The Followers

Thursday, September 29, 2011

Vanilla Cupcakes

Salam pagi!

Hari Khamis,nampak segak dan anggun je anda berbaju batik ye...tahniah.
Dah sarap?
Haaa..yang duk kat rumah tu,berkemban lagi ke??owh,baru nak mandi rupanya...

Pagi ni malas nak memperbanyakkan percakapan.hihi...cukuplah sekadar seuntai kata untuk dirasa..ahaks

Aktiviti hari Isnin yang lalu...waktu tu aku ambik cuti rehat.Rasa mengantuk dan takut menjejaskan mood untuk bekerja.Hari Isnin memang lemau nak g keja kan.ngaku je laa......
Tapi sebenarnya aku dah bangun kul 4 pagi untuk wat deco cuppies ni!...Kek nya pulak dah disiapkan malam tu jugak...Tengah malam baru siap,tuk tak tuk tak...tido dalam 3 jam lebey je.Awal pagi buat buttercream & deconya...pukul 7 pagi dah siap semuanya.Siang tu x de lah rehat pun..duk merayau jelajah ke shopping mall.Haha...

oklah,tengok je k...

Cupcakes Delivery ..ahaks

Tempahan ni dibuat oleh guru Prasekolah untuk sambutan hari lahir murid2nya...nak bagi sorang satu lah kan.Ada 3 buah kelas pra,selebihnya buat untuk cecekgunya.

Simple Deco je...

Deco simple je,sebab request nak letak nama sorang2...kalau crowded sangat,x cantik lah kan.Hihi...

Vanilla cuppies,tapi filling nya strawbery.hihi

Cuppies ni 90 biji kesemuanya..Cakenya buat perisa vanilla,tapi filing tu aku letak perisa strawbery.Kira ada 2 perisa lah ni kan...

Destinasinya, SK Bekenu ...

Destinasi dituju, SK Bekenu ...sekolah lama aku jugak.Cuma dulu aku kat bangunan lama..Yang ni bangunan baru....tetiba teringat zaman sekolah rendah.Ahaks...

Nak buat cuppies 90 biji ni aku pakai 4 adunan.Sebab biasanya nak buat 1 set (25 biji) tu kira 1 adunan la..

Nak cuba wat cuppies ni,meh try resepi...yang ni untuk 1 adunan (boleh hasilkan 25 biji),kalau nak buat banyak,gandakan adunan dan gandakan usaha .Ahaks

Vanilla Cupcakes
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 325 g butter
  • 1 1/2 gelas gula kastor
  • 5 biji telur
  • 3 gelas tepung naik sendiri/gandum
  • 1 tbs serbuk vanilla
  • 1 tbs serbuk penaik (baking powder) *kalau guna tepung gandum
  • filing strawbery secukupnya
Caranya :
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur,pukul lagi
  3. Masukkan tepung,serbuk vanila,serbuk penaik
  4. Gaul adunan hingga rata,kemudian masukkan dalam piping bag.
  5. Picit adunan kedalam bekas kek (cup),guna sudu pun boleh,separuh bekas.
  6. Masukkan filing strawbery,kemudian picit lagi adunan di atasnya
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'c selama 25-30 minit.
  8. Dah sejuk,boleh la hias dengan buttercream.
Nak buat buttercream,
  • 250 butter
  • 250g shortening/cremello
  • 125 gula aising/kastor
  1. Pukul butter dan shortening/cremello
  2. Ayak gula ke dalamnya dan pukul lagi hingga kembang
  3. Bahagikan adunan dan warna ikut kesukaan
  4. Masukkan dalam piping bag dan corakkan cuppies anda.
p/s : katanya tak mo banyak cakap,tapi berderet jugak ye..haha

Selamat mencuba :)

8 comments:

Lulu Caldina said...

nanti nak cuba ;)

Irrahady said...

nak free satu hehe

tun_telani said...

Ooo.. ni laaa cuppy yg mengundang perpecahan tayar tu ye... (ayat BM fail.. hihi)

Cheq Ana said...

ko buat 4adunan kan?? kira jadi 100cup laa..tempahan 90cup..haaa mana lagi 10cup...xkira aku nak jgk..


**terer x matematik aku

RYOVZHVR said...

@Lulu Caldina
cepat try k..nanti tunjuk kat ryo.hihihiihi

RYOVZHVR said...

@ady
hahaha..ko nak cuppies jugak yer.meh ambik datang sini

RYOVZHVR said...

@tun_telani
yup..betol.cuppies ni la yg mengundangkan keperpecahan tayar tu...haha

RYOVZHVR said...

@Cheq Ana
pang!jgn wat lawak.haha...lg 10 x buat la.ada yg letak terlebih adunan...so cukup2 je..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...