The Followers

Tuesday, May 17, 2022

Raya Masih On!

Assalamualaikum,
Rasanya belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua khususnya yang mengenali.

Alhamdulillah, raya tahun ni sempat buat beberapa biji kek raya disamping buatkan order dari kawan2 dan regular customer. Agak lama juga tak baking sebenarnya, last aktif blog mungkin sekitar 2013...tapi baking membaking stop since 2015. Hehe


Kek Lapis Holiday Inn, Kek Lumut, Kek Belacan

InsyaAllah nak start balik lah, cuma tak berani janji untuk konsisten sebab kesibukan melanda. Nanti boleh lah share untuk tatapan di masa akan datang.LOL

Syawal ke 16, kalau di Sarawak ni masih meriah lagi dengan kunjungan dan penganjuran rumah terbuka. Raya masih on! Memang beraya sakan lah lepas 2 tahun tak dapat nak raya kan. Alhamdulillah

Sekian dulu, terima kasih

Friday, February 11, 2022

Mungkinkah?



Assalamualaikum wbth, hai semua.

Apa khabar tu...masih ada yang sudi singgah ke laman ni? 

Tergerak hati nak kembali ke blog yang lama ditinggalkan...banyak kali percubaan untuk come back, tapi gagal. Mungkin kali ini?

Hmm, sudah terlalu lama. Banyak yang perlu di refresh semula. Nak buat content apa? Nak tulis macamana? InsyaAllah nanti difikirkan.

Mungkin kali ni sekadar berkongsi pelbagai benda, tak terikat dengan sesuatu konsep saja sambil nak selit juga tentang bisnes kecil saya ya. Boleh kan?

Nak resepi simple, nanti kita usahakan. Benar, arena dapur lama ditinggalkan tp minat masih ada. Ada juga yang tanya bila nak blogging lg...haha apa yang pasti komitmen sekarang tak sama macam sepuluh tahun lalu. InsyaAllah, doakan yang baik2 ya.

Kagum pada blogger yang terus konsisten selama ni. Harap geng2 blogger 10 tahun lepas pun buat come back, bestnya!

Meh bagi semangat!


Salam hormat,

RA
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...