The Followers

Showing posts with label kek lapis. Show all posts
Showing posts with label kek lapis. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Kek Lapis Instagram versi II

Assalamualaikum.
Salam Aidiladha untuk semua ya.Walaupun Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah disambut esok, aku masih lagi kat opis.Hmm,aku pasti ramai juga yang camtu kann?Tak kurang juga yang dah siap ambik cuti nak sambut raya ni...ada juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing.Di desa kasihku tertumpah katanya.

Ada sesetengah rakan yang berada di Semenanjung kata, Aidiladha di sana lebih meriah dan hebat sambutannya berbanding Aidilfitri.Mungkin juga di sesetengah kawasan.

Berlainan kat negeri aku Sarawak, khususnya kat tempat aku,...Lepas sembahyang raya tu aktiviti berjalan seperti biasa.Kalau ada nak buat juadah pun untuk family ja.Jarang sekali buat open house, melainkan kalau ada ahli keluarga yang pegi tunaikan haji, adalah kenduri yang di anjurkan. Ibadah korban tetap ada di sana sini.Selebihnya,mungkin berehat dirumah,beriadah atau pegi bercuti ke tempat-tempat lain selain tido.Haha

Nak buat kek raya?...Jom.

Kek Lapis Instagram

Kek lapis Instagram ni sebenarnya dah pernah tayang sebelum ni.Klik Sini.
Dah banyak kali ulang buat kek ni...permintaan dari family dan rakan-rakan. Versi yang terdahulu, gunakan 250g butter.Tapi untuk versi yang ini dan yang sebelumnya, aku dah edit sikit, pakai loyang 8.5".

Versi II ni lebih lembut....

Kek Lapis Instagram (Saiz 8.5"x8.5")
by: Ryo ( ryoazhar.blogspot.com)

Bahan A:
  • 454g (16oz) mentega
  • 1 cawan gula halus 
  • 1 tbs ovallette
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 2 cawan tepung hong kong, diayak

Bahan B :
  • 1 tsb coklat emuco ATAU 1/2 cawan coklat masakan + coklat cip secukupnya *optional -warna coklat
  • 1 tbs pandan paste - warna hijau
  • 1 tbs strawberry paste/strawberry filling - warna merah
  • Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain
Caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 220'c,api atas bawah.(bergantung kepada jenis oven).Sediakan tin bersaiz 8.5"x8.5", sapu sedikit mentega dan alas dengan baking paper.
  2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
  4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1 cawan.Lebih kurang gitulah.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.)
  5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan kek menggunakan penekan khas.
  6. Tukar kepada api atas sahaja.
  7. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis.
  8. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan dinikmati.
P/s: Untuk rasa yang lebih nikmat, simpan semalaman dalam peti sejuk, keluarkan dan biarkan ikut suhu bilik.Potong dan hidangkan.

Selamat mencuba :)


Wednesday, September 25, 2013

Kek Lapis Idola

Assalamualaikum...salam Rabu ye.
Hari ni 'berazam' untuk siapakan entri ni.....kalau terpublish, siap la maknanya tu.Ahaks

Semalam dah tayang kat Instagram dan FB...ramai lak yang tanya termasuk inbox nak resepi kek lapis Idola ni ha. Aku buat malam Isnin lepas, balik keja tengok ada bahan-bahan.Tetiba rajin nak buat.Itu pun ada banyak lagi baki bahan-bahan yang tak pakai lagi.Hmm..

Seperti biasa, aku kalau nak buat kek lapis ni nak yang simple je lah.Nak cantik memang tak.Layankan dulu gambarnya sebelum merangkak ke arah resepi.Jom..

