The Followers

Wednesday, November 21, 2012

Durian Crepes & Resepi

Assalamualaikum.........

Salam tahun baru 1434 Hijrah ...
Wahhhh!!Tak sangka kembali ke blog hijau (alah, jap lagi hilang lagi lah kan.?.. hihi)
Apa khabar semua??Harap sehat ya.Sebenarnya 5 hari lepas lagi nak masuk sini... tapi asyik 'error on page' aje.Mungkin blog ni hampir terlupa siapa tuan nya.

Diam-diam rupanya hampir 2 bulan dah menyepi kan..Dah macam excused gi mengerjakan haji pulak.Maaf tak update!Terima kasih buat semua pengunjung yang tetap ziarah ke sini.InsyaAllah akan ku cuba kekalkan hayat blog hijau nih.

Kali ni nak update kan pasal 'Durian Crepes atau Crepes Durian ' (mana2 lah kan...)..Khabarnya sangat femes skarang ye?Maklum laa, musim buah durian.Sana sini duk tayang pasal Crepe ni sampaikan aku bertanya pada cik puan kakak aku HaSue yang duk kat Mukah tu.Aku tanya la kat dia, apa sebenarnya Durian Crepe dan bagaimana rasa dan teksturrnya?Alhamdulillah, selepas nampak kat blog kak Izah, hujung minggu yang lepas terjawab persoalan.Jomm layan...

 Durian Crepes/ Crepe Durian

...Godaan demi godaan, sebab tu nekad buat ni..

Mulanya nerves jugak nak buat dan disebabkan pengalaman pertama, aku ikut je resepi dan langkah yang ditunjukkan....Mental kena stabil....kena teliti jugak.. Masa duk layan crepe tu atas non stick pan x boleh nak  lalai...kalo cuai, contohnya sibuk layan sms...maka crepe tu pun kehangusan la.hahahaha....ye laa, mula2 buat memang hangus kat tepi.hihi.


Mabelessss.......

Terima kasih sekali lagi kepada kak Izah Daut, kak Fiza Nordin dan kak HaSue di atas panduan yang telah dikongsikan.Alhamdulillah merasa jugak aku buat dan makan Crepe Durian ni..Ada yang berani nak cuba resepi durian crepe?hehe...Jommm.


DURIAN CREPE
Sumber :  Izah Daut 
Resepi asal : kak Fiza Nordin

A)Bahan Crepe:
  • 3 sdt gula halus
  • 3 sdt tepung ubi
  • *izah campurkan sedikit tepung jagung
  • 1/2 sdt tepung gandum
  • 1/2 sdt butter - dicairkan
  • 4 bj telur - dipukul sikit
  • 95 ml air
  • 1 st vanila esen
B) Bahan Filing
  •      250 ml whipped cream (kali ni aku pakai Value Pride) - putar sampai kental
  •      Isi durian secukupnya (aku pakai durian biasa, sebab xde durian D24)
Caranya :
1) Satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) Masukkan butter yang dicairkan.
3) Pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) Masukkan air.
5) Panaskan non-stik pan.*(pastikan guna api kecil je)
6) Tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.
7) Biarkan crepe sejuk dahulu, kemudian letak cream,isi durian dan cream lagi.
8) Lipat kemas, sedia untuk dinikmati. (Digalakkan sejukkan dulu dalam fridge, lagiiii sedap)

Selamat mencuba!

Monday, October 22, 2012

Apa jadi ngan pemilik blog ni?

Assalamualaikum ...

Wah...entri saja-saja sekadar nak menurunkan thumbnail lama...hahaha...

Ya betul!

APA JADI NGAN PEMILIK BLOG NI???

Dah lama benar takde entri kan, sebulan lebih woo!

Ni kira entri la jugak kan?

Mohon maaf semua, gurau2 senda panaskan badan....cuba2 kunci nak masuk sini pun dah berkarat tadi ha.....maklum laaa dah sebulan tak da berita...hihi.

Tadi sebelum masuk blog hijau ni, harum semerbak je masakan2 dari tingkap2 sebelah menyebelah....ermm...

Ada jugakk yang tayang durian tembaga...musim buah katanya...

Apapun terima kasih la pada yang singgah sebelum ni, nantikan entri seterusnya............( tunggu je la)

Yesss yess! Dah berjaya update.

TQ

Monday, September 3, 2012

Secalit bingkisan di dalam Aroma September 2012

Assalamualaikum..

Aroma Sept' 2012

Alhamdulillah syukur dan terima kasih diucapkan kepada pihak majalah Aroma terutama editor dan penyelarasnya Akmar Jamaludin di atas kesudian menjemput Ryo untuk berkongsi resepi melalui inbox di FB pada Mei yang lalu untuk terbitan Jun 2012.Tapi disebabkan sibuk dan tercari2 masa untuk sediakan bahan dan gambar, maka lewat la proses penyerahan kepada mereka dan selepas beberapa bulan, akhirnya muncul jua dalam edisi September ni.

Sebenarnya dengan rasa rendah diri, ramai yang lebih layak kan.Tapi mungkin disebabkan peluang dan rezeki masing2,apa salahnya kita terima.Resepi yang dikongsikan memang mudah dan yang asas sahaja, sesuai bagi orang-orang baru belajar macam saya.Semuanya pernah disiarkan resepinya sebelum ini,cuma gambar je diperbaharui.

Ada sedikit ralat, terlupa nak tukar sukatan "Gelas" kepada "Cawan" ... maklum lah, kat sini terbiasa guna perkataan gelas tu... sukatannya sama, 240ml.Maaf ye ..

Antara sisipan dan bingkisan di dalamnya ...






Selain daripada itu, turut sama menghiasi majalah Aroma kali ini adalah rakan-rakan blogger yang sungguh berbakat dan kreatif dalam tugas dapur masing-masing, bro Amir Said, sis Along Roz, sis Izah Daut , dan sis Juwita .Tahniah juga diucapkan kepada mereka...resepi semuanya menarik!
Jenguk la ke blog mereka : AlongRoz@HomeKreation , Amir Said - Dapur Malaysia , Izah Muffin Lover & Juwita Jamaludin

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan kalian juga ya, mohon tunjuk ajar dan halalkan ilmu yang dikongsi bersama .. >_<

Thursday, August 30, 2012

Entri raya yang delayed ....

Assalamualaikum...

Sebelum terlambat, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Salam kemerdekaan yg ke 55 .. mohon maaf zahir dan batin kepada semua.Tak kira lah blogger, rakan fb , sahabat , kenalan lama dan baru mahupun pengunjung blog hijau ni ye.Maaf juga blog ni buat kesekian kalinya tidak dikemaskini dek kerana tugas serta komitmen yang lain.

Doa dan harapan agar Aidilfitri kali ini lebih bermakna serta anda semua sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.Tak sempat nak upload ekad raya melalui blog... hanya sekadar timeline cover di fb je sempat aku publish.Memadai la sekadar ucapan aidilfitri gitu kan..Jauh disudut hati, ingin rasa nak bersua dengan semua kenalan yang ada termasuklah anda yang sedang membaca blog hijau ni.

Bila nak kawin lagi?? ehh..silap soalan tu..
Bila lagi nak kawin, itulah soalan ayahanda selain daripada pesan untuk jaga solat ...


