The Followers

Thursday, October 13, 2011

Kek Hujan Panas

Assalamualaikum...

Salam pagi hari khamis ye...
Pasti ramai berbaju batik ke tempat kerja kan.suri rumah pulak,mungkin tetap vogue berkain batik,atau baju kelebar batik ye...abg2 pakcik2 apa kurang nya dengan pelikat..hihi.

Maaf ye,petang semalam tak boleh nak online.ada beberapa keja nak dibuat...awal pagi bru lah ushar alam maya ni...nasib dedaun dalam laman ni tetap hijau dan segar,berkat dari lawatan anda yang menjenguknya....umpama embun yang duk menyiram lah kan..*tuu dia ayat KOMSAS.

Hari ni nak tayang kek kukus hujan panas lagi,tapi sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada pemilik dapur yang tanpa sempadan, siapa tak kenal blogger masak2 terkenal Cik Mat Gebu (CMG) kan.Jenguk dari tingkap tadi nampak ada resepi baru,seperti biasa aku masuk la ke rumahnya dan klik2.Ehh,tak sangka pulak CMG link kan ke belog hijau yg serba kekurangan dan baru nak bernapas ni.Terharu lak rasanya bila beliau turut menjadi follower.Blog belia jugak merupakan antara blog masak2 yang selalu ku intai2.Nak komen banyak segan sebab kita ni insan kerdil je di kalangan blogger.hihi..Syukur,nampak nya semakin ramai blogger masak2 yang hebat menyertai ryo ... kan.Terima kasih atas sokongan kalian semua,berilah tunjuk ajar kepada 'adik single' ni ye.Ehem.Terima kasih sekali lagi dan lagi...

Balik lagi ke dapur ..mari tengok warna.

Kelapa parut yang diwarnakan...

Ini warna apa?ye betul,merah,hijau,kuning...(eh,macam traffic light pulak kan).

Kek Hujan Panas

Sebelum ni aku dah pernah terbitkan resepi ni.Klik Sini. Ada blogger yang telah mencuba, antaranyakak Ummi Zaihadi & kak Azlita Aziz .Klik ye..Nak buat kek hujan panas ni memang pakai kelapa parut.Yang ni aku pakai kelapa kering,semasa mewarnakan tu,titik sedikit air,kelapa akan jadi lembab sikit.

Gaulkan kelapa yang kalerful tu ...

peroi .... sesuai untuk sarapan/minum petang..
err..nak telan sebelum tidur leh gak kot.hihi

Di sini, diterbitkan lagi resepinya ya ..

Kek Hujan Panas
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2 :

* 325 g butter/margerin
* 1 1/2 gelas gula
* 2 1/2 gelas tepung gandum
* 5 biji telur *kali ni pakai gred A.hihi
* 150 g seri kaya
* 50 g susu pekat manis
* 300 g kelapa parut
* sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.

Caranya :

1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
2. Pukul butter bersama gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan serikaya,susu & tepung
5. Pukul lagi hingga adunan sebati,ketepikan
6. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu
7. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan,gaul sebati
8. Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan,tutup dengan aluminium foil
9. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.
10.Potong apabila kek dah sejuk.

P/s : kalau malas nak carik kelapa tua,pi kedai beli kelapa parut yang dah kering tu pun boleh,cuma rasanya sedikit berbeza ler.

Sambung sikit citer, petang semalam kena pegi ke RTM untuk buat VO (Voice Over) dan jingle untuk segmen.Tak sabar nak dengar...ada jugak pakai suara kanak2 untuk jingle macam ni ... "Teruskan bersama DJ Ryo, dalam Rileks Santai di mirifmmmmmm.."(haaa..cerr cuba...cam upin ipin lak suara dak kecik tu).TQ juga wat mereka..seronok pengalaman jadi partime ni.hihi…disebabkan takut kekurangan masa,semalam aku terpaksa tolak tempahan dengan baik,ada sekolah yang tempah 200 bijik kuih.Tak salah kita menolak jika takde masa nak buat kan.senang diorang order kat tempat lain.Lagipun order tu macam last minit.Bahan x beli lagi..naknya pulak hari ni..aku kerja opis hours….kalo x tido kang mata cam panda lak.Bila partime itu ini,takut lak menjejas prestasi kerja yang utama kan..dalam hal itu,terpulang pada diri kita untuk pertimbangkan,ikut kemampuan.Tak gitu??

