The Followers

Monday, October 10, 2011

Kek Coklat Lembap

Assalamualaikum ...

Halloww.....pe khabar kengkawan blogger???
Moga sihat semuanya,agak lama jugak blog ni menyepi tanpa menu terbaru kan.
Hari ni tetiba rajin nak mengentri,cuma malas menaip panjang2.haha...

Sebelum ni aku dah pernah wat kek coklat lembap ni...copy resepi dari belog my sis.Dia kira dah khatam la wat kek ni kan..nak disedapkan cerita,mungkin x perlu sukat dah.Main campak je bahan sambil nonton Delia's How To Cook kan.........*lariii...


Kek Coklat Lembap

Kali ni tetap letak chocolate ganache,cuma topping nya tu aku letak la kepingan almond 'seadanya'..memang sedap kek ceklat gini ha...simple dan kecoklatannya terasa sangat.

Aku share lagi resepinya kat sini k..TQ kepada semua yang terlibat.Minta izin tampal resepinya di sini taw.

Kek Coklat Lembap (Moist Chocolate Cake)

Resepi Asal: Chef Zubaidah
By: Alongroz@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Sharing by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder
Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.
Penyediaan chocolate ganache:

Bahan2:
  1. 150g coklat masakan
  2. 65ml whipping cream
  3. 1 sudu teh mentega

Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Kacau lagi sehingga benar2 sebati(guna handwhick). Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat)-(dalam dua minit) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
Jadi...apa tunggu lagi....jom wat kek ni...nak tengok resepi yang aku copy, Klik Sini.Atau nak lihat post yang terdahulu,klik sini .

Happy cooking!

:)

16 comments:

aDisH.sHidA said...

NAMPAK SEDAAAAAAAAAAAAAAP..LEPAS NIE BOLEH CUBA BUAT GUNA RESEPI INI PLAK

Mas said...

sedapppp tu...
meh 1/2 loyang...
nmpk ada banyak lagi tuuuu.....

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum..mak hai x tertahan negok lelehan coklat tu..dah lah lama x pekena coklat....bak mai nak rasa yg dah siap potong...:-)

Mama Mirza said...

waaahhh.. nampak sedap.. arituh dah try bro nyer kek lapis persona tuh... memang sedap... tak sempat nak update n3 lagi... cuma bila nak lapis apsal macam tak cukup je creamcheese tuh... rupanya mata tak bukak luas².. 500gm bukan 250gm.. huhu.. nanti nak buat lagi.. tapi rasa memang mabeles.. hehehe..

Ryo Azhar said...

@aDisH.sHidA
sila cuba..ianya percuma.hehehe...nanti jgn lupa hantar seketul 2 ke laman belog hijau ni ye

Ryo Azhar said...

@Mas
Gulppp!1/2 loyang ke??tinggal serdak je ni.camne..

Ryo Azhar said...

@Sheila Shafeareentinggal serdak je lagi ni kak...camne nak potong.ahaks.....jgn lupa cuba ye

yanie anuar said...

ziarah n follow

Ummi said...

Weeeehhh Ryo,mengancamnya kek coklat mu ituuuuu...mintak sini 1/4 loyang pun jadi laaaa ^__^, akak sorang je tibai...hehe

Ryo Azhar said...

@Mama Mirza
Tu dia....dah wat kek cis tu ye..apa lagi,hidangla kat sini..hidang la..hehe...
amboi kak,sampai x nampak lg sukatan cream cis tu ye...excited nak buat ler tu kan.hihihi

Ryo Azhar said...

@yanie anuar
TQ yanie...

Ryo Azhar said...

@Ummi
wallawey..........simple je ni kak ummi...td diorang dah mintak serdak2...yang tinggal loyang je ni.hahahaha

EmbunRosaliza said...

Assalam ryo, sedapnya kek coklat siap leleh2 lg tu...

HomeKreation said...

Aslmkm. Sampai ke sini gak resepi yg Along promote ni ya.
Along pun dah cuba kek pesona Ryo tu...best! Nak rasa hasil nya, mai laa ke rumah Along - kita kan tinggal sepekan...hehe.

Ryo Azhar said...

@EmbunRosaliza
wsalam kak rosa,hehe...lelehan tu yang tak tahan kan.hihi

Ryo Azhar said...

@HomeKreation
Along!TQ yer berkongsi resepi ni....sedap sedap...adoyai..nak kena g lutong merasa ciskek yer??drop by kat madli's je lah.hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...