Raya tahun ni biasa saja, aku pun belum bertukar status...tetap bujang dan InsyaAllah akan menamatkan zaman bujang andaikata ada jodoh ditakdirkan buat diri ini.. (amboiii....maknanya belum lagi lah ye) Mana tidaknya, lenguh la nak jawab soalan pasal jodoh ni tiap kali datang beraya ke rumah saudara atau sebaliknya.Eeeee...

Dahh dah.. crita sikit pasal raya lah....
Aku ambik cuti awal sikit tempohari sebab nak siapkan tempahan kek raya.Terima kasih kepada mereka yang sudi buat tempahan...Kalau sedap, tempah la lagi.. huahua.Alhamdulillah juga tempahan berjaya disiapkan dan dihantar sebelum raya. Sambil siapkan tempahan tu jugak buat 2-3 jenis biskut rya yang simple...buat juga kek lapis untuk sendiri2.Ermm..Cuti awal tu untuk tugas hakiki tau... tapi untuk tugas partime DJ tu, xde istilah cuti... kena jugak datang konti.Pasang lagu raya untuk pendengar, baru syok nak gentel biskut dan kepok telur!Haha..

Sedikit berbeza untuk raya tahun ni... aku x sempat nak keluar masuk bank pegi tukar duit baru sambil mintak sampul raya pun..nak beli baju raya pun ringan2 je.Takde nak excited sgt.... Tapi duit raya untuk anak2 buah tetap ada...dah tu kan, persediaan untuk raya pun aku tak banyak sangat terlibat macam tahun sebelumnya...mana tidaknya, malam raya pun aku masih kat konti lagi... siarkan takbir raya,tetiba sebak dalam konti.... teringat kat arwah bonda dan pagi raya tu kitorang ziarah kuburnya seperi biasa.


Pasang pelita...
Haaa.. ni memang antara tugas wajib aku setiap kali raya.Pasang pelita!
Ingatkan taun ni nak suruh la anak2 buah pulak ambil alih kan...tapi diorang pulak lambat sikit nak balik kampung.Mujur ada abg ipar yg balik awal, siap isi minyak dan pacak ke tanah sekali...Pelita tahun lepas ada lagi, guna je lah.. tapi aku tetap beli jugak beberapa batang sebab pelita tu cantek!

Merdeka raya ..
Disamping sambutan raya ni.. semarakkan juga untuk kibarkan jalur gemilang.... siap2 tampal bendera kat rumah tau.Dua-dua semangat bersatu........heee.

Pergi beraya ..
Lepas ziarah kubur, aku x ziarah mana2 dah.. lepak dalam bilik sampai tertidur.Mungkin penat...memang penat pun....sekali sekala buat spot check dan mendisiplin kan anak2 buah yang lain agar tak sepahkan rumah.Ye lah, kadang diorang suka je beraya di rumah sendiri...tengok2 kuih dah berkurangan sebab ada tangan-tangan nakal tu... bila tetamu sampai, aikkk baru nak pegi menambah...tapi tu la antara kemeriahan beraya sebenarnya kan...bukan nya selalu.Tak kurang seronoknya, bila hari raya ni rumah memang meriah la dengan budak-budak.

Nanti cerita dan gambar lain akan ada di entri akan datang ... :)

Sekian, selamat menyambut hari merdeka.

MERDEKA! MERDEKA ! MERDEKA !

Monday, August 6, 2012

Errr...Teruja jumpa Soo Wincci!

Assalamualaikum..

Salam sejahtera,
Malam ni nak jugak wat entri sebelum cerita jadi basi...haha....Saja nak tayang gambar interview ngan Soo Wincci, bekas ratu cantik dan salah seorang selebriti Masterchef tempohari.Terus terang, aku excited giler bila dapat jumpa si cantek ni ha.

Sabtu lalu, boss hantar SMS kat aku .... " Esok pukul 9.30 u interview Soo Wincci, penyanyi cina/bekas ratu cantik dan program masakan tv swasta."

Huwaaa!Biar betull??X disangka2 werh dapat jumpa Wincci sebab sebelum ni tengok gelagatnya dalam Masterchef tu je....lebih kurang 9.10 minit pagi, nampak la kelibatnya bersama pengurus masuk ke dalam waiting room...Aku pulak tgh on air.Dia lambai2, aku sempat lambai balik........excited! LOL... Aku pasang lagu dan gi dapatkan tetamu istimewa pagi tu. Introduce diri dan ajak masuk ke konti...


Baru senang nak borak sambil on air.Apa lagi.......keterujaan aku tu tetiba menyerlah bila aku cakap tahniah pasal pencapaian dalam masterchef dan nampaknya aku menjadi diri yang sebenar, berborak macam dah lama kenal! Hahaha... Agaknya kalau jumpa CMG aku leh control lagi kot ye!


Alhamdulillah, Soo Wincci amat menyenangkan... merendah diri dan suka berkongsi cerita.Off record,ofcoz la aku tanya pasal masterchef... pengalaman dia,kemahiran nya dalam menyediakan dessert dan juga food presentation yg cantek.

On record, tanya pasal perkembangan kerjaya ler.hehe.Hmm... siap cakap geram tgok dapur dan pantrinya..over kan aku!...Dia pun kata dapur dan pantri dalam masterchef memang best....Selain daripada itu, dia cerita jugak pengalaman memasak selama 45 minit dan keadaan sebenar dalam dapur tu.Slot interview selama 30 minit berselang 3 buah lagu tu tak cukup rasanya...
Kehadiran Soo Wincci datang ke Bandaraya Miri adalah untuk sesi bertemu peminat di Bintang Megamall selain daripada promosi single pertama lagu melayunya berjudul 'Terus Teranglah ' duet bersama Joe Flizzow.Terima kasih kepada Wincci , pengurus serta pihak Bintang Megamall atas kerjasama sepanjang interview bersama DJ Ryo di MIRIfm itu berlangsung.

Tambahan lagi, Wincci baru habis shooting katanya dan ada drama masterchef raya nanti...Syabas dan selamat maju jaya buat Wincci ye. >_<

Sekian.

Saturday, August 4, 2012

Ayam MOBW ...

Assalamualaikum semua...

Salam Ramadhan yang ke 15 ....... Alamakkk!alamakk.......... dah hari ke 15 berpuasa baru muncul kembali kan..Maaf sangat2...Terima kasih kepada yang sudi singgah, terima kasih juga pada yang add di FB dan PM bertanyakan entri baru.Apa khabar rakan2 blogger sekalian?Harap sehat dan terus berkarya.Jgn jadi spt blog saya ....... >_< ehh?

Yesszaaaa... dah masuk hari ke 15 ni kiranya kita berada di pertengahan bulan yang penuh keberkata lah kan?Dah banyak buat amal ibadat tak?Kalau rasa masih kurang, hantar2 la biskut raya ke mari, insyaAllah ada jugak tambahan pahala.Ehehe.Macamana pulak persiapan nak nyambut raya tahun ni?Sederhana cukup la kan... :)

Okey lah, disebabkan sebelum ni tayang dessert je.Kali ni nak tayang ayam.Makanan berat sikit, sedap untuk diratah-ratah tanpa cicah dengan sos!Sangat sedap....

