The Followers

Sunday, June 12, 2011

Ikan Kembung Steam Halia

Lagi bersiaran,mujur la rajin sikit hari ni..

Lepas bangun tadi..tett,tett,tett..bunyik tekan mesin basuh tu.Ok.aku basuh baju2...biar ia bekerja sendiri..sambil2 tu aku ushar peti ais..ada bahan kek,tapi malas nak buat..tak kan asyik wat kek je kan...nak keluar jap,mandi-mandi dengan riang hati sambil nyanyi feeling2 ngadap cermin.Buang tebiat.ok stop.

Gi pasar ikan,carik ikan kerapu.tak ada!Aku ni memang suka makan ikan lelebih lagi ikan masak steam,atau ikan bakor..tolak ikan keli dan haruan je.

erm...tetiba aku dilambai oleh sebatalion ikan makerel nih..yelah,ikan kembung kan ke golongan spesis makerel..Rm12 sekilo..aku pilih dan berkenalan ngan ikan bernama wanie,rita,william dan seth.err...bukan nora elena ye.Ok cukup 4 ekor,setengah kilo..bayar RM6.

Balik rumah..ini kejadiannya..

Ikan Kembung Masak Steam Halia

4 ekor je..


Sangat mudah,main hiris dan letak je...bila dah masak,leh makan camtu atau cicah dengan sos kegemaran.pedas atau manis,terpulang..

Ikan Kembung Steam Halia
by:Ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahannya :
  • 4 ekor ikan kembung, disiang dan dibasuh
  • 1 tangkai cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 ulas bawang besar*
  • 1 batang serai*
  • 3 cm halia*
  • secubit garam
  • secubit serbuk lada hitam kasar
  • 1 tangkai daun ketumbar*
Caranya:
  1. Panaskan pengukus hingga mendidih
  2. Hiris semua bahan yang bertanda
  3. Susun ikan di atas dulang,kemudian taburkan bahan hirisan kecuali daun ketumbar.
  4. Taburkan garam dan lada hitam
  5. Kukuslah hingga masak (dalam 15-20 minit)
  6. Taburkan daun ketumbar di atasnya.
Saja2 aku tak hiris bawang merah,sebab aku lebih suka rasa halia dan bawang putih tu..kalau korang nak letak boleh juga ya..terpulang kepada selera masing2 nak kurang atau tambah bahan hirisan.

Selamat mencuba ....

13 comments:

ketabahan hati wan ! said...

ini best bro ^^

ekin alias said...

x suka kembong fish :D

Kak Rosaliza said...

menu sihat ryo, bestnya

syrupmasin said...

macam sedap je.. :)

Ryo Azhar Rahza said...

@ketabahan hati wan !
memang best..cicah lagi air asam dan cili padi.perghhh!

Ryo Azhar Rahza said...

@ekin alias
ekin suka fish yang mana ye...

Ryo Azhar Rahza said...

@Kak Rosaliza
haah la akak....selera ni kena ngan cicah yg pedas.nak tambah nasik jap.haha

Ryo Azhar Rahza said...

@syrupmasin
memang sedap..ada lagi 2 ekor,nak tak

aizamia3 said...

sedapnya.. dah lama tak makan ikan stim ni..

EZAN IDMA said...

sedpnye ryo!!!

Ryo Azhar Rahza said...

@aizamia3
ni kalau dah lama x makan,kena la masak gini...mmg sedap

Ryo Azhar Rahza said...

@EZAN IDMA
Malam ni menu sup tulang plak....jom ezan

Hefti said...

menu sihat ryo, bestnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...