaip panjang2.haha...

Sebelum ni aku dah pernah wat kek coklat lembap ni...copy resepi dari belog my sis.Dia kira dah khatam la wat kek ni kan..nak disedapkan cerita,mungkin x perlu sukat dah.Main campak je bahan sambil nonton Delia's How To Cook kan.........*lariii...


Kek Coklat Lembap

Kali ni tetap letak chocolate ganache,cuma topping nya tu aku letak la kepingan almond 'seadanya'..memang sedap kek ceklat gini ha...simple dan kecoklatannya terasa sangat.

Aku share lagi resepinya kat sini k..TQ kepada semua yang terlibat.Minta izin tampal resepinya di sini taw.

Kek Coklat Lembap (Moist Chocolate Cake)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sharing by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder
Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.
Penyediaan chocolate ganache:

Bahan2:
  1. 150g coklat masakan
  2. 65ml whipping cream
  3. 1 sudu teh mentega

Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Kacau lagi sehingga benar2 sebati(guna handwhick). Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat)-(dalam dua minit) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
Jadi...apa tunggu lagi....jom wat kek ni...nak tengok resepi yang aku copy, Klik Sini.Atau nak lihat post yang terdahulu,klik sini .

Happy cooking!

:)

Thursday, September 29, 2011

Homemade Choco Chocolates

Yeay!dah tengahari..

Salam tengahari pulak,dah lunch ke...
Sedar tak sedar,Syawal berlalu...tiba pula Zulkaedah bersama kita lalui.
Selamat menunaikan ibadah haji bagi jemaah pertama yang bertolak hari ni...

Tadi jenjalan kejap singgah ke belog rerakan blogger yang lain.Penat panjat rumah diorang yang tinggi2 belaka taw...ingatkan nak kutip labu,rupanya tuan rumah tingkat 17, kak Izahdaut dah siap sorok labu2nya tuh.

Okeh,kali ni nak tayang cokelat!
Kebetulan lalu rumah sis HaSue tadi tayang kek Coklat Lembap kan.huhu.mementang internet beliau selalu lembap,kek coklat pun terkena tempiassss.hihi

Taraaaa!!!

C.O.K.L.A.T

Homemade Chocolates (Ferrero Ryo's)

Firstime wat coklat sendiri kat rumah ni...kebetulan merayau dalam bakery shop arituh..teserempak dengan choc mould nih!Dia yang menyapa aku dulu,jadi aku bawak la balik rumah.Boleh la buat chocolate brand Ferrero Ryo!hahahaha....

Guna Dark & White chocolate compound

Nak buat choc ni kena ada chocolate compound jugak.Nak guna cooking chocolate pun boleh juga.Kita cuma acuan kan balik je pun.Nak tambah filing,lagi best.

Ferrero Ryo's .. ahaks!ko ader?

Sebenarnya banyak lagi corak mould ni.Aku beli sekeping je.Dalam sekeping tu ada dua corak dan banyak2 lubang.Cuma masukkan coklat ke dalam tu je.Simple.

versi marble pun ade...

Next time nak buat lagi.sesuai la kalo nak hadiahkan kat kengkawan atau sebagai manisan untuk majlis keramaian.Comel je..

Nak try buat gak ke?jom cuba...

Homemade Choco Chocolates (Ferrero Ryo's)
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan :
  • Chocolate compound secukupnya (Dark/White)
  • Choc Mould.(acuan)
  • Almond/Peanut/hazeknut *optional,kalau nak letak filing
Caranya :
  1. Cairkan chocolate compound dengan kaedah double boiler.Biar sejuk kejap.
  2. Masukkan ke dalam piping bag,*hati2 ye..panas lg tu.
  3. Picit ke dalam acuan coklat tadi.Nak masukkan filing boleh,x letak pun takpe
  4. Kalau guna white choc tu,boleh warnakan ikut kesukaan la.
  5. Biar sejuk,masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Dah siap!
Selamat mencuba !

Monday, September 26, 2011

Kek Lapis Cheese Persona

Salam Isnin...
Apa citer kekorang hari ni?hari ni aku saja ambik cuti...
Ada beberapa perkara aku nak settle kat luar.

Ni ha,lagi entri yang terperam.Kek Lapis Cheese Persona namanya.Antara resepi yang ditunggu2 oleh kengkawan,keluarga dan sanak saudara.Alah,lepas raya pun boleh lagi buat kek kan....Kek ni aku buat masa sis HaSue aku balik kampung baru2 ni.Sempat la jugak dia tengok cecara aku buat serta merasanya sekali.Hihi..