Ayam MOBW

Hari Ahad aritu jenjalan ke pasaraya beli bahan sikit2 untuk berbuka dan buat kek raya nanti...Masa hujung minggu tengah banyak sale, ofcoz mata melilau je nengok popcard yang bergantung sana sini.Kita ni takde isteri,kena la soping sendiri ye tak.....syukur ada kengkawan.1 troli kongsi 3 orang, bayar asing2!Orang bujang...haha.Biasa nya kalo sorong troli kat pasaraya ni mana boleh speed laju sgt mcm tekan minyak keta.Jalan slo, ala2 orang tolak wheelchair sambil mata peratiiii je barang2 kat tepi.Masa lalu kat area Cajun Kak Nor, ternampak la paket 45g McCormick Originals Buffalo Wing Seasoning berharga RM 7++.Nampak macam sedap,berjaya jugak dia terjun ke troli.Hehe...

Ayam MOBW

by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan::
  • 10 ketul kepak ayam
  • 20 g serbuk perasa McCormick Originals Buffalo Wing
  • Daun parsley *optional

Caranya :

  1. Perap ayam dengan serbuk perasa MOBW selama lebih kurang 15-30 minit
  2. Panaskan oven pada suhu 200'c.
  3. Susun ayam di atas dulang pembakar dan masukkan dlm oven hingga masak.Lebih kurang 25-30 minit.Kalau suka, taburkan daun parsley.
  4. Bila ayam nampak kering, tuang jus ayam yang ada di dalam dulang ke atasnya.Biarkan lagi hingga masak.
Lepas balik kerja hari Isnin tu sempat la buat.Tapi x banyak masa,cuma perap dalam 8 minit je...Kalau lebih lama lagii sedap kan.Lepas bakar terus bakar dalam 30 minit.Hasilnya, sangatttt sedap diratah begitu saja... ala2 ayam smokey kat pizza hut la pulak!Sangat sesuai bagi orang bujang atau x banyak masa nak memasak.X perlu tambah apa2 perasa lagi dah.Cuma perap je.

Selamat mencuba ~

Thursday, July 19, 2012

Puding Jagung Harum Manis .... ranum tak?

Assalamualaikum..

Salam hormat buat semua.Apa khabar ye?harap sihat walafiat la hendaknya.Al maklum lah, cuaca sekarang ni tak menentu sangat.Kejap hujan lebat.. kejap hujan ringan2...kejap hujan manja2 je...... pastu kalau dah panas tu terikkk je.Nak terkeluar biji mata.hakhak.Dah tu part hujan lebat tu yg buat mata pun lemau jeee...nak tido kan.hihi.

Beberapa hari jelagi kita nak sambut bulan Ramadhan....InsyaAllah. Tahun ni masih lagi berpuasa dan beraya ngan family...Belum nampak lagi tangan mertua.Ahaks.

Bulan puasa ni agak2 laa kalo nak letak entry masakan kan... jangan nak guda sangat.hihi...Meleleh lak nanti....Tapi mesti meriah blog masak2 sebab masing2 tayang juadah berbuka dan biskut raya lepas ni.Tu haaa.. dah ada biskut raya sana sini.Hari tu dlm sibuk2 sempat gak siapkan kek lapis, order dr sorang cekgu nak bawak balik KL katanya.Masa duk melapis tu.. wallawey harum semerbak dah ala2 nak raya kan.hihi.

Nak tayang puding jagung je ni ha

Puding Jagung Harum Manis

Resepi membuatnya lebih kurang buat puding jagung yang biasa tu la.. cuma ku tambah pes minuman jenama TAMIN, menambahkan harum dan perisa jagung...sedappp!
Eh!mcm malas pulak menaip entri kali ni ha...hihi.

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua ....

:)

Wednesday, July 4, 2012

Puding Oreoreo

Assalamualaikum, selamat petang.

Sedang apa dan dimana?wahhh!giler layan habis lagu tu.ahaks
Apa khabar semuanya?harap sehat je lah ye.Saja nak ambik masa sikit nak update blog ni haa...Nak tayang dessert je.Alah, yang mudah-mudah je kan.

Sebelum ni dah pernah buat puding oreo ni,namanya chocolate oreo jelly resepi asal kak Ros Jintan Manis.Tapi hasil yang ku buat kurang menjadi seperti yang ditunjukkan oleh tuan resepi.Kalau ikut rasa, ok xde masalah pun.Saja je nak try ikut yg asal..tengok sini. Aku ngan PCM pemilik DTS pun pernah hampir putus asa akan "ketakberapamenjadian nya yang tidak memihal kepada kaum adam...tapi PCM terus cekal dan tetap mencuba lagi.Kali ni nak try lagi guna oreo jugak.huhu...

Cuaca panas2 memang sedap je tekak kalo telan yg sejuk2 kan.Ni nak kongsi puding resepi main letak je.Guna teknik asas, cuma tambah oreo je la.Tapi memang banyak versi dh oreo ni diperlakukan.ahaks

Puding Oreoreo

Nampak pokok kelapa belakang tuh teringat pulak petang ni nak mencari2 buah kelapa lah pulak...mana lah tau boleh di manfaatkan ye tak.Nak panjat kelapa maaf je la, kan aku kata mencari-cari je.Haha...

Puding Oreoreo
Linkby: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahanya:
  • 1 paket (10g) serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 150 ml susu cair
  • 1 sudu butter
  • 1 liter air
  • 1 paket biskut oreo, diambil intinya.

Caranya:

  1. Hancurkan biskut oreo,masukkan di dalam acuan.Tekan sikit, ketepikan.
  2. Panaskan air,gula dan butter dan kacau hingga cair
  3. Masukkan serbuk agar-agar, susu cair dan inti oreo tadi, kacau lagi
  4. Biarkan hingga mendidih,padamkan api.
  5. Biarkan sejuk sikit,tuang perlahan-lahan ke atas bekas yang telah disediakan.
  6. Sejukkan dahulu sebelum hidang.

#nampak sangat x nak membazir kan.... inti tu pun aku leburkan sekali.syg pulak nak buang.Kalau masuk dalam kek pun ok gak tuh.hahaha.....

Selamat mencuba.

Wednesday, June 27, 2012

Asamboi Buah Pir

Assalamualaikum...

Selamat pagi, Alhamdulillah, hari ni genap 3 tahun perkhidmatan di sektor awam.Ada gak yg confuse aku keja apa....nextime kita share, kuli2 saja.Ngada2 nak ngentri hari ni,akhirnya bertukar jugak thumbnail blog hijau ni di cecelah tetingkap korang kan.Pisang yang di tayang sebelum ni pun dah busuk dah!Haha...

Apa khabar?....harap semuanya baik-baik belaka kan...Terima kasih kepada pengunjung blog hijau ni juga, walaupun tuan rumah takde..korang tetap dtg tolong siramkan pokok yang ada...2 minggu tak balik 'rumah' ni, pokok serai pun dah hampir sama tinggi ngan pokok kelapa.Maklum la, xde maintainance ye tak??*ngarut.Banyak sangat story api x sempat nak di update kan..kalo nak letak macam tak syok kan, sumer dah backdated. :( .. tapi takpe la.. hidup kena diteruskan jugak..amboi, serious bunyik nyer kan...Tahniah kepada rakan2 yang cemerlang dalam kehidupan masing2 dari masa ke semasa...