Kek Lapis Idola

Kek Lapis Idola 
by: Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 16oz/454g mentega
  • 10 biji telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan gula
  • 1 paket serbuk santan
  • 1/2 susu pekat 
  • 1 tin kecil seri kaya
  • 1 sb ovellete
  • 2 1/2 cawan tepung hong kong
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 1 cawan serbuk milo
  • 1 sb serbuk koko
  • sedikit pewarna kuning *optional

Caranya:

  1. Sediakan loyang bersaiz 8x8,gris dengan mentega dan alaskan dengan kertas pembakat/kertas minyak pada dasarnya.
  2. Panaskan oven api atas bawah, suhu 220'c, bergantung kepada jenis oven.
  3. Pukul mentega,gula dan ovellette hingga kembang.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan perlahan.Setelah habis,tambahkan kelajuan.
  5. Masukkan esen vanila,susu, dan seri kaya.Pukul hingga sebati.
  6. Seterusnya, masukkan pula serbuk santan,tepung dan serbuk horlick.Pukul lagi hingga sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.2 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning atau biarkan sahaja dengan warna asal.
  8. Bahagian yang selebihnya pula , masukkan serbuk milo,dan serbuk koko.Kalau nak lebih pekat lagi boleh tambahkan coklat emulco.*optional boleh ganti dengan coklat masakan.
  9. Lapiskan 1 bahagian warna asal dengan sukatan 1 cawan.Ratakan dalam loyang, bakar menggunakan api atas hingga masak (lebih kurang 5-7 minit).Sebelum melapis adunan seterusnya, tekan sedikit permukaan kek dengan penekan khas.Ulang kaedah hingga habis bahagian 1.
  10. Lapiskan pula dengan adunan berwarna coklat.Guna kaedah yang sama hingga habis
  11. Selepas adunan coklat habis,lapis lagi dengan bahagian warna asal.Ulang proses hingga habis.
  12. Setelah masak setiap lapisan, biarkan kek sejuk.Masukkan dalam peti sejuk atau potong dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba :)


#Edited: Serbuk milo tu boleh ganti dengan coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boiler.Guna 1 cawan pun boleh.Mula aku nak guna coklat, tapi terfikir nak wat benda lain pulak ngan coklat itu.Hihi.




Wednesday, July 24, 2013

Kek Lapis Instagram

Assalamualaikum...

Salam Ramadan ke-15 hari ni.Tak terasa dah separuh perjalanan kita dalam bulan ramadan kan?
Ikut pemerhatian aku, bazaar ramadhan pun dah mula sunyi.Tak lama lagi gaji, insyAllah akan meriah kejap.Pastu masing-masing akan sibuk buat persiapan nak sambut raya.

Korang dah apply cuti raya ke?Kalau yang dapat balik bercuti raya tu banyak kan bersabar ye, giliran orang lain pulak nampaknya tahun ni.Macam-macam jenis persiapan yang nak dibuat menjelang perayaan, ada yang beraya sakan tukar itu ini, ada yang lebih selesa untuk besederhana.Alhamdulillah, aku pilih untuk besederhana seperti biasa...dan apa yang pasti, baru je pagi tadi hantar kain kat tailor nak suh buat baju raya.Nasib tailor tu kenal aku.Dari awal tahun dah dia suruh hantar...tp tak hantar2 jugak..Ada masa nak gi tengok jugak baju2 ready made...takut tak siap lak nanti kan.Salah siapa?Tepuk dada, tanya selera...ehh!

Ramai yang dah mula buat biskut, kek dan hamper raya.....tak kurang jugak yang cari resepi-resepi kek atau biskut yang baru kat gugel.Hiks..kalau anda salah sorang dari pencari itu, terima kasih kerana tersinggah kat sini.Jom, aku kongsi resepi baru untuk kek lapis....tengok gambar ni.

Kek Lapis Instagram
Yesszza....Kek Lapis Instagram namanya..Boleh je lah ye.Gara-gara suka sangat nak belek2 gambar kat Instagram (IG) kan.Hari-hari nampak logo IG tu, timbul pulak idea nak hasilkan kek dengan warna camtu.

Logo Instagram
Hmm, bahan-bahan asas kek seperti biasa.Cuma tambah sikit-sikit untuk pelbagaikan rasa, imaginasi ja.Maaf lapis tak berapa nak kemas.Haha..