Taraaa!!..

Kek Lapis Cheese Persona

Korang ingat lagi tak entri aku pada bulan Mac lepas??Klik SINI .Kat situ aku ada tayang jugak kek ni ha,namanya panjang sikit kat situ.Sebenarnya kek ni banyak permintaan resepi sejak 1stime aku buat dan bawak ke majlis ramah tamah tahun lepas.Tapi belum jugak tercapai nak masukkan sebagai entri blog.Alhamdulillah,dengan limpah kurnianya,maka kerajinan itu terbit dari sanubariku,baru-baru ini.Kira mendapat hidayah lah jugak...

Rupa kek yang baru dikeluarkan dari fridge

Hasil adaptasi serta imaginasi,maka terhasil lah kek ni yang aku sendiri pun tak tau nak letak nama apa bila ditanya.Bila dah banyak kali ditanya,kena jugak la aku buat nama kan....Kaedah nak buat kek ni mudah je..sangat mudah.Rasanya anak2 korang pun leh buat sambil tutup mata je.Paling best,tak perlu tepung..tak perlu telur.

Dah potong & it's ready to serve...

Ada beberapa orang opismate yang telah mencuba untuk buat kek ni,tapi hasilnya tak sama.Ada yang terlalu lembik,ada yang terlalu cair.Hasil posmortem,jenis biskutyang digunakan serta adunan cheese memainkan peranan.Konsep macam buat rumah,kalau batu bata tu lembut,simen cair sangat,goyang ler dinding rumah kan. (ada ke batu bata lembut?)

Aku gunakan biskut jenama LEE, (siap ada harga lagi tu RM 3.35)....hasilnya sedap,lembut!Cubaan kengkawan lain guna biskut Munchy's dll sebelum ni x memuaskan.

Biskut Marie Coklat (Jenama Lee)

Kalau kat tempat aku,susah pulak nak dapat biskut ni sekarang...mungkin pengeluaran terhad atau memang biskut ni laris lah kot.So,kalau aku nampak biskut ni memang kena ambik banyak sikit buat stok.Haha..Pakai dalam 600 gram je pun,(hampir2 2 bungkus la..)

Jom kita tengok resepi ringkas serta cecara nak buat.
Mana tau nak bawak gi opis kan..


Kek Lapis Cheese Persona
by : ryo@ryoazhar.blogspot.comhttp://ryoazhar.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-cheese-persona.html

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Simple je!

Selamat mencuba....

Friday, August 19, 2011

Vanilla Muffin dengan Coklat Cadbury

Salam Ramadhan sekali lagi..
Bersua kita untuk entry seterusnya,
Tiada entri sehari dua,bukan beerti laman belog hijau ini terus dilupa..
Jauh sekali melupakan anda semua.cheywaahh!

Tapi,kekangan yang berlaku selama 2 hari amat perit dirasakan.Tetiba talian internet seakan terganggu,bukan disebabkan gangguan jin serta makhluk halus (sebab diorang kan kena ikat bulan ramadhan ni kan..hihi)..mungkin gangguan berlaku selepas ribut kuat melanda daerah ini beberapa hari yang lepas.erm..

Takpelah,gigih jugak nak share entri ni ha..muffin vanila yang aku cilok dari rumah Izahdaut,namun ku adaptasikan dengan 'menjatuhkan' sepetak coklat cadbury di atasnya.hihi..

Tengok ini...

Vanilla Muffin dengan coklat cadbury

sebelum dibakar..

Ting!dah masak dah..

Meh share resepi ini..(setelah dimodifikasi)

VANILLA MUFFIN + Coklat Cadbury

resepi asal: resipicitarasawan.blogspot.com/2010/10/vanilla-muffins
sumber : Izahdaut
shared by : Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 125 gm mentega di cairkan
  • 150 gm gula kaster
  • 2 biji telur
  • 250 gm tepung kek / tepung serbaguna
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam
  • 70 gm susu segar
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 bar coklat cadbury *optional
Cara Membuatnya :
1. Satukan telur, esen vanila dan gula, pukul menggunakan hand whisk hingga sebati.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, kaup balikkan ke dalam adunan telur berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
3. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul hingga rata.
4. Letakkan coklat cadbury di atasnya.
5. Bakar di rak atas pada suhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit atau hingga masak

Terima kasih ye kak Izahdaut!...