Ada la beberapa menu yang belum ditayangkan lagi...ada jugak menu yg dah buat jadi header blog tu...cuma xde entri mengenainya.Maklum la, masuk blog aku ni korang akan akan nampak benda2 simple je... pasal yang complicated tu memang tak dan la nak buat.....nak yang rumit cuba jenguk blogger2 expert...ada ramai sangat, diorang la jugak sebagai panduan aku.Sepanjang hidup kita kena sentiasa mencari ilmu serta mengemaskini ilmu yang sedia ada.kemaskiniiii katanya.haha.

Asamboi Buah Pir (Pear)

Yayyy....lagi2 benda simple yang aku tayang... godek2 dari folder....share dulu benda ni.Sebelum ni pernah jugak aku buat buah ni......maklum la, simple kottt!


Asamboi Buah Pir
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 3 biji buah pir
  • 6 biji asamboi merah
  • sedikit garam, jika perlu
Caranya:
  1. Kupas buah pir, kemudian potong kecil
  2. Sediakan bekas yang bersih, masukkan buah pir dan asamboi dan gaul sebati.Kalau asamboi yang diguna tu kurang masin, boleh tambah garam.
  3. Sejukkan sebelum dinikmati.

#Aku guna samboi yang cukup rasa, jadi tak perlu tambah garam dah.... kalau nak tambah kismis pun boleh juga.Biasanya aku biarkan juga semalaman dlm fridge, sedap juga rasanya. :)

Selamat mencuba!

Wednesday, June 6, 2012

Pisang Goreng Berkeju

Assalamualaikum...

Salam hari Rabu buat semua...wahh!cam tak caya hari ni tak wordless, cuma lambat sikit nak update blog ni kan.

Pagi tadi sempat post kat fb, awal pagi dah ditimpa musibah.Kaki melangkah keluar dari bilik,terpijak pula paku tekan (thumb teck) kat atas karpet....masa nak turun ke tempat kerja pulak, tayar kereta pancet (bocor).Alahaii......nasib baik sempat bawak ke bengkel dan tak perlu bukak pasang tayar spare.Sampai kat bengkel semua tu mekanik yang buat.Alhamdulillah dah ok...

Oh ya...aku turut bersimpati atas musibah yang menimpa keluarga rakan blog dan FB, saudara Ady Budika baru-baru ini.Semoga mereka tabah menghadapinya kerana pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian yang ditakdirkan Allah swt kan.

Okeh, hari ni aku nak tayang menu ringkas pisang ....

Pisang Goreng Berkeju

Hidangkan semasa panas ...

Pisang Goreng Berkeju
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 3 biji pisang emas/pisang susu yang masak
  • 1 tbs mentega
  • Keju cheddar/mozarella secukupnya
  • 1 tbs gula pasir, jika perlu
Caranya:
  1. Panaskan non stick frying pan
  2. Cairkan mentega, jika perlu tambah sedikit gula (kalau pisang kurang masak)
  3. Masukkan pisang, goreng hingga keperangan
  4. Parutkan keju cheddar dan mozarella di atasnya semasa pisang masih panas.
Pisang goreng ni pernah jugak buat dulu ... klik sini

Selamat mencuba!

Monday, June 4, 2012

Mi Kolok Bujang Sarawak

Assalamualaikum...

Selamat pagi ... masih lagi mood public holiday hari ni.Esok mula bertugas lagi seperti biasa.Cuaca hari ni pun sporting juga, tak juga panas dan tak juga hujan... redup je.Alhamdulillah, sempat la golek-golek kejap atas katil ni kan.Walaupun bukan tilam Vono, tetap selesa nak menggulungkan diri umpama tenggiling.Aiyark!

Korang dah sarapan ke belom nih?Dah nak dekat tengahari dah werh....
Aku pulak rasa nak makan char kuey tiaw pulak pagi-pagi ni kan.....mana tak nya, 2 minggu lalu ada member khabar kan ada 2 lagi tempat best untuk makan char kuey tiaw kat Miri ni selain dari tempat yg kitorang pernah pegi dulu.Tapi sampai sekarang tak pegi2 jugak ke tempat baru tu...hahaha.....melencong ke piza hut atau mcd pulak!Takpe laa.....next time wajib pegi jugak.

Eh..tadi jenjalan kejap ke dapur sifu masak-masak yg dihormati, nampak sesuatu yang menyelerakan....meleleh nih!Klik Sini Cepat!!!!

Dah klik ke?okeh balik sini semula nengok apa yang ada.....hari ni nak tayang mi kolok.

Mi Kolok Bujang Sarawak
Kalo orang datang Sarawak biasanya mesti carik kek lapis,mi kolok, ikan terubuk, gambir! Kann.......huhu...Mi Kolok ni buat hari tu...kalau buat hari ni maaf mmg tak la... masih lepak bilik lagi ni..Mi Kolok Bujang Sarawak diberi nama ..... yer yer... saya masih bujang!Alamak tetiba...


Mi Kolok Bujang Sarawak
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1 gulung mi kolok kering
  • 150g isi ayam
  • 1 sudu makan minyak jagung
  • 1 ulas bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dihiris
  • Sedikit garam
  • 2 sudu kicap manis
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • Air secukupnya
  • Daun sup, cili merah, daun bawang, bawang goreng secukupnya untuk ditabur

Caranya:
  1. Panaskan minya, tumis bawang hingga perang dan ketepikan
  2. Simpan minyak di dalam bekas lain
  3. Rebus isi ayam hingga masak,toskan.
  4. Celur mi di dalam air rebusan tadi, toskan juga.
  5. Didalam bekas lain, masukkan 2 sudu minyak gorengan bawang dan 2 sudu kicap manis, jika perlu tambah sedikit garam.
  6. Masukkan pula mi yang telah dicelur,gaul bersama isi ayam,serbuk pati ayam serta bawang yang telah digoreng tadi.
  7. Hiaskan dengan bahan tabur.

Selamat mencuba!





Friday, June 1, 2012

AL FATIHAH buat Adik Pipah

Assalamualaikum ..

 AL FATIHAH buat adik Nurul Afifah binti Maderom @ adek Pipah yang telah meninggal dunia beberapa jam yang lalu.Adik Pipah sebelum ini terlantar dan dan tidak sedarkan diri sejak Selasa yang lalu selepas terkena tembakan senapang angin secara tidak sengaja oleh abangnya ketika bermain. Aku mendapat berita kematian dari panggilan telefon oleh rakan sepejabat setelah beliau sendiri dimaklumkan sendiri oleh ibu kanak-kanak ini.


Salam takziah juga di ucapkan kepada keluarganya, sesungguhnya Allah swt lebih menyayanginya.....

Wednesday, May 30, 2012

Sedihnya kisah abang tertembak adik ...

Assalamualaikum..

Apa khabar semuanya?? Harap-harap sihat walafiat dan semuanya menjalani kehidupan seharian dengan lancar ya ... Aku pulak, kurang sihat beberapa hari ni... Sejak hari Isnin lagi badan tak bermaya,lesu, penat , sakit dada, sakit kepala dan sakit belakang... Tetiba lak tu kan .... mintak dijauhkan benda tak elok datang menyerang.

Semalam, hari Selasa aku terpaksa jugak ambik cuti sakit (mc) sebab tak dan nak bekerja....dapat la cuti 2 hari termasuk hari ni.Ni pun belum sihat sepenuhnya.. masih ada lagi rasa sakit, sebab tu kalau duk rumah ni aku lebih selesa berbaring saja.

