The Followers

Tuesday, April 5, 2011

Kerabu Jantung Pisang (Tongkol Pisang)

Salamm!ni sempat gak nak menyelitkan menu simple nih..

Salah satu kerabu yg menjadi febret aku suatu ketika dulu...kalau kat tempat aku,jantung pisang ni juga dipanggil 'Tongkol Pisang' ...Selain boleh dibuat ulam-ulaman,boleh gak dihiris menjadi kerabu....*lebih kurang ulam jugak ler kan.

Kalau nak pikir lelebih, kesian kt pisang tuh kan...sedappp je ambik jantung beliau.huhu...


Kerabu Jantung Pisang


Bahan :

1 biji jantung pisang *ehh,jantung pisang ni biji ke?
2 tangkai cili merah (Besar)
5 tangkai cili padi hijau/merah
1 inci belacan
5 biji limau kasturi *ambil jusnya
Segenggam ikan bilis/udang kering*ryo pakai ikan bilis
Sedikit serbuk perasa dan garam
Air panas untuk mencelur

Caranya :
  • Tumbuk cili,belacan dan ikan bilis...ketepikan.
  • Hiris jantung pisang nipis2..*buang daun yg tebal,ambil yg lembut didalam.
  • Celur didalam air panas seketika,toskan.
  • Masukkan bahan yg ditumbuk,jus limau,garam dan serbuk perasa secukupnya.Gaul sebati.
Selamat mencuba :)

4 comments:

solo molo said...

padanla jantung aku rasa macam berdebar-debar jer...hahaha...



nak menang ipad2 ???
klik > http://solomolo.blogspot.com/2011/04/akibat-berdiam.html

Ryo Azhar Rahza said...

solo molo : ko ada kaitan ngan pisang yg di ambik jantung nya nih ke ?hahaa

aku nak ipad!

Kak Rosaliza said...

sedapnya kerabu jantung pisang tu

Ryo Azhar Rahza said...

Kak Rosaliza: mmg sedap sbb dh lama x makan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...