Resepi asal, KLIK SINI.

Selamat mencuba ...



Monday, July 11, 2011

Muffin Coklat

Salam pagi..selamat hari Isnin..

Pergh,mungkir janji lagi..hari tu aku kata nak update.nak update...tapi disebabkan x berapa nak ada masa....lambat la proses pengapdetan belog aku nih...

Hari jumaat hari tu,sempat jugak aku gi nonton Transformer...lepas balik keja tu terus la aku pecut.Member dah beli ticket dah.Siap ugut aku lak tuh.."Ko kat mana ni??kalo lambat,aku masukkk!..Kejapp.kejap..kataku sambil memandu...Movie start kul 6.30 ptg,dia call lagi.."Kalo ko takde jam 6.25,aku masuk ni..."..Dengan relaks tapi laju aku bawak keta..Alah,aku tau,member aku ni tetap tunggu punyerrr.......sempat jugak la kan.Cuma tak sempat makan beli popkon!Tak leh nak krup krap kruppp....ngee..

Sabtu pulak,aku duty pagi untuk segmen Warna-warna MiriFM...1stime aku on air pagi weyhhh..tetiba aku buat topik kenduri kendara...motippp???Nasib baik berjalan lancar...cuak jugak takut ada caller sibuk berkempen untuk BERSIH tu.haha...

Hari ahad,baru la aku ada masa sket melakukan aktiviti santai..main tiup-tiup tepung..errrr..pendek kata,tengok je apa yang aku buat ye...jom jom..

Berjalan-jalan sambil membawa buku nota (nak nyalin resepi)...ingatkan nak terus ke rumah izahdaut.Tapi sebab kaki lenguh berjalan,TERsinggah pulak ke rumah KakNor..mulanya cuma nak mintak la secubit garam je kat beliau.Tapi terambik lak rsepi asal muffin coklat ni.Kemudian aku wat tambah-tambah ler pulak.Kira terbuat penderhakaan terhadap resepi ni.huhu...ampun hakakkk..


Muffin Coklat 'Heavy'

Rasa coklat yang hebat!

Kenapa aku leh kata muffin coklat ni 'heavy'???Sebab,bila tambah sket bahan-bahan tu...muffin rasa sangat 'berat',pekat,sedappp,dan terasa kecoklatan nya!!Mmmmmphh!


MUFFIN COKLAT heavy.
by : Kak Nor & Yani

shared by : Ryo@ryoazhar.blogspot.com
  • 200g coklat masakan
  • 50 g serbuk koko*aku tambah
  • 100ml whipping cream*aku tambah jugak
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  2. Masukkan juga serbuk koko.
  3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair & whiping cream
  4. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  5. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati.
  6. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  7. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  8. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  9. Dah siap!
Terima kasih kepada tuan resepi...

Selamat mencuba!

Thursday, July 7, 2011

Kek Batik Jawa

Selamat petangg!!!!!

Hari Khamis dah..korang pakai baju batik tak???alah,pakai kain batik bunga2 pun takpe..batik gak namanya tuh...teringin lak nak gi kilang batik Terengganu atau Kelantan..bila agaknya boleh gi..

Huh!hari kedua tempek GA tuh,sumer dah surrender awal2 tak mo join...nampak sangat la belog aku tak laku.Haha..isk isk..

Tapi takpe,meh kunyah2 kek batik ni dulu...biasa kitorang panggil kek batik jawa je..kek ni turun temurun belajar dari hakak sulung aku...sis HaSue penah gak tayang kek ni dulu kan...Eh,ada ler. Klik sini.

Kek ni sedap sebab ada rasa coklat...Yerlah,kalau dah ada perisa coklat ni..batu pun sedap ditelan kalo korang calitkan sket coklat masakan kat atasnya tu..Tak caya,g la try..ehehs..

Tengok..tengok..walaupun tak tersusun rapi,menjadi la jugak..walaupun dah lama aku tak buat kek batik ni...first aku buat kek nih masa aku sekolah dulu tingkatan 4.Masa tu buat kat rumah sis HaSue aku masa dia nak wat open house kat Telaviv.Betul tak sis???cepat angguk!!!



Sebab bahan2 ni sama je..aku copy paste je resepi dari belog dia k.Malas ler nak taip balekkkkkkkk....