Okey lah.. hari ni takda entri masakan...cuma nak berkongsi beberapa kisah yang berlaku disekitar tempat aku ni ha..Semalam, ada kes kemalangan yang berlaku dekat-dekat sini... membabitkan 4 orang terbunuh termasuk pemandu kereta viva yang bertembung dengan sebuah treller di atas jalan yang sering aku lalui.Hampir tiap hari lalu jalan tu....Kira 5km je dari rumah ni..Aku tak tengok keadaan yang sebenarnya, cuma dengar cerita dan tengok gambar je.Memang teruk!Sama-sama kita sedekahkan alfatihah kepada mangsa.Selain dripada itu, sama-sama juga lah kita beringat supaya sentiasa berhati-hati dalam pemanduan.

Untuk berita tu .. boleh baca BERITA .


 Satu kes lagi ...malam tadi dapat SMS dari kawan sepejabat apabila anak kepada sorang lagi opismate kitorang masuk ICU sebab tertembak oleh abgnya sendiri!Astagfirulahalaziiimm....
Cuakk!
Petikan gambar akhbar tempatan ...
 
Pagi ni pulak terbaca status fb HOT FM pasal perkara yang sama....tak sangka, kes anak yang bermain depan mata ni jadi topik.Anda juga boleh baca DI SINI.Kejadian berlaku semalam dan sehingga sekarang, adik Nurul Afifah belum sedarkan diri lagi..


Memandangkan kenal rapat ngan ibu mangsa sebab jadi rakan sepejabat aku, dan juga rakan sekolah kpd sis HaSue, sebelah petang tadi kitorang pun pergi lah ke hospital untuk ziarah... sis aku ikut sekali dengan sorang lagi member nya.Sampai kat depan ICU  memang ramai giler ahli keluarga menunggu di luar.Alhamdulillah, kami berkesempatan untuk masuk tapi 2 orang je boleh ziarah dalam 1 masa.


Melihat keadaan adek pipah (nama panggilan mangsa), memang sayu hati melihat keadaannya...kritikal dan hanya bergantung kepada oksigen sahaja.Mohon agar adek pipah sedar dan sembuh seperti biasa.Allah maha berkuasa ...Amin.

p/s : Tiada gambar dirakamkan di ICU kerana enggan melanggar peraturan serta menjaga hati keluarga mangsa.


Sekian ..





Friday, May 25, 2012

Vanilla Cupcakes

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah 'terpublish' jua akhirnya ....ambik berkat hari Jumaat. Macam terkena badi, nampaknya blog ni kekal di update seminggu sekali je...haha.ada sikit masa nak update, hal lain pula nak dikerja...Tapi sebelum  terlupa, salam Rejab untuk anda ya ...

Terima kasih kepada rakan2 yang sudi jenguk blog hijau ni....sekurang-kurangnya ada jugak yang tolong siramkan pokok2 durian di halaman ni kan.Jejiran tetangga apa cerita?Macam2 menu yang ada nampaknya.

Okeh,hari ni nak tayang cupcake je.... simple2 macam sebelumnya...dah pernah buat jugak kan...

Vanilla Cupcakes

Terlebih dahulu, aku minta maaf sangat2 kepada pelanggan yang nak tempah cupcake untuk hari guru hari tu. Ramai yang minta buatkan macam taun lepas, pelanggan baru pun ada.......tapi terus terang, kali ni x larat nak buat.Malam sebelum hari guru tu kerja malam di konti....Masa pun tak cukup nak membuatnya.

Baik surrender awal kan....Maaf sangat2...kata orang, kalau tamak selalu rugi..... kalau buat banyak kerja dalam masa, tapi tak cukup tenaga dan tumpuan tak seimbang, hasilnya nanti tak memuaskan ... Ye tak?Terima kasih kepada anda semua ... :)

Buat cupcake ni pun saja suka2 nak panaskan oven tu ha.. kalau x diguna nanti berkarat pulak kan.......ada sebijik lagi oven belom di rasmi tuh.... ada masa nanti kita rasmikan sama2 ye...hihi.

Buttercream di atasnya ...

Pejam celik pejam celik nampaknya cuti sekolah dah nak mula ...mesti korang banyak perancangan untuk luangkan masa ngan family kan... best nyer!

Apa pun perancangan yang dibuat, ke mana dan di mana saja anda berada, pastikan jaga keselamatan diri dan keluarga.

Mai secawan?

Vanilla Cupcakes
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :
  • 250 g butter
  • 1 1/2 gelas gula kastor
  • 3 biji telur
  • 2 gls tepung gandum
  • 1 tbs serbuk vanilla
  • 1 tbs baking powder
  • 150ml susu segar
Caranya :
  1. Panaskan oven
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu,pukul lagi
  4. Masukkan tepung,serbuk vanila,serbuk penaik dan susu
  5. Gaul adunan hingga rata,kemudian masukkan dalam piping bag.
  6. Picit adunan ke dalam bekas kek (cawan kek),guna sudu pun boleh,separuh bekas atau 3/4 cawan/
  7. Bakar  pada suhu 180'c selama 25-30 minit.
  8. Dah sejuk,boleh la hias dengan buttercream/choc ganache.
Nak buat buttercream,
  • 100g butter
  • 75g shortening/cremello
  • 125 gula aising
  1. Pukul butter dan shortening/cremello
  2. Ayak gula ke dalamnya dan pukul lagi hingga kembang
  3. Masukkan dalam piping bag dan hias ikut krativiti anda.

Selamat mencuba!

Friday, May 18, 2012

Popcorn Perisa Jagung

Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua...moga kita semua diberkati.. Hari ibu..hari guru pun telah berlalu kan...selamat untuk semuanya..Cadang nak buat entri sejak semalam...tapi semalam macam kurang bersemangat la pulak.kepala rasa bisa (sakit) sangat.... tak sabar rasanya nak balik rumah..

Sampai rumah je terus tertido..bangun kejap masa maghrib tu...lepas urus diri, kembali bersantai di atas katil..masih lagi sakit.Tetiba teringat soal kawen, eh eh.... terpikir la jugak, kalau ada bini mungkin boleh la tolong picit2 kan kepala, buat aksi manja kan.

Hepp tu cerita dalam kelambu.Dah dah ... yang terbaca ni pulak ada kalangan mak2 org.... kang tak pasal terus nak manja ngan encik somi kan..huhu.lalala

 Jom kita ke dapur kejap, jenguk apa yang ada....

'Popcorn Perisa Jagung'

Lorrr... ni je la yang ada buat masa ni..popcorn!Haha.....memang la simple, tapi puas la buat benda yang seronok macam ni.Senang sangat....Dah nama popcorn memang la rasa jagung kan? Tapi bila kita tambah perisa lagi laaa sedap...........

Homemade ni taw ..

Sebenarnya ada kisah membuat popcorn ni... Bertih jagung tu dah lama beli aritu kat kedai yang jual bahan2 kek.Masa mengemas bahan2 aritu ternampak la bertih ni.... terus masuk dalam 'non-stick pan' sebab nak test try bertih tu masih elok ke tak...tunggu punya tunggu, seronok dengar tup tap tup tap dalam tu..... Haaaaaaa.menjadik!

Krup krap .. krup krap ... 

