The Followers

Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Vanilla Muffin dengan Coklat Cadbury

Salam Ramadhan sekali lagi..
Bersua kita untuk entry seterusnya,
Tiada entri sehari dua,bukan beerti laman belog hijau ini terus dilupa..
Jauh sekali melupakan anda semua.cheywaahh!

Tapi,kekangan yang berlaku selama 2 hari amat perit dirasakan.Tetiba talian internet seakan terganggu,bukan disebabkan gangguan jin serta makhluk halus (sebab diorang kan kena ikat bulan ramadhan ni kan..hihi)..mungkin gangguan berlaku selepas ribut kuat melanda daerah ini beberapa hari yang lepas.erm..

Takpelah,gigih jugak nak share entri ni ha..muffin vanila yang aku cilok dari rumah Izahdaut,namun ku adaptasikan dengan 'menjatuhkan' sepetak coklat cadbury di atasnya.hihi..

Tengok ini...

Vanilla Muffin dengan coklat cadbury

sebelum dibakar..

Ting!dah masak dah..

Meh share resepi ini..(setelah dimodifikasi)

VANILLA MUFFIN + Coklat Cadbury

resepi asal: resipicitarasawan.blogspot.com/2010/10/vanilla-muffins
sumber : Izahdaut
shared by : Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 125 gm mentega di cairkan
  • 150 gm gula kaster
  • 2 biji telur
  • 250 gm tepung kek / tepung serbaguna
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam
  • 70 gm susu segar
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 bar coklat cadbury *optional
Cara Membuatnya :
1. Satukan telur, esen vanila dan gula, pukul menggunakan hand whisk hingga sebati.
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, kaup balikkan ke dalam adunan telur berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
3. Akhir sekali masukkan mentega cair, gaul hingga rata.
4. Letakkan coklat cadbury di atasnya.
5. Bakar di rak atas pada suhu 180 darjah celcius selama 20-25 minit atau hingga masak

Terima kasih ye kak Izahdaut!...

Resepi asal, KLIK SINI.

Selamat mencuba ...



Monday, July 11, 2011

Muffin Coklat

Salam pagi..selamat hari Isnin..

Pergh,mungkir janji lagi..hari tu aku kata nak update.nak update...tapi disebabkan x berapa nak ada masa....lambat la proses pengapdetan belog aku nih...

Hari jumaat hari tu,sempat jugak aku gi nonton Transformer...lepas balik keja tu terus la aku pecut.Member dah beli ticket dah.Siap ugut aku lak tuh.."Ko kat mana ni??kalo lambat,aku masukkk!..Kejapp.kejap..kataku sambil memandu...Movie start kul 6.30 ptg,dia call lagi.."Kalo ko takde jam 6.25,aku masuk ni..."..Dengan relaks tapi laju aku bawak keta..Alah,aku tau,member aku ni tetap tunggu punyerrr.......sempat jugak la kan.Cuma tak sempat makan beli popkon!Tak leh nak krup krap kruppp....ngee..

Sabtu pulak,aku duty pagi untuk segmen Warna-warna MiriFM...1stime aku on air pagi weyhhh..tetiba aku buat topik kenduri kendara...motippp???Nasib baik berjalan lancar...cuak jugak takut ada caller sibuk berkempen untuk BERSIH tu.haha...

Hari ahad,baru la aku ada masa sket melakukan aktiviti santai..main tiup-tiup tepung..errrr..pendek kata,tengok je apa yang aku buat ye...jom jom..

Berjalan-jalan sambil membawa buku nota (nak nyalin resepi)...ingatkan nak terus ke rumah izahdaut.Tapi sebab kaki lenguh berjalan,TERsinggah pulak ke rumah KakNor..mulanya cuma nak mintak la secubit garam je kat beliau.Tapi terambik lak rsepi asal muffin coklat ni.Kemudian aku wat tambah-tambah ler pulak.Kira terbuat penderhakaan terhadap resepi ni.huhu...ampun hakakkk..


Muffin Coklat 'Heavy'

Rasa coklat yang hebat!

Kenapa aku leh kata muffin coklat ni 'heavy'???Sebab,bila tambah sket bahan-bahan tu...muffin rasa sangat 'berat',pekat,sedappp,dan terasa kecoklatan nya!!Mmmmmphh!


MUFFIN COKLAT heavy.
by : Kak Nor & Yani

shared by : Ryo@ryoazhar.blogspot.com
  • 200g coklat masakan
  • 50 g serbuk koko*aku tambah
  • 100ml whipping cream*aku tambah jugak
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  2. Masukkan juga serbuk koko.
  3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair & whiping cream
  4. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  5. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati.
  6. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  7. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  8. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  9. Dah siap!
Terima kasih kepada tuan resepi...

Selamat mencuba!

Sunday, May 8, 2011

Blueberry Muffin

Salam tghari..