Kek Batik Jawa
sumber:sue@sue-hasue@blogspot.com
shared by :ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2:
  • 330g mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 5 biji telur-gred c
  • 1/2 cawan susu pekat/krimer manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/4 bungkus biskut marie cap ayam(ikut banyak mana nak letak)(biskut nih lebih putih dan sesuai digunakan)-JANGAN DIPATAH2KAN
  • 2 cawan milo/vico(letak lebih sikit pun takpe)
  • 1 sudu besar browning sugar
Caranya:
  1. Pukul mentega/marjerin bersama gula sehingga sebati,masukkan telur satu persatu sehingga habis.
  2. Masukkan esen vanilla,susu pekat dan milo/vico. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Sementara itu,sediakan loyang/bekas yg sesuai. Alas dengan plastik keseluruhannya. Ketepikan.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana, masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan kacau sentiasa sehingga adunan bertukar warna dari coklat kepada kehitaman dan mula memekat
  5. Apabila sudah pekat keseluruhannya,baru masukkan biskut marie. Pastikan jangan sampai pecah minyak kerana ini akan menyebabkan minyak meresap ke dalam biskut dan membuatkan biskut lemau/tidak rangup
  6. Cedok dalam 2 senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan..-Cadangan>gunakan beg plastik yang kecil dan di dalamnya dilapik kitchen paper yg dilipat tebal untuk menekan adunan,elak dari panas
  7. Tekan padat adunan supaya nampak kemas. Pastikan juga dkemas bahagian penjuru loyang/bekas.
  8. Apabila sudah rata,masukkan lagi adunan dan ulangi langkah tadi sehingga adunan habis.
  9. Sekali sekala,hentakkan loyang untuk memastikan ia benar2 kemas dan teratur.
  10. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati bila2 masa.

Selamat mencuba!

:)

Tuesday, May 10, 2011

Tempahan: Happy Birthday Eisya

Selamat pagi..
rasanya masih pagi lagi ni walaupun jap lagi dah nak tengahari kan..
Jimat dan senang kira, korang terima je lah ucapan selamat pagi aku ni...

Ehhmm..sempat gak g tengok award yang aku bagi ari tu,Alhamdulillah,ada jugak yang gantung walaupun ada gak yang 'terpaksa'..yelaa,award aku tu frame guna papan lapis je....kalo guna kayu Jati baru elr org berebut nak ambik.. (mode: merendah diri)

Tengok kat shoutmix td ada tempahan cupcakes dari sis Sihzmah. Maaf lah yer lambat respon lak pepeagi nih sebab ada beberapa tugas rasmi yang perlu diselesaikan..(berbelog ni kira tugas rasmi ke-2 la kan..) hahaa..

Bila baca je pasal cupcakes nih,baru teringat ada satu tempahan hari tu belum diupload kat sini haa...jom saksikan tayangan amal 2 minit.


"Happy Birthday Eisya 4 Tahun"

Topping: Ganache & Buttercream

Haaaa...ni untuk 25 pieces nyer cake.Setiap satu cup tu letak satu huruf.Nak deco terlampau tak boleh la sebab ruang pun x cukup..kalau semak sangat cupcake tu,tak cantik jugak...hehe...

Yang ni cake perisa coklat,topping nya pulak letak ganache yang ditaburi oleh cecoklat rice..Then barulah dideco dengan ayat-ayat cinta daripada buttercream...
Menurut Puan Jan yang menempah ni,sepatutnya ada 25 biji cupcakes,tapi bila dah sampai rumah....huruf-huruf tu jadi tak cukup la pulak sebab anaknya dah makan cake tu dalam keta masa ondaway balik ke rumah...ngeee....

Apapun,thank you yer Puan Jan atas tempahan anda...

:)

Tuesday, May 3, 2011

Happy Birthday Miss Ogy's : Chocolate Slice Cheese Cake

Ngeee...nak tayang lagii..nak tayang..

Kali ni tayang kek pulak..
Kek ni dibuat sempena bufday opismate aku,Miss Ogy...sebab tak sempat nak beli kek semalam,aku pun tekad ler nak buat kek ni malam tadi untuk bufday dia..

Kat opis kitorang ni memang ada kumpul dana untuk sambut bufday setiap sorang staf...tu la beriya nak buat tu..kang kalo takde keknya,sedih pulak dak ogy nih..haha..


Choco Slice Cheese Cake

Nampak cam kek bufday ler jugak kan..

Dalamnya memang moist!