Timbul idea nak buat macam kat kedai sebab pernah nampak penjual tu membuatnya...tapi dia guna mesin khas...yang ada periuk kecik kat dalam tu.hihi.Tapi aku guna kuali je ala2 buat cornflakes madu.

Jommmm kita buat ...

Popcorn Jagung

Bahan-bahan
  • 100g bertih/biji jagung(khas utk popcorn)
  • 1 sb gula
  • 1sb mentega
  • 1 sb bes minuman perisa jagung pekat (ryo guna jenama TAMIN)
Caranya :
  1. Masukkan bertih jagung ke dalam non-stick pan/kuali,tutup dan panaskan dengan api perlahan.
  2. Biar hingga bertih mengembang sepenuhnya,ketepikan.
  3. Panaskan mentega dan gula hingga cair, masukkan bes minuman.
  4. Masukkan  popcorn tadi dan gaul hingga sebati semuanya.
  5. Dah siap, boleh la dinikmati...
**Semasa proses bertih tu mengembang, jangan buka penutup kuali sebab popcorn tu akan melompat-lompat (Heyyy.. jangan imagine macam lompat katak pulak!)Haha..
Lepas ni kalau pegi tengok wayang boleh la bawak bekal popcorn sendiri kan...haha..

Selamat mencuba ...

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru Cikgu & Cikgi ....

Assalamualaikum ...

Tanggal 16 Mei setiap tahun kita tak lupa untuk menghargai guru-guru kita kan... Aku sendiri pun sentiasa ingat ngan cecekgu aku yang telah mendidik dari seorang anak kecil hingga menjadi seorang manusia.Alhamdulillah.

Selamat Hari Guru 2012

Masing-masing ada kenangan manis zaman sekolah yang sukar untuk dilupakan...Selamat hari guru kepada semua warga pendidik termasuk la pensyarah2 yang pernah mencurahkan ilmu kepada aku...juga kepada sesiapa saja yang mendidik aku secara langsung ataupun tak langsung...Tema hari guru tahun 2012 ni ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

Selamat Hari Guru!
:p

Thursday, May 10, 2012

Entri Kad Hari Ibu

Assalamualaikum ...

Salam hari Khamis buat semua..seperti biasa, genap seminggu baru la blog hijau ni ada entri baru kan. Kali ni tiada menu nak di sajikan ... sempena hari ibu yang akan datang, hanya kad ni je sebagai pengganti diri.Hehe.

So kepada rakan2 blogger tak kira di mana saja anda berada, terima la kad ni.Free je.


Happy Mother's Day

Selamat menyambut hari Ibu buat semua ibu-ibu sedunia, khususnya di Malaysia dan rakan2 blogger yang bergelar ibu.Kalau sudi, sesiapa saja boleh ambil kad yang tak seberapa ni ye...kebetulan lalu ladang tulip ku yang dah lama x bersiram...berbunga pulak.Ku petik la untuk korang sebagai penghargaan buat anda....Ahaks.

Happy Mother's Day juga kepada keluarga rakan-rakan. Al-fatihah buat bonda tersayang Naidah Sahari yang telah lama kembali ke Rahmatullah meninggalkan anak-anaknya ini.

Selamat hari Ibu!

Friday, May 4, 2012

Super Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua, selamat menjalani kehidupan seperti biasa. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk bercuti rehat hari ini ... ada perkara perlu diselesaikan sebelah petang nanti, beberapa urusan peribadi.

 Yesszaaa.. jangan shutdown atau close tab dulu skrin anda.. ye la, memang betul aku update belog ni.Eh eh.. macam tak caya je kan, baru semalam update, hari ni update lagi.Ahaks..
Kalau semalam dah upload ciskek yang simple... hari ni dah tentu resepinya simple juga....

Jom tengok dulu... jangan malu dan jangan sengan.

Super Moist Chocolate Cake

Wallah!Cantik nama sesedap rasanya jugak..... sebelum ni pun ada beberapa kali aku buat kek ni, dengan resepi yang sama..sebabnya, ia sangat mudah disediakan selain bahan pun tak banyak.

Lembap sangattt...rasa coklat yang enak!

Semalam, balik je dari tempat kerja tu terfikir la nak buat sejenis kek yang simple, sekadar untuk habiskan stok bahan-bahan yang ada.Cuma ambil masa 15 minit untuk sediakan adunan, dan 45 minit untuk tunggu kek ni masak.Memang berbaloi kan....kalau nak decorates, kena tunggu ia sejuk.Jadi aku biarkan ia semalaman...

Memandangkan hari ni aku cuti, kesempatan yang baik untuk bersarapan dengan kek ni... haha...yela, ingatkan nak tidur lama sikit, tapi dah terbangun seperti biasa.Alhamdulillah, boleh la berkerja di rumah sikit kan... basuh baju, kemas bilik serta meluangkan masa bersama anak-anak.....kuceng.

Yummilicious ...

Mana tahu sempena hari ibu yang akan datang, ada anak yang nak buatkan kek untuk ibu mereka, begitu juga suami atau bapa yang nak beri kejutan pada si isteri... jangan malu-malu nak berkarya di dapur..hehe...

 TQ kepada Chef Zubaidah, sis Along Roz & sis Hasue untuk resepi mudah ni...
Bagi kengkawan yang nak cuba buat.. boleh ikut resepi ni...


Moist Chocolate Cake
(Kek Coklat Lembap)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
Sumber: HaSueAlongroz@myresipi.com
Sharing by:Ryo @ ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1 st Baking Powder

Cara membuatnya :

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

Penyediaan chocolate ganache:

Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
Selamat mencuba ...

**Takziah juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Bob Kuman, atau nama sebenarnya Husni bin Mohd Rawi yang telah kembali kerahmatullah semalam.Umum dah tahu, arwah ada masalah kesihatan sebelum ini. Al Fatihah.

Thursday, May 3, 2012

Oreo Lemon Cheese Cake

Assalamualaikum....

Ada yang berbatik hari ni??yalaaa berbatik di tempat kerja atau berkain batik di rumah?? 
Wallaweyyy!Selamat hari pekerja.... (wah,backdated nampak!)....maklum laa cuti umum belog ni pun cuti jugak...tapi kan rasanya lama sangat belog ni cuti.haha...

Jangan samakan belog hijau ngan belog2 lain, kerana belog hijau ni unik...entrinya seminggu sekali je.. ye tak?Korang datang esok lusa pun masih sama la thumbnail yg korang nampak...Hahahha...tapi tak pa la... saja2 nak memeriahkan industri 'perbelogkan'..

 Yesszaa.. hari tu nengok my sis Jia upload pic ciskek.. tetiba nak buat jugak..pastu aku godek2 la resepi dr cik gugel... terjumpa resepi simple dr chef yg tak asing lg dlm dunia kulinari ... Chef Azli Razali....Bahan2 simple,sedap lak tu...tengok dulu jomm. Terima kasih ye chef.

Oreo Lemon Cheese Cake

Sedap sgt!

Sebelum ni pernah jugak nampak ciskek-ciskek seumpamanya terpampang di blog2 yang lain, cuma tak ingat dah kat blog siapa...senang citer, taip je kat google....terus jumpa.Haha.

