The Followers

Monday, October 17, 2011

Jelly Buah Oren

Selamat pagi..

Salam hari Isnin,apa khabar semua?hihi...
Maaf la,hujung minggu aku malas pulak nak ngapdate,cuma jenjalan dari belog ke belog je untuk meninjau kawasan...eheee..

Sabtu, gi nonton movie Real Steel..mmg best!..Hari ahad lak saja nak memalaskan diri..ada jugak niat nak buat kek karamel yang femesss sgt tu.Hampir tiap belog yang aku singgah ada tayang kek tuh.Tengok fridge,ada buah oren..terus la nak wat jelly oren ni ha.

Jelly Buah Oren

Macam betul je kan...

Hahaa..tak berapa nak kemas pulak potongan jelly ni kan.Maklum la,pertama kali mencobanya.Cukup la untuk dibawa ke opis ni ha...mmg sedap

yummy!

manis....sedap...dan Gebu!**ehhh???

Resepi asal ni sebenarnya dari kak Yani.Bagi merealisasikan impian dan harapan aku untuk sediakan jelly ni,diam2 menyelinap ke perpustakaan Kak Nor dan jugak dari lemari insan gebu CMG.Haa..dari sana lah aku mendapat ilham itew.TQ ye ...mintak izin dikongsi bersama,untuk tatapan cucu aku di masa hadapan.

Jom semak resepi ..

Jelly Buah Oren

Resipi: Fruit Jelly by Yani MyR
Sumber : Kak Nor (SGN67) & CMG (DTS)
Shared by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam
Caranya :
  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
* kalau nak tengok step by step yg Yani buat boleh tengok kat SINI ya..


** k.nor ada edit sket bahan2 tu:
k.nor buat 2 adunan jd bahan yg digunakan kena la di ejjas sket kan dan gula lak spt biasa k.nor mmg kurangkan sbb kurang suka manis2

*dan aku pun ikut la resepi yang kak nor dah edit

Bahan2:
  • 5 biji limau- large size
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1000ml air + jus limau
  • 7 sudu besar gula *aku guna 2 senduk
  • secubit garam
  • 2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)
*aku ikut sebijik cara ni ...

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

Cara nak keluarkan isi oren tu aku ikut cara Kak Nor , Klik Sini

Bagi memudahkan cara nak masukkan adunan tu dalam oren, aku ikut cara CMG, letak kulit oren tu atas kotak telur.

Selamat mencuba ye ..

9 comments:

Si GaJus!!!= said...

nyum.. nyum.... nampk cam sedap... :P

izahdaut said...

mmg pernah menggile jelly ni dulu. terbaikk

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mmg cantik.. kalau tengok dr jauh mmg ingatkan buah oren... maklumla akak ni rabun.. hehe..

p/s: akak dah buat bread sushi roll tu.. sedap & TQ for the idea...

tun_telani said...

mmg nk tergelak tau bila buat ni.. semua org tertipu ingatkn bawak buah oren je gi umah org. hihi

cik cek said...

Sekali pandang memang buah oren...sekali rasa ...jelly oren rupa2nya...aduhai! tipah tetipu rupanya...:D

Sari Yusa Ibrahim said...

berangan dari minggu lepas nak buat, tak buat2 jugakkkk... :-( Jelez tengok Ryo punyaaaaa..

Ryo Azhar said...

Si gajus > alahaii..memang sedap

Kak Izah > best jugak kan buat jelly ni.hihi

Kak Madiha > Ur welcome.TQ sebab mencuba.dah tgok tadi,cantel roll tu.hihi...

Ryo Azhar said...

Kak Tun > Betul tu..pepagi td kat opis aku bgtau kat kengkawan opis,'jom makan buah oren..aku bawak buah oren'....haha...

Cik cek > tahniah,anda pun tertipu.heheh (xde niat nak tipu2 taww)

Sari Yusa > Jommm buat....senang dan sedap..sejukkk je masuk tekak

HaSue said...

aku jugak yg x terbuat2 lagik.hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...