The Followers

Wednesday, July 6, 2011

Cheese Pancake Bujang Berani

Salam...

Hah!apa khabar bebelogger sekalian...dah join ke belum GA aku tuh??Hah,beriyer sangat nak wat GA kan.Bila aku tak mention hadiah,lemau lak korang nak join..kang kalo aku reveal kan tentang hadiahnya merupakan seutas jam tangan LICORN,nak tak??ekekeke....(x habis2 lagi ngan jam tangan tuh....haha)

Ok lah..hari ni belog lum terapdet lagi nih.Ni tengah ngapdate ler.....lahai...
Hari ni tok sah ler kekorang sesusah nak masak2 yang rumit..sekali sekala,masak simple je.ekeke...suka hati je aku letak nama menu nih kan..motip?ntah ler..menu ni sesuwai untuk breakfast la.

Ni keja malam tadi nih..adaaa je bahan aku dalam fridge..Dapat la wat sesuatu yang spontan..bujang berani ler katakan..Akhirnya,terjadi pulak pancake ni..tapi malas nak nak wat inti yang pelbagai.Bila selongkar sejauh 1.5 km dalam fridge tu..terjumpa la filing ni strawbery.(luas sangat la fridge aku tuh..hamfehs je)Sib baek belom expired kan.haha....

'Cheese Pancake' Bujang Berani

Sapukan filing je...haha.Strawbery lak tuh

Oppss...bila dah ujung2,malas lak.tu yang legam sket.

Cheese Pancake Bujang Berani
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan :
  • 125 g cream cheese
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji telur gred A
  • 70 g gula kastor/aising
  • 140 g tepung gandum
  • 1 tsp esen vanila
  • filing strawbery/jem secukupnya
Caranya:
  1. Panaskan susu bersama cream cheese hingga cair sepenuhnya,sejukan seketika.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila
  3. Masukkan adunan susu dan cheese tadi,pukul sambil masukkan tepung
  4. Panaskan 'non-stick pan'...tuang sesenduk adunan,biar hingga masak.
  5. Dah siap,boleh la dihidangkan dengan jem/butter.
Katanya bujang berani,tapi siap ada perasa strawbery lak kan.Haha...

Selamat mencuba!

2 comments:

EmbunRosaliza said...

assalam ryo..mmg anak bujang berani ni...kalo dapat rasa tentu kenyang ni

izahdaut said...

tak berani aku nak nyebut balik tajuk pancake ko ni ryo.. hahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...