The Followers

Tuesday, July 12, 2011

Kiwi Panna Cotta

Salam pagi..

Seronok sangat jenjalan kat website airasia,lupa pulak nak update entri untuk hari ni kan...Ye laa,mementang la big sale sedang berlangsung.Rajin je nak belek2 harga tiket.Umm..

Korang apa khabar je hari ni?Wowww...buat yang baru menjenguk belog hijau aku ni,aku ucapkan selamat datang dan salam perkenalan yer...yang pasti,ini bukan hanya belog masakan je.:)

Oklah,sekali lagi aku tersadai di sebalik esbok Kak Nor.Hajat hati memang sama,tapi macam biasa lah.....hasrat untuk mintak secubit garam tu terbantut sebab pintu esbok tu tetiba terbukak sendiri...Ada pulak kiwi panna cotta kat dalam tu diselit sekali ngan sticky note yg tertera resepinya.Mula tu rasa serba salah nak ambik,sambil pejam mata aku tarik pelan2 sticky notes tu dan bawak lari ke dapur aku ha....Alhamdulillah,tak sempat kak nor nak hambat guna penyapu...:)



Kiwi Panna Cotta

Yumm..yumm..yummy!

Nak resepi nya??meh salin ye....kalau dah bikin nanti,aku nak gak tumpang makan sesudu dua...

KIWI PANNA COTTA
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram
dicoba pulak oleh :ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2:
  • 9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
  • 4 sudu besar air
  • 2 ½ cawan susu segar/fresh milk
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh vanila*ryo tak letak(durhakaaaa)
  • 3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula*ryo guna 2 biji je

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

** updated:
K.Nor lupa nak mention yg K.Nor ada masukkan 3 sudu besar gula masa blend kiwi.
Ni supaya puri kiwi yg dihasilkan tak terlalu masam.*ryo pun masukkan gula jugak...ikut cara sifu.Ahaks

Selamat mencuba!

7 comments:

K.Nor said...

hahaha.. not my style la nak hambat org dgn penyapu.. kalau kucen bergaduh hambat dgn cara sembur air jer.. hihihhihi...

camna? sedap tak? lulus tak piawaian anak tekak? cun jer kaler ijau, sama dgn kaler belog :)

akak amik satu gelas ni ya.. hehe

Noriz said...

mak aiii, nama je pun dah grand...
dah macam bunyi Di Alam Fana Cintamu jek...hihihihi

Ryo Azhar Rahza said...

@K.Nor
perrghh..mmg sedap kak nor...cadang nak buat lagi ni....versi lain pulak..geng opis nak merasa jugak.hehe

tq ye hakakk..

Ryo Azhar Rahza said...

@Noriz
hahaa..sedap taw kak noriz.hehe...meh join GA ryo lak kat atas tu..huhuu...

Kak Rosaliza said...

ryo akk amik satu ya, panas dlm jerebu ni

Ryo Azhar Rahza said...

@Kak Rosaliza
amik la kak..hehe....nnti gelas pulang balik taw.wahahha....

Muslimah Optimis said...

macam sedap tapi MO tak minat makan kiwi la..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...