Apa khabar semua??thanks sebab sudi singgah lagi ke belog aku ni ha..

Apa perancangan korang buat hari ni??Jap lagi nak pi basuh keta ni..sedih pulak bila tengok keta hitam jadi kelabu.konpius pun ada gak.haha

Bagi geng PPEOC yang buat sunday ride morning ke Genting Highland pagi ni tadi,harap semuanya berjalan lancar lah..yang aku pulak memang x boleh nak join la kan...rindu giler ngan geng2 kelab kat KL nun..hahaa

Tapi takpe lah,aku kat sini tetap ada sunday ride morning jugak.Meh layan dulu aktiviti aku di awal pagi..

Taraaaa!!!
Bangun pagi je terus wat muffin nih..ini la sunday ride aku..hahaa


Blueberry Muffin

guna blueberry filing je..

..saja nak hias topping nih

TING!!!Dah masak dah..

Tadi duk selongkar fridge nak check stok...lahaii,masih ada lagi filing blueberry sebab tu la wat muffin ni td..tapi,tetap tak habis jugak...kena buat cistat lagi ler nampaknya...

Adunan yang aku buat ni leh dapat 12 biji muffin je...kena lah membako 2 kali sebab tray aku tu ada 6 lobang je..hari tu excited dapat yang 12 lobang,tapi aku pulak yang tak sedar2 masa membeli tu...Tak muat haaa dalam oven aku....tu pasal la terpaksa trade kat sis aku.oven dia lagi besar..nampaknya kena beli oven lagi besar ni.kalo leh bakar 12 biji kek terus.(bayangkan berapa besar oven aku nanti).hahaaa...

Aku nak carik tray yang 9 lobang,cari2 tak jumpa pulak..kang tak pasal2 aku ikut kata abg ipar aku (cik abg sis HaSue la..)..tray 12 lobang tu,potong je jadik 9 lobang.Hahaha..

Resepi muffin ni pulak..

Bahan2 :
  • 250 butter
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp esen vanila
  • Blueberry filing secukupnya
  • Cawan kertas

Caranya :
  1. Panaskan oven 180'c selama 15 minit
  2. Pukul butter bersama gula perang hingga kembang
  3. Masukkan pula telur,pukul lagi
  4. Paipkan sedikit adunan ke dalam cawan kertas
  5. Paipkan filing blueberry,kemudian paipkan lagi adunan di atas filing tuh
  6. Hiaskan sedikit blueberry filing di atasnya
  7. Bakar selamat 25 minit..*bergantung pada oven ye
  8. Dah siap...
Selamat mencuba!

:)

Wednesday, April 20, 2011

Banana Muffin with Raisins (Mafin Pisang & Kismis)

Salam pagi ...

TQ kat u yang jenguk blog i pagi2...i like u.Haha...*motifff?

Ini suatu kisah...ceritera di suatu malam...
Dalam diam,aku duk pandang2 sambil menjeling2 serta menyusurr (bw ler..).aku tersinggah ler kat teratak kak IzahDaut.Tujuan bukan nak buat direct selling,jauh sekali untuk mengurat...tapi aku duk ushar ler muffin2 beliau yang 'ramai' tuu....

Muffin ni aku x pernah buat lagi,tapi kebetulan rajin nak baking membaking nih...nak ler try ..hasil dari penyelongkaran tu..maka terjadilah ....


Banana Muffin with Raisins

Kak izahdaut,maaf ler...aku ambik resepi banana muffin ko tuh,tp aku x masuk semua benda ler...aku derhaka skett...salah satunya,takde stok yogurt pun...kedua,chocolate chip tu aku ganti ngan kismis...

Nanti bosan pulak nengok choc chip bertaburan kat page ni..haha...


Pisang pun nak enterframe taw..

Nak try jugak ke??Cer cuba..cer cuba..

Bahan2 :
  • 1 cawan pisang,dilenyek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 ts soda bicarbonat
  • 1 ts baking powder
  • 1 biji telur gred A
  • 3/4 minyak sayur/butter cair
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan kismis *optional

Caranya :
  1. Masukkan tepung,soda bicarbonat,baking powder,gula,& kismis dalam satu bekas
  2. Gaulkan semua bahan tu..
  3. Masukkan pisang lenyek
  4. Didalam cawan berisi minyak/butter cair tu,masukkan telur
  5. Pukul je telur tu berserta minyak dlm cawan**pukul2 manja je...
  6. Tuang ke dalam bekas td,sebatikan semua bahan
  7. Masukkan dlm pappercup/muffin tray
  8. Bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 25 minit
  9. Dah siappp..

Wakakaka,simple kan...

Nak cuba resepi2 yang lg best,boleh ler jenguk rumah kak Izahdaut .Anda akan disambut oleh muffin beliau yang pelbagai...TQ kak izah..

Selamat mencuba!

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...