The Followers

Tuesday, May 31, 2011

Blended Orange Cake

Selamat pagiii......

Dah lama jugak aku tak publish menu untuk tatapan kekorang ye..
Hari ni ntah dari mana angin rajin tetiba menerpa ke arah aku..sapa yang meniupnya??ehehe..

Kali ni aku mencuba resepi yang penah dikongsikan oleh sis HaSue dan kengkawannya.Tapi kemenjadian nya tak secantek yang diorang buat la.hahaaa...

Blended Orange Cake

Blended Orange Cake
Resepi:Kak Fida@myresipi.com
Shared By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

test try by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje *ryo pun guna 1 cawan jugek
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Selamat mencuba

:)

4 comments:

izahdaut said...

takk buat lagi kek ni. tapi dah try kek blended yang lain. rasanya memang sedap jugak

Ryo Azhar Rahza said...

@izahdaut
ni pun dah lama dah nak buat..akhirnya terrbuat jugak...kembali bernyawa akhirnya bila dah baking semula.haha

HaSue said...

nih bukan oren yg ko beli bulan lepas ke?hahaha..saje sesedap perasaan nak pitnah ko..

mmg nampak kegebuan kek ko tuh..sebijik cam nak buat apam pisang yg biasa kita buat tuh kan..cuma tuko soda bika dgn b.powder jek.hee

nelly said...

nyum2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...