The Followers

Sunday, May 8, 2011

Kerabu Mempelam Muda

Ehhmm,sekali lagi duk pasang entri.

Ha..kali ni nak tayang satu menu yang best...kalo hantu2 jeruk memang suka ler kot kerabu asam yang gini nih..ni ha namanya kerabu buah mempelam muda,boleh juga dipanggil sambal mempelam.
Tak caya ke??cer panggil...cer panggil..menyaut tak dia?

Kebetulan sis HaSue pun tayang menda yang sama semalam kan..Klik Sini

Kerabu Mempelam Muda

Jadi,atas kebetulan tu jugak la aku amik je resepi sis HaSue tu aku tempek kat sini pulak..pasal bahan2 nya sama je pun.hahaaa.....rasa kerabu ni memang sedap la,masam2 dan tak perlu nak perah limau..

Selain tu, kerabu ni kalau ditambah sedikit air,boleh jadi pencicah untuk linut..apa itu linut??cer tanya sis aku tuh.kompom belambak je kat Mukah nun...updated : Tengok linut di sini

Bahan2:-(tidak terhad)
  • 3-4 biji mempelam muda(saiz sederhana)
  • 1-2 tangkai cili merah + cili padi*(ikut tahap kepedasan masing2)
  • 2 ulas bawang merah*yang ni ryo x letak ler
  • Segenggam ikan bilis* (dah kupas)
  • 1 sudu makan belacan *
  • Garam dan perasa/gula secukup rasa
Cara2:
  1. Mempelam di cincang dan dihiris halus.
  2. Tumbuk/kisar guna pengisar bahan kering bahan2 bertanda *
  3. Campurkan bahan2 kisar bersama mempelam yang sudah dicincang dan perasakan dengan garam juga perasa/gula secukup rasa.
  4. Gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba!

:)

5 comments:

lina_pg said...

assalam ryo..wah adik beradik dok menayang kerabu mempelam je ni..betul2 kasi akak terliuq ni..pandai la ryo masak

Kak Rosaliza said...

Assalam ryo..semlm lupa lak nak tanya hasue..apakah itu linut....tau akk bayangkan mcm gamat tau..

adik beradik ni mmg pandai masak, jangan tak tau linapg

Ryo Azhar Rahza said...

@lina_pg
wslm kak lina,kebetulan je akak...lagipun ada buah mempelam tu..selera makan dibuatnya ni.tp ryo leh nak mkn banyak,batuk lagi ni..

Ryo Azhar Rahza said...

@Kak Rosaliza
wslm akk,haaa..linut tu dibuat dari tepung sagu..ada cekgu2 kat sini asal dr semennjung pun dah jadi febret dah linut nih.hahaaa..
akk pun kena cuba..

zumariah ahmad said...

salam,Ryo terimakasih atas resepi kerabu mangga, cadangnya nk buat kerabu ni utk juadah berbuka puasa nnti, mudah2 an menjadi le.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...