The Followers

Sunday, October 30, 2011

Hershey's Strawberry Syrup Panna Cotta

Salam hujung minggu buat semua...
Wah,apakah mimpi ni aganya ye..agak lama jugak aku main selam2 timbul,selam2 timbul kan...pastu wordless wednesday tak sudah2.haha..

Dalam dua tiga menjak ni aku jadi silent reader je...na mengentri cam kaku pulak jejari ni na mnaip ha...nak kuking n baking pun suam2 kuku je.Kekadang tu dah masak tp x mood nak ambik picnya.Malasss betul lah anak bujang ni kan.Haha...malas bukan sebarang malas....cuma akhir2 tahun gini agak sibuk.Selain tugas rasmi,ada gak beberapa yang tak rasmi.hadui......dah dua tiga kali aku pitam tengok menu2 yang best2 dari GMM yang lain......

Post ni pun aku tpaksa edit balik,semalam nak post..sedang enak aku menaip..lebih enak lagi aku tido.Sampai la awal pagi...baru sibuk nak packing barang.Fly pulak ke Kota Kinabalu awal pagi ni tadi.Maksudnya skang ni aku kat KK la..haha...Nak gomol2 dak Zhariff pun x puas..malam tadi aku lewat balik..semua org dah tido.hihi..

Oklah,at least nak masuk jugak Panna Cotta yang kurang santek ni...dah buat beberapa minggu lepas sebenarnya...

Strawberry Panna Cotta

Haha..kisahnya nak merasa sirap stroberi Heshey's yang hakak aku beli dari Labuan ari tu...nak telan gitu je,pelik pulak rasanya...manis.Nak petik buah stroberi pulak,penuh yakin aku takde tanam pun pokoknya kan.Buat panna cotta ikut resepi Kak Nor je lah...cuma perisa je tukar.Nak jugak rasanya aku rembat stoberi yang berderet kat atas kek Kak Ummi koantan tuh!Kat dalam tu aku letak filing stroberi..kat atasnya pulak letak sirap tu.hihi...sedap lah.ada rasa stroberiii............


Hershey's Syrup Panna Cotta
by: ryo@ryoahar.blogspot.com
diolah dari resepi asal panna cotta :Kak Nor & Gert

Bahan2:
  • 9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
  • 4 sudu besar air
  • 2 ½ cawan susu segar/fresh milk
  • 1/4 cawan gula
  • filing strawberry secukupnya
  • sirap hershey's perisa strawbery

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke gelas yg sesuai. Masukkan sedikit filing strawbery ke dalamnya.(1 tsp)
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan sirap strawbery hershey's keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

Selama mencuba!!

10 comments:

Mr. Z dan Mis N said...

terliur la pulak..bestnya dapat minum..huhuhu

JANGAN KLIK SINI

follow saya kembali yer di SINI

mas saari said...

salam perkenalan..

sedapnya! saya memang suka lelaki yang pandai memasak ni..

Kjee said...

fuyooo berbelit2 lidah nak sebut. mesti sedap ni Ryo!

Mama Hawa/Mama Nani said...

Assalam Ryo...
Memggoda plak pagi2 tgk Hershey's Strawberry yg dibuat panna cotta..yum3x

Ryo Azhar said...

@Mr. Z dan Mis N
hihi...sedap ni..yum3

Ryo Azhar said...

@mas saari
salam kenal..terima kasih ya

Ryo Azhar said...

@Kjee
itulah kjee...x tau nak bubuh nama apa dah..letak yg berkenaan je lah.hihi

Ryo Azhar said...

@Mama Hawa/Mama Nani
wsalam...hihi..saje je kan.mmg sedap makan sejuk2..rasa berkrimm je pc ni..

Masak-Masak Corner said...

time2 lapar cenggini..mmg senang terliur tgk...adesh..meh post sini skit..

Ummi said...

Uikkksss...menggodanya panna cotta diaa....makan x ajak owang pun, huhuu... :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...