The Followers

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

"Ibu mithali ibu yang sejati..kasih sayangmu,kasih yang suci..pengorbananmu disanjung tinggi jasamu tetap disanubari"

Sempena hari ibu ni,aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di seluruh dunia..yang telah berkorban untuk kebahagiaan anak-anaknya..

Yelah,bila tiba hari ibu camni,rasa sebak pulak sambil menaip lirik kat atas tuh..tetiba mengalir pulak air mata berharga insan macho nih.(ahaks..)sensitif bila terkenang arwah yang telah lama di rindui.

Sis HaSue,ko pun mesti rindu gak kat dia kan...(ni x pasal2 basah kibod ko nanti..)

my late beloved moms

Alfatihah,aku x sempat nak membalas jasa ibu..x sempat nak membahagiakan beliau,Allah lebih menyayanginya... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh ibu dan semoga roh ibu ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

Banyak perkara yang aku lalui tanpa ibu...18 tahun sudah berlalu..walaupun masa tu aku kecik lagi,tapi kerugian kasih sayang antara ibu dan anak tu aku dirasa sepanjang hayat..Bagi yang masih ada ibu,hargailah mereka..cuba buat yang terbaik.Berilah satu senyuman pada mereka,itu cukup membahagiakannya..

Cheq Anna
,alfatihah jugak buat bonda mu.... :)

Terima kasih kerana melahirkan,membesarkan dan mendidik...Selamat Hari Ibu

:)


1 comments:

Cheq Ana said...

Al-fatihah ~ doa dari seorang anak pada arwah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...