Selamat mencuba..

17 comments:

cik lend said...

azhar, what a small world. masuk blog CMG, tgk ada link, skali bukak.. ehh..ehh.. macam kenal je mamat ni.. lorr.. student saya rupanya.. wahh.. pandai masak awk ni ekk.. bila lg nk bg saya rasa masakan awk. nyum..nyum..

Sheila Shafeareen said...

Assalamualailum hai adik bjang yg hsom....wahhh x tekejar akk di buatnya ni heheh ingat kan nasi hujan panas jee rapanya kek pun ada yee...mmg selut kat mamat sorh ni...kek tu npk kemas, cantik....utk le sapa yg dpt buat menantu ni hehehh

ada lg ke..kalau ada nak rasa 2 potong

Faz Abas said...

nampak menarik, boleh cuba ni, lgpun dah bosan dgn ciskek dan red velvet hehehe...

first time masuk blog ni, tu pun sb nampak link CMG. kalau blogwalking singgah my blog, ek, baru je buat tp bukan blog masak2...tp I bolehlah masak, org pompuan kalau tak reti masak, payah :)

www.kisah-dan-kasih.blogspot.com

rahel said...

Mat pagi Ryo,
terang mata..pepagi dah nampak kek hujan panas...pekena kek hujan panasla pagi ni ek..hehe..mintak sepotong..

RYOVZHVR said...

@cik lend
alamakk...xde gamba xde back link...camne nak trace..siapakah gerangan pendidik saya yang ni??TQ ya..

RYOVZHVR said...

@Sheila Shafeareen
Hihi..lor,napa tak bagitau nak main kejar2?...eh,dah akak kejar..saya lari lah kan.hahaha

RYOVZHVR said...

@Ms Ef Abas
TQ yer..masuk juga ke laman ni...ryo x pernah buat lagi red velvet.tp nak gam mencuba sbb tengok stiap blog ada red velvet.hihi.

ada blog jugak?ermm..lama2 nanti mesti jadi blog masak jugak tu...jeng3

Mat Gebu said...

sama2.....anak sapa yang pandai sangat nihh?.... ^___^

mayangbakingmadness said...

ryo... dah le ensem pandai masak lak tu.. le kenalan... sib bek dah kawin tau... same le kalau blogwalking singgah le blog bersawang saya gak ekk... bru nak berjinak2 ngan donia masakkan ni... hihihhihiiii

cik cek said...

Berhujan panas kita lak hari ni...:D

RYOVZHVR said...

@Mat Gebu
CMG, anak Tn. Hj Tahir la...haha...bangga nye jadi anak dia.Eh...ahaha...malu la,x pandai pun..biasa je.hihi

RYOVZHVR said...

@mayangsayang
hye mayang...salam kenalan jugak ye.TQ.hehe

RYOVZHVR said...

@cik cek
gitulah nampaknya.hihi

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa....ni mata akak tengok pun mcm rasa hujan panas jek tau...sebab mata mcm kuar lain2 kaler jek, betul ke idak, betul ke idaakkk....hehhehe... Kek ni sgt sedap kan, cuma x leh simpan kat luar lama2 sgt kan Ryo, simpan kat dalam perut lama2 pun xleh gak...hehehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ryo ,wah 1 creation dari anak bujang yang hebat ni!

HaSue said...

santek2!!..Buatkan aku satu loyang..

meh tuka ngan kek ijau aku nih..tp lom terpublish laa..ptg2 skit kot..bz jd drebar..ahak

Sofea said...

singgah tgk kek ujan panas Ryo..cantik! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...