The Followers

Wednesday, June 29, 2011

Larian 1 Murid, 1 Sukan

Dasar 1 Murid, 1 Sukan

WOWWW...ada larian??jom la main lari-lari..

yezza,mesti ada yang dah tau...ada jugak yang tak tahu...ada yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu...paling kejam,yang tak nak ambik tahu dan tak memerlukan dirinya untuk tahu menahu soal itu..

Adeh..terteleng je kepala baca ayat2 diatas ni kan..jangan risau..aku bukan nak keluarkan menu berasaskan tauhu atau taucu...errr..kesitu pulak!

Soalnya, AKU BARU TAHU!wakaka..

1 Murid, 1 Sukan..suatu dasar yang baru diperkenalkan pada 10 Jun yang lalu...

MOTIPP??
Nak didik anak2 untuk bersukan laa..apa lagi...bagi aku,memang wajar la kan..Sudah terang lagi bersuluh,dasar ni mewajibkan murid2 yang TIDAK mengalami masalah kesihatan untuk memilih satu sukan.

Ye tak ye jugak...murid2 sekarang ni kurang terdedah dengan sukan,bila dah besar....jadi kakai bangku..macam aku ler.Errkkk!Kalo ikut simpulan bahasa zaman sekolah dulu kan...kaki bangku ni orang yang x reti nak main bola sepak kononnya...Yelah,memang aku tak reti main bola,tapi aku suka main bowling...yelah jugak,aku tak reti sepak bola,tapi aku reti sepak orang tau..nak kena sepak??huh!
Hahahhaa..gelak kejap.

Minat bersukan tak salah,asalkan pandai seimbang kan dengan pelajaran..jadi,badan cergas,otak pun cerdas..

Kalau hebat bersukan sekalipun...badan je cergas,tapi otak TERTINDAS,camne tu??Hampagassssss la jawabnya kan..

Back to the titik,
Aku menyokong dasar ini,dan..ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam dasar ni jugak..kalau anak nak main bola,belikan lah kasut bola ye..jangan belikan kasut tarian Balet.Kalo anak mintak belikan skipping,belikan la...kalau bersukan,pantau la mereka..kang ada yang terbelit kang..Entah2,mak budak pulak yang sibuk main skipping si anak tu sebab baru sedar nak menjaga badan.Ahaks...

Sebagai menyahut dasar yang telah dipekernalkan tu..maka, akan diadakan satu Larian 1 Murid, 1 Sukan di semua sekolah-sekolah seluruh Malaysia pada hari Sabtu, 2 Julai 2011 nanti.Jangan biarkan anak-anak kita ketinggalan menyertainya....

Jom bersukan!!...sebelum tu kita makan2 ye...adeh..ni pun dah mengah ni.huhuhuu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...