Selamat pagi...x terasa dah hari Ahad rupanya ye...ada negeri yang dah bekerja hari ni..tapi di tempat aku,hari ni masih lagi hari cuti..esok dah mula kerja balik.Seronok pagi ni,cuaca sporting je...redup2,dingin2...jenguk keluar tadi kot2 salji dah mula turun ke.....tapi yang ada tu pokok kelapa je la.Maklum la,berangan duk oversea ropanya.hua hua hua.
Sementara masih rasa liat nak angkat ni,meh aku entrykan post awal pagi dulu.Jap lagi nak gi pasar minggu sebab nak carik sayur/ikan.Lepas tu pulak nak siapkan order cuppies lagi.
Menu ni sebenarnya buat semalam,lepas buat satu kek tu...(haa,kek tu kemudian sket post ye)..
......
Tuna Lasagna
Konon nya kali ni nak buat menu western pulak untuk bfast...tapi berat jugak menu nih aku tengok...Tetiba nak buat sebab dah beli lasagna sheet tu bulan puasa hari tu.Kira firs time ler ni..Resepi ni main campak je.apa yang aku nampak bahan yang ada..itu la aku masuk.....tengok ilustrasi gambar kat kotak tu je.terus aku imejin camna nak buat.haha..
Kenapa letak nama tuna lasagna pulak??sebab aku guna ikan sardin dalam tin tu je,kuahnya kan perisa tomato...kuah spageti prego tak de pulak kat umah ni.huhu...kira2 menjadi je lah.
Konon nya kali ni nak buat menu western pulak untuk bfast...tapi berat jugak menu nih aku tengok...Tetiba nak buat sebab dah beli lasagna sheet tu bulan puasa hari tu.Kira firs time ler ni..Resepi ni main campak je.apa yang aku nampak bahan yang ada..itu la aku masuk.....tengok ilustrasi gambar kat kotak tu je.terus aku imejin camna nak buat.haha..
Kenapa letak nama tuna lasagna pulak??sebab aku guna ikan sardin dalam tin tu je,kuahnya kan perisa tomato...kuah spageti prego tak de pulak kat umah ni.huhu...kira2 menjadi je lah.
Okey..dipendek kan cerita...tampal je resepi kat sini untuk rujukan akan datang..Maaf yer kalau cara aku buat tak sama ngan tetukang masak yang lain.Semalam dah share gamba lasagna ni kat FB,kali ni share resepinya pula,mana tau ada idea nak buat menu sarapan pagi ni kan...
Tuna Lasagna
by: ryo@ryoazhar.blogspot.com
Bahan inti:
- 1 tin besar ikan sardin (ryo guna Ayam Brand yg pedas-tp rasanya x la pedas)
- 3 ulas bawang putih,dihiris*
- 2 ulas bawang merah,dihiris*
- 1 labu bawang besar,didadu*
- 4 btg 'crab stick',dihiris
- 2 btg sosej,dihiris
- 1 biji telur
- 1 keping slice cheese
- 1/2 tbs serbuk lada hitam
- secubit garam *tak letak pun xpe
- daun sup/daun bawang secukupnya
- Tumis bahan bertanda* hingga naik bau
- Masukkan crab stick & sosej,gaul sebati
- Masukkan ikan sardin bersama kuahnya..
- Pecahkan telur,slice cheese,serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati.
- Masukkan secubit garam jika perlu
- Bila inti dah hampir pekat,campak sedikit daun sup/bawang...gaul dan padamkan api.
- Tinggalkan sebahagian daun sup/bawang untuk ditabur di atas lasagna.
- 6 keping 'lasagna sheet'
- Keju mozarell & keju cheddar scukupnya
- Panaskan oven 180'c selama 10 minit
- Griskan dulang pembakar dengan mentega
- Letakkan inti,ratakan
- Lapis lagi dengan kepingan lasagna
- Letak lagi inti dan ulang hingga habis,hingga lapisan ke 6 ialah kepingan lasagna
- Di atas kepingan lasagna yang terakhir,parut cheddar cheese dan mozarella cheese secukupnya
- Taburkan daun sup/bawang di atas nya.
- Bakar selama 30-40 minit,atau hingga masak bergantung kepada oven.
p/s: Kepingan lasagna tidak perlu direndam terlebih dahulu kerana kelembapan inti boleh 'mengembangkan' kepingan tu.:)
Selamat mencuba,salam hujung minggu.
:)
2 comments:
wahh biru mata hitam arini ya ryo :)
@K.Nor
haha.tetiba bertukar biru je mata ni ha kak nor..
Post a Comment