The Followers

Tuesday, April 12, 2011

Ikan Kembung Rebus Kunyit

Selamat tghari...
korang dh makan ke belum nih?Ni lunch hour nih..aku x kuar pun....godek2 lg my lappy,ada lg menu hari sabtu lepas..jom tengok.

Mula nak letak tajuk "Ikan Kembung Dua Sejoli terpisah jua akhirnya"..tapi x sampai hati ler pulak.huhu..


Nakkk jugakk letak serai tu...

2 ekor ikan kembung, sekor tu namanya Ahmad,sekor lg Limah Loreal

Dah ready nak rebus ...

Lagi lagi menu simple kan..yerlah,kalo yg payah sgt,aku pun malas werh...x mo cakap banyak,aku share lg walaupun korang masak lebih sedap dr aku!*ngaku jugak..

Yang penting aku suka nak letak pedas ni...haha..baru selera kan.

Bahan2 :
  • 2 ekor ikan kembung
  • 1 btg serai
  • 2 ulas kunyit hidup*(maksudnya bukan kunyit serbuk ler)
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 tangkai cili merah*
  • 5 tangkai cili padi*
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
  • Air untuk merebus

Caranya :
  1. Siang/bersihkan ikan terlebih dahulu,kemudian dipotong 2 dan masukkan dlm periuk/kuali
  2. Masukkan air untuk merebus secukupnya
  3. Tumbuk bahan bertanda sampai lumat,kemudian tumbuk serai sekali
  4. Masukkan bahan ke dalam periuk/kuali bersama ikan
  5. Rebuskan..
  6. Bila dah mendidih,perasakan dgn garam,serbuk perasa dan masukkan asam gelugur.
  7. Biarkan seketika...padamkan api

P/s : jgn rebus terlalu lama sbb nanti ikan akan hancur dan anda cuma leh menyantap tulangnya saja...

Selamat mencuba :)

8 comments:

アヌム ちゃん~~ said...

salam.nice blog :) sudi2 la join my bloglist ye.sempat lagi nih^^
http://frommetoyou85.blogspot.com/2011/04/jom-join-bloglist-frommetoyou.html

mcm ni lah said...

wahhh ikan singgang,. mesti best mkn dgn sambal belacan atau tempoyak dgn ulam jantung pisang,. ermmm terangkat

Ryo Azhar Rahza said...

frommeto you : sudi2 lah masuk selalu ye

Ryo Azhar Rahza said...

mcm ni lah : ko jgn sebut tempoyak,sini belum ada musim durian..nak dapat tempoyak kat ner lak..adehh...terliur nih.meh hantar tempoyak kat aku

Fadzli Amir said...

Salam Bro...taruk belacan sikit baru terangkat...hehehe

InGkLate said...

Ikan Kembung Dua Sejoli terpisah jua akhirnya<<---- siot ja tajuk cam tu...hahaha...

Ryo Azhar Rahza said...

Fadzli Amir : huhu..ikan rebus x brapa nak masukkan belacan..tgok jenis ikan gak.huhu..

Ryo Azhar Rahza said...

InGkLate : santai2 je tajuk tuh kan..hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...