The Followers

Saturday, October 1, 2011

Jelly Nenas

Salam pagi semuanya.selamat berhujung minggu.

Selamat bertugas bagi yang bekerja hari ni ye...pejam celik,pejam celik tak pejam2....kita dah berada di bulan 10,dalam bulan Zulkaedah ni...1 Oktober 2011.

Semalam dah gi ambik duty roster,sib baek x on air pagi ni..Boleh la bersiar2 ke shopping mall nanti kan..Rutin hujung minggu ni,biasanya laundry day,sementara masih bujang ni baju kena basuh sendiri,gosok sendiri kan.Haha.Ingatkan nak gi layan movie ngan kengkawan.Tapi ada yang masih outstation sebab berkursus.Biasanya lepak bertiga,kalau kurang sorang tu macam x syok ler nak jenjalan kan.hihi..

Pagi2 ni check draft,masih ada lagi menu yg menunggu giliran untuk dipublishkan.Agaknya jelly ni yang ambik nombor giliran dulu.Sian pulak menunggu lama dalam 'waiting room' tu kan.Haha


Jelly Nenas

Tak rajin nak kupas buah nenas,pakai yang dalam tin lagi senang kan.Jimat masa.

yummy!

Jelly ni saja tak nak letak pewarna.Nak yang asli tu je..Pastu kiub nenas ni aku potong2 kecil ja nak letak dalam mould.Sebenarnya ni laa 1stime guna silicon mould untuk buat jelly.Masa lalu depan banglo Kak Nor untuk ambik secubit garam hari tu,TERambil la silicon mould beliau yang banyak tu.Maklum la,rumah ratu SM kan.hihi..Jangan marah ye kak Nor. .Kalau rela,nanti lah pulangkan balik:)


Jelly Nenas
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan:
  • 10 g serbuk agar2
  • 1 liter air,termasuk air nenas
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin kiub nenas (1/2 tin dipotong kecil,selebihnya untuk hiasan)
Caranya:
  1. Masak air, serbuk agar2, gula hingga mendidih.
  2. Sediakan bekas,masukkan kiub nenas yang telah dipotong kecil2
  3. Padamkan api dan tuang adunan jelly ke dalam bekas
  4. Biarkan kejap,kemudian simpan dalam fridge.
  5. Bila dah sejuk,keluarkan dari bekas dan hidangkan.

Selamat mencuba :)

10 comments:

Mas said...

rajinnya bujang sorang ni..
kluar lak jelly nenas yang mengeliurkan tu..
untung bini kau nanti...he3

K.Nor said...

hehhee.. rela.. rela.. asal pulangkan balik :)

EmbunRosaliza said...

Assalam ryo, sedap ni mkn sejuk2 nih...abis tu jd kemana kita ari ni hehe

lina_pg said...

sedapnya jelly nenas ni..cantik lak tu pose mmg jenis wat keje cermat ryo ni cam kakak dia jugak.Ada belen lagik ke tu?meh la anto barang seketoi dua

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahhh nampak sgt sedap.. nak cubalah nanti =)

Ryo Azhar said...

@Mas
hahah.kak mas!bini untung tp aku tak untung kalo calon bini pun x jumpa2 lg.huhu

Ryo Azhar said...

@K.Nor
alamakkk kak nor.x dah tau mana letak kunci lemari.aritu simpan dalam tu SM tu lepas pakai.nampaknya x leh la nak pulang balik.wakaka

Ryo Azhar said...

@EmbunRosaliza
walekomsalam kak rosa.semalam x kemana,tpaksa cancel program nak mewayang.g hospital je

Ryo Azhar said...

@lina_pg
hihi...simple je ni kak lina.ryo hantar tin nenas tu je lah buleh tak?pasal jelly ni dah habis.. hehe

Ryo Azhar said...

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA
hah..mak dara harus melibas.ehh silap lak...harus mencuba wat jelly ni,sebab simple je.hihi,tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...