The Followers

Friday, April 15, 2011

Puding Roti + Sos Strawberry

Salam Jumaat semua ...

Harap semua yg duk baca ni serta follower yang ada berada dlm keadaan yang sihat dan cemerlang!Perghh...pejam celik dan pejam pejam,dah genap 100 dah aku nyer follower..alhamdulillah,suatu peningkatan yang agak baik . Teruskan niat murni korang 'memfollow' aku yer..ahakss

Pagi Jumaat nih cukup tenang rasanya, aku menulis sambil mendengar alunan lagu Edcoustic-Muhasabah Cinta..lite-lite je muziknya....*mode : lentok kepala atas lappy.

Okeh!str8 to the dot!haha...

Yeahhhh!apa ni?apa ni?..
konon semalam feeling2 nak buat puding roti yang guna roti keping2 tu la..tapi aku suka2 je letak cheese!Tapi..mmg sedap.

Apa yg best nya,secara spontan aku letak sos stroberi tuh!..

Cer layan jap....


Puding Roti & Sos Strawbery

Susun roti,then curahkan adunan ke atasnya

TINGGG!!dah masak ..

Nak makan tanpa sos boleh juga ...


Nak rasa??jom buat....

Bahan2 :
  • 10 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 4 biji telur
  • 3 sb gula
  • 1 sb butter
  • 3 keping slice cheese*optional
  • 1 cawan kismis
Caranya :
  1. Susun roti ke dalam bekas
  2. Pukul susu,2 sb gula,dan telur di tempat berasingan
  3. Tuang ke atas susunan roti,biar terendam.
  4. Taburkan baki butter,1sb gula,kismis dan slice cheese di atasnya
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 30-25 minit.
  6. Siapp...
Okeh..lepas tu aku tetiba teringat ngan filling strawberry yang masih ada dalam fridge (x habis2 lagiii yer)....terus aku buat sos nya pula..

Bahan2 :
  • 1 cawan air
  • 1 sb filling strawberry
Caranya :
  1. Panaskan air,kemudian masukkan filling td
  2. Kacau hingga sebati,tuang ke atas puding roti tu..
  3. Dah siap.
Bergantung kepada citarasa memasing nak kurangkan/tambah bahan...nak manis atau kurang manis.....

Selamat mencuba!

:)

p/s Maaf lagi kepada Cheq Anna, mungkin ko x leh bikin menu nih selagi ko x mintak Cheq Abey beli OVEN baru...*larikkkk

2 comments:

iemah said...

sedapnya...rasa nk mkn la pulak...tp xsempat buat la...esk exam...

Eyka said...

laprrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~ arghhhh! huhu..T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...