InsyaAllah, sambil menutup mata kalau menikmati cheese cake ni... memang citarasa aku la sgt.Kalau nak beli 1 kg kek gini kat kedai maunya rm60-75 hengget kan..tapi ni spend dalam rm30 beli bahan,buat sambil bersantai... dah siap....

Aku kurangkan sikit air lemon sebab tak nak rasa yang terlalu masam....... 'masam ringan2' pun jadi la kan...Tak nyempat2 nak hias2 bagai ye...nak try, jomm amek resepi.

Oreo Lemon Cheese Cake
(Kek Keju Oreo Lemon)


Bahan-bahan A (Lapisan bawah)
  • 3 paket biskut oreo-kisar/hancurkan sehingga halus
  • 180gm mentega-dicairkan (sekira tak cukup tambah aja) 
Bahan bahan B (Kek)
  • 375 gm krim keju ( jenama philadelphia)
  • 65 gm mentega
  • 110gm gula kaster
  • 3biji kuning telur
  • 3 biji telur putih
  • 30gm susu cair
  • 80gm krim putar
  • 1/2 biji jus lemon
  • 1 biji kulit kulit lemon-parut halus
  • 1/2 sudu teh pes lemon ( pilihan jika suka)*ryo tak letak
  • 2 sudu makan tepung jagung*ryo tukar tepung gandum

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius.
  2. campurkan semua bahan-bahan A dan gaul sehingga boleh dikepal. Padatkan atas acuan kek keju. Sejukkan.
  3. Pukul mentega, keju, gula, sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan telur kuning dan kacau sebati.
  5. Masukkan tepung jagung dan kacau.
  6. Campurkan jus lemon, pes lemon dan kulit lemon dengan susu dan cream.
  7. Kemudian masukkan dalam adunan kek. Kacau rata.
  8. Pukul putih telur sehingga kembang dan gebu kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sehingga agak sebati.
  9. Tuangkan adunan kek dalam acuan yang mengandungi lapisan biskut oreo tadi.
  10. Balut bawah acuan kek dengan plastik wrape/ aluminium foil supaya air tidak masuk semasa membakar dan bakar atas dulang yang berisi air (cara pembakaran ini dinamakan steam bake~ perlu meletakkan sedikit air diatas dulang pembakar semasa proses membakar kek) selama 40 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan.
  11. Kemudian, hiaskan dengan krim putar dan cebisan biskut oreo.
*Tip chef

Banyak yang konfius letak air atas dulang tuh .Kenapa kena letak air?. Sebenarnya dalam ovenkan ada dulang yang warna hitam tuh (oven bulat tak ada lah~kalau guna oven bulat tak digalakkan kerana cermin dia mudah pecah). Kalau oven empat segi tuh anda perlu meletak sedikit air lebih kurang setengah dan barulah bakar kek. Pastikan air tidak kering semasa membakar~jika air kurang just tambah jer air sehingga kek anda masak. Air atas dulang boleh bagi stim semasa membakar dan stim ini akan memberi kelembapan pada kek keju. Takdelah dia kering lepas dibakar nanti. Tetapi pastikan bawah kek anda dibalut dengan plastik wrap atau aluminium foil supaya air tak masuk dari bawah kek. Especially acuan kek keju mudah dimasuki air kerana bawahnya ada ruang.

Selamat mencuba!!

Friday, April 20, 2012

Apam Indon

Salam Jumaat buat semua... apa khabar hari ni?
Hari ni nak updatekan lagi menu best..simple..Dan yang pasti,kalau yang simple2 ni la aku suka nak cuba.Ibuk ibuk..bapak bapak......yuk kita santap apam!

Lepas kena tag ngan kak DJ semalam, tertarik la pulak ngan apam indon yang cantek dan kemas hasil tangan beliau tu .. carik di belognya belom ada pulak.Rupanya link ke belog kak yatie,dan kak yatie lak dapat resepi dari kak ita.Amboi dah berjela2 nampaknya sumber ni ye.Terima kasih kepada yang empunya resepi serta sumber2 yang telah mencuba.

Bermula la episod nak membaking semalam,balik keja tu lepas dapat resepi nih tetiba tercari mana pergi 'kitchen scale'..yerlaaa dua tiga menjak sebelum ni main agak2 je buat kek.Kalau guna resepi orang lain ni kena la ikut resepi kan...(hahaha..padahal memang suka nak derhaka)

Apam Indon 
 Tet!!Nampak ketidak sempurnaan di situ ..tapi abaikan je sebab memang sedap apam ni..Lapis coklat tu terlalu sikit.Kejadian nya, atas bawah nampak huduh...x cantek seperti hasil daripada mereka yang pakar.Haha...Tangan ni macam keras pulak setelah lama tak membaking.werkk!

Sedap dan lembut jer ...

Alhamdulillah, dapat jugak bawak ke opis untuk menjamu kengkawan sempena hari Jumaat ni....



Apam Indon
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com
source : Kak Yatie , Kak Ita , Kak DJ

Bahan-Bahan
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml susu segar atau santan~ ryo guna santan
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak-Yatie tambah *ryo tambah jugak
  • pewarna dan perisa kegemaran
Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
  2. Sediakan loyang ukuran 9 inc
  3. Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper
  4. Ayakkan tepung bersama baking powder.
  5. Campurkan garam ke dalam susu.
  6. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
  7. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
  8. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu. Masa ni tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
  10. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
  11. Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
  12. Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak sempurna.

Selamat mencuba!

Wednesday, April 18, 2012

Daging Rusa Masak Kunyit

Salam petang buat semua....

Amboi dah lepas masa untuk makan tengahari baru nak update ni kan.Sebenarnya malam tadi nak update... tp nak upload gambar tak leh la pulak...muncul error 503 kata istilah cybernya.Petang ni tetiba jer terbuka hati nak curi masa kat opis ni kejap....jeng2..jgn tiru mcm saya k.haha...

Nak share menu2 yang lepas banyak sgt nak ingat balik pun macam dah tak berapa ingat..jadi update menu yang terkini sekadar menukar thumbnail lama kat tetingkap korang la kan....Menu tak la hebat mana, ringkas ja...buat lauk makan petang semalam.



Yessza.... daging rusa..hari Ahad yang lepas berkesempatan bawak kawan yang datang dari semenanjung tu jenjalan ke taman haiwan..nampak dua tiga ekor rusa tersenyum riang, tapi dalam hati aku terpikir kalau daging nya di masak cara gini memang mabeless....opsss!Jarang jugak dapat daging ni ..kalau nak tunggu aku pergi berburu ntah bila kebetulan terjumpa org jual daging ni dengan harga RM20 sekilo.Beli je la..

Tetiba pulak teringat dengan lagu rakyat brunei Malang Pak Saloi .. sebuah lagu ala2 watak pak pandir....yang aku ingat la pak saloi ni bawak rusa naik sampan.huahua....

Daging Rusa Masak Kunyit
by : ryo @ ryoazhar.blogspot.com

Bahan :
  • 500 g daging rusa
  • 2 ulas bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 biji ubi keledek , dipotong
  • 2 inci halia*
  • 2 tangkai cili merah*
  • kunyit hidup secukupnya*
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • 2 cawan air
Caranya :
  1. Tumbuk bahan bertanda sampai lumat
  2. Panaskan minyak,tumis bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau
  3. Masukkan daging rusa, gaul sebati
  4. Biarkan kejap,jika perlu tambah air
  5. Perasakan dgn asam gelugur,garam & serbuk perasa.
  6. Biarkan hingga daging masak & lembut
  7. Masukkan ubi keledek, biarkan hingga masak

Hahaa.... main letak je cara2 ni kan...ikut la cara yang dirasakan sesuai sebenarnya....lain orang lain cara, lain citarasa.

