Salam pagi hari khamis ye...
Pasti ramai berbaju batik ke tempat kerja kan.suri rumah pulak,mungkin tetap vogue berkain batik,atau baju kelebar batik ye...abg2 pakcik2 apa kurang nya dengan pelikat..hihi.
Maaf ye,petang semalam tak boleh nak online.ada beberapa keja nak dibuat...awal pagi bru lah ushar alam maya ni...nasib dedaun dalam laman ni tetap hijau dan segar,berkat dari lawatan anda yang menjenguknya....umpama embun yang duk menyiram lah kan..*tuu dia ayat KOMSAS.
Hari ni nak tayang kek kukus hujan panas lagi,tapi sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada pemilik dapur yang tanpa sempadan, siapa tak kenal blogger masak2 terkenal Cik Mat Gebu (CMG) kan.Jenguk dari tingkap tadi nampak ada resepi baru,seperti biasa aku masuk la ke rumahnya dan klik2.Ehh,tak sangka pulak CMG link kan ke belog hijau yg serba kekurangan dan baru nak bernapas ni.Terharu lak rasanya bila beliau turut menjadi follower.Blog belia jugak merupakan antara blog masak2 yang selalu ku intai2.Nak komen banyak segan sebab kita ni insan kerdil je di kalangan blogger.hihi..Syukur,nampak nya semakin ramai blogger masak2 yang hebat menyertai ryo ... kan.Terima kasih atas sokongan kalian semua,berilah tunjuk ajar kepada 'adik single' ni ye.Ehem.Terima kasih sekali lagi dan lagi...
Balik lagi ke dapur ..mari tengok warna.
Ini warna apa?ye betul,merah,hijau,kuning...(eh,macam traffic light pulak kan).
Sebelum ni aku dah pernah terbitkan resepi ni.Klik Sini. Ada blogger yang telah mencuba, antaranyakak Ummi Zaihadi & kak Azlita Aziz .Klik ye..Nak buat kek hujan panas ni memang pakai kelapa parut.Yang ni aku pakai kelapa kering,semasa mewarnakan tu,titik sedikit air,kelapa akan jadi lembab sikit.
Di sini, diterbitkan lagi resepinya ya ..
Kek Hujan Panas
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan2 :
* 325 g butter/margerin
* 1 1/2 gelas gula
* 2 1/2 gelas tepung gandum
* 5 biji telur *kali ni pakai gred A.hihi
* 150 g seri kaya
* 50 g susu pekat manis
* 300 g kelapa parut
* sedikit pewarna merah,hijau dan kuning.
Caranya :
1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih
2. Pukul butter bersama gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan serikaya,susu & tepung
5. Pukul lagi hingga adunan sebati,ketepikan
6. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu
7. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna ke dalam adunan,gaul sebati
8. Tuang adunan ke dalam bekas 9"x9" yang sudah di griskan,tutup dengan aluminium foil
9. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam atau hingga masak.
10.Potong apabila kek dah sejuk.
P/s : kalau malas nak carik kelapa tua,pi kedai beli kelapa parut yang dah kering tu pun boleh,cuma rasanya sedikit berbeza ler.
Selamat mencuba..
17 comments:
azhar, what a small world. masuk blog CMG, tgk ada link, skali bukak.. ehh..ehh.. macam kenal je mamat ni.. lorr.. student saya rupanya.. wahh.. pandai masak awk ni ekk.. bila lg nk bg saya rasa masakan awk. nyum..nyum..
Assalamualailum hai adik bjang yg hsom....wahhh x tekejar akk di buatnya ni heheh ingat kan nasi hujan panas jee rapanya kek pun ada yee...mmg selut kat mamat sorh ni...kek tu npk kemas, cantik....utk le sapa yg dpt buat menantu ni hehehh
ada lg ke..kalau ada nak rasa 2 potong
nampak menarik, boleh cuba ni, lgpun dah bosan dgn ciskek dan red velvet hehehe...
first time masuk blog ni, tu pun sb nampak link CMG. kalau blogwalking singgah my blog, ek, baru je buat tp bukan blog masak2...tp I bolehlah masak, org pompuan kalau tak reti masak, payah :)
www.kisah-dan-kasih.blogspot.com
Mat pagi Ryo,
terang mata..pepagi dah nampak kek hujan panas...pekena kek hujan panasla pagi ni ek..hehe..mintak sepotong..
@cik lend
alamakk...xde gamba xde back link...camne nak trace..siapakah gerangan pendidik saya yang ni??TQ ya..
@Sheila Shafeareen
Hihi..lor,napa tak bagitau nak main kejar2?...eh,dah akak kejar..saya lari lah kan.hahaha
@Ms Ef Abas
TQ yer..masuk juga ke laman ni...ryo x pernah buat lagi red velvet.tp nak gam mencuba sbb tengok stiap blog ada red velvet.hihi.
ada blog jugak?ermm..lama2 nanti mesti jadi blog masak jugak tu...jeng3
sama2.....anak sapa yang pandai sangat nihh?.... ^___^
ryo... dah le ensem pandai masak lak tu.. le kenalan... sib bek dah kawin tau... same le kalau blogwalking singgah le blog bersawang saya gak ekk... bru nak berjinak2 ngan donia masakkan ni... hihihhihiiii
Berhujan panas kita lak hari ni...:D
@Mat Gebu
CMG, anak Tn. Hj Tahir la...haha...bangga nye jadi anak dia.Eh...ahaha...malu la,x pandai pun..biasa je.hihi
@mayangsayang
hye mayang...salam kenalan jugak ye.TQ.hehe
@cik cek
gitulah nampaknya.hihi
Waaaaaaaaaaaaaaaaaa....ni mata akak tengok pun mcm rasa hujan panas jek tau...sebab mata mcm kuar lain2 kaler jek, betul ke idak, betul ke idaakkk....hehhehe... Kek ni sgt sedap kan, cuma x leh simpan kat luar lama2 sgt kan Ryo, simpan kat dalam perut lama2 pun xleh gak...hehehe
Salam Ryo ,wah 1 creation dari anak bujang yang hebat ni!
santek2!!..Buatkan aku satu loyang..
meh tuka ngan kek ijau aku nih..tp lom terpublish laa..ptg2 skit kot..bz jd drebar..ahak
singgah tgk kek ujan panas Ryo..cantik! :)
Post a Comment