Kek ni aku buat malam tadi,sama cam resepi Pandan Slice Cheese Cake yang aku pernah buat sebelum ni. Beza nya cuma pes pandan tu aku tukar kepada pes chocolate..

Tang deconya pulak simple je..saluti dengan krim coklat,pastu celorengkan dengan ganache.Hahaha.....mana taknya,,aku cuma ada masa sejam nak deco tuh..(masa lunch hour tadi aku balik kejap..ekspres!)..

Nak buat bunga x berapa nak menjadik..sebab buttercream tu x sempat2 nak relax dlm fridge..aku terus pakai.sbb tu x berapa nak ummmpph!Tapi still ok lagi...

Yang penting,bakar kek ni memang kena pakai bain marie yer..baru sedappp..

Selamat mencuba!

:)

Sunday, May 1, 2011

Roti Choco Chocolate Chips

Salam pagi sekali lagi..

Dah breakfast ke belum ni?
Mode nak kuar kejap lagi...tapi sempat gak buat roti.

Jom tengok...

Roti Choco Chocolate Chips

Hasil dari ilmu meroti yang aku cedok dari www.jintanmanis.com ...
Sebab xde bread maker nyer machine,aku guna kaedah simple tu je.hahaaa...masuk semua bahan dlm plastik (makesure pakai plastik baru ye)..lepas tu ramas2 je,baru uli dlm bekas...

Nak try gak??

Bahannya :

  • 250 g tepung high protein
  • 2 sm serbuk coklat*serbok koko boleh juga
  • 1 ts instant yeast
  • 1 ts bread improver
  • 1 sm gula
  • 1 1/2 sm butter/margerin
  • 1oo ml air suam
  • 70 ml susu segar
  • 1 cawan coklat chips

Caranya :
  1. Masukkan semua bahan,adun hingga sebati (bagi yang ada Bread Maker)
  2. Aku belum ada BM nih,pakai plastic je..masukkan smua bahan tu..
  3. Ramaskan selama 10 minit
  4. Keluarkan dan uli dalam bekas,kira2 x melekat kat tangan la..
  5. Tutup dengan pembalut makanan,biarkan mengembang lebih kurang 30 minit.
  6. Tumbuk untuk keluarkan angin,masukkan dalam tin pembakar roti yg dah di gliskan sikit ngan butter.Biarkan lg selama 45 minit.
  7. Masukkan dlm oven yg telah dpanaskan terlebih dulu.
  8. Bakar selama 20 minit dgn suhu 170'c.
  9. Bila dah sejuk,boleh la dihidangkan..
Selamat mencuba!!

:)

Thursday, April 21, 2011

Super Moist Chocolate Cake...Wallahh!

Gebushhhhh!aku menempa masuk lagi ke blog ni,nak tempek satu menu best..

Korang apacer?makan minum sudah?..

Wah wahh..geng masak2 bukan maen lagi duk tayang menu memasing kan..Sis Hasue & Kak Rosaliza pun tidak ketinggalan ambil bahagian..siap tanya apa menu aku hari ni..jeng..jeng ..jeng..

Meh aku tayang sket,korang tengok je k..

Super Moist Chocolate Cake

Yummyy!

Hambikkk korang!!mesti meleleh je air liur tengok kan???Kalo banyak sgt meleleh,jgn lupa tadah,nanti leh bikin yogurt.muahahahaha.

Resepi ni sebenarnya aku cedok dari sis HaSue,sejak beliau tayang2 hari tu mmg kepala aku duk teringat ngan stok serbuk koko yg ada kat umah.Kebetulan ada kelapangan,aku pun buat la ikut resepi yg beliau kongsikan...



Nak aku suap tak??

Mmg sedappp!moisttttt sgt seperti yg diwar2kan...tang prop serta coklat gulung tu yang aku suka..Masa hiris choc tu nak dibuat ganache,rasa macam cantek je choc tu bergulung...sbb tu yg aku letak skali jd hiasan tuh.

Korang pun kena test try gak nih...

Super Moist Chocolate Cake
Sumber : HaSue
Sharing by : ryo azhar


Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.*guna chocolate rice pun ok gak

Penyediaan chocolate ganache:

Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
Ngeee..itu je la aku nak tunjuk..kalo nak rasa,mcm biasa la kena try buat sendiri..baru puas hati.Hahaha....

Kalau nak tengok apa yg aku tengok dr lemari sis HaSue ,
klik sini > Nak tengok kek chocolate moist sis HaSue pulak!

Selamat mencuba!

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...