Hari Khamis,nampak segak dan anggun je anda berbaju batik ye...tahniah.
Dah sarap?
Haaa..yang duk kat rumah tu,berkemban lagi ke??owh,baru nak mandi rupanya...
Pagi ni malas nak memperbanyakkan percakapan.hihi...cukuplah sekadar seuntai kata untuk dirasa..ahaks
Aktiviti hari Isnin yang lalu...waktu tu aku ambik cuti rehat.Rasa mengantuk dan takut menjejaskan mood untuk bekerja.Hari Isnin memang lemau nak g keja kan.ngaku je laa......
Tapi sebenarnya aku dah bangun kul 4 pagi untuk wat deco cuppies ni!...Kek nya pulak dah disiapkan malam tu jugak...Tengah malam baru siap,tuk tak tuk tak...tido dalam 3 jam lebey je.Awal pagi buat buttercream & deconya...pukul 7 pagi dah siap semuanya.Siang tu x de lah rehat pun..duk merayau jelajah ke shopping mall.Haha...
oklah,tengok je k...
Tempahan ni dibuat oleh guru Prasekolah untuk sambutan hari lahir murid2nya...nak bagi sorang satu lah kan.Ada 3 buah kelas pra,selebihnya buat untuk cecekgunya.
Deco simple je,sebab request nak letak nama sorang2...kalau crowded sangat,x cantik lah kan.Hihi...
Vanilla cuppies,tapi filling nya strawbery.hihi
Cuppies ni 90 biji kesemuanya..Cakenya buat perisa vanilla,tapi filing tu aku letak perisa strawbery.Kira ada 2 perisa lah ni kan...
Destinasinya, SK Bekenu ...
Destinasi dituju, SK Bekenu ...sekolah lama aku jugak.Cuma dulu aku kat bangunan lama..Yang ni bangunan baru....tetiba teringat zaman sekolah rendah.Ahaks...
Nak buat cuppies 90 biji ni aku pakai 4 adunan.Sebab biasanya nak buat 1 set (25 biji) tu kira 1 adunan la..
Nak cuba wat cuppies ni,meh try resepi...yang ni untuk 1 adunan (boleh hasilkan 25 biji),kalau nak buat banyak,gandakan adunan dangandakan usaha .Ahaks
Vanilla Cupcakes
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan2 :
Selamat mencuba :)
Nak buat cuppies 90 biji ni aku pakai 4 adunan.Sebab biasanya nak buat 1 set (25 biji) tu kira 1 adunan la..
Nak cuba wat cuppies ni,meh try resepi...yang ni untuk 1 adunan (boleh hasilkan 25 biji),kalau nak buat banyak,gandakan adunan dan
Vanilla Cupcakes
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan2 :
- 325 g butter
- 1 1/2 gelas gula kastor
- 5 biji telur
- 3 gelas tepung naik sendiri/gandum
- 1 tbs serbuk vanilla
- 1 tbs serbuk penaik (baking powder) *kalau guna tepung gandum
- filing strawbery secukupnya
- Pukul mentega dan gula hingga kembang
- Masukkan telur,pukul lagi
- Masukkan tepung,serbuk vanila,serbuk penaik
- Gaul adunan hingga rata,kemudian masukkan dalam piping bag.
- Picit adunan kedalam bekas kek (cup),guna sudu pun boleh,separuh bekas.
- Masukkan filing strawbery,kemudian picit lagi adunan di atasnya
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'c selama 25-30 minit.
- Dah sejuk,boleh la hias dengan buttercream.
- 250 butter
- 250g shortening/cremello
- 125 gula aising/kastor
- Pukul butter dan shortening/cremello
- Ayak gula ke dalamnya dan pukul lagi hingga kembang
- Bahagikan adunan dan warna ikut kesukaan
- Masukkan dalam piping bag dan corakkan cuppies anda.
Selamat mencuba :)
nanti nak cuba ;)
ReplyDeletenak free satu hehe
ReplyDeleteOoo.. ni laaa cuppy yg mengundang perpecahan tayar tu ye... (ayat BM fail.. hihi)
ReplyDeleteko buat 4adunan kan?? kira jadi 100cup laa..tempahan 90cup..haaa mana lagi 10cup...xkira aku nak jgk..
ReplyDelete**terer x matematik aku
@Lulu Caldina
ReplyDeletecepat try k..nanti tunjuk kat ryo.hihihiihi
@ady
ReplyDeletehahaha..ko nak cuppies jugak yer.meh ambik datang sini
@tun_telani
ReplyDeleteyup..betol.cuppies ni la yg mengundangkan keperpecahan tayar tu...haha
@Cheq Ana
ReplyDeletepang!jgn wat lawak.haha...lg 10 x buat la.ada yg letak terlebih adunan...so cukup2 je..haha