The Followers

Wednesday, July 4, 2012

Puding Oreoreo

Assalamualaikum, selamat petang.

Sedang apa dan dimana?wahhh!giler layan habis lagu tu.ahaks
Apa khabar semuanya?harap sehat je lah ye.Saja nak ambik masa sikit nak update blog ni haa...Nak tayang dessert je.Alah, yang mudah-mudah je kan.

Sebelum ni dah pernah buat puding oreo ni,namanya chocolate oreo jelly resepi asal kak Ros Jintan Manis.Tapi hasil yang ku buat kurang menjadi seperti yang ditunjukkan oleh tuan resepi.Kalau ikut rasa, ok xde masalah pun.Saja je nak try ikut yg asal..tengok sini. Aku ngan PCM pemilik DTS pun pernah hampir putus asa akan "ketakberapamenjadian nya yang tidak memihal kepada kaum adam...tapi PCM terus cekal dan tetap mencuba lagi.Kali ni nak try lagi guna oreo jugak.huhu...

Cuaca panas2 memang sedap je tekak kalo telan yg sejuk2 kan.Ni nak kongsi puding resepi main letak je.Guna teknik asas, cuma tambah oreo je la.Tapi memang banyak versi dh oreo ni diperlakukan.ahaks

Puding Oreoreo

Nampak pokok kelapa belakang tuh teringat pulak petang ni nak mencari2 buah kelapa lah pulak...mana lah tau boleh di manfaatkan ye tak.Nak panjat kelapa maaf je la, kan aku kata mencari-cari je.Haha...

Puding Oreoreo
Linkby: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahanya:
  • 1 paket (10g) serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 150 ml susu cair
  • 1 sudu butter
  • 1 liter air
  • 1 paket biskut oreo, diambil intinya.

Caranya:

  1. Hancurkan biskut oreo,masukkan di dalam acuan.Tekan sikit, ketepikan.
  2. Panaskan air,gula dan butter dan kacau hingga cair
  3. Masukkan serbuk agar-agar, susu cair dan inti oreo tadi, kacau lagi
  4. Biarkan hingga mendidih,padamkan api.
  5. Biarkan sejuk sikit,tuang perlahan-lahan ke atas bekas yang telah disediakan.
  6. Sejukkan dahulu sebelum hidang.

#nampak sangat x nak membazir kan.... inti tu pun aku leburkan sekali.syg pulak nak buang.Kalau masuk dalam kek pun ok gak tuh.hahaha.....

Selamat mencuba.

10 comments:

Naz / Nadz COSK said...

Tak kira, nak jugak seketul.. Hantar ke rumah yer..hehheee..

Sunah Sakura said...

tak manis ke ryo kalo inti tu ada sekali?

ibh_sue said...

Ohh tidak!..Belum balik opis lg sudah digoda dengan puding oreo...Ada oreo kompem la sedap ..(^_^)

Ryo Azhar said...

@Naz / Nadz COSK
kak naz... cecepat buka pintu ryo hantar seketul.

Ryo Azhar said...

@Sunah Sakura
kak sunah, tak la manis sangat.masih boleh lg ..kalau tak nak manis sgt, kurangkan sikit gula ikut citarasa seperti biasa.

Nina Mirza said...

Ryo ..

Wahhh ....!!! Sumpahan telah berakhir nampaknya. Dah menjadi pudingnya dan sangat cantik ;)

Bak mai 2 ketul nak rasa air tangan jejaka idaman malaya nie
hehehe . . .

Mat Gebu said...

Waaa...ok nanti pcm pulak buat....

Ummi said...

Assalam Ryo..apa khabar? Waaaa kelaassss puding oreo Ryo eh...hehe... Mat, nnt buatkan lebih sikit eh... ^__^

SoulKitchen said...

Me encanta! ;-)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Cantik dan kemas puding tu. You've got an amazing space...dah lapar I :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...