Kek Lapis Instagram (Saiz 8"x8")

Bahan A:
  • 250 mentega
  • 1 cawan gula halus *boleh juga kurangkan kpd 3/4
  • 1 tbs ovallette
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk horlick
  • 1 1/2 cawan tepung hong kong 
Bahan B :
  • 1/2 tbs coklat emulco -warna coklat
  • 1/2 tsp pandan paste - warna hijau
  • 1/2 tsp strawberry paste - warna merah
  • Sedikit pewarna kuning dan biru - biarkan plain
Caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 200'c,api atas.Sediakan tin bersaiz 8"x8", sapu sedikit mentega dan alas dengan baking paper.
  2. Masukkan mentega,gula dan ovalette dalam mangkuk pengadun, pukul hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu hingga habis, pukul lagi hingga sebati.Kemudian masukkan susu pekat,horlick dan tepung.Pukul lagi hingga sebati.
  4. Bahagikan kepada 5 bahagian dengan nisbah 1:1:1:1:4.Guna sukatan cawan je, 1=1 cawan.(Warnakan 1- hijau,merah,biru,kuning dan 4 = coklat.)
  5. Masukkan 1 cawan adunan berwarna coklat,bakar hingga masak.Lebih kurang 7-8 minit bergantung pada oven masing-masing.Bila dah masak, tekan sedikit permukaan kek menggunakan penekan khas.
  6. Lapiskan dengan adunan coklat,bakar lagi.Teruskan ulang langkah dengan adunan biru,hijau,kuning, merah dan 2 lapisan adunan coklat hingga habis.
  7. Setelah masak, buka sedikit pintu oven dan biarkan sejuk.Sedia untuk dipotong dan dinikmati.
Selamat mencuba, salam hormat!



Thursday, March 7, 2013

Kek Lapis Tembikai

Hai korang!

Ehh..macam gedik lak mamat ni kan.haha...
Wallawaeyy..tetiba keluar kek lapis lak ni apehal...rajin lak celah-celah malas.

Hari tu, walaupun ada beberapa urusan termasuk appointment doktor segala, alhamdulillah matlamat tercapai siapkan beberapa juadah untuk tetamu dari jauh.Hehe...Salah satu nya Kek Lapis Tembikai ni la...

Rasanya kek ni simple sangat dari bahan dan cara membuatnya.Terdapat juga pelbagai versi kek lapis tembikai yang pernah di kongsikan blogger yang lain sebelum ni kan.Kali ni aku guna bahan asas je..orang bujang kan suka simple...yang penting sedap.Dah habis siap adunan kek aritu, panik kejap bila baking paper kehabisan....so, inisiatif bila takde baking paper boleh la guna teknik gris butter dan tabur tepung je kan.Abaikan lapisan yang tak berapa nak stabil itu..hiksss..

Kek Lapis Tembikai
Kek Lapis Tembikai
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 454g butter
  • 1 cawan gula halus
  • 1 st ovelette
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan susu krimer manis
  • 1 st esen vanila
  • 1 cawan kismis hitam
  • 2 cawan tepung hong kong
  • 50g strawberi emulco
  • Pewarna merah dan hijau secukupnya

Caranya:
  1. Panaskan oven pada suhu 240'c terlebih dahulu.
  2. Pukul butter,ovelette dan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati
  4. Masukkan pula susu dan esen vanila.Kemudian masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
  5. Seterusnya, bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  6. A-3 cawan diwarnakan hijau, B-2 cawan tanpa warna dan C-Adunan selebihnya masukkan strawberi dan warnakan merah.
  7. Griskan tin pembakar dengan butter dan alas dengan kertas pembakar.Boleh juga gris dan tabur tepung
  8. Masukkan 1 gelas adunan A, bakar hingga kekuningan di atasnya.Tekan sedikit menggunakan alat penekan kek atau gunakan belakang sudu, kemudian ulang hingga habis adunan A dan B.
  9. Bagi adunan C, bakar berselang 2 cawan dan taburkan kismis hitam di atas nya.
  10. Setelah lapisan yang terakhir masak,tukar kepada api atas bawah dan turunkan suhu kepada 160'c selama 10 minit.
  11. Bila dah masak, biarkan penutup oven terbuka seketika.Ini bagi mengurangkan suhu yang boleh menyebabkan kek hangus/terlebih masak dan kurang 'moist'.
Updated: Kek bakar macam ni sebenarnya makin lama simpan, makin sedap ...

