The Followers

Tuesday, January 31, 2012

Butter Bread Pudding

Assalamualaikum...........

Halluuuuuuu!!

Phiwiett....watpe tu?Tido dah??Hehe...kali ni lewat sket taip entri...edisi penghujung bulan Januari kan.Mula nak ngentri pagi td..tp keja banyak pulak kat opis tu...tangguh ke malam pulak lah ye.Ni ha, nak tayang Butter Bread Pudding, resepi cedok dari rumah kak DJ.1st hari tu nampak kat laman kak DJ, merembesnyaaa BBP dia...tak lama lepas tu timbul pulak BBP versi Kak Nor kat laman Secubit Garam nya tu ha....Makin terdetik dalam hati nak mencuba.

Kata nak warming up kan ... nasib baek encik oven masih kenal aku dan ingat tugas2 utamanya ... boleh la baking2 balik.

Okeh,kebetulan ada bread kat rumah ni semalam...terus gi selongkar balik laman kak DJ tu amik resepi...Bread dah ada....tapi bread pandan yg warna hijau tu je ada...Boleh la kot?Nak check bahan2 lain pulak....chocolate rice dah habis rupanya...Alamakk!peanut butter xde ... takpe lah kan... kak nor pun pakai chocolate spread... aku pulak cuma ada Hazelnut Chocolate Spread....Sapuu je lahh!! Maaf ye tuan resepi .. haha.

Butter Bread Pudding

Ada gak bahan2 minor yang aku tak letak....tapi resepi ni memang mudah sangat dan sedap!Lelebih lagi chocolate spread tu... fuiyooo. Lepas ni nak try guna bread putih dan peanut butter lah..Selepas puding ni sejuk sket, aku curahkan Chocolate Syrup Hershey's yang ada dalam esbok..Lagi2 terasa kecoklatan nya mengatasi butter!Aiyarkkk..........derhaka dah BBP aku...silap2 tukar jadi CBP (Chocolate Bread Puding la nampaknya..hahaha).. Tapi maaf ya, hasilnya tak la secantik BBP diorang...ekekeke. :)


Kat atas ni macam terlebih masak pulak, mcm hangus kan... tapi still rangup & sedap.
Thanks to kak DJ & kak Nor.. :)

Butter Bread Pudding
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Shared by : ryoazhar@blogspot.com

Bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti *ryo guna roti pandan
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya *ryo guna ' hazelnut chocolate spread'
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional *ryo x letak
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional *ryo x letak
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)
Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar.
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis.
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B.
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
  9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk.

Selamat mencuba!

3 comments:

izahdaut said...

uhuk uhuk.. berabuk blog ko ni ryo. apsal? haha.. welcome back.. bagi sket pudng nak wase.

K.Nor said...

Patuk lah duk asyik terbatuk2 jer... Ada yg menyeru namaku rupanya.. Hehehe.. Join akak versi derhaka ya... Sib baik tk ken pancung dgn dyg kan..hhee

HomeKreation said...

Ni Along datang teropong sampai ke sini... bilaaaa ler nak sampai BBP ni... Ryo, ko hantor BBP, ALong kasi ko main PS3 sampai ke pagi nak tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...