The Followers

Tuesday, April 19, 2011

Sambal Tumis Belimbing Buluh

Selamat petang wahai geng2 blogger serta viewer sekalian...*skema x?

Agak dah lama gak x hidangkan menu kat korang kan...manis dah,pahit dah,kali ni,aku nak share menu yg agak masam sikit.

Mungkin ada yg pernah rasa,mungkin ada yg pernah tengok je,mungkin ada yang pernah masak sendiri...Belimbing Buluh nama diberi..aku pun dah lama x jumpa menda nih...hari ahad lepas jenjalan kat pasar,nampak ler buah belimbing ni.Selonggok tu harganya RM1,ada lah dlm 30 biji...selain di masak tumis cam ni boleh juga dicampur dalam masakan sebagai asam menggantikan asam keping/asam jawa...cerr tengok bawah hasilnya.


Sambal Tumis Belimbing Buluh


Hiris je...

Penyediaan memang mudah,sama seperti sambal tumis yang laen...

Bahan2 :
  • 30 biji belimbing buluh,dihiris
  • 50 g ikan bilis,dikopek
  • 1 inci belacan*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1 ulas bawang merah*
  • sedikit garam & serbuk perasa
Caranya :
  1. Tumbuk bahan bertanda,kemudian tumis bersama ikan bilis hingga naik bau
  2. Masukkan hirisan belimbing buluh td
  3. Perasakan dengan garam & serbuk perasa
  4. Kacau seketika
  5. Dah siapp..

* Jangan biarkan terlalu lama,belimbing akan menjadi terlalu lembik dan kurang enak

Makkkk aih,bila bab masam2 nih tekak pun rasa laen dah.....selera werhhh!

Selamat Mencuba :)

4 comments:

Kak Rosaliza said...

assalam ryo, sambil2 dok baca terkuar ayaq liuq ni bila msm2 gitu...mesti sedap ni mkn ngan nasi panas2kan ryo

Ryo Azhar Rahza said...

Kak Rosaliza : betul tu..mmg sedap kalo makan ngan nasi panas...perghhh..pedas2 lg.

InGkLate said...

masam... huhu.. smbal bilis my peberet... tp bkn dgn belimbing la... ayyo...haha

Ryo Azhar Rahza said...

InGkLate : sambal ikan bilis + halia suka takk?hehe..alor,belimbing tu boleh tukar ngan strawbery.ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...