Assalamualaikum...salam Rabu ye.
Hari ni 'berazam' untuk siapakan entri ni.....kalau terpublish, siap la maknanya tu.Ahaks
Semalam dah tayang kat Instagram dan FB...ramai lak yang tanya termasuk inbox nak resepi kek lapis Idola ni ha. Aku buat malam Isnin lepas, balik keja tengok ada bahan-bahan.Tetiba rajin nak buat.Itu pun ada banyak lagi baki bahan-bahan yang tak pakai lagi.Hmm..
Seperti biasa, aku kalau nak buat kek lapis ni nak yang simple je lah.Nak cantik memang tak.Layankan dulu gambarnya sebelum merangkak ke arah resepi.Jom..
Kek Lapis Idola |
Kek Lapis Idola
by: Ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan-bahan:
- 16oz/454g mentega
- 10 biji telur
- 1 tsp esen vanila
- 1 cawan gula
- 1 paket serbuk santan
- 1/2 susu pekat
- 1 tin kecil seri kaya
- 1 sb ovellete
- 2 1/2 cawan tepung hong kong
- 1 cawan serbuk horlick
- 1 cawan serbuk milo
- 1 sb serbuk koko
- sedikit pewarna kuning *optional
Caranya:
- Sediakan loyang bersaiz 8x8,gris dengan mentega dan alaskan dengan kertas pembakat/kertas minyak pada dasarnya.
- Panaskan oven api atas bawah, suhu 220'c, bergantung kepada jenis oven.
- Pukul mentega,gula dan ovellette hingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan perlahan.Setelah habis,tambahkan kelajuan.
- Masukkan esen vanila,susu, dan seri kaya.Pukul hingga sebati.
- Seterusnya, masukkan pula serbuk santan,tepung dan serbuk horlick.Pukul lagi hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.2 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning atau biarkan sahaja dengan warna asal.
- Bahagian yang selebihnya pula , masukkan serbuk milo,dan serbuk koko.Kalau nak lebih pekat lagi boleh tambahkan coklat emulco.*optional boleh ganti dengan coklat masakan.
- Lapiskan 1 bahagian warna asal dengan sukatan 1 cawan.Ratakan dalam loyang, bakar menggunakan api atas hingga masak (lebih kurang 5-7 minit).Sebelum melapis adunan seterusnya, tekan sedikit permukaan kek dengan penekan khas.Ulang kaedah hingga habis bahagian 1.
- Lapiskan pula dengan adunan berwarna coklat.Guna kaedah yang sama hingga habis
- Selepas adunan coklat habis,lapis lagi dengan bahagian warna asal.Ulang proses hingga habis.
- Setelah masak setiap lapisan, biarkan kek sejuk.Masukkan dalam peti sejuk atau potong dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba :)
#Edited: Serbuk milo tu boleh ganti dengan coklat masakan yang dicairkan dengan kaedah double boiler.Guna 1 cawan pun boleh.Mula aku nak guna coklat, tapi terfikir nak wat benda lain pulak ngan coklat itu.Hihi.
7 comments:
ney cooking coklat? dalam gambar marek adaaaa...hihi
@Sunah Sakura
Haha.auk lupak nak edit.sik jadi makey sbb ada projek lain nak makey kuking cekelat ya.
rajin benor masak org bujang ni. hehe..
Perghhhh bro nie ada blog sudahh
Woowwww Ryo..duhal tok tek blog ktk..Kmk tercarik2 resepi kek lapis idola alu nemu dlm blog ktk..hehehehee..anyway, thanks for recipe..
Mun x makay santan blh x?
Mun x makay santan blh x?
Post a Comment