Apa khabar kekorang semua??moga sehat hendaknya...
Semalam terima call dari abang aku dari nun jauh di Mukah jam 4.37 pm,emergency nak soh hantar wifenya g sepital sbb ada tanda nak bersalin dah..Dah nama emergency,aku pun terus g hantar la wife beliau yang ada kat sini..
Ni kira pengalaman baru aku la hantar orang nak bersalin kan,nanti bila hantar wife sendiri atleast dah tau la selok belok nak hantar gi mana...
Sampai je kat sepital tu,tetiba bangkit kembali semua memory best aku masa praktikal kat sana...rindu giler!hahaa...sampai kul 10 pm jugak la aku kat sepital tu..Then pagi tadi baru dapat tau akak ipar aku tu dah bersalin anak gegurl...wahhhh!memang betul ye sis HaSue,dia tunggu tarik 11.5.11...Nampaknya dak Zhariff ada geng nanti kann.....dan makin ramai ler anak buah tahun nih..huuuu
Dah tu,sampai rumah dekat kul 11 pm..mandi manda jap,then aku ngantuk nak tido..hahahaaa..nak wat camana kan,hal-hal yang tak terduga ni sebabkan beberapa perkara x dapat nak diselesaikan...Tetapii,hari ni tetap nak tayang menu nih...sebenarnya puding ni buat malam Isnin lepas.kikiki..saja nak peram kan sebab petang semalam tak sempat.
Meh tengok..
Hahahaaa...sorry lah yer..ni memang bebetul unfiltered punya laici, dan saja je tak guna susu cair..hik2.xpelah,makan je!
Puding Laici
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahannya :
- 1 tin buah laici,dikisar bersama airnya
- 1 liter air
- 10 gram serbuk agar-agar
- 1 sb gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat krimer manis
Caranya :
- Panaskan air bersama serbuk agar-agar
- Masukkan gula dan susu,kacau sebati
- Bila sudah mendidih,padamkan api
- Masukkan buah laici yang dikisar
- Kacau dan tuang ke dalam bekas
- Bila dah sejuk,masuk dalam peti sejuk dan boleh la dihian dengan lebihan buah laici tu..
Selamat mencuba!
:)

