The Followers

Monday, July 4, 2011

Buat Karipap Pusing,...aku nengok je..

Salam pagiii!!!Hari Isnin dah rupanya..

Jom kongsi sket..

Ni alkisah 30 Jun yang lalu..sempena sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah yang akan diadakan pada sebelah malam tu,cecekgu sekalian nih bergotong royong la untuk wat kueh yang dinamakan 'karipap pusing' ni ha..kehadiran aku bukan untuk membantu,cuma datang nak menjenguk sambil merasa,disamping amik dua tiga kerat gegamba nih sebagai bahan nak hapdetkan belog aku..ko ade??

Doh bulat,ready untuk diuli tu...

Peringkat awal,uli+masukkan inti

Peringkat 2 : teknik kelim (manual) atau
kepit je guna acuan karipap


Dah siap kelim dah..

Ha...buat reramai,cepat la kerjanya..

Masing-masing cuba bakat*Pn.Nora & Pn.Hartini

Akhir sekali : Peringkat menggoreng....
*Pn.Salina & Pn.Rafeah


Disebabkan aku tak tengok dari mula,aku tak tau pun resepi wat karipap nih..tapi aku pernah tengok la mak sedara aku buat dulu..sekarang dah lupa.Aktiviti menyediakan karipap ni diketuai oleh Pn.Yusnati...yang lain2 ni saje je nak belajar cara membuatnya untuk memantapkan lagi ilmu kulinari..heh..Rasanya kalau aku buat,bukan takat berpusing je karipap tuh...siap berlipat2 ala2 lipatan origami lak kan..haha.

Korang penah cuba buat kueh ni??..

:)

5 comments:

Unknown said...

haha..lipat2 origami :D

HaSue said...

aku tak penah...mesti diorg nih semua terer mengelim yer..kalo aku campak aje dalam acuan karipap tu..haha

RYOVZHVR said...

@syrupmasin
haha..ye lah..mcm origami ler jugak tu.haha

RYOVZHVR said...

@HaSue
betul tuh..kalo aku mungkin x de uli2 dah.terus aku goreng je tepung tu dgn inti skali...dasyat tak?

LydSunshine said...

Karipap pusing ke tu? Tak berapa nampak pusingan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...