Sekian dulu ... :)

Monday, April 9, 2012

Mi Jawa Koboi

Salam... salam ...phewittt!

Amacam? Ok tak bila aku letak gamba tu jadi thumbnail?? Mesti korang x caya belog hijau tayang masakan balik kan??Perghhh rindu gilerssssss dgn 'permainan dapur' ....Memang dah lama belog hijau tak berasap.....tuan rumah nya balik mandi je..pastu kuar balik....sebab tu x sempat2 nak mengasapkan dapur kan..Yeahh... aku ingin kembali (dah banyak kali dah kata nak kembali berbelog kan, sudahnya tetap x update2..wakakaka)

Kengkawan GMM lain tak leh la aku nak lawan.. memang aktif serta produktif!Tabik spring toing toing.... kadang tu nak jugak rasanya mintak Kak Ummi ke, Kak Nor ke, pcm CMG ke , Kak AlongRoz ke... kak DJ ke dan lain2 GMM tolong hapdetkan belog ni!Haha....erkkk.. nak mintak tolong my sis HaSue, mcm tak konpiden je aritu pasal tenet beliau suam2 kuku.... * larikkkkkk

Mi Jawa .. Koboi!

Yesszaa....sebenarnya mi jawa ni 1st time la aku buat....bahan pun x cukup...Mi jawa koboi lah kan...main campak,ejas2 sendiri je.... nak ikut style kak DJ punya, tapi banyak bahan yang tak de.....Bila kuah kari tu dah masak, bersemangat la merasa....aiseymen..pedas sgt.Tambah la gula sket...baru ok.Dah tu kan, keledek tu main lenyek je.... sebab tu ada lagi ketul2 halusss...koboi mmg koboi.

Disebabkan resepi ni main campak2 dan agak2 je ikut selera sendiri.... aku pun dah x ingat la camne kalo nak dijadikan resepi...aku tayang gambar nye aje lah kan.Alhamdulillah boleh diterima tekak, tak sakit perut & sedapppp jugak!Pengalaman pertama lah katakan, insyaAllah nextime nak buat lagi yang lebih proper.

TQ kepada followers yang tak jemu2 nonton entri2 outdated selama ni.... TQ jugak kepada yang sudi jenguk2, dan nampaknya bila nengok kepada traffic,belog ni dilawati salah satu sebabnya adalah Kek Lapis Cheese Persona yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu.Hahahaha... TQ kepada Kak Nor yang memulakan revolusi dan kontroversiiinya.... hahahaha.

Sekian dulu , chowssss!

ABPBH 2011

Salam semua ..tetiba hari ni nak mencarut

Yessza....aku tengok semua sibuk update pasal ABP yang diadakan malam tadi .. kebetulan malam tadi duk rumah je nak rehat2.. bukak la jugak tv tu nengok ABP.. Dah lama tak duk depan tv tau...sib baik ingat lagi camna nak duduk depan tv serta tekan button ON....ni ha masuk blog ni pun mujur la ingat lagi cara nak update...yang tak update2 sebelum ni mmg sengaja x update...Malas yang amat!

Nak list down kan pemenang ABP pun malas nih... Aaron Aziz Bintang Paling Popular k....Ada gak result yang menyedihkan...sampai aku x kenal sapa artis tuu..haha...Contohnya kategori Artis Baru Wanita ... yang menang tu Tasha Shila...Alamak!Sape tuhh?Bekerut dahi ni bila nengok dia berjalan dan lambai2 ala2 dia laaa menang artis paling popular...Tapi dah nama rezeki kan...mungkin kalau rajin ikut road tour.. peluang menang tu lagi la senang....Bergantung rezeki jugak.

Tak kurang jugak mata ni agak sakit melihat mangsa2 fesyen...bintang besar bergaya ala2 duta susu cap junjung....bintang baru bergaya ala2 bintang kecil ...bintang lama bergaya ala2 dan ala ala alahaiiii...Dan apa yang aku perasan, host & penyampai trofi lebih banyak merapuuuuu sampai muak aku menunggu.....tup2 nightline pun kena pospone....biasanya ABP sebelum ni habis sekitar kul 11.30 ++ jekkk....

So, tahniah la bagi yang berjaya...Jangan dikejar sangat anugerah, yang penting kerja mantap.Kalau nama naik sebab kontroversi, parah beb.

Tak gitu...

#Post ni aku labelkan sebagai coret carut sebab sajaaaaa nak mencarottts!


Chows...

Friday, March 23, 2012

Musim 'bubok' kembali!

Assalamualaikum..

Salam Jumaat buat semua...selamat bertugas bagi yang berada di pejabat....selamat bekerja pulak bagi suri rumah yang berada kat rumah..walaupun dikatakan tidak bekerja, sebenarnya suri rumah lebih banyak kerja dan tugas menguruskan rumah tangga kan.. terima kasih kepada mereka. :)

Belog hijau dah lama dilanda kemarau ... kemarau dek kerana tuan nya sangat malas nak update serta nak meng upload kan gambar dan cerita.Ada sedikit masa tu kalau boleh nak diguna untuk santai2 je.haha....

Tapi takper la..kebetulan masuk ni nak jugak mengarang sebaris dua kan...
Pagi ni nak story sket pasal musim 'bubok'... Itu istilah digunakan orang2 tempatan di negeri aku Sarawak..Bubok juga dikenali sebagai udang geragau....udang halus yang digunakan untuk membuat belacan atau pun cencaluk.(Pergghh..sedap tuuu cencaluk!)

'Memakak' / Menyauk 'bubok' ... gambar ihsan google


Opis aku duduk ni bukan la tengah bandar...luar bandar la sikit kan,jadi tak mustahil boleh terhidu aktiviti masyarakat setempat.Sok sek sok sek sana sini heboh sekarang ni musim 'bubok' ni ha...masing2 ambil peluang dan ambil rezeki depan mata untuk 'memakak' ... iaitu istilah tempatan yang digunakan bermaksud menangkap/menyauk.Alhamdullillah ramai yang dapat berguni-guni...Nampaknya ramai la yang buat belacan lepas ni..maklum la harga semasa belacan sekarang ni RM50 per kg.Boleh kaya jual belacan ni tau.

'Bubok' yang telah dikeringkan....gambar ihsan google


Bila dengar sana sini orang menyauk/memakak ni aku pun macam excited....walaupun kurang cenderung bidang ni tapi kekadang kita excited nak tengok serta nak mencuba...Panas memang la panas kan...kan laut mana ad bumbung.Haha....tapi seronok!Aku pernah cuba sekali je dulu ... dapat sikit je.Hihi...

Selain buat belacan atau cencaluk, udang bubok/geragau ni ada jugak yang masak tumis, buat cucur atau jadikan ia sebagai bahan kering.Semalam x sempat nak ambik gambar udang ni .... nasib baik jumpa dalam lemari Pakcik Google.Dapat la nak gambarkan rupa udang ni kan.

InsyaAllah nanti kita share resepi2 pulak...

Jumpa lagi ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...