The Followers

Monday, October 3, 2011

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum..

Selamat tengahari,salam Isnin buat semua ya.
Bermula lagi minggu baru hari ni.masing2 sibuk dengan tugasan agaknya kan.
Apa khabar kekorang semua?Moga sehat hendaknya,kalau ada yang kurang sehat tu banyakkan berehat,moga cepat sembuh ye.

Hari ni agak malas jugak sebenarnya nak mengentri.Hihi..tapi tetap jugak nak buat entri sebelum kemalasan melarat ke taraf yang lebih serius.Nanti tak pasal2 semak samun je belog hijau ni kan..selepas ini nak prepare masa slide show yang telah dihantar oleh cecekgu kepada aku,nak tayang sebagai rujukan saat akhir bebudak PMR esok.TQ buat cecekgu yang bertungkus lumus siapkan slide untuk anak2 murid yang dikasihi.Harap murid pun kasih kepada cecekgu diorang lah kan.

Aiseyy..hari ni aku hangin sket.Pagi2 dah kelaparan,(maaf ler,pepagi x rajin nak wat bfast kan)....biasanya kitorang g je kedai berdekatan untuk tapau brunch. (bfast sekali utk lunch)..Dah siap2 call kedai tu order nasi ayam,lepas kitorang g ambik.Tapi bila sampai sana,semua lom ready.tunggu lama.Bila dah siap,air sup nya pulak x de.Menu x lengkap....gi mintak sup pulak,tunggu lagi...nak bungkus sup pun lama ke?Sebab rasa buang masa,kitorang pun blah je la...Nak tunggu tapau nasi ayam je dekat 1 jam ke....banyak benda kita leh buat kan?Haha..next time rasanya perlu gak sound tokey kedai tu (ala2 kak ummi sound tokey kedai cilok gegamba dia.hihi)

Okey..cool down,tayang ni dulu..

Aiskrim Goreng

Haaa?Aiskrim goreng?Yer lah..aiskrim goreng....sedap ni.
Mesti korang dah pernah buat kan..huhu....Sebenarnya menu ni salah satu hidangan yang dipertandingkan masa kitorang join pertandingan memasak sempena Pesta Sukan & Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) bulan Julai yang lalu.Ikut pembahagian,aku masak ikan kukus,pucuk ubi masak lemak ikan masin & bancuh air.Puan Salmah masak ayam...mgm sedap!.Resepi ni pulak disiapkan oleh Cikgu Roberstson,aku tolong buat deco ja.Haha...

Nak share lah resepi ringkas ni kat sini untuk rujukan di masa akan datang.

Aiskrim Goreng
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan :
  • 300 g tepung gandum
  • 50 g mentega
  • 100 ml air
  • secubit garam*kalau guna unsalted butter
  • Aiskrim berperisa secukupnya*yang ni pakai strawbery

Caranya :
  1. Satukan tepung dan mentega,masukkan sedikit air
  2. Uli hingga menjadi doh lembut.
  3. Bahagikan doh,bentukkan dan masukkan 1 scoop aiskrim
  4. Buat la seberapa banyak yang cukup
  5. Goreng hingga keperangan.
  6. Hidangkan bersama coklat ganache.

Rasanya boleh la menjadi ye.hehe...next time aku buat lagi.Haha....

Selamat mencuba!

:)

12 comments:

K.Nor said...

aiskrim goreng tu tak mo.. nak stoberi.. stoberi.. hehee

izahdaut said...

ooo kulit dia pun buat sendrik ek...raajinn nyerrr... ko rajin2 ni nak ngorat sapa ryo? akakkakaka

Mas said...

muahahaha...geli hati baca komen makcik jah atas ni...
betul gak pertanyaan jah tu.
he3....

kak mas nak semua sekali..
sedappnya tengok...

Ummi said...

Hahahhahah...kejiii tau Ryo perli akak...hahahhaa..akak no hal, kita jenis x suka, kita cakap kaann...tp bab ais krim goreng ni akak suka, penah makan sekali kat Tganu...tp x buat2...nnt la try buat...

RYOVZHVR said...

@K.NorHahaha...kak nor.kat sini stobery mahal giler.aritu pernah gak ngengada beli pokok stoberi kat Kundasang sabah,bila sampai rumah,layu!x sedar diri kan..haha..feeling duk aussie

RYOVZHVR said...

@izahdautkak jah!,nape..nape..temengorat ke nampak menu ni?haha...leh la pakai menu ni ngurat aweks pasni kan...

RYOVZHVR said...

@Mas
kak mas,,eheh..jawapan biar rahsia.ekeke.psttt,tadi kan.ada cekgu cantk dtg skolah,tgok mata dia cun je...haha.sygnya x sempat nak wat eskrem goreng

RYOVZHVR said...

@Ummi
hahaha..ampunnn kak ummi ampun.nanti kalau try ajak ryo makan skali tau

EmbunRosaliza said...

Assalam Ryo, mmg kreatif , eskrem kat dlm tu mencair ke atau ada yg keras2 lagi

RYOVZHVR said...

@EmbunRosaliza
wsalam kak nor..kalo ikutkan aiskrim tu masih keras sikit bila dah masak,tp kali ni sbb tunggu hakim nak rasa,jadi cair dah.hehe

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam ryo, malam ni agak panas la..nampak aiskrim ni lagi la dahaga..akak pernah buat,tapi guna roti je..ni resepi baru,boleh la cuba.

RYOVZHVR said...

@Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot
hihi.nanti kalau dah cuba jgn lupa share ye kak..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...