Selamat mencuba .. :)

Tuesday, September 27, 2011

Variasi Kek Lapis

Salam hari Selasa..

Wah,kali ni salam2 hari pulak kan...mana tau kot2 lepas ni semangat update belog tiap hari.hihi

Hari ni aku dah kembali bertugas seperti biasa.Pejam celik pejam celik lah kan,rupanya kita dah pun berada di ambang2 penutup bulan Syawal yang mulia.Tapi alhamdulillah,petang ni masih ada jemputan ke rumah terbuka,penutup ler nih.hihi...

Pagi ni entri agak ringkas lah ye.nak tunjuk gegamba kek lapis yang aku sempat amik masa gi beraya rumah kengkawan,sedara mara serta kenalan..Kalau pegi beraya,aku memang akan tengok sambil rasa kek lapis dulu...wajib tuh!

Jom layan sama2..

Variasi Kek Lapis

Colourful gituh!

Haha..nak mention satu2,malas pulak sebab x ingat nama2 kek nih...tapi lumrahnya kalau hari raya kat Sarawak ni,terutamanya Aidilfitri,memang menu wajib kek lapis sarawak ni ha...kebanyakan rumah yang kitorang pegi ni wat lapis2 biasa je.(aku pun suka lapis biasa camni)..Kalau lapis yang tunggang terbalik ala2 kek lapis tikar getah tu,memang complicated sikit la.Maunya setengah hari duk depan oven.hihi...

Oklah,aku ada sikit resepi2 kek lapis buatan sendiri,cuma belum di masukkan lagi kan.Haha...tunggu je lah.

Senyum selalu ...

:)

Monday, September 26, 2011

Kek Lapis Cheese Persona

Salam Isnin...
Apa citer kekorang hari ni?hari ni aku saja ambik cuti...
Ada beberapa perkara aku nak settle kat luar.

Ni ha,lagi entri yang terperam.Kek Lapis Cheese Persona namanya.Antara resepi yang ditunggu2 oleh kengkawan,keluarga dan sanak saudara.Alah,lepas raya pun boleh lagi buat kek kan....Kek ni aku buat masa sis HaSue aku balik kampung baru2 ni.Sempat la jugak dia tengok cecara aku buat serta merasanya sekali.Hihi..

Taraaa!!..

Kek Lapis Cheese Persona

Korang ingat lagi tak entri aku pada bulan Mac lepas??Klik SINI .Kat situ aku ada tayang jugak kek ni ha,namanya panjang sikit kat situ.Sebenarnya kek ni banyak permintaan resepi sejak 1stime aku buat dan bawak ke majlis ramah tamah tahun lepas.Tapi belum jugak tercapai nak masukkan sebagai entri blog.Alhamdulillah,dengan limpah kurnianya,maka kerajinan itu terbit dari sanubariku,baru-baru ini.Kira mendapat hidayah lah jugak...

Rupa kek yang baru dikeluarkan dari fridge

Hasil adaptasi serta imaginasi,maka terhasil lah kek ni yang aku sendiri pun tak tau nak letak nama apa bila ditanya.Bila dah banyak kali ditanya,kena jugak la aku buat nama kan....Kaedah nak buat kek ni mudah je..sangat mudah.Rasanya anak2 korang pun leh buat sambil tutup mata je.Paling best,tak perlu tepung..tak perlu telur.

Dah potong & it's ready to serve...

Ada beberapa orang opismate yang telah mencuba untuk buat kek ni,tapi hasilnya tak sama.Ada yang terlalu lembik,ada yang terlalu cair.Hasil posmortem,jenis biskutyang digunakan serta adunan cheese memainkan peranan.Konsep macam buat rumah,kalau batu bata tu lembut,simen cair sangat,goyang ler dinding rumah kan. (ada ke batu bata lembut?)

Aku gunakan biskut jenama LEE, (siap ada harga lagi tu RM 3.35)....hasilnya sedap,lembut!Cubaan kengkawan lain guna biskut Munchy's dll sebelum ni x memuaskan.

Biskut Marie Coklat (Jenama Lee)

Kalau kat tempat aku,susah pulak nak dapat biskut ni sekarang...mungkin pengeluaran terhad atau memang biskut ni laris lah kot.So,kalau aku nampak biskut ni memang kena ambik banyak sikit buat stok.Haha..Pakai dalam 600 gram je pun,(hampir2 2 bungkus la..)

Jom kita tengok resepi ringkas serta cecara nak buat.
Mana tau nak bawak gi opis kan..


Kek Lapis Cheese Persona
by : ryo@ryoazhar.blogspot.comhttp://ryoazhar.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-cheese-persona.html

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Simple je!

Selamat mencuba....

Sunday, March 13, 2011

menu nasi,rendang,& kek lapis *reti masak ke??

Tadi pagi bukak folder 'Open Office Hari Raya' kat dekstop..ternampak lak kelibat gambar2 makanan yang aku masak untuk jamuan hari raya tahun lepas!Seronok gak masak-masak ni sebenarnya kan...paling best bila masakan yg kita buat laris & licin..

Ah haa!jangan sangka orang bujang sorang ni x reti nak masak tau.Meh share sikit gambar2 nih ngan korang...hee..

.:Nasi Serunding Persona :.

Nasi ni pulak aku masak guna 'rice cooker'...bahan2 simple je...beras,air,butter,kismis,sedikit garam,daun pandan & serunding....

.:Rendang Orang Bujang:.

Hahaaa...yang pulak rendang daging.....tumis2 & masak ler seperti biasa,tabur sket daun kunyit,taruk santan..ada rasa cam rendang,HAH!menjadi ler tuh.....

.:Kek lapissss.........:.

Variasi kek lapis pulak......believe it or not...semua kek lapis di atas buatan sendiri!Cantek atau tak cantek belakang kira,yang penting rasanya.hahaa....Terpaksa la korang percaya jugek.Kek Lapis Bumi mmg menu wajib setiap kali hari raya...Ooo ya...leh la jejak kan kaki anda pada blog my sis HaSUe untuk resepi Kek Lapis Bumi nih...(serta pelbagai resepi lain).

Ohohohooooy...Kek Lapis Oreo Ryo pulak aku adaptasikan dari Majalah RASA....Kek lapis Chip Coklat,hmm..yang ni aku buat adunan kosong (asas buat kek)...kemudian campak-campak je masuk seri kaya/jem buah buahan (kalau suka)...buat lapis satu persatu,diselang selikan dgn taburan coklat biji...Yang penting x hangus,menjadi lah tu!

Persona Elegance Cheese Cake....wakaka..yang ni jgn nak pertikai.Aku punya kek,aku sendiri la letak nama...dengan sedikit inovasi,aku tukar biskut cheese biasa kepada biskut marie perisa coklat.Lapis-lapiskan adunan cheese,serta biskut yg dicelup pada susu panas.Simpan dlm peti sejuk!Mula ingatkan x menjadi..tp lepas aku bawa ke majlis tu..respon amat menggembirakan.Siap ada yg bagi A+ utk kek nih.....Mmg simple,tapi sedap werhh....

Bila ada yang tanya nama kek & resepi....ALAMAKKK!belum ada nama lg..xpe,Kek Lapis Cheese Persona Elegance laaa namanya...hahahahaha

Hmmm.I like!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...