The Followers

Wednesday, April 6, 2011

Bubur Kacang Spirals

Salam pagi :)
Wahh!cam lewat je aku nak bikin entri kan .. tapi tak kesah la,rasanya ada yg sudi baca..*i like..

Dah sarapan ke belum?sekadar tanya je..kalo korang jawab dah ke,belum ke ... soalan tetap sama.aku x leh nak wat apa..seperti biasa,aku 'belanja' korang untuk tengok sajor.

JENG 3x ...

Bubur Kacang Spirals

Haha..walaupun simple sgt,tp x semua lelaki bujang reti nak masak bubur kacang kan...cuma nak berkongsi ler nih.

Masak awal pagi td,bawak sikit ke opis...

Nasib baik dh rendam kacang tuh semalaman...tak perlu la nak masak lama sgt.cepat je empuk kacang tu.yang penting,gigih jugak gi ambik daun pandan walaupun hujan renyai2 (lite-lite je hujan tuh)

Kalau ada yg tak tahu apa itu spirals,...emm...*lupa nk amik pic pulak
Spirals nih yg warna kuning gulung2 macam mata gerudi tu la..dijual dlm bentuk pek kering mcm macaroni..

Ok,yg tak pernah buat bubur kacang..boleh la cuba

Bubur Kacang Spirals (Kacang Hijau)

Bahan :
  • 250 g kacang hijau
  • 150 g gula
  • 2 helai daun pandan*disimpul
  • 1.5 liter air
  • 1/2 sk garam
  • 100 g sagu putih
  • 250 ml santan *ryo guna santan dlm kotak
  • 100 g spirals *ryo guna brand San Remo
Caranya :
  1. Rendam kacang hijau semalaman.Toskan & direbus
  2. Masukkan gula dan daun pandan,kacau
  3. Masukkan santan,garam,sagu putih
  4. Jenguk jap,kalo sagu putih dah nampak jernih,masukkan spirals.*kalau nk pakai macaroni leh jugak
  5. Biar spirals masak jap (dlm 5 minit),padamkan api.
  6. Dah siap dahh...
Kalau suka makan bubur kacang dengan susu,jangan letak gula banyak..

Kalau kebetulan ada buah durian, boleh la terjunkan seulas dua ke dalam bubur...Mmm..sedap tuh.

Selamat mencuba :)

Tuesday, April 5, 2011

Kerabu Jantung Pisang (Tongkol Pisang)

Salamm!ni sempat gak nak menyelitkan menu simple nih..

Salah satu kerabu yg menjadi febret aku suatu ketika dulu...kalau kat tempat aku,jantung pisang ni juga dipanggil 'Tongkol Pisang' ...Selain boleh dibuat ulam-ulaman,boleh gak dihiris menjadi kerabu....*lebih kurang ulam jugak ler kan.

Kalau nak pikir lelebih, kesian kt pisang tuh kan...sedappp je ambik jantung beliau.huhu...


Kerabu Jantung Pisang


Bahan :

1 biji jantung pisang *ehh,jantung pisang ni biji ke?
2 tangkai cili merah (Besar)
5 tangkai cili padi hijau/merah
1 inci belacan
5 biji limau kasturi *ambil jusnya
Segenggam ikan bilis/udang kering*ryo pakai ikan bilis
Sedikit serbuk perasa dan garam
Air panas untuk mencelur

Caranya :
  • Tumbuk cili,belacan dan ikan bilis...ketepikan.
  • Hiris jantung pisang nipis2..*buang daun yg tebal,ambil yg lembut didalam.
  • Celur didalam air panas seketika,toskan.
  • Masukkan bahan yg ditumbuk,jus limau,garam dan serbuk perasa secukupnya.Gaul sebati.
Selamat mencuba :)

Ada yang terasa laa...

Salam..morning kengkawan!

Apa khabar hari nih?mood aku ni rasa cam kena tarik oleh bantal je pagi ni..hujannn je..sejukk je..nyaman je...*cakap je rasa malas nak g keja kan...

Smalam kat Fb,aku post status kiranya nak perli sorang kawan aku...
kenapa aku wat camtu??sbb aku perasan dia ni nak mula nak sombong serta lupa diri.Haha....Itu antara aku dan dia lah kan...

Tapi..selain respon di FB tu,aku terima banyakk pulak sms dari kengkawan yg dah lama duk diam.Aikkk,ramai pulak yg terasa dan mintak sorry.Haha...

Bukan apa,bila kawan ambik berat...kena lah hargai sikit..Setiap sms yg dikirim tu pasti menunggu balasan...kalo aku dpt sms pun,sedaya upaya nak reply balik.Kalo kredit habis,siap mintak advance dr *118# tuh...semata2 nak reply sms dr kengkawan.

Ko dah senang sekarang...ko sombong la puas2.Tapi kalo ko jatuh nanti,jgn carik aku balik.. Haha.Kata org, KARMA..apa ko buat kat org,satu hari ko akan dapat rasa balasan sendiri...Kalau aku x buat,mungkin org lain buat kat ko.Ingat tuh...

Thanks a lot

:)

Monday, April 4, 2011

Super Moist Banana Marble Cake

Morning!!

Apa khabar semua??ada ke yg senang godek2 bahan nak masak2 pagi nih??meh take 5 dulu....
Hari Sabtu lepas aku pun try ler buat Super Moist Banana Marble Cake yang sis HaSUe duk tayang-tayang hari tu....dalam pada tngok tayangan free beliau, terliur jugak sebenarnya..lelebih lagi duk tayang2 kek yg ada cecoklat nih...mmg x leh tahan ler kan.

Senang je nak menyediakannya, 15-20 minit...sambil tunggu masak (45minit) leh buat keja lain...Dah siap masuk oven tuh,aku tinggalkan ler jap untuk mencuci keta...bila dah siap cuci,,TINGGGGG!oven bunyik,kek dah masak..*brand oven aku ngan sis HaSue nih exactly sama,tu pasal ler bunyik sepesenn je.Hahaha..

Bila dah sejuk sikit,aku potong2 & agih2kan abg2 & akak aku rasa ...mesti diorang rasa sedap ler tuh sbb licin kek tuh!

Skang ni korang jangan bergerak dulu...layann dulu pic nya...memang korang pun kena try jugak la buat kek nih yer..

Super Moist Banana Marble Cake


Resepi: Super Moist Banana Marble Cake

Source : http://sue-hasue@blogspot.com
Sharing by : http://ryoazhar.blogspot.com

Bahan2: Loyang 8"*ryo pakai loyang segi empat 9"x9"

400g pisang masak tanpa kulit*ryo tambah lg sket
3/4 cawan gula-bergantung kepada kemanisan pisang*
3/4 cawan minyak masak*
2 biji telur-saiz A*
1/2 sudu teh vanila atau perisa pisang*ryo x letak
1/2 sudu teh ovellette*
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
200g tepung gandum*ryo ejas2 sikit
1 sudu besar serbuk koko*ryo x letak
sedikit coklat emulco atau browning sugar*ryo pakai chocolate paste jek
Coklat chips-optional*ryo letak segenggam

Cara2:
  1. Panaskan oven 175c
  2. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam blender,kisar halus dan tuangkan ke dalam bekas..
  3. Ayakkan terus tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder ke dalam adunan..Kacau sebati menggunakan hand whisk.
  4. Bagai dua adunan,satu bahagian dibiarkan tanpa warna dan sebahagian lagi dicampurkan serbuk koko(kacau sebati) barulah ditambah coklat chips dan coklat emulco/browning sugar untuk warna lebih menarik*ryo letak chocolate paste & chocolate cips je
  5. Ambil 2 sudu adunan tanpa warna dan letakkan ditengah2 loyang(pastikan loyang sudah disapu minyak masak
  6. Selepas itu ambil 2 sudu warna coklat lagi dan letak di tengah2 adunan tanpa warna tadi.
  7. Lakukan berselang seli sehingga adunan habis.
  8. Bakar selama 45-50 minit bergantung jenis oven..


Mmg 'moist' sgt...

Tapi hasil nya x secantekk sis HaSue buat ler......nak tgok yang cantek??korang klik SINI .

Aku dah cuba, korang bila lagii???



Selamat mencuba!

:)

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA????



Nak join??? Klik SINI untuk bermula!

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...