The Followers

Friday, April 29, 2011

Puding Karamel

Ting!(bunyik oven)

Salam pagi semua...
Dah bfast ke?..hari ni aku masuk keja petang,so boleh la berfoya jap sebelah pagi ni...
Sepatut nya hr ni aku dah apply cuti..tapi mungkin aku g opis gak petang ni..

Haa...ni pagi2 ni aku jenjalan g blog2 org,saja nak exercise sket..dah lama x blogwalking sambil duk ushar2 awek2 cun,pastu singgah lak dapur geng masak2 sambil ceroboh lemari dapur diorang...

Bahan banyak lg weyh!x tau nak wat gapo..

Awal pagi ni nak ajak korang tgok desert la pulak..lantak la masa ni sesuai ke tak sesuai.haha..nak gak tayang...

Ni projek mlm td...pasal ni lah oven aku bunyik TING! malam tadi..aku buat puding karamel daaaa....ape kejadahnya buat puding karamel malam2 kan..


Puding Karamel

Dah lama x buat puding karamel ni...

Dulu...masa aku still practical kat hospital (thn 2007),aku duk umah sis Jia aku...pernah gak aku buat puding karamel ni ha..tapi resepi nya beza sket..siap taruk perahan lemon.kalau terlebih,akan jadik pahit!

Yang ni lagik sedap!x sia2 aku selongkar lemari dapur sis HaSue..
Hahaaa..balik2 g bw carik resepi,mesti melekat rumah akak sendiri kan...bukan la ayah aku x kasi jalan jejauh..saja je...sbb aku tau kalo resepi dr belog sis hasue ni mesti amik simple nyer dan aku mampu nak buat...kekadang tu ada gak aku cedok dr geng memasak nya yg laen taw!

Meh try test..

Puding Karamel
Source :HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sharing by : ryoazhar.bloggspot.com

Bahan2 :

  • 3 sudu besar gula pasir - untuk dibuat gula hangus/karamel
  • 1 tin susu(krimer) pekat manis(tin kecil)-atau 3/4 tin sederhana
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air
  • 1 sudu esen vanila*aku pakai vanila powder
  • 1 sudu teh tepung kastard*yang ni aku tak letak

Caranya :
  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya,tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan..nanti ia akan cair sepenuhnya..
  2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....adalah disyorkan puding tadi ditapis semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi
  4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2 dan saiz bekas..
  5. Puding sudah masak apabila permukaannya tidak bergoyang lagi..sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan lebih enak dihidangkan sejuk2.
Dari lemari sis HaSue > Puding Karamel

Siyesss!mmg x bau telur pun...lembut enak berkrim disukai ramai lak tuh..

Selamat mencuba!

:)

4 comments:

HaSue said...

Tetiba aku terliur yang amat!uikkk macam nak memuding lagik nihh..mesti dak haza kejelesan kalo dia nampak puding ko nih..haha..

kastad tuh aku kdg2 taruk,kdg2 skip gak..ngihihi

RYOVZHVR said...

Tu diaaa..oo,kalo letak kastad tu lg sedap ke ape

Anonymous said...

tumpang lalu sambil tanye..bain marie tu ape...:)

RYOVZHVR said...

@Anonymous

hai.. bain marie tu teknik steam bake.Simpan air dalam dulang oven tu.. panaskan 15 minit sbelum masukkan dulang